Saturday, November 17, 2007

PMS yang nyaris membunuh blog ini

gila babi. baru dua tiga hari tidak menulis, aku rasa seperti tak siap assignment 15 mukasurat yang mesti di hantar esok pagi. dem.

salahkan segalanya pada PMS.

aku memang ada masalah dengan organ peranakan dari sekolah lagi. mungkin kerana arwah bonda yang meninggal dek kanser (sekali nendaku atas sebab yang sama), sedikit sebanyak aku ini agak lemah imunnya.

aku sudah puas bersoal sama tuhan.
tak mengapalah.

aku sebenarnya tidak ingat hari. berapa hari aku tak naiktarikh (("update": bodohnye bunyik dalam bahasa melayu)) blog puisitepijalan. yang aku tahu, sepanjang hari semalam aku cuma terbaring di tilam depan tv.

futnot: bila arm dan cham datang (atau kawan2 lain melepak), aku suka tidur depan beramai2. macam kat rumah kampung time raya. tidur berlambak. sanggup aku seret tilam ke depan, aku benci tidur sorang2. sama macam aku benci makan sorang2. mcm org takde harga.

sorang2.

dalam sudut hati, aku tau aku sorg2, cuma aku dalam denial, dalam penafian.
pathetic.

aku ramai2kan segala, riuh2kan suasana. aku benci sunyi. sebab aku pemikir, dan aku pessimist. bukan kombinasi yang cantik.

aku sendiri rasa diri aku jengkel.

yang aku ingat, sepanjang hari semalam pok arm keluar. ada urusan. dia semakin berjaya dengan kerjaya sambilan beliau: fotografi. ada sesiapa yang mau jurufoto hebat, pergi pada beliau. KLIK SINI

pok cham aku rasa meneman aku. sambil berinternet. nasib baik ada. aku tidur sahaja. kasihan. dia kasihan aku, dia tak ikut pok arm. sayangnya kat kebaikan mereka, rasa nak lempang.

tengahari datang. pok cham menawarkan diri untuk masak. aku kata boleh. dalam hati aku sudah mula yakin sedikit dengan kebolehan pok cham memasak. kelmarin dimasaknya nasi goreng daging dan sotong. boleh tahan. sebelum ni goreng itu ini jadi separa hangus, tak pun keras itu ini. akibatnya, jadi bahan kena marah je la. kesian betul.

//sesuatu di luar bicara sebentar//

selalu kena marah, kawan2 aku itu. aku ini pemarah. mulut aku bisa. tidak menjaga hati.

*diam sebentar*
aku rasa aku akan jadi ibu yang dibenci anak. aku sudahpun menjadi adik yang dibenci abang sendiri, anak saudara yang dibenci ibu2 saudara.
semua kerana mulut aku yang tak peduli telinga orang.

aku rasa aku tak mungkin akan ada lelaki yang mahu.
semua kerana mulut aku yang tak peduli telinga orang.

susahnya jadi pemuisi. manusia yang memprotes dan bersuara. aku takkan bisa menang politik perhubungan manusia. aku ditakdir menjadi kara. sebatang. se. satu.

sudah biasa mendengar marah keras orang tentang ini, tapi pertama kali aku disinis minggu lepas sahabat rapatku, tentang sikap ini. aku terpana. sehingga hari ini. berkecil hati, seharusnya. tapi biarlah. bukan salah mereka semua tidak memahami aku. aku yang lupa. aku bukan gadis2 luar sana. yang manis dan manja.

maka mula dari hari itu, aku menitahkan akal bermain permainan ini. diamkan. dan terus biarkan. bukan untuk memenangi hati smua orang. bukan. tapi kerana aku ini yang sebenarnya tidak sanggup mengetahui teman2 aku sendiri tidak mengenali siapa nur affina yanti.

tiada siapa akan tahu.

*semoga bila aku mati, baru anda kenali jiwa saya*

benarlah kata orang, cuma ayahbonda yang kenal isihati anak mereka. mungkin kerana itu, sehingga hari ini, mereka masih mendepang dada dan berbangga dengan si angah ini.

mari kembali ke blog, kerana itu objektif site ini.

pok arm pulang awal malam semalam. aku lapar. pok cham masak maggi resepi sendiri. sedap. makan tak habis. sebab masa senggugut mmg aku kurang makan. selesai itu, aku dan pok cham tonton Bad Boys dulu2, zaman Will Smith belum macho, jauh sekali Martin Lawrence yang sangat kudut. sambil itu, pok arm sibuk di komputer.

aku mmg dari dulu yakin dengan rezeki orang bertandang. ekonomi dah mula ok. tak macam minggu lepas. sejak arm datang, smua dah lega sket. yeay.

aku menulis blog ini sekarang sambil dua ekor setan itu bermain laptop atas tilam, bergurau2 selekeh: main kentut2, gelak2 mcm sekolah dulu. macam ni ke hi-school friendship?

aku tak banyak kenangan manis masa sekolah...

bestnya ada mereka. walaupon takde kerja pape, tapi mereka ada. aku tak pernah ada kawan rapat macam ni. dulu masa sekolah aku mangsa buli, berapa kali telan pill, hentak kepala ke tingkap, sebagainya.

tentang hari ini, seperti biasa aku mau tulis esok saja.

senggugut2 begitu pun, aku rasa malam tadi aku tidur dengan senyum, seronoknya hidup ada kawan.

5 comments:

-icha03- said...

agree wit u.... tanpa teman... idop ni kosong...

Hanafiah Ghazali said...

engkau soal Tuhan? Maha Pencipta
ciptaan-Nya tiada pernah dangkal
engkau soal diri? roh dan jasad
masa yang dikurnia-Nya untuk engkau
engkau benci sunyi? suara-suara halus anugerah-Nya
sunyi yang mencipta alunan jiwa
engkau pemikir, engkau juga pesimis
aneh otak berlawan jiwa
kenapa tidak otak dan jiwa itu satu
benarnya engkau penyuara protes kerana jiwa pesimis
kecewa bawa jiwa ke otak difikir diluah
benarnya engkau pemuisi kerana engkau juga penyuara protes
bukankah pemuisi itu mereka yang kecewa
dikurung jasad
dikurung jiwa
namun pesimis bukan pemikir
pesimis itu diarah jiwa bukan otak
kenapa tidak arahkan jiwa ikut tulisan-Nya
maka otak juga tidak tersimpang jauh
dan engkau tidak akan persoalkan lagi
kenapa PMS
kenapa sendiri
kenapa sunyi

fynn jamal said...

bersoal dengan Tuhan tidak semestinya berdebat.
-tapi muhasabah. seolah approach thesis, digabung dengan fitrah manusia yang begitu curious, dengan persoalan datang akal untuk membuat relevan.

pesimis itu pemikir. tanpa berfikir mana mungkin ada findings. cuma bezanya, aku ini menjurus ke kiri. maaflah kalau latar belakang hidup aku ini tidak linear dgn yang lain. kerana itu, pandangan aku agak distorted.

kasihanlah.
perjudisan kamu itu begitu keras.

jika tidak bersetuju dengan jiwa saya, usah kembali lagi.

cukuplah dgn manusia2 kejam yang aku hadap di alam realiti.

Hanafiah Ghazali said...

persetujuan tidak perlu pabila bicara tentang jiwa
kerana jiwa itu abstrak
kerana jiwa itu lukisan diri
masa melemparkan warna-warnanya ke atas jiwa
dan manusia itu kejam kerana jiwa bukan akalnya
aku tidak prejudis
sekadar luahan jiwa juga
yang dipimpin akal dan kalam-Nya
suara engkau suci tapi berat
telinga bisa bingit
namun hati terbuka difahami

Anonymous said...

teman adalah segalanya...