Thursday, January 26, 2012

cara2 mendapat kerja milik orang putih

Ada satu soalan bagus dari seorang anak kecil yg dlm pemilihan course di universiti: apakah kriteria utk menjadi educator luar negara? Dan mcm kebetulan-- conference sejak dua hari lepas ada membicarakan tentangnya.

Baiklah. Kak fynn cuba list out apa yg kak fynn tahu dan diberitahu.

1) stage one

a-- darah
Kalau kita lahir di amerika atau great britain, secara automatik-- application anda layak ke saringan seterusnya.

b-- certificate
Kalau mmg hakikat kita bangsa berkaler ni, pastikan anda memiliki sarjana yg bertepatan dgn kehendak institusi pendidikan yg anda mohon.

Pointer: TERUTAMA pelajar yg berminat mengajar bahasa inggeris, anda dinasihatkan memilih sarjana dalam bahasa inggeris-- contoh english language and literature-- maka application anda adalah didasarkan anda pakar bahasa (please make sure your results walk the talk ye-- result pass tidak menjadikan anda pakar-- sebab mereka check transkrip).

Fresh TESL graduates atau cuma dgn pengalaman kurang 10 tahun yg memohon tidak diterima atas alasan anda bukan native speaker-- sbb mereka kata "kenapa ambil 2nd language speaker mengajar perkara yg mereka sendiri just acquired?". Maka biasanya TESL grads sangkut di malaysia UNTIL they earn their masters-- sbb lebih ada specification and specialization. But still akan ada sahaja alasan mereka. My advice: SKOR KOW2 sampai depa tokleh rejek hangpa.

Pointer lagi satu: pastikan anda dari universiti kerajaan. (note: dan xsemua universiti kerajaan diterima sbb org luar sgt ketat dgn university rankings. Boleh semak ranking universiti anda online. Sbb byk universiti dibua kerana demand-- bukan exclusivity). Ye. Susah masuk. Ye. Tak boleh suka2 apply. Ye. SEBAB mereka check universiti anda, check graduation status online dan pastikan data2 anda bukan kencing mcm ramai org yg mengaku ada masters la phd la rupa2nya-- kessiannn... Sijil gelek dlm opis je rupanya. Terima kasihlah dr f yg dah glamerkan malaysia sbg penipu certificate sampai masuk BBC news. Nice work.

Pointer lain: kalau anda dari university luar negara (yg berhemah kredibilitinya), lebih mudah.

2) stage two

a-- paperwork
Anda perlu mempersedia paperwork yg concise tapi menarik-- terperinci namun pendek (5-10 muka) ttg siapa anda. Mereka percaya pada "you have to know yourself before you claim you know the world". Persoalannya: kita tahukah kta siapa? Dan kita yg MANA yg mereka mahu tau?

Pointer: tulis dgn jujur. Nothing scores more that honesty. Tapi kalau kau tulis kau jujur xde sijil yg kau ckp tu-- mmg toksah angan la... Ahahahaha.

b-- health
Anda perlu TAK memberi peluang mereka fikir yg anda MMG nak / boleh mati di tanah mereka. Penyakit2 kronik mmg sah tidak diterima. Penyakit tak berubat juga. Medical check up di negara sendiri diperlukan. Dan bila di negara orang perlu dibuat lagi.

Pointer: lain negara, lain cara check up.

3) stage 3

a-- interview
Ada negara mahu interview DULU di negara kita. Ada yg panggil ke sana, interview. Suka-- stay. Tak suka-- babai, brader.

Pointer: jgn fikir dah travel ke sana-- lepas. Ada sahaja kes dah fly half the globe, gagal. Ye. Depa kejam. Tapi pikir gini: depa ada duit.

----------------

Pesan aku: siapa2 yg rasa mau hidup luar negara-- mmg indah, mmg best. Tp pertimbangkan: mak abah sakit xdpt balik, mknn kegemaran x ada, suasana comfort kita tak ada-- cara komuniti hidup lain.

Benda2 simple mcm perasaan sejuk setiap jumaat tgk para arjuna ke masjid mungkin rasa lain, bulan puasa kita je puasa, dll.

Note: hidup luar negara utk belajar dgn hidup luar negara utk cari rezeki itu lain. Sbg student, embassy jaga kita. Sbg pekerja, kita kena jaga diri sendiri.

Apa pun keputusan anda, kalau betul nk ke luar negara utk kerja,

1) MINTAK BERKAT mak abah, sbb kalau anda pergi dgn SEDIKIT KESAL dlm mereka-- tak tergamak hidup kalau tau mereka pergi terbuka mata, kan..?

2) simpan duit utk HIDUP DI TANAH SENDIRI. Sbb takkan balik malaysia nk start dr bawah semula?

3) niatkan hijrah ATAS SUNNAH. Dunia dpt, akhirat dapat. Niatkan nak lari dari kawan2 yg tidak elok, dari perangai2 kita yg buruk. Sbb kalau duduk malaysia tak boleh lari, kan? Kita hijrah akal dan fizikal.

4) TUNDUK TUNDUK TUNDUK. Bukan menyembah. Tapi hormat. Faham budaya org, cara org. Ingat: kita DI TEMPAT ORG. Biar dia nampak kita tau kita menumpang. Mcm dunia anjing: kita kena hormat alpha dog. TAPI jgn buang benda yg kita tak boleh buang. Kalau dia tuang arak kat baju kau sambil suruh kau togok-- matilah sebab kena bantai sebab melawan-- demi prinsip aku takkan kompromi tuhan aku. Tapi ikutlah. Tuhan maha memahami-- kalau kau cuma mampu diam-- diamlah. Tapi apa aku pegang: kalau kita baik, taqdir baik dtg pada kita. Kena sabar tunggu je la.

Ok. Itu sahaja.
Hope it helps.

1 comment:

laridankejar said...

kak fynn kerja dkt mana skrg?