Friday, October 16, 2009

mimpi indah.

malam tadi ketika tidur,
aku hidup.

hidup yang aku rasa boleh hidupkan mati2 aku yang akan datang.

aduh.
kalaulah aku mampu kembali pada malam tadi.
kalaulah aku dapat pujuk tuhan untuk tidak bangunkan aku jam 3 pagi tadi.

bagilah aku sikit lagi masanya, wahai tuhan.

aku masih dapat bau.
aroma itu.
wangi kepala anak kecil lelaki itu.
di bahu aku.
terlentok.
indah.
dibobok.

tapi tidak apa.
cukup.
walau sekejap cuma.

merasa.

aduhai.
celakalah mereka yang membuang anak mereka.
dasar celaka.

anak teruna bonda,
harap2 ada lagi masa kita.
berjumpa.

di suatu sekejap nanti kita.
di semula.

cih. padanlah belum layak jadi parent.
tengoklah aku dan tri.

gila priceless muka ejie.

bau paling lazat dalam dunia.
bau mereka.


ini adik elmo.
sumpah nak colek.
hahahaha

sekali lagi. JANGAN bagi ayat sedih.
aku tak sedih pun.

JANGAN.

51 comments:

juneHalim said...

kak fynn itu mmpi baik...mungkin DIA mahu bagi rezeki pada akak..sy doakan..

honey said...

akak,
janji Tuhan, akan sampai masanya nanti anak kecil itu akan lena di bahu, di pangku dan dalam dakapanmu..yang pasti yakin dengan janjiNya..sabarla..

cha said...

comel je.kak,bdk kt kedai akak tu pn comel tp tak brp nk dgn sy dan si tunang :)

i.z.m.a said...

alahai......

joegrimjow said...

jom belumbe sape dapat anak dulu!

Samaira said...

hehe nanti2 ade tu amin2

PAP said...

sudah lama tunggu kak fynn cakap sesuatu.rindu.sungguh.tak tipu.sumpah.

indah itu memang nikmat.
sekejap pun sudah cukup.
syukur masih ada indah dalam hidup.
andai langsung tiada? macam mana ya?
tapi manusia tak pernah rasa puas kan?

#23 said...

biar kakak sama abg tri enjoy puas puas. nanti ada anak, sibuk kelek anak ke sana ke mari. :D

Dahlia Mazelan said...

kak fynn dan suami akan jadi parent yg baik laa..ada gaya..:)
doa-doakan ye kak fynn? :)

sHEmA_sHImoT:D said...

bukan mahu memberi harapan.tapi mungkin itu petanda baik..;)

Elmi said...

wah , ada hati nak culik. lepasni kena kurung ezry dalam bilik. gahaha

nanti saya bawak dia pegi adam. :)

Unknown said...

hah comelnye baby tu. picit sikit buleh?

Aisyah Sharif said...

MIMPI PDE WAKTU MALAM SAHAJA ADALAH MIMPI DRPD ALLAH SWT, kata kawan saya en.affandi.

Farah Rosni said...

serius setuju. bau baby, bau plg best!

Elmi said...

hah kak fynn , umi cakap , kalau nak culik kejap boleh. ;)

KePOMPOM said...

cantiknya pakai tudung :)

aspirin said...

wah.... da nmpk ari2 kegembiraan dlm hidup..huhu
comfirm klu dapat lg cute...hihi

anith said...

dukung anith je kakak!!
hahaha

Ayyman Rahim said...

Rezeki kak Fynn lain kot, kan? :)

Anonymous said...

eheks , igtkan sedeh~

Azzam?? said...

tak payah bersedih sedih weihh.. jom!! aku dah buat game!! hahahaha

walaupun tri cakap ko lambat pickup.. as long as bleh kill time sudah!!

sayebencikaukopi said...

kak fynn,,kalau tengok foto kak fyn dgn (sape eh name ur husband tu) hoho sorry lupe,,kan nampak macam couple zaman budak2 uni,,tak pun cam budak sekolah,,haha,,gile remaja muke korang!

ha pape pun,,ceria tu mesti bila barang secebis bahagia melanda hati,,if ur call comes,,insyaAllah =p

Myien♥♥ said...

insyaallah kalaw akaki ade rezeki ade lah.. kn ;)

mafuzah.mohamed said...

uh... happy gila muka kak fynn.. =]

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

dan bau itu bisa membuatkan hati bertambah lekat~

buat diri memberontak inginkan juga~

=)

Salam Kak Fynn!
Pergi Maskara Shorties kak?

Ali said...

oh, abg tri diberi makan secukupnya.
semakin sihat dia.
;)

lisz. said...

mama rockers!
ho yeah!

lisz. said...

mama rocker!
ho yeah!

hzrh said...

comelnyeeeeee~~

kakak,tolong gigit pipinya utk saya..boleh?
:P

Nurul Khairunie said...

bayi-bayi ni ada wangi/bau dia sendiri.

sebabnya baru keluar dari perut.

=)

Anonymous said...

haa dh mimpikan..insya allah..xlama lg..mari kita doa sama2 pd NYA..ngee

Anonymous said...

kak fynn,law nk jumpe dgn baby kecil baru lahir,jom tgk nephew baru ogie.
ajak kak sue anna joe.
die kwn kkk ogie,
;)

WNA said...

suka jugak bau baby :D

SUXX said...

Pujuk Tuhan? eh

mcm tak berani nak ckp mcm gtu.

Huda Ramlee said...

kak fynn,
mimpi kita sama..
satu hari mimpi tu pasti jadi nyata..

HIDUP KENA YAKIN!!

Hazerin said...

alaa.. nnt Dia bagi kembar sekaligus

Anonymous said...

"kalaulah aku dapat pujuk tuhan untuk tidak bangunkan aku jam 3 pagi tadi"

salam, kak..
sy rasa agak x sesuai la ayat tu..

fynn jamal said...

ttg 'pujuk tuhan'.

1) harap dapat difahamkan, kakak bukan bermaksud mahu mati.

2) hendak pujuk kerana mengikut makna pujuk yang sebenarnya, perbuatan ini adalah suatu manifestasi tubuh yang bersatu sama jiwa untuk meminta dengan cara yang paling halus dan dengan kasih.

3) terima kasih kerana risau. insyaAllah. belum lari akidah kakak.

:)

Beautiful Disaster said...

orang kata bau baby bau syurga. hehe.

semalam cari adam western. tapi terlupa dekat belah mana. pusing dari pukul 6 sampai 730. sudahnya makan dekat tempat lain. terlupa print map.

haih.

Precious said...

Very d setuju ngan - bau paling lazat dlm dunia, bau baby! hmmmm ..

miera said...

sweeeeeeeetttttttttttnyeee

Precious said...

Eeeeek .. jangan culik anak orang, yer! Cium2 gigit2 bolehlah! Hiks! memang geram ...

AJ said...

Salam singgah.Comel baby .

http://eyriqazz.blogspot.com

Lyne Bahtar said...

bawu baby mmg syok an an an..
i love their smells too!!
awesome :)

Anonymous said...

"kalaulah aku dapat pujuk tuhan untuk tidak bangunkan aku jam 3 pagi tadi"

ayat ni dah sesat ni nauzubillah, esok I try report kat JAWI dengar apa depa cakap.

fynn jamal said...

anon:

baik :)
kalau boleh bagi nombor telefon dan alamat rumah sekali, ya.

:)

Fashafishy said...

alah comelnya!ee.insyaallah
;)

Anonymous said...

apalah engkau neh anon.
pujuk tuh, satu perasaan untuk meminta dgn cr yg halus
kan, kak fynn dah ckp. sj bikin gempak nehh. neh ayat berbahasa.
minta difaham sikit. yg ingin dilihat lebih kpd makna

ikhlas tapi jauh- anon yg lain

joegrimjow said...

KU RASA NO3 TU MY ANSWER
IYE?


bahasa tu indah

nyda rosenin said...

suka tengok :)

mcm da bersedia ja.

hamba allah said...

salam alayk kak fynn

dlu mkcik sy pn lama nk tggu dpt baby tau..
then dia jaga anak org, bela dlm 2 tahun,
pstu rezeki allah bg kt dia own baby la..
skrg da 6 da anak dia.. :D

mana la tahu boleh try..
usaha ade mcm2 kan..
tuhan bukan suruh doa je :P

lambat atau cepat tu urusan DIA..

syg kamu kak fynn..
[sorry utk kata2 terang2an bgini]