Sunday, October 25, 2009

minah cebik dan mat cuci

situasinya sangat mudah.

lokasinya di tempat lapang.
tempat orang malas macam aku pergi cuci kereta.
upah lapan ringgit, luar dalam bersih dalam beberapa kelip mata.

masanya tidak terlalu awal, tidak juga terlampau lewat.
dalam 11 pagi atau lebih kurang suasana.
yang penting masih belum tengahari, namun mungkin dekat sudah tempohnya.

ada seorang lelaki tegap. rambut semua putih. tri borak2 sama dia, sambil aku suap mata aku dengan ilmu sosiologi yang aku sedang aplikasikan secara memandai. semua aku jamah. aku memang tamak. bagi aku, menonton filem bisu sebegini indah kerana setiap plot dan klimaksnya ada dalam kepala aku.

mujur tri sedang sibuk borak2. biasanya dia tumpang sekaki.
*senyum*

beberapa minit setelah tri dapatkan aku, tokey tadi didatangi dua pasang anak muda. pantas, mata aku lekat pada mereka. jangan salahkan aku, semua manusia di situ berada dalam keadaan pegun; kecuali pencuci2 kereta. jadi mereka yang bergerak2 pasti akan mendapat lampu suluh utama.

dua lelaki;

seorang dengan kemeja belang2.
seluar jeans kain tebal yang biasa ada di bundle siam.
kasut boot timberland tidak asli.

seorang dengan kemeja giant.
seluar jeans juga, kainnya tidak berapa pasti jenis apa.
kasuh sukan putih bertulis sesuatu yang macam nike.

dua perempuan;

seorang dengan blaus putih.
berselendang dari bahu ke tangan ala2 dinner tahunan.
rambut rebonding tidak berapa menjadi.

seorang dengan baju biru cair garis2 hitam.
mukanya putih amat, kontradiksi dengan lengan coklatnya.
dia duduk jauh sedikit dari yang tiga tadi.

kalau diikutkan, mereka adalah pandangan normal di bandar ini. tidak perlu apa untuk direnung2. tapi suara mereka berselang seli bahasa tubuh mereka yang kelihatan begitu menjemput mata2 tamak dan kurius seperti aku yang jelas sangat suka dengan perihal manusia hari2 ini benar2 memanggil2 dengan kuat.

salah seorang dari dua lelaki itu bermukadimah. mejanya selang cuma selangkah. aku dan tri tunduk dan abaikan bagaimana pun, pasti terdengarkan.

"nok bince skek dengey pok. mari ni bia ado ore tuo saksi"

nak bincang. dengan orang tua. logik.
nak bincang. tengah orang. tidak logik.
tapi mungkin apa yang hendak dibincangkan itu tidaklah horifik mana.
jadi, tidak apa.

dalam beberapa saat sahaja sudah jelas kisah dicerita.

tokey panggil seorang dari pekerjanya. baru tadi tri khabarkan pada aku yang dia suka belanja pencuci2 kereta situ. tri biasanya akan beli mcD dalam jumlah banyak2, dan diajaknya mereka kongsikan.

saja, kata tri.
buat hilang penat.

dan pekerja yang dipanggil itu adalah yang paling biasa sama tri. awal2 masa datang tadi, pekerja itu, aku namakan mat cuci dalam entri ini, sopan menegur tri. senyum memanjang.

namun kali ini, bila dipanggil tokey, mat cuci tunduk dan sekadar duduk. dua lelaki ini nampak memegang situasi. sekilas, mungkin mat cuci ada mencuri ayam atau merembat kasut lalu kantoi.

dua lelaki itu bergilir2 bercakap.
yang perempuan tunduk senyap.
tokey cuma diam.
mat cuci muka kepam.

tiba2 semua tutup mulut.
tokey cakap dengan tidak pandang siapa2:
"nikoh memey seney. seribu buleh doh"

sunyi.
semua menung.

ceritanya sangat mudah.

pelakonnya ada dua.
perempuan blaus putih itu, dalam hikayat ini, aku namakan minah cebik, membawa watak mangsa.
mat cuci pula adalah sang kekasih minah cebik yang begitu dicintainya. atau tidak. atau kerana terpaksa. atau apa sahaja.

yang pernting,
pelakonnya ada dua.

plotnya adalah sangat tipikal skrip drama rtm:

1) lelaki dan perempuan sudah terlanjur
2) lelaki buat biasa, perempuan jadi takut dan kalut
3) perempuan cari abang2 besar
4) abang2 besar cari abang lagi besar
5) gegar lelaki yang melanjur bersama tadi

bagi aku, ini cerita biasa. setakat yang aku tulis, cerita ini masih terlalu biasa. tidak ada istimewanya. sehinggalah minah cebik yang dari tadi mengongoi semata2 dan bercakap tidak berapa jelas butirnya itu membuka mulut.

kuat.
bagai mahu didengari.
bagai mahu minta dikasihani kami;
kami para pemerhati.

"ambo nok tanyo abe, apo hok abe nok pegey2 tubuh ambo?"

serta-merta aku sedak. nyaris tersembur.
kelakar.
sungguh menghibur.

ini adalah suatu situasi yang sangat hari2. mungkin tidak bagi ramai di luar sana, tapi cerita seumpama ini sudah saban menerobos kepala aku. dalam hati, aku gelak besar.

klasik.

aku serius mahu tanya pada perempuan2 di luar sana. ketika kamu serahkan walau seperinci tubuh kamu itu, apakah kamu fikir sang lelaki boleh diikat semata2 dengan juntaian tali janji?

"akan kahwin"
"akan tunang"
"akan pinang"

semua itu 'akan'.
sedangkan orang terikat lafaz nikah pun bisa lerai.
apa lagi sesuatu yang tertulis cuma pada angin berderai.

apa juga pilihan kamu sebagai mannusia yang penuh khilaf, aku tidak hendak soalkan. aku hari ini, hendak meluahkan rasa mual pada mereka2 yang menggantung harap pada beku awan.
awan tersejatnya tidak lama, dik. datang api mentari, ke laut juga pecahnya.

sukahatilah hendak tinggal serumah kah, hendak togok arak kah, hendak rompak bunuh kah; tapi tolonglah. reti2 tanggung bahana.
tolonglah.

aku benci bila kau sendiri pilih jalan ini, kemudian di hujung hari, kau tonyoh2 orang lain untuk tanggung sekali. simpan2lah maruah kau yang berbaki.

wahai sang gadis sekalian,
apa yang kau fikirkan?

kalau sudah sampai ke tilam baru hendak sedar tak mahu, kau terlambat. lelaki akan ada saja cara untuk memujuk engkau. engkau pun sudah separuh hendak. cuma perlu diyakinkan. kalau kau diperkosa sekali pun, polis ragu2 untuk melaporkannya sebagai satu kes. kau ada situ dengan rela hati.

kalau rasanya sekadar kucup2 biasa2 itu tidak apa, nantilah sampai dia melarat. kalau bukan dalam sehari, dalam sebulan dua, seinci demi seinci kau akan ditakluk dia. seperti yang di atas tadi, kau mungkin akan sedikit dolak dalik. namun sebaris dua ayat cinta, pasti rebah juga.

kalau demi membukti cinta kau serah tubuh sebagai pengikat, kau memang dahsyat. apa benarkah ada beza 'make love' dengan 'have sex'? keduanya membawa maksud jimak. perasaan romansa itu semua reka2an pembikin filem untuk menjual. sesungguhnya, persetubuhan adalah nafsu yang bersifat individualistik namun lebih seronok dikongsikan.

maaf aku terlalu telus.

tapi aku rasa sungguh bodoh untuk menggertak seseorang untuk menerima engkau.
ya. kau sangkut. anak ini tidak akan berbapa.
ya. kau takut. kau hendak harung dengan siapa.

malangnya, minah cebik,
kalau hendak kahwin pun sampai perlu dipaksa, keluar nanti anaknya, rasanya, pedulikah dia? silap2, nikah malam ini, pagi besok lafaz cerai tiga.

nak kata apa.

mungkin aku seksis dalam hal ini spesifiknya. tapi aku serius susah untuk salahkan lelaki bila datang cerita begini. macam sekali itu yang lidah bubuh dalam entri tentang guru tadika yang membuat laporan polis terhadap doktor haiwan yang menghisap buah dadanya tanpa keizinan.

secara mudahnya;

1) cikgu ada sugar glider yang sakit
2) cikgu pergi klinik, bawa binatang jumpa doktor
3) doktor suruh selit sugar glider celah buah dada
4) cikgu turutkan tanpa mengesyaki apa2
5) doktor minta dikeluarkan sugar glider itu, untuk diubatkan
6) doktor terpandang lurah dada cikgu lalu memuji kecantikan buah dada cikgu
7) doktor ajar cikgu cara2 mengurut buah dada
8) seterusnya tolong baca sendiri

apa ke bodohnya. di langkah ke 3 itu sahaja, mana2 perempuan sudah PATUT angkat kaki.
itu tempat awam, bangang. kalau kau sudah terlepas ke langkah 4, tolonglah jangan sibuk nak salahkan sesiapa.

bila lelaki ajak naik rumah, dengan apa sahaja alasan pun, tertinggal dompet atau telefon;
jangan ikut.
bila lelaki ajak tengok midnight, dan tiada tempat selepas wayang untuk lepak sampai pagi;
jangan ikut.
bila lelaki ajak bercuti dengan kawan2, budget cuma mampu tidur beramai2 dan berkongsi2;
jangan ikut.
bila lelaki ajak kau cuba, sebab dia rasa cuma dengan kau sahaja dia nak cuba, atas nama cinta;
jangan ikut.

tapi kalau tetap nak buat, siapa nak marah. buatlah.
cuma JANGAN nak mengongoi2 dengan blaus putih berselendang dari bahu ke tangan dengan wajah ala2 mangsa keadaan sambil minta dikasihankan.

mak bapak dia kenal kau? so?
mak bapak dia suka kau? so?
dia tak ada gefren lain selain kau? so?
dia memang jujur mencintai kau? so?
dia sembahyang penuh, dosanya cuma main dengan kau? so?
dia pun pertama kali mencuba, dan dia hanya mahukan kau? so?

aku boleh bagi lima juta alasan minah2 cebik di luar sana.
tetap takkan mengubah apa2 yang kau rasa.
kerana sedang cinta.
kerana mabukkan dia.

akhirnya sangat mudah.

minah cebik nangis beriya2, dengan muka cebik yang buruk gila, bercakap kuat2 hendak malukan mat cuci yang sudah tunduk diam tak berkata apa.
mat cuci bukan diam insaf, bodoh.
mat cuci tak boleh angkat muka, nanti pecah kepala.

minah cebik,
sebenarnya kau nak apa?

nak kahwin sama dia?
kalau teknik menggunakan abang2 besar kau tidak menjadi, kau pergilah pula pada mak bapak mat cuci. minta kau diadilkan. ada rezeki (kalau tidak dimakinya kau yang jalang), dapat kau dan mat cuci disatukan.

soalannya, cukupkah sekadar suami pada nama sedang jiwa dia penuh benci pada kau sampai bila2?

nak anak berbin dia?
kalau kahwin itu perlu demi menjaga nasab anak, sampai bila usianya nanti yang akan kau khabarkan sebenarnya dia memang anak di luar akad? atau memang kau hendak sembunyi dan diamkan? sungguh pun kau sempat dinikahkan, ketahuilah, perempuan hamil haram dikahwini.

soalannya, apakah kau aman hidup bertahun2 bersama dengan halal yang tiada?

*diam*

entri hari ini bukan langsung aku tulis untuk merendah2kan sesiapa. bukan juga untuk menghina siapa2 yang terkena batang hidungnya. aku mengerti dan sedar diri, tidak aku layak untuk mengkhutbah apa2.

cuma dalam tulisan ini, aku hendak seru para gadis di luar sana;
fikir sebelum apa2 akan jadi.
tahu kau akan tanggung sendiri.

kerana akhirnya,
kata putus di tangan kita.

*diam*

maka hei minah cebik,
dengar sini aku tanya;

kau nak apa?

48 comments:

Hazerin said...

cuma JANGAN nak mengongoi2 dengan blaus putih berselendang dari bahu ke tangan dengan wajah ala2 mangsa keadaan sambil minta dikasihankan

hahahaha. terbaik la, kakak fynn.


mungkin msa dia sekolah dlu, dia x mcerap dgn baik bila cikgu nya ajar pepatah melayu

"pandai buat, pandai tanggung"


apapun, entri ini terbaik. sebagai peminat setia, mbca entri ini dengan tekun, di kala sdg tgk liverpool lwn MU, ingat senang ke kakak??

sila terharu.
=P
hehehehe.


nway, thanks kerana mengingati.

fynn jamal said...

haha.
tahu.

:)

Edryna Wanie said...

haihh...
itulah yg sering terjadi sekarang.
dunia makin ke hujung zaman mungkin.

Arsene Nicam said...

sy jtuh hati ngan blog ni..tq kak..ppuan ni complicated sgt2 rp nya..btw,ni another best entry from you..best2!!

Safuan Hakim said...

hoho. jangan salah sangka kalau sy kata sy puas bila baca tulisan kat sini.

puisi berperistiwa. terbaik.

Unknown said...

nasihat yang bagus untuk menghindari pertambahan minah minah cebek di luar sana.

liyanaKim said...

kak fynn sye suka baca ini.
yep, bila dah terkena baru nak tersedarkan

joegrimjow said...

kalau jadi macam ni
tak ramai yang salahkan perempuan
semua mesti salah laki
padahal 2 2 salah

pernah nak jadi mat cuci
nasib baik tidak
;-)

PAP said...

manusia punya akal dan juga nafsu
ada akal tapi nafsu jadi raja
bila dah jadi baru mahu sesal
bila dah sesal mula nak nangis
bila dah nangis sudah tak boleh pikir
bila dah tak boleh pikir setan jadi teman
bila setan teman apa lagi neraka tempat kamu

tapi pintu taubat tak pernah tutup kan?

azhari azmi said...

akhir zaman, ape boleh buat. usaha yang terbaik je lah untuk berdakwah. but xkan mampu nak merubah kehancuran manusia. nilai keagamaan akan kembali kosong seperti jahiliyah yang takde pegangan hidup sebelum kehadiran Muhammad.kita adalah saksi proses tertumbangnya kemuliaan manusia.semoga kita semua mendapat lindunganNya.

fynn jamal said...

*senyum*

ambillah angle mana sekali pun.
saya tidak mahu campur.

hal minah cebik tuhan itu hal minah cebik dengan tuhan.

entri ini sekadar membebel minah-cebik2 di luar yang tak ingat kesan hujung hari. itu.

sekali lagi,
maaf kalau ada yang tergesel jari.

tidak ada niat apa2.

dan jgnlah diingat saya ini berpura baik pula.

Liyana said...

dunia bila dah jauh dengan islam...

farra said...

betul3.
pndai buat, pndai tanggung.

malangnya mungkin angkara syaitan2 yg bermaharajalela dlm hatinya dlu..

=)

Suka Bebel said...

macam dah kemaruk sangat sesetengah manusia zaman yang kononnya serba moden ni

Amak said...

dah telanjur, lepas tu nak salah kan orang lain. macam-macam hal lah.

dia pandai ayat. shit.
dia pandai umpan. shit.
aku dah tolak. shit.
aku dah kena tipu. pun shit.

diam adalah lebih baik. muhasabah diri. cari mana silap. betulkan. itu yang sebenarnya. nama pun PERSETUBUHAN. mesti ada lebih dari satu party.


haih.

kareem said...

very nice entry.

terima kasih kerana mengingati.

sHEmA_sHImoT:D said...

selamat aku tidak pernah jadi minah cebik.manusia mane penah pebuh imannya sekali mat cuci ucap sayang,bagai cairnya sama dengan air,terus dibagi semuanya tanda sama cinta..bagus kak fynn..sy suka..;))

Ayyman Rahim said...

Kak Fynn nak tau, dekat sekolah pun benda macam sama je. Bila ada apa-apa sikit gaduh tak puas hati, ada ugut nak panggil "brade2" yang line line punya orang.


Kiranya bila abang besar masuk cerita, dia rasa dia akan menang mungkin.

her royal highness said...

sedangkan orang terikat lafaz nikah pun bisa lerai.
apa lagi sesuatu yang tertulis cuma pada angin berderai.

suka sungguh. =)

thanks kak fynn. selalu membangunkan dari tidur.

Samaira said...

hehe
benda2 bese yg terjadi
wakaka
syg dan cinta
x perlu gadai body
klu perlu korban body
tinggal saje mat2 cuci kt luar
byk lagi spesis mat2 lain kat luar tu
yg lebey baik
insya Allah
ekeke

rawsktar said...

berani buat berani tanggung. pegangan saya dari sekolah.

haney said...

good job!

FAA said...

mungkin sy lambat.
tapi sy suka ape yang kak fynn tulis kat sini.
sy spend masa 1 malam baca blog kak fynn.
sy nk jumpe kak fynn! ;)

Anonymous said...

perkataan akan itu sgt tidak boleh dipercayai kn.



ini antara penulisan akak yg terbaik.
terima kasih sudi kongsi. :)


ouh, sy gemar juga tgk drama bisu.
mcm sgt best sje tgk cerita orang.
tapi cerita kte kalau boleh xnk kasi orang tgk.hahaha.
biasa kn cm tu.

LiLohOnEy said...

kasihan sama minah2 cebik tu ya kak fynn..

apalah nak jadi dunia skg~

neem said...

nak salahkan sape ni kak fynn?

diri sendiri?

atau mak ayah yg x tanam sedalam-dalamnya ajaran agama pada mereka?

hm..

**fikir**

fynn jamal said...

neem;

malangnya kakak tak pernah percaya sama salah mak bapak.

benar, tugas ibubapa utk beri panduan. tapi sekadar itu.
pilihan hidup adalah SERATUS PERATUS atas sendiri.

ada ibubapa baik tahap langit. anak syaitan nauzubillah. ada ibubapa zalim iblis. anak soleh hafaz al quran.

percayalah. alasan semua itu.

tapi entahlah. itu pendapat kakak.
:)

Z said...

nafsu + kata-kata manis + KONON cinta + mahu mencuba + filem Barat

cujern said...

entry ini membuka mata saya...thanks

neem said...

ye. mungkin juga

masing2 dah besar.

Allah bagi akal utk berfikir. maka berfikir lah..

doakan moga neem x tergolong dalam golongan macam tu.

moga keturunan kita jua selamat dari segala kejahatan (dalam diri)

Hanna Razali said...

kadang kadang parents memang baik. alim. tapi cara didik salah. tak selami islam tu betul betul. terlalu fanatik dengan agama padehal tak tau ape maksud sebenar islam tu. jadikan agama tu alasan. thats why kadang kadang ade anak ustaz ustazah yang jadi setan. kalau ajar betul betul, tersimpang jauh mane pun, anak tu akan pulang balik ke pangkal jalan.

thats what i think lah :)

sera_a said...

kak fyn, kalau x silap, pernah dgr anak luar nikah x boleh bin kan bapanya. kena bin abdullah. ni gara2 org2 tua nk tutup aib, jadi kawin kan je pdhal islam x benarkan mcmtu.

Eein Haedzerin said...

tahu blog fynn jamal dari dianne...

start baca satu entry, saya macam addicted nak baca entry lain lagi. :-)

si kosong said...

aiii...susahnya dan sedihnya tengok "sedara mara" sekarang ni..

sendiri nak
seronok
teringin
atau terpaksa...?

Anonymous said...

aku juga pernh begini.
ttpi bg aku,persetankan saja apa yg dh tjadi.
Bdohnya dtg dari aku.
Mahu prcaya jnji kekasih yg rupanya sudh dtunangkn.
Wlu sribu syg dia tuturkn.
Sgguh,ht ini hncur.
Pd pmahamanku.
Kolot mhu mmbawa abg2 besr utk myelesaikn mslh.
Tuhn saja mmpu meleraikan sgla.
Knpa hawa djdikn lembut htny.
Aku selalu brmain dgn prsoalan itu.
Aku tidk mnyesal.
Cuma kesl mgpa aku mncintai.
Sdgkn aku ini.
Dpatah2kn olehnya.
Yg aku pinta.
Biar saja tuhn membimbing jlnku.
Tak terdya mnyemai prasaan benci.
Yg sbenarnya cuma plastik.

beldighah said...

mintak dijauhkan
drpd jd minah cebik
kesannye sgt dasat

insyaAllah.
mekaseh kak fynn

;))

balqissy said...

fenomena biasa. hidup manusia biasa. harap bukan terjadi pada kita yang biasa-biasa ni juga ^.^

Precious said...

Susah nak cakap sebab bila dah terperangkap, jalan keluar memang penuh duri ...
Paling mudah, jaga awal2 jgn sampai terbabit ...

Anonymous said...

aku penah jumpa sorang budak perempuan dengan sedara lelaki dia... masih sekolah

masa tu kat balai polis..

dah bosan nak tunggu nak jamin sorang kawan ni... aku duk pasang telinga, dengar apa yang derang sembang.

rupanya... malam sebelum tu, keluarga budak tu jumpa budak tu dengan sorang jantan nih selepas beberapa hari tak balik asrama.

jadi... hari tu mereka datang nak buat laporan kata anaknya dirogol lah [minor kan].

tapi perempuan tu, hari tu.. tak de muka kena rogol pun... siap buleh bersenda gurau lagi dengan sedara dia tu.

tetiba... polis mintak tolong untuk kawad cam, pasal nak tengok muka budak lelaki tu... sanggup je aku tunggu sejam.. hihi...

bila dah buat kawad cam tu, ada la budak tu... takde la ensem pun... taik lalat bawah idung ada besar tutup minyak cap kapak... kehkehkeh...

ayubi said...

tak faham ... tunjukkan jalan

aleq said...

HOI BEST DOH BACA CARA KAU TULISS!

esumi-lynn said...

salam. kak fynn, dah lame juga follow blog akak. sangat suka with all the entries. tapi ini sangat bagus. terima kasih sangat2 sebab mengingatkan kami(gadis2) tentang benda yang memang kami tahu tapi kadang2 buat2 lupa. betul kak. benda memang ada dalam kepala. kami tahu. tapi, saya banyak dengar cerita kawan2, semua... entah lah. terima kasih akak. Alhamdulillah, belum tergolong dalam minah cebik. doakan saya sentiasa begini. amin. :)

et said...

huuu..bese dgr, tp xpernah nmpk dpn mate..nauzubillah..dunia2..sedey sggh..

ni la jadik ble dunia di utamakn..adoi la manusie..*peringatan utk diri sdr jugak..*

✿ n0ra ✿ said...

Setuju! Aku benci bila kluar ayat seangkatan "mak bapak tak ajar kah?". It's all up to us kan?
Berani buat, berani tanggung!!!

SOri TERcebik! Fedap dgn pernyataan yg satu itu. Bagi aku MOST parents nak kasi yg TERbaik utk anak2...

✿ n0ra ✿ said...

Setuju! Aku benci bila kluar ayat seangkatan "mak bapak tak ajar kah?". It's all up to us kan?
Berani buat, berani tanggung!!!

SOri TERcebik! Fedap dgn pernyataan yg satu itu. Bagi aku MOST parents nak kasi yg TERbaik utk anak2...

ainuneyes said...

maaf..
sy xrase ibubapa perlu disalahkan..
mgkin ibubapa salah satu sebab kenapa anak2 jadi mcm tu..
Islam kan mengajar umatnya berfikir..
pakaila otak, akal pon ada..
kalo difikirkan balik..
macamne org yg dulunya kafir,jahil boleh peluk Islam..
malah lebih baik drpd yg akar umbinya mmg Islam..
makbapak de bukan penah ajar pasal Islam, cite psl buruk Islam lagi ad la kot...
tapi, mcmane boleh peluk Islam..
akal kan ad...
fikirlah...

janji Allah itu benar...

pericendriwaish said...

FYYN, izinkan aku paste kan ini di blog aku.

Anonymous said...

fynn, izinkan aku paste kan ini di blog aku