Thursday, October 8, 2009

suara aku untuk dipegang

aku hendak cakap terus terang.
aku sedang diduga tuhan dengan begitu hebat.

dengan rendah diri, aku ujarkan ini, semoga diterima bukan dengan fahaman yang serong:
aku sedang ber-apa-saja untuk wang. aku akan jual ini itu, apa2 yang perlu. aku tak mahu semua itu, aku cuma hendak suami aku.

*diam*

*diam lagi*

ingat hari ini, tarikh ini, wahai aku,
jangan dilupakan hari ini yang aku lafazkan:

aku jelak sama kerajaan melaysia dan politikus celakanya.
pergi mati.

kau rugi, wahai sialan.
rugi kehilangan seorang pecinta tanah ini.
rugi kehilangan apa yang aku yakini.

aku ludah sama semua bohong2 ini. sama setiap penafian yang kau beri. sama setiap konon2 dan lakon2.

kerana sesungguhnya kau tak pernah peduli.
kan?
sejujurnya.
benar2 hendak tahukah tentang kami?

kerajaan kah. pembangkang kah.
semua berbual.
kosong.
tahi.
pinjam iman aku. dan jual sebagai janji.

SIAL.

*sayu*

aku tingkah orang bila hina tanah aku. aku marah orang bila cela tempat aku.
aku tingkah dan marah.
aku ditingkah dan dimarah.

aku pertahan engkau macam orang dungu.
ini kau balas pada aku?

dulu aku marah bila orang tidak patriotik.
sekarang aku dah rasa apa yang jijik.
padan muka aku.

*diam*

kau rugi, wahai tanah tumpah darah aku.
rugi darah2 moyang aku terbazir tumpah begitu2.
rugi.
kau rugi hilang aku.

RUGI.

aku dah lama tahan benci ini. aku sentiasa tanam rasa yakin pada 'suatu-hari-nanti'. rupanya aku bangang. mana mungkin ada orang jujur baik dan ikhlas zaman sekarang.
pergi mampos.

takpe. aku cari duit aku.
aku akan buat semuanya untuk suami aku.

aku harap nanti masa akhirat, aku terserempak dengan setiap engkau yang sedang hampir mati memikul setiap kayu yang kau jumpa atas bahu engkau. itu janji tuhan. itu pesan dia pada engkau2 yang hidupnya sujud pada kuasa.

takpe.
aku tahu aku jauh lebih gagah dari apa yang kau sangka.
aku tahu aku jauh lebih perkasa dari apa yang aku sangka.

dan tidak.
barangsiapa mengajak aku masuk parti mana2, aku bunuh kau.
aku sekarang,
benci kuasa.
siapa pun saja.

yang ada kuasa cuma tuhan, celaka!
kau hanya manusia yang kebetulan menjadi pelaksananya.



haih...

benci2 tapi sayang.
marah2 tapi peduli.

apa2 sajalah.

aku masih si bangang yang tunggu keajaiban.
mana tahu.
tuhan sahaja yang tahu cerita kita sampai habis, kan...

*diam*

aduh...
apa lah hendak jadi dengan tanahair penuh denial ini.




oh ya. aku sudah siap dengan buku2 baru. kualitinya lebih elok. tulisannya lebih berjenis.
jemputlah kalau ada yang mahu. sebab aku tahu ada antara kita yang lebih suka membaca atas katil sambil baring2, atau dalam lrt ketika bosan.

suara untuk dipegang.

dan aku tahu ada yang perlukan buku itu untuk meluahkan jiwanya pada sang dia.
kerana di depannya, lidah sembunyi tiba2.
:)

haih... indah, kan, sesuatu yang bernama cinta itu?
kenapa manusia lebih mahu dunia yang tanpanya?
apalah makna bintang di tangan kalau tak ada sesiapa mengongsi rasanya.

ini dunia sekejap. buat apa tamak.
seronokkah tidur makan seorang2?

17 comments:

PAP said...

memang alam politik itu menjengkelkan, meloyakan sangat penuh dengan tipu muslihat, putar alam. cakap macam-macam tapi cakap saja lebih.

kekadang kita tak perlu nak dengar sangat cakap orang. ikut kata hati sendiri lagi baik.

joegrimjow said...

orang cari kepuasan sanggup gadai apa sahaja, orang termasuk ahli politik


mana nak dapat buku ni?
tempah satu!!
(serius)

Hafiz Hamid said...

politik itu kootorr,
Kak Fynn x perlukan diorag, u cn do it..

fynn jamal said...

joe:

kan ada link situ.
haish.

www.SuaraUntukDiPegang.blogspot.com

:)

♥نعمة السعده اسماعيل‎ ♥ said...

kak fynn..
buku merah dlu xdapat2 pn
buku merah ada lagi ??
ngee

Anonymous said...

watever skali masalah ko tgh hadapi fynn, aku harap yg terbaik dan benar tu slalu di pihak ko.

ko kuat, kami tau.

Tuhan turunkan ujian kepada hamba yg diyakini mampu menghadapinya.

tabah ok.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

ahh..
tidak sedap dunia sendiri yang punya~
tidak ada cabaran~
hanya nafsu menggila~

P/S: memburu waktu melihat manusia menjilat apa yang mereka laungkan.

aspirin said...

kompem aku bli babe....hahaha
dtg trus dari tngn aku bli kat kdai akk...
hujung mggu ni aku dtg..hahaha

ledisordre said...

fynn, tanahair dan kerajaan dua perkara jauh berbeza. begitu juga kerajaan dan parti pemerintah, dua perkara jauh berbeza. kalau kau patriotik, kalau kau sayang tanahair, banyak yang kau boleh buat. kau ada suara, fynn.

Precious said...

Uh politik. Haku memang tak permah gemar ngan politik dan tikus2nya ...

yuyu said...

menanti kedatangan buku idaman atas tgn sy..tq kak..

NanaNeriza said...

kakak..semoga kamu tabah...duri ini, akan menjadi kapas satu masa nanti..:)

mahfuedzha said...

slm!
kak fynn sayang... fuzah sudah post satu entri khusus wat kak fynn! thanks utk semuanya kak...

meh2... tgk sini: http://mahfuedzha.blogspot.com/2009/10/kerana-sayang.html


sayang sangat sama kmu, kak fynn!

pengkid taubat said...

but fynn, i lg tak suka org seni drp politik sbb poyos & cambest tak berkhidmat kpd rakyat. sekurang-kurangnya org politik bekhidmat utk rakyat sbg WAKIL rakyat.

fynn jamal said...

ah. dunia kan besar. maka ramai orang.

ada org kita suka org tak suka. ada org kita tak suka orang suka.

ikut sendiri hati.

:)
senang.

Mummy H. said...

well..i can never understand politics..tapi pergi mane pon ade politik..heh...office terutamanya:P

Hazerin said...

kakak. update la