Saturday, February 20, 2010

bencilah aku, tapi aku nekad

balik malaysia,
aku ada projek.

aku hendak buat sesuatu yang akan menambah benci manusia pada aku.

orang akan kata aku menggalakkan mungkar.
orang akan kata aku menyebarkan onar.

aku tidak peduli.

balik nanti,
aku hendak buat satu laman khas untuk sesiapa yang terlepas maruahnya dan terkandungkan bayi di dalam tubuhnya.
aku akan jadikan itu laman khusus untuk mereka2 yang tersasar jauh, untuk mereka simpankan bukti2 yang mereka mahu lupuskan.

yang mana di situ juga, akan aku kumpulkan siapa2 yang seperti aku juga, tidak mampu mendapatkan dengan sendiri.
aku akan bariskan mereka2 yang sudi mengambil permata yang hendak dihumbankan jauh dari hidup bundanya nanti.

bencilah aku.
hinalah impian aku.

tapi aku sudah tidak sanggup lagi membaca siksaan apa yang ada pada anak2 kecil itu semua.

kerana aku tahu,
terlalu ramai yang tidak tahu
apa lagu yang kita mampu.

apa pun jua hukum engkau pada niat aku,
kau bukan tuhan yang mengetahui isi hati aku.

yang benar;

fynn jamal.

74 comments:

S.I.D said...

ini terbaik

Shuhada Shah said...

aku nak tolong
tak banyak sikit pun boleh

Nurul Ain said...

ok ape impian tu..teruskan..sye sokong..wuwu..

(^.^)

nadzkyn said...

sokong!

sHEmA_sHImoT:D said...

kakak suatu masa dulu sy pun pernah terfikir hal yang sama.tapi tidaklah sampai mahu menubuhkan laman..tapi impian kakak ini bukan menggalakkan yang mungkar tapi dengan niat mencegah dari anak anak tiada status itu punya tempat unttuk dilindung..saya sokong niat baik akak...silalah cepat pulang ke mesia..;)

cokelatcelup said...

niatmu murni. dan yang itu yang aku pandang. persetan dengan cacian buruk orang.

decadence said...

supported!

joegrimjow said...

ku sokong!!!!

laman camni dah banyak kat negara mat saleh
siap buat rumah perlindungan untuk kes macam ni

alasannya agama

malu nak tunjuk muka sebenar
buang anak merata rata

walhal

dah terang cakap jangan hampiri zina!


kalau nak tolong apa apa, contact je ku, selagi terdaya, boleh ditolong

takmo tolong hanya setakat doa

nadzirah r. said...

kak fynn,
apa2 pun yang kita buat, kita x boleh puaskan hati semua orang.
Tuhan tahu niat kak fynn,itu dah cukup.
personally, bagi saya, it's a good thing. sebab sebelum ni pun saya selalu rasa, kenapalah dibuang-buang kurniaan Allah itu sedangkan ramai yang tidak mampu lebih dari sanggup mahu mengambil anak2 itu.
saya faham sebab saya dulu masa kecik2 sikit, nak sangat adik. suruh mak adopt, kata susah, proses lambat. setiap kali baca paper kes buang baby, sayu geram marah semua ada..

corat coret said...

saya sokong!

HidayahYassin said...

baguslah kalau niat macam tu. kadang ada yang nak anak (bagi yang belum ada rezeki, tak boleh mengandung apatahlagi beranak dsbnya), tak tahu cara untuk mengambil anak angkat...

ada tu dah booked kat ibu2 yang bakal lahirkan anak luar nikah, tiba harinya tak jadi bagi pulak...ramai lagi yang mahukan bayi2 yang tak berdosa tu.

kita sokong awak fynn...bukan saja2 tapi lebih baik begitu kan? at least boleh tolong supaya diorang tak fikir jalan pendek dengan buang atau tinggalkan anak2 kat mana2...

p/s: teringat KEWAJA yang selalu dicemuh masyarakat yang tak mahu faham, katanya menggalakkan lagi aktiviti2 yang sedang berlaku sekarang. dari dibuang baik dijaga. iAllah ada lagi harapan ibu2 ni untuk hidup.

-salam kenal-

Wardati Za'im said...

setelah sekian lama jd silent reader, ari ni sy comment, saya sokong niat kak fynn!

aiman afiq. said...

semoga sukses.

HaNi said...

kak, akak boleh colaborate dengan raudatul sakinah. dia rumah perlindungan untuk mereka2 yang tersilap langkahnya.

ape2 jer said...

sokong anda.. bukan mengalakkn keterlanjuran tp at least penyelesaian pd 2 masalah lain..teruskn usaha..biar tuhan yg menilai bkn manusia2 yg perasan diri sempurna :)

Anonymous said...

kak fynn, kalau pempuan tu kene rogol tapi die gugurkan kandungan sbb die takut nak bgtau family die takut maruah family die tercemar macam mana pulak kes tu?

adakah die patut dipersalahkan, dihina dan dicaci kerana gugurkan kandungan itu walhal die menjadi mangsa keadaan lelaki yg kejam dan zalim?

mungkin antara bayi2 yg bernasib malang yg keluar berita itu adalah drpd mangsa yg kene rogol dan takut utk membuat laporan polis?

adakah mereka patut dicop manusia hina walhal mereka adalah mangsa keadaan?

Anonymous said...

salam..akak,niat itu suci..insyaALLAH andai segalanya kerana DIA,jalan yg penuh liku pasti dipermudahkan..cuma, dalam usaha untuk membantu si kecil yg xberdosa dan membantu diri sendiri,perlu juga untuk dibantu anak bangsa yg sudah tersasar..jika segalanya kerana DIA,pasti jalan itu mudah..

A girl named AJA. said...

gudluck fynn.
aku tetap pihak kau :)

Ameow said...

Kak, saya rasa ini kerja mulia. Kenapa perlu ada yang benci. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Saya mahu bantu!

Jaymes said...

saya xmau ckp banyak, tpi saya sokong jak kak fynn. idea bgz gak pe. at lest pas nih xbyk baby kena buang dlm tong sampah. kesian. xbrsalah budak2 tuh sume. dri buang merata bek bgk kat org.

teruskn prjuangan kak fynn.
pedulikkan dorang yg xabes2 nk hina kutuk sume tu.

omawrozduan said...

;')

Anonymous said...

saya setuju! setuju sangat!!!
mereka fikir bayi kecil bagai boneka tak bernyawa. haihh.
sanggup buang bayi dalam tong sampah pastu bakar tong sampah supaya takde orang tahu. tapi sepandai tupai melopmat akhirnya jatuh ke tanah jugak. Pihak perbandaran jumpa bayi dalam tong sampah yang terbakar dengan kaki bayi terputus. Astaghfirullahalazim. Kejam jahanam manusia sekarang. :(

Anonymous said...

sokong kak fynn.
biar orang caci,janji kita tahu niat kita murni.
lefyu.

Izyan Nazihah Nor Azman said...

ya! saya sokong. moga apa yang dirancang bakal terjadi.

along nordin said...

semoga usaha kamu akan diberkati Allah fynn,best of luck

Signorina Syima said...

aku sokong ko fynn.. aku rasa niat ko murni.. bukan menggalakkan tp benda ni kenyataan. lagi kita halang lagi menjadi-jadi..

selamat kan anak yang tak bersalah.

Signorina Syima said...

aku sokong ko fynn.. aku rasa niat ko murni.. bukan menggalakkan tp benda ni kenyataan. lagi kita halang lagi menjadi-jadi..

selamat kan anak yang tak bersalah.

Mazni Z. said...

tak, tak hina langsung impian kamu.
daripada dibakar, dibiar semut gigit lebih baik beri kepada yang memerlukan.

p/s : aku pembaca kamu yang baru..heheh.. ;)

Anonymous said...

tidak semua akan benci itu pasti

=)

go for it!

Anonymous said...

do it...

i'm your side.. gud luck =)

Anonymous said...

jgn terlalu memperdagangkan kelemahan diri untuk org lain ambil kesempatan atas kamu ... bersyukur dan terus berdoa, jangan putus asa, keajaiban dari Allah sentiasa ada ...

aku yang lagi tua dari kamu belum ketemu jodoh, aku tidak pernah menyesal tak tidak pernah kalah dengan kata org ...

usah dilayan bisikan jahat mereka itu ...

kakak zyry

Unknown said...

;) great.

mr kay said...

good luck ^_^

Dr Zaira said...

kak fynn. ana sokong kak fynn buat projek ni~

ana pun dah sampai hati tgk baby2 makin dibuang, pastu siap bakar2 lagi.

baguslah kak fynn came out with this idea.

hzrh said...

kakak,
kalau sumbangan wang ringgit mungkin saya tak dapat hulurkan utk membantu niat ikhlas kakak tu.
tapi saya sentiasa ada di belakang utk menyokong kakak!

:)

►içéq◄ said...

letak link ea akak..mau tgk juga..n i'll support u..=)

perawan said...

kak..

broken_nigina said...

gua sokong..bukan menggalakkan mungkar,tapi memberi jalan lain untuk menyelamatkan nyawa tak berdosa.

azie said...

u got my support.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

salam kak fynn.

moga impian kamu tercapai.
aku doakan buat kamu.

Anonymous said...

haha.nak popular!

ayeen:) said...

baiknya niat kak fynn.terharu..semoga berjaya

kayza-zainal said...

hai kak fynn...
bagaimana keadaan kak fynn??
semoga sentiasa sehat..
well..
4 me,niat kak fynn xsalah pun...
tp sesuatu yg baik..
menyelamatkan satu nyawa yang tidak diingini..

Anonymous said...

semoga tak ramai yg berfikiran negatif...

chaiyok kak fynn..

niat yg baek, selalunya akan jd nyata.

anakpakali said...

saya sokong!!

Anonymous said...

hey aku ada impian ni masa sekolah dulu dan kawan aku cakap yang aku nie macam nak menambahkan dosa orang.

wth.aku kesah apa.aku tetap nak buat bila dah besar nanti.

Mami Naufal said...

salam fynn

kalau betul nak buat macam tu, saya ingin jadi salah seorang yang terlibat..betapa luluh hati setiap kali melihat si kecil yang tidak dimahukan ibu bapa sendiri..biarlah...sebab saya juga berkehendakkan mereka semua...

saya sokong fynn..biarlah oranglain berkata..asalkan si kecil itu terbela..

Hujan said...

aku faham...selamatkanlah bayi2 yang tidak berdosa itu

razi-o said...

jauh lebih baik daripada bunuh, campak dan bakar bayi di dalam tong sampah..

bagi orang yang mampu berfikir, usaha kak fyyn bukan untuk dibenci, bukan untuk dihina..

mungkin pada mata ramai, ini sia-sia belaka, cuma usaha kosong..

tetapi, pada mereka-mereka yang tidak ingin sakit mata melihatkan nyawa bayi dicabut ayah mahupun ibu sendiri, ini mungkin usaha yang terbaik yang dapat dilakukan..

for the greater good, kak fynn..

all the best to you..

faeishak said...

teruskan saja. semoga berjaya!

cerimanis said...

kak fynn idea tu mmg bgus!!
setuju sgt2!!!

Anonymous said...

sy nak jadi pekerja. xpayah bayar.

Anonymous said...

fynn...its a good thing to do. aku doakan moga kau berjaya dengan niat murni itu.

A said...

assalamualaikum =)

di setiap niat baik yang terlintas di benak kak fynn,

dan di setiap ilham kebaikan dan nasihat yang kak fynn cetuskan pada semua,

saya doakan Allah sentiasa memudahkan segala urusan kak fynn.. dengan hidayah dan inayahNya.

saya juga mendoakan hidup kak fynn yang mendatang adalah hidup yang penuh dengan keredhaanNya.

ameen~ ^_________^

[atikah]

nana said...

kak fynn, tahniah. sbb xde sape kot yg berani nk buat ape2 psl hal ni. sume org kutuk2 mak yg buang baby tu, tapi, kite dpt selesaikan masalah dgn mngutuk ke? action xde. mcm tin kosong.

Anonymous said...

Fynn , go .
you know you're right ,
and i'll support you no matter what ! <3

Nadd Demokis said...

Stay strong kak Fynn. Just let them be. :)

Nazly Mahyunni said...

some people didn't understand, instead they only know how to condemn.

Anonymous said...

bgs kak fynn, itu usaha murni sebenarnya, teruskan.

Banana said...

saya sokong fynn
bukan kamu saja yang ada niat macam tu..
saya pon lebih rela beri sedikit rezeki dari tuhan..
dari diam dan menghabiskan duet untuk benda yang entah apa2..

untuk mereka2 yang sudah sedia untuk kutuk fynn jamal,
cermin diri kamu..
apa pernah kamu hiraukan bayi2 x berdosa itu?

Hanna Razali said...

biarlah orang nak cakap ape kan..
dari orang buang buang bayi tak bersalah, baik bagi pade yang mampu dan mahu.

dah la mengandungkan anak haram, membunuh pulak tu. tak faham! cukup la satu inikan dua..

Sarah said...

interesting... :-)
tak sabar nk tunggu..

ايلي said...

mcm aner tu k.fynn??
macam menarik idea tu

Dearests said...

Fynn. Ini sangat noble.
Kami sokong.

dumdum said...

kak fynn,dah lama sebenarnya saya terfikir benda yang sama.abg saya dah 9tahun kawin tp masih xada rezeki pinya anak.saya sangat faham perasaan kak fynn because i feel it too.saya sokong dan mahu join!!
please let me know if there's anything i can help ur project with.

maybe since saya di JPN,mungkin boleh bantu dari segi daftar anak angkat kan!?

=)

mieza_isa@hotmail.com
syahmiza@jpn.gov.my

Anonymous said...

kakak.

ada satu rahsia besar yg saya simpan. mahu akak sorang je yg tahu. dan kalau perlu, sy mahu akak teruskan apa yg sy tinggalkan nanti.

tu pon kalo akak sudi.

rentan said...

buatlah ape y anda suka!

.Gha A. said...

i sokong kak fynn. bagus niat tu. tak payah pedulik cakap2 orang.

zaman sekarang banyak orang macam binatang. kesian budak yang tak berdosa.

beL cLoud9 said...

fyn..mane hilang nih sume org

Ali said...

haha
kuyah pun makin ranap.
=)
maaf.

Anonymous said...

aku sokong.kesalahan ibu bukan kesalahan anaknya.
teruskan.skurgnye mereka tak lost dan melakukan perkara lbeh truk

ex offc said...

longkang itu busuk beb,,....tapi ko kena ingat...tanpa longkang huru hara alam......aku support ko dari segi idea....

Anonymous said...

kak..sy sokong sgt ape yg akak nk wt tu...sy ngn mak mmg ade hasrat nk amek anak2 terbuang tu..teruskan usaha kak!!peduli pe org kate.. :)

Abg Hashim said...

bila projek ni nak start?aku nak support..tak banyak pon sket..