Wednesday, October 21, 2009

"ai fak jantan melayu". ptuih.

kenapa gila sangat hendak ada kekasih lain bangsa?
hebat ke?
rasa unik ke?
rasa bangga?

sebab muka kau pesek, masa sekolah kau bukan antara yang gempak,
sebab budak2 lelaki biasa tak mengurat kau, sebab muka kau macam mintak penyepak;
sebab itu kau megah lagak?

*gelak sambil geleng kepala*
hadoi...

aku tak ada masalah dengan hubungan dua bangsa. serius. bukan tidak ada antara kawan yang masjidnya terbina dari tiang dua bangsa budaya. bukan tidak ramai antara kawan yang ayahbundanya dari dua keturunan dan salasilah berbeda.

memang aku tidak ada masalah.

cuma.
kalau betul hendak,
tolong.

biarlah kerana cinta.

*diam*

aku datang dari tempat belajar yang penuh dengan manusia berkabilah2. warnanya macam2. kuning. hitam. perang gelap. perang cair. putih. putih albino. namakan satu yang aku tak pernah jumpa. putih merah jambu pun ada.

dan tak usahlah hendak beriya seronok bila ada orang bukan bangsa kita berdiri atas satu lutut di depan engkau.

"dia lain. dia bagus. tak macam lelaki melayu yang tak tahu romansa"
"dia sangat bijak menjaga hati perempuan. bicara dia halus"
"oh dia seksi. apalagi dia seperti jejaka2 dalam filem2 cinta luarbiasa"

oh kamon.

kalau ada sepuluh, mungkin tiga yang kerana cinta.
lain semua kerana ada lain perkara.
mudah tampung hidup, senang adaptasi, pas warganegara.
apa saja.


sepanjang aku di tempat belajar, bukan sekali aku diajak kahwin. bukan seorang. ketika aku mendidik di sana pun, pernah ada dua orang pelajar menulis surat cinta, menelefon setiap masa, hendak meminta aku dijadikan isterinya. aku terpaksa minta pihak atasan ambil tindakan.

(salah seorang siap khabarkan yang isterinya di negara asal dia sudah bersetuju untuk menerima aku sebagai madunya)

watdefak.

untuk orang2 yang sakai, mungkin pengalaman sebegini adalah indah, dan tidak logik diterima akal. seperti seorang pelajar yang cuma mendapat 6A 4B dalam SPM yang ditawarkan tempat di universiti luar negara.

rezeki.
aku tahu aku tak layak, tapi ini rezeki AKU yang punya.

bayangkan kalau ada sesiapa datang pada pelajar itu, dan katakan "tahu tidak yang sebenarnya kamu tidak berapa patut untuk mendapat ini...?". aku berani kerat jari, yang akan dibalas pelajar itu adalah "ah. cemburu".

*senyum sumbing*

tapi tolong ya.
yang brengsek bukan semua.
sepertimana tidak mungkin setiap lelaki melayu itu sempurna,
begitu juga mereka.

jadi aku kecilkan kawasan bebelan aku untuk hari ini.
aku baru saja niatkan untuk aman2 sedikit; bermalas untuk menulis panjang2.
amanah aku adalah pada bukubuku, maka perlu dikurangkan perkara lain2nya.

tapi ah. hari ini terkecuali.

di waktu ini,
izinkan aku maki perempuan2 di luar sana yang memilih untuk berkasih bukan jujur jiwa.
perempuan yang menetapkan untuk menanam cinta kerana faktor2 indah berdasarkan prospek imej yang bakal terpapar nantinya; seperti:

a) kaya

contoh:
melly pilih joni kerana joni banyak duit, selalu pujuk melly dengan wang ringgit dan ini adalah demi kebahagiaan masa hadapan juga. untuk menyenang hidup anak2nya juga. malulah kalau anak pakai baju cap 'anakku' sahaja.

b) pangkat

contoh:
rita pilih karim kerana karim antara mejistret terhebat di kuala lumpur. rita tidaklah peduli sangat siapa karim. yang rita nampak adalah hati karim. dan slip gaji berlima angka.

c) status sosial

contoh:
minah pilih samad kerana samad ada dslr. dan mempunyai nikon dengan lensa paling sedepa adalah badabom. itu secara mudahnya.

banyak lagi. tapi pendek kata, jenis perempuan2 yang biasanya begitu beriya2 untuk pergi reunion, tidak sabar untuk ditanya "sekarang buat apa", "sekarang dengan siapa" dan "dia kerja mana".

lebih spesifik,
perempuan laknat yang baru 24 tahun itu, yang punya anak perempuan berusia 3 tahun namun tidak punya suami, yang duduk di kajang, yang aku doakan bermula tengahari tadi untuk mendapat apa yang dia patut dapatkan selayaknya. tuhan lebih tahu apa.

aku tidak ada perkataan untuk dia.
'celaka' pun masih terlalu ringan untuk aku bagi padanya.

ah. nilaikanlah sendiri.

*diam*

benar.
aku selalu kata jahat manusia hari ini, mungkin ada sempatnya dimohon taubat dipersuci.
tapi...
apakah mampu untuk dipatahbalikkan setiap apa yang telah jadi..?

anak itu baru 3 tahun.
dirodok gadisnya.
disodok belakangnya.
dibantai segalanya.

mati.

dan tergamak kau sembunyikan lelaki keparat itu.
binatang yang kau bela hidup seperti suami,
kau rasa bahagia walau kau yang keluar cari rezeki.

mungkin hebat sangat alat kencingnya.
mungkin sebesar tulang lutut, ya?

ibu apa engkau ini.

sanggup kau tutupkan kekasih engkau yang melapah anak engkau. demi cinta pada dia.
tak cukup tinggikah kasih engkau pada anak kecil itu, agaknya.

aduh...
betapa kita begitu tidak hargakan apa yang ada dengan percuma.

kalaulah kau tahu berapa ramai manusia di luar sana berhabis beratus ribu demi untuk mendapatkan permata2 itu, walau pun satu. mentang2 kau dibagi saja2, kau pegang sambil lewa.

sama saja macam binatang lagi dua ekor di singapura itu. anak baru setahun 11 bulan 30 hari; sehari saja lagi genap dua tahun. takkanlah kau tidak tahu memang sifatnya penuh kuriositi dan rasa mahu tahu. salahkah dia koyakkan kotak rokok engkau? bukan dia tahu pun mahalnya bagaimana untuk kalian.

aku boleh faham kalau anak kecil itu ditampar dan dikurung dalam bilik air.
betul. walau pun aku tetap tidak setuju, aku rasa aku boleh lagi untuk terima cerita ini;

berbanding dengan fakta yang aku baca tadi,
tentang kau pijak anak perempuan itu sampai mati.
tentang isteri engkau di dapur membiarkan kau pijak anak itu sampai putus nadi,
yang dikatakan dirasakan mungkin perlu dan relevan kerana itu cara mendisiplin.

aduh...

*diam*

selamat datang ke hujung zaman, tuan2 dan puan2.
selamat berkembali ke masa yang bertahun kita cuba lari darinya;
zaman manusia hidup dalam kegelapan.

*diam*

saudari janda 24 tahun dari kajang,
semoga sabar menanti kekasihmu keluar dari rumah berpalang waja.
pasti kekasih yang berzakar hebat kamu itu akan lihat betapa sucinya cinta kamu pada dia, betapa agungnya kasih kamu yang lebih mahukan dia dari manusia kecil yang kau kendong berbulan lama.

agung.
memang agung.

68 comments:

elyse said...

kak fynn,cite btol ke ni?
terkesima sekejap.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Jahanam manusia seperti itu~
Jahanam.
Jahanam.

Selamat datang manusia akhir zaman.
Kecelakaan menyelubungi.
Bukan kerana apa.
Kerana dijemput.


Keji.
Aku benci.
Mahu sumpah agar mereka mati.

Fashafishy said...

tu la.kesian anak tu.sampai hati mak dia :(

binjidan said...

gua tahu bertapa sakitnya mata dan hati bila melihat kejadian2 diatas

perempuan bermata duitan yang dicari bukan cinta tetapi kemewahan hidup dah jika bersama lelaki asing mungkin kerana anunya yang dpt menengelamkan putih mata

fynn jamal said...

1) ya ini cerita betul

2) ya mereka ini mmg tidak ada hati perut

3) ya kita tidak sepatutnya mendoakan kecelakaan org. tapi rasanya, ini sudah terlalu melampau.

4) ya malangnya memang ada org yang memilih apa yang tidak sepatutnya.

saya bukan menyebar dakyah perkauman. sumpah tidak. tapi entahlah...

this is just wrong.
so wrong.

aduh..
airmata jatuh lagi...

said...

kaget sementara membaca tulisan fynn yg kali ini.
kaget aku.
betul-betul kaget.

*tarik nafas.. lepas*

masih tak cukup peluang yg diberi oleh Tuhan.

insaf aku.
betul-betul insaf :'(

si kosong said...

ohh..juga ada baca ttg ibu yang biarkan kekasih warga sudan tu rogol dan liwat anak perempuannya...

kejam~~

biar dua2 terima balasan

PAP said...

manusia apa ni..kejap layak ke aku panggil BINATANG ni manusia? wei BINATANG lagi suci dari makhluk KEJI lagi HINA macam ni.

mungkin NERAKA JAHANAM tak nampak depan mata maka mereka tak ada rasa takut kot?


"ya ALLAH, berikan balasan setimpal untuk mereka ini mungkin sebagai ingatan untuk yang lain"

aqish badree said...

mmg menangis bila bca kisah ttg 2 ank td.

seorg sggup pejam mata & seorg lg sggup pula membela jantan keparat asing tu.

sgt marah.

org lain sggup tadah serahkan dunia utk permata yang x trnilai tu.

sdihnya... =(

cookdong said...

izayyak kak fynn?hohoho..
tkalimm 'arabi :D

Alanne Winhill said...

kak fynn...

start citer, rita pilih karim, tapi pastu camne ade pasal melly lak?

Anonymous said...

astaghfirullah...ok, terkasima, n kaget. kasihan, nympah, pelik, n mcm2 sgale bgai. manusie akhr zamn kan? cam anythg pown leh jadi.

azma612 said...

mereka manusia celaka...

chotz said...

damn...is this for real...

laknatullah pada mereka

Anonymous said...

ien bace paper pagi td,
rasa mcm..
stupidos mcm ni patot mati je.

mmg xpandai menghargai.
bute kayu.

neem said...

berita hari ini kan?

binatang pun tak buat macam tu

apakah jenis mereka?

lebih teruk dari binatang

-> syaitan

fara rasep said...

salam,

itulah pasalnya kak fynn. front page paper hari ni semua pasal anak. depa ni dilahirkan tanpa hati dengan perasaan ke?

mental betul!

Unknown said...

eh binatang gila!

binatang betol!

sial!

asal aku tak tahu ni? dah kuar news blom? hina gila!

bukan manusia bukan binatang, syaitan mungkin!

satu said...

menangis bila baca ini.alhir zaman mmg manusia semacam setan.

azhari azmi said...

menggeleng kepala mengenang hidup di akhir zaman. semoga kita tergolong di pihak yang mendapat rahmatNya.hanya itu yang mampu mengasingkan kita dari arus perdana yang penuh dengan ketidakbetulan.ameen.

mafuzah.mohamed said...

terus terang, ramai perempuan melayu layu bila mat 'soleh' bermadah sayu...
mat 'soleh' pernah kata, perempuan melayu senang bertukar ganti.

aduh!

joegrimjow said...

XBRANI LA NAK KAWEN NGN MAT SALEH CAMNI

Samaira said...

gile
btol2 x masuk akal org tu
mmg x tau bersyukur huhu

Anonymous said...

ya Allah..

Astaghfirullah!!

betapa mereka2 tak tahu harga permata mereka..

sesak nafas baca coretan kali ni..

ya Allah...

Unknown said...

sedikan ='(

bekam said...

berotak tapi tepu,
berakal tapi lesu,
bernafsu tapi...

Amak said...

semalam, satu opis membebel pasal kes ibu kejam dan boyfriend sudannya.

semua marah-marah. carut-carut. bangsat, bangang, bodoh semua kedengaran. gila lah satu department aku je dah 30 orang menyumpah. genap 40 orang memang hidup bermandikan sumpah orang je lah.

Haih.
Noe tak racist, tapi tak sudi rasanya nak 'rasa' batang bangsa lain. gelik. yuck. ahahaha!

Suka Bebel said...

ini lah contoh manusia tak tahu bersyukur, kita yang takda anak bukan main berusaha dapatkan anak.yang dah ada anak utamakan nafsu sendiri

T.E.M.B.U.N said...

perempuan cilaka seusia aku
kasihan engkau
telah diberi keistimewaan sebagai khalifah
tapi akhirnya jatuh terjelupuk dgn otak pemikiran binatang
biantang?tak mungkin kerna binatang juga sayangkan anak bukan?
hadoi
kamu perempuan serabai!!!
Moga kau terima balasan yang setimpal kelak.

Para Jamaludin said...

yup...it's so sad to read the newspaper yesterday.

rawsktar said...

benak.bodoh.buta perut.gile.

aku tatau apa kata2 yang sesuai namun aku memaki dari dalam dengan perkataan2 yang tidak elok diperdengarkan kpd khalayak.

NJ said...

mak tak sedar diri ,hanyut bersama cinta palsu org asing ! memalukan betul la ..

Chooyaya! said...

jantan sial tu kalau aku jumpa aku ludah. mmg jahanam! datang negara orang buat taik. budak umur 3 tahun tu pon kau nak rogol liwat ker? dasar babi sial anak haram celaka sundal punyer permpuan babi..!!! sama jerk nak menjahanamkan anak sendirik. babi pon tak hina macam kau la sial...!!!

fuh!

i guna komen yang sama untuk semua entry pasal lelaki setan ni. mmg babi la.. tak pernah aku marah serupa gampang mcm ni. mak dia tu, kalo aku jumpa aku pijak perut dia kasik minum air sabun+oren

dah tgh marah2 ni, malas nak ber i i. aku engkau baru ganas... grrrrr

cujern said...

memang babi betol pompuan tu... aku tak dapat bayangkan mcm mana la keadaan anak dia tu... takde hati perut ke buat camtu.. bangsat betol.

Tini Rahim said...

nasib anak kecil yang tersalah rahim...

mcm mana lagi nak bagitau mereka kalau taknak, beri saja pada kita ya kak?

Kak Teeha said...

ada orang berbelas2 tahun kahwin, tiada zuriat..
ada orang bertahun2 kahwin, berkali2 keguguran..
tapi mereka tidak pernah putus harapan memohon pada yang Esa..

kepada sesiapa yang bertuah dianugerahkan zuriat..tolonglah..hargai..

J u l i a 。.゜✿ said...

fynn !
ju menangis masa baca hmetro semalam. sedih tengok gambar si kecil 3 tahun tu.
sedangkan gadis dewasa pecah dara pun sakit teramat. apatah lagi anak 3 tahun ? =(

susudalambotol said...

tentang budak berusia 3 tahun yang mati itu, memang trajis. lebih baik Tuhan ambil nyawanya sekarang fynn dari di seksa lebih teruk.

sedih.

Anonymous said...

sedih kenangkan zaman sekarang ini...orang dah x hargai apa yang Allah bagi mudah..tahla..

untuk kita2 ni..yang mahukan anak kecil penyeri hidup..tapi masih tidak di beri Tuhan..rasa terkilan sangat baca berita macam tu..sedih sangat...sampai nangis ngongoi2..bengkak2 mata..

apa pun..semoga mereka terima balasan setimpal..laknatlah hidup mereka hendaknya..

Azzam?? said...

2 tahun layan hot and cold dia... ko rasa aku jujur tak?? hahahahah =D

kayza-zainal said...

sangat kejam..macam bangang bila lebih memilih lelaki yang ntah betul cintakan dia dari anak sendiri yang dikandung berbulan....even tak sayang pun, takan sampai ilang ati kot..hurm..sangat sadis manusia sekarang nih..tak reti hargai permata yang tuhan bagi

Ledeysecret said...

slm fynn..
admire ur words n ur life..

aina syaqilah said...

mungkin dia tak rasa sakit kott nak lahirkan anak tu
sebab tu dia sambalewa je
binatang yang bertopengkan manusia

Pisey said...

sakitnya.

fini said...

salam,
kak fyn, komen pertama sy sejak mejadi silent reader kak fynn.

1st time dgr kat berita pasal ni rasa mcm nak pijak this pompuan..rs nak rodok mcm mn anak dier di rodok..biar dier rs.mcm mn anak kecil tu rs...xleh dibayangkan mcm mn keadaan dier menangung tu sumer dlm umur yg mcm tu..kebanykan pompuan melayu skang sumer terkinja2 nak couple ngan org luar bangga bontot kalo dpt couple ln bangsa tp xsdr diri sendiri dibodohkan.....

mintak maaf sy dah mengunakan perkataan yg xspttnyer..tp xleh thn...memang mcm nak kasik mati jer dua mak bapa yg both case ni....

i.z.m.a said...

kejam.. takde hati perut.. pentingkan diri.. bodoh.. bangang.. semoga yang berkenaan mendapat hidayah dari-Nya.. semoga yang teraniaya mendapat syafaat dari yang maha ESA..

Apple Pie said...

http://www.hmetro.com.my/Wednesday/BeritaUtama/20091021080101/Article

Ayyman Rahim said...

Tiba-tiba teringat cerita Fasha Sandha kena reject dengan Qabil tu, kesian dia, eh eh tak kesian langsung.


Ada yang bila kahwin org putih ni terus nak jadi macam orang putih. Tengok ah Ning Baizura tu, dulu macam biasa je, tapi bila kahwin dengan org putih, semua nak try jadi macam org putih.


Kesian kak Tun.

ringo said...

mungkin meraka tidak layak pun dipanggil binatang

Precious said...

Huhuhuuuu ... dunia sudah sampai ke penghujungnya!

Hanna Razali said...

dah akhir zaman. sedar2 la. ni bukan satu je petanda yg kiamat nak dekat. banyak lagi. jadi beringat ingat sebelum terlambat.

haih. sedangkang kita ni akan kene cakar dek mak kucing kalau kacau anak dia. inikan lagi kita yg berakal ni, tak reti pulak nak jage anak. tak paham betul.

Masy said...

anak dah mati baru nk menangis. tu pon tataulah menangis sbb anak mati ke atau sebab boipren kene tangkap.

bodoh betul. grrrrrrrrrrrrrrr

lizz said...

perangai orang tu tak ubah macam binatang. stupido

hudaaa said...

wow. u express ur emotion in such awesome ways. kudos. to you. bukan pasangan suami isteri lahanat itu. huh.

♥نعمة السعده اسماعيل‎ ♥ said...

sedihnya baca k.fynn
mana dpt berita tu?
oh..lama xtgk tv dan baca paper

T.E.M.B.U.N said...

fynn
perempuan itu terlepas.

Niksu Rashid said...

kak fynn, ni dekat metro kan?

perempuan itu sial. dia tak ingat agaknya dia payah mengandung segala. tak tahu mana pergi hati ibu.

3 tahun kak fynn. apalah dosa budak tu.

Mr Pent said...

tahniah..
kerana anda berkerut dahi melihatkan kehebatan manusia akhir zaman..
semoga apa yang anda ilhamkan.. anda fikirkan.. anda sedihkan.. dapat di jadikan azimat oleh manusia2 bertuhankan nafsu dan ingin taubat..

Hfz A. said...

woah,u hit the spot kak fynn.

Safuan Hakim said...

ish. dah tak larat nak maki hamun. cukupkan kalo kita sedekah simpati dan doa kepada si kecil?

at least we know the child is going to heaven.

*silence*

lidah said...

hmm tu . Sedih gila fyn. Aku rasa nak pgi gangbang je pompuan tu. Budak sudan tu bukan ada apa pon. Hensem pon xde. Maybe batang besar kot. Tp still. Dia boleh sorok kematian anak dia. Gila lah dpt mak macam ni. Such a whore. sebagai manusia pon membunuh tu dah salah. Ni mak biar anak kna bnh . Biar mcm tu je. Hmm

ayeen:) said...

semoga roh budak itu aman di sana. alfatihah.amin~

Anonymous said...

macam bagus lah kau ni. tudung pun tak pakai tapi ckp mcm bagus.

fynn jamal said...

anon:

hihihihihihi.

Anonymous said...

ok,kau cool sbb aku keji kau pun kau terima. aku terimpress. kau mmg jadi diri kau yg sebenar

fynn jamal said...

anon:

sebab dah penat la... aku pon cuba nak jadi baik. seryes. dan takde masalah. a wise person would always take everything both positive and negative.

aku nak cuba didik diri aku untuk berhenti jadi bodoh.

:)

Anonymous said...

sedih.
sedih.
sedih.
sedih.
sedih.

shiwon said...

kecian la ngan budak kecik tu..bodoh tul mak budak tu.. (= . =)"