secara officialnya aku adalah sampah. bangkit selepas matahari dah mula mau turun selama seminggu straight adalah satu kriteria yang terang2an.
dem.
gorengkan setan2 dua ekor tu cekodok instant yang penghabisan. makan tak habis, sebab tak sedap. aku dah bilang, kan, cekodok segera rasa memualkan.
mood aku sudah makin ok. satu: aku dah malas nak fikir, mau tangguhkan serabutan. dua: pok arm pula yang sedang serabut.
mana boleh lima nam orang serabut dalam masa yang sama, bukan? aku kena kuat sebagaimana nereka kuat untuk aku dua tiga menjak ini.
masalah pok arm adalah dia belum bersedia untuk komitmen. dan terlalu banya consequences2 tepi yang memberi tekanan padanya. seolah seseorang itu MESTI mempunya cinta di samping. seolah tanpa memiliki seseorang, kita takkan boleh declare kita sempurna.
bullshit.
kasihan. ada masa aku juga terlibat. biasalah, kawan2 berniat baik. mahu kawan bahagia. tapi mungkin dia lebih bahagia sendiri. benar juga. aku yang punya cinta hati sedang serabutan. kawan2 aku yang lain ada yang pening melayan teman lelaki yang gila perempuan. ada juga yang tertekan kerana berada di ambang putus.
maaf, pok arm. kami2 ini kadang2 terlalu sibuk dengan masalah orang lain.
kerana kami punya 1001 masalah yang mau diperlekehkan dengan memberi fokus pada hal kawan2.
sepanjang hari sekadar melayan DVD dan internet. tiada shooting semalam. mula dengan the last king of scotland kemudian unfaithful. bukan fokus pon. tidur saja lebih.
jam 8 pergi ke kedai bawah untuk beli bebola daging. aku masakkan budak2 ni spaghetti. makan macam biasa. layan movie lagi. kali ni the invisible kemudian borat dan akhir sekali evan almighty.
entry hari ini macam sampah, obviously.
sebab bangun untuk hari yang disia2kan.
aku tertidur ketika movie terakhir. tidur dalam kerugian.
maaf, entri hari ini tidak ada fokus.
2 comments:
kadangkala hidup ini bosan tanpa masalah,masalah2 nielah yang mematangkan kita untuk lebih berfikir tentang baik dan buruk. jangan anggap ini semua beban, anggaplah ini semua peluang untuk bertambah matang.
dan kamu.
semoga menjadi lebih tenang.
kami ini sayang kamu.
Post a Comment