Wednesday, October 9, 2013

secara metaforikalnya bodoh

mangkuk.

situasi 1:
"saya ada mangkuk"
"ibu ke kedai yap seng untuk membeli mangkuk"
"berapakah harga mangkuk ini, padayappa?"

situasi 2:
"siapa yang tidak flush toilet ini memang mangkuk"
"mangkuknya aku"
"kenapa kau parking melintang, mangkuk?"

mangkuk hakikatnya cuma alatan di dapur.
tapi ada masanya ia boleh digunakan untuk merujuk perkara lain mengikut situasi.

namanya metafora.

tidaklah kita memberitahu situasi / manusia yang kita rujukkan itu sebagai alat dapur yang kita guna untuk membuat cucur kodok.

metafora adalah sejenis figure of speech di mana ia tidak perlu diambil secara literal atas dasar ia perlu difahami menggunakan akal yang letaknya di antara baris dan tidak ternampakkan.

perenggan tadi--
JUGA metafora.

metafora tidaklah datang dari sastera barat.
jika diperhatikan, terdapat terlalu banyak metafora.

sebagai contoh:
allah’s hand is above their hands
al-fath ayat ke 10.

jangan pertikai fizik tuhan, encik2.
itu metafora.
dan bukan hak kita bertanya2 bentuknya.

literatura kalaamullah sebenarnya PENUH metafora.
dan kalau kita masih memilih untuk menjadi manusia2 literal--
bukan salah kami mangkuk2 yang terlalu cinta sama bahasa.

husnuzzon, encik.
husnuzzon.
bersangka baik.

hah--
yang ni--
bab "husnuzzon, encik, huznuzzon" ni--

literal.

Monday, October 7, 2013

aku ada

salam adik2 perempuan kak fynn yang sedang hilang arah tuju dengan perut yang semakin ternampakkan--
sini,
kami ada.

PM kak fynn.
jangan fikir yang bukan2.
jangan tambah dosa lagi.

kak fynn uruskan.
ramai ibubapa yang sedang tunggu your little miracle dengan penuh cinta.
dan kak fynn dah pastikan mereka bukan jenis ibubapa yang cuma mau anak untuk menutup mulut orang.

apa pun tarafnya--
kak fynn pasti mereka akan mengasihi dia sepenuh jiwa raga.

PM kak fynn.
jangan buat kerja gila.

pergi mampuskan mulut orang.
ibu yang melahirkan tercuci dosanya apakala dia melahirkan.
tak ada pengecualian.
tak ada malaikat tukang minta surat pernikahan.

andai benar2 bertaubat takkan mengulangnya semula--
terbersih.

PM kak fynn.

spread this, dear brothers and sisters.
biar kak fynn bertanggungjawab dan membantu menguruskan.


help me save lives.

Thursday, October 3, 2013

saya pernah kelepet duit rakyat kelas saya

menemui encik2,

masa saya darjah 5 sekolah agama,
di usia 11 tahun,
ustaz munakahat lantik saya jadi bendahari.

kerja saya--
kutip 50 sen dari setiap anak murid, simpan dalam uncang putih yang saya jahit dari baju sekolah yang sudah tak boleh pakai dan gunakan jumlahnya ketika ada keperluan membeli barangan bilik darjah.

mudah.

saya ingat lagi,
uncang warna putih kusam.
dalamnya ada dekat 25 ringgit.
hari2, dengan cermat, saya genggam.

saya suka, encik, dibagi tanggungjawab. rasa bangga, encik, sebab terpilih-- bermakna saya boleh diharap.

duit saya kumpul, saya guna beli penyapu, kain lap tingkap, manila card dan macam2. saya siap ada buku akaun-- walau pun cuma jadual berisi nama dan tarikh-- saya sudah rasa saya hebat.

saya rasa macam orang besar.
sebab saya sudah ada buku akaun.

semuanya bagus, encik, sehinggalah satu hari.
konflik saya bermula apabila pakcik cina aiskrim itu tukar parking, encik.

begini.

selama ini, pakcik cina aiskrim itu akan duduk jauh di hujung sungai sebab guru besar kami akan hambat dia kalau ada berani parking motor aiskrim dia dekat2 dengan pagar. guru besar saya cukup pantang dengan penjaja yang memberi peluang kami membeli jajan2 tak berfaedah dari mereka, encik. tak bagus, katanya.

jenis gula2 dengan hadiah cincin, keropok ikan dalam paket bergambar baby, kek coklat hero-- dan sebagainya itu amat berdosa dimakan, kata guru besar saya. bukan kerana nutrisinya-- tapi kerana ibu bapa kami akan menggiling kepala guru besar saya andai mereka tahu guru besar saya membiarkan fenomena ini berleluasa.

SEPATUTNYA, encik,
ini tidak berlaku.
MALANGNYA, encik,
ketentuan tuhan memang begitu.

pakcik cina aiskrim--
sudah tukar parking.

demshit.

encik,
aiskrim calong, roti aiskrim, aiskrim hijau dalam putih, aiskrim koneto. semua itu adalah temptation yang terlalu besar untuk budak gemuk 11 tahun macam saya ketika itu.

saya ingat lagi--
kali pertama saya keluarkan 40 sen dari uncang kusam saya.
gigil saya, seram saya, takut saya.
saya tak lupa.

saya juga tidak lupa, encik, bagaimana saya pujuk diri sendiri--
"takpe. nanti2 aku ganti".

ganti.

nak ganti esoknya--
bertangguh lupa.
nak ganti lusa--
ditangguh juga.

hari ke hari.
gigil, seram dan takut saya teringan sendiri.
kehendak mengganti terabai sepi.

hari ke hari.
sehingga habis wang amanah tadi.

hari ke hari.
sehingga terhilang dari ingatan--
dan cuma teringatkan sekali2.

hari ke hari.
sehingga lupa--
langsung tak pernah terganti.

saya sudah besar, encik.
dan saya sudah reti bezakan elok dan tidak.

saya belajar,
kalau kita hendak bayar segala dosa2 masa kecik namun tak mampu--
apa yang terdaya--
adalah berbuat kebaikan--
sambil membubuh dalam ingatan betapa sungguh2 kita sesalkan setiap perbuatan yang sedang ingin kita cucikan.

diterima atau tidak--
itu hak tuhan untuk beritahu akhirat nanti.

encik,
saya tidak menulis pada encik bersaja2 bercerita tentang budak gemuk darjah 5 bendahari sekolah agama seleweng duit kelas untuk beli aiskrim dari cina motor honda lampu bulat, encik.

saya juga tidak menulis untuk mendengar encik pujukkan saya yang itu semua dimaafkan hanya kerana saya seorang anak kecil, encik.

saya cuma nak tanya encik,

beberapa ringgit yang saya kelepet sahaja itu PUN ada masanya mengganggu malam2 sunyi saya--
macammana AGAKNYA encik tidur malam--
MENGETAHUI encik menzalimi amanah encik--
di usia encik berakal dan mampu berfikir secara adil--
berjuta kali ganda dari lebih kurang dua puluh lima ringgit saya?

haih.
banyak encik kena menjawab, encik.
saya kesian encik.
amanah ni--
bukan benda kecik, encik.

haih...

encik,
saya ngeri untuk encik.
sempat lagi encik.
sempat lagi nak betulkan keadaan.

selagi ada nafas, encik--
betulkan.


assalamualaikum.

Wednesday, October 2, 2013

kebaikan random

lama tak tulis status tentang random kindness.


nah.
baca kejap.

"pahala mendoakan orang lain"

dari abi al dardak (ra)--
bahawasanya rasulullah (saw) bersabda:
sesiapa yang berdoa bagi saudara islamnya--
TANPA diketahui saudara tersebut,
berkatalah malaikat yang bertugas itu:
"amin! dan engkau PULA akan beroleh seperti itu juga".

*senyum angkat2 kening*

hari ini balik kerja, atau balik dari makan luar, atau lepas selesai beli belah di pasaraya--
pandang SIAPA2 sahaja dengan kasih--
dan doakan APA SAHAJA untuk mereka.

murahkan rezeki dia,
panjangkan umurnya,
amankan serabut dia,
cukupkan nafsunya.

demi tuhan andai ikhlas kau lakukan--
malam ini tidur engkau yang terpaling nyenyak senyenyaknya.

hendak lebih manis?
lafazkan yang empat baris tadi pada musuh2 yang mereka2 yang membenci kita.


MAGIS.

Tuesday, October 1, 2013

benci-- tapi bebel. tak buat apa.

tahukah anda kos melahirkan anak di amerika adalah 24 ribu USD?
itu kalau lahir normal tanpa komplikasi.
kalau perlu belah perut, perlu vakum, perlu apa sahaja selain kaedah teran dan sambut--
akan ada tambahan harga lagi?

nota kaki: ni jenis beranak selesalah. jenis yang kalau kat malaysia kita boleh dapat sekadar dua ribu lebih2 tu.
dekat sana-- 24 ribu.

tahukah anda akan terma "medical tourism" di mana pesakit dari negara2 besar akan terbang ke negara2 yang menyediakan sistem perubatan murah berbanding negara mereka sendiri?

tahukan anda--
malaysia adalah antara negara yang dilawati?

aku tahu.
sebab fakta tentang amerika itu diceritakan kawan kerja aku sendiri.
dan fakta tentang medical tourism tadi telah aku saksikan ketika membuat follow up jantung juna tempoh hari.

point aku--
aku rasa--
sebelum kalian DENGAN RAJINNYA menulis tentang negara kalian bersulam segala jenis kejam dan keji--
belanjakan SEDIKIT gaji kalian--
merantau.

kejap pun jadi.
biar nampak apa cantiknya batu yang menghujani kepala selama ini.

kalau pun malas hendak keluar dari tempurung,
pasang unifi.
zaman ini--
katak pun boleh jadi pandai.
itu pun--
KALAU katak memilih mau pandai.

negara itu gempak.
negara ini bagus.
negara sebelah hebat.
negara kita nak mampus.

tak habis2 bandingkan mak bapak kita dengan mak bapak orang.
tak berhenti2 nak menangkan keluarga orang.
cakap macam kenal benar dan tahu sungguh perangai orang--
sampai keluarga sendiri dibenci2 dimaki2 disepak-terajang.

apa lupa ke?
kun--
fayakun.

umat zaman firaun kalau tengok bangsa kita--
komfem kena peleceh.
kita lembik, banyak bunyik, kuat merengek, kije nak menceceh.

kuat lah sikit.
tuhan dah janji orang dianiaya ada dia.
tak nak percaya ke?

berapi belakang keyboard.
maki boss, sound adik-beradik, kutuk kawan baik.
depan2?
reti pulak buat muka tak ada apa2.

betul,
tuhan takkan ubah nasib satu kaum--
kalau mereka sendiri tidak bergerak untuk merubahnya.

tapi cuba fikir--
menulis dengan selongkang bahasa dan selombong nista--
cuma2 dan begitu2 sahaja--
apakah ITU sebuah usaha?

selak semula buku sejarah dunia--
apa pernah ada peperangan dimenangi dari hanya menggalas kata2?
mandela, gandhi, hamka.

dengan berbuku2 falsafah PUN tak merubah apa.

KITA--
yang boleh ubah kita.

"kau salah pasal kau patutnya..."
"dia bangsat sebab dia patutnya..."
"si anu bodoh kerana dia patutnya..."

"patut orang" sahaja dicerita.
dia sendiri hak anak bini ke laut.
dia sendiri kelepet duit claim.
dia sendiri meleceh due date kerja.
tapi peduli apa.
ORANG yang patut.
dia tak ada patut apa.

jangan terlalu pentingkan diri sendiri dengan mahukan perubahan dalam satu malam.

we fix ourselves,
our kids will be a better generation.

macam menanam pokok juga--
kita yang benihkan durian--
belum tentu KITA yang merasanya.

haih.

kalau KITA pun dah melekeh rumah kita--
esok lusa tergadai ke orang.
nanti berdagang tak berumah kita--
baru reti mengongoi pulang.

ini tanah kita.
tumpah darah dan ketuban mak kita--
di sini.

kau fikir kau seorang sahaja yang tak suka lumutnya?
yang geli dengan kulat di dinding rumah kita?

soalannya;
berapa ramai cuma membebel memperbetulkannya--
menuding2 siapa tukang kayu dan tukang bersihnya--
dan berapa pula yang terus mengambil alat kelengkapan--

seraya terus tanpa cerita gigih membersihkannya?