Monday, January 30, 2012

pahlawan fesbuk

fesbuk rakyat malaysia sepanjang beberapa jam tadi terbelah kepada 4.

1) pawang.
KERJA: meneka-ramal juara lagu. hujah berapi. berdebat ttg layak tidak sesebuah persembahan yg ditontonnya.

RATA2NYA-- bias. lebih kepada favouritism / nepotism / kronism. layak tidak kerana minat. minat-- layak. tak minat-- xlayak.

MAKA AKU TERFIKIR: semua "ism" tadi adalah sifat yang mentabiat. apakah status2 mereka selama ini (dari hiburan sampai politik segala) tidak lagi patut diandarkan-- kerana jelas memberat sebelah dlm fikiran sudah jadi tabiat mereka. bahaya. org begini-- bahaya. dlm bahasa kampung: orang cakap ikut sedap dia sahaja.

2) para pencari tuhan (yg peliknya-- dicari di fesbuk)
KERJA: membanding diri dgn pawang2 tadi. berpenyataan kering / keras / sinis. mengguna frasa spt "nasib baik aku ke masjid mendengar ceramah" atau "lebih bagus kita layan osstat".

RATA2NYA-- menulis di status secara rajin sepjg program / ceramah tsebut.

MAKA AKU TERFIKIR: kalau kuliah dlm bilik darjah boleh dipadam telefonnya, kenapa tidak di majlis bermalaikat penuh itu agaknya?aku secara ceteknya terus mengandai akuan mereka yg bersulam segala mcm mutiara kata itu ria' dan tersedikit bersulam hasad. lalu aku sayu. kita masih lebat dgn budaya "aku superior kerana aku melakukan pahala lebih dari engkau-- dan aku ada fesbuk utk membuktikannya".

3) punkers yang fak semua benda.
KERJA: sedaya upaya membukti mereka xpeduli. status mereka langsung xmembunyi bualan golongan2 tadi.

RATA2NYA: ditelanjangkan di news feed. jelas mereka ke sini sana memberi komentar; baik setuju, tidak, atau respon yg saja2 menyakit hati pembaca.

MAKA AKU TERFIKIR: mereka ambil tahu, tapi malu mengakukan mereka peduli. mungkin kerana ideologi. mungkin mau membukti mereka original. xkan terkesan dengan perihal kiri kanannya. oleh itu, orang begini juga xpatut aku tak hairankan sama status2 "aku fak politik / hal ehwal / negara / dunia" kerana ironinya-- mereka menagih dulinya dunia padanya. jenis "aku mau tutup akaun besok" atau "aku mau delete org x aku kenal". orang begini mahu rasa penting. mahu dirayu. untuk merasa penting.

4) pembaris tiga segi yang kita dapat percuma masa beli set geometri.
KERJA: baca semua jenis status yang ada tanpa ada perasaan apa. jenis ini adalah yang sungguh2 tak tahu apa guna hidupnya, dia ada utk melengkapi sistem kehidupan sahaja, sungguh2 langsung tidak tahu tentang hiburan malaysia, ceramah agama dan anarki2 yang berada di antaranya.

RATA2NYA: memang blur.

MAKA AKU TERFIKIR: apa agaknya yang dicarinya?

---------------

KESIMPULAN:
pada pendapat aku sendiri,
di jam 1:51 pagi waktu taldykorgan, kazakhstan;

1)
kalau beri pendapat, selalulah jadi amanah dan mengakui "ya, ini pendapat saya"-- bukan seperti bacul membaling batu sembunyi tangan. berdebat biar berhemah. tulis dengan siasah.

2)
kalau beramal, jangan takabbur. kalau dilihat org yang masih belum mengejar pahala seperti kita, jangan disindir, jangan diketawa ruginya. akhir nafas kita-- tak ada yang tahu lengkap ditak shahadah kita.

3)
kalau nak tutup fesbuk, TUTUP AJELAH. getik.

No comments: