Tuesday, December 11, 2012

ignoran


writing the harshest truth is never hard.
never.
i never mind being a social outcast--
so writing from my sincerest thought is always easy.

but explaining?

explaining them always give me cancer.
ALWAYS.

i often forget,
i teach creative thinking and poetic elements only in class.

and these people are not my students.
it is tiring--
this explaing part of the modern writing.

some quotes i read said--
we are only responsible for what we write.
not what others understand.

i get it.
but when i write at all times in general ideas--
they always come back to me with personal comments addressed to me and indirectly to my family.

which sucks by the way.

but hell.
qulil haqq walau kaana murra, right?
at the end of the day,
at least i produce thoughts--
with MY NAME on it--
making a stand about things that could matter in life.

ini fynn jamal cakap.
at least i have the guts to speak up.

so readers.
at times when you fail to understand every words i say--
literal and those in between the lines--
i give up.

it is your loss from being prejudice.
and ignorant.
and your lack of "excuse me kak, what do you mean?".

not mine.

suicidal adalah kobodohan. full stop.


ramai juga yang share video remaja amerika yang bunuh diri kerana terlalu tertekan menjadi mangsa buli rakan sebaya. begitu luas liputan. begitu banyak tribute videos untuk anak perempuan itu.

yes. sad.
i get it.

but honest to god--
i dont think many of you see the whole picture.

ok. minta maaf awal2 sbb the next rant will be agak graphic dan keras. hence i will use more english than malay. sbb kak fynn selalu rasa lebih mudah bercakap ttg sensitive issues in english without sounding like a prejudice prick.

so here goes.

true.
dia terlalu stress.
dia rasa begitu sepi.
dia rasa loser.
dia rasa dia mangsa.

BUT.
killing herself SHOULD NOT justify what she did.

macam ni--
everything we do--
kita kena TAHU yang semua perkara dalam dunia ada consequences.
ada bahana.
ada kesan.

exposing yourself--
your WHOLE flesh like you are a piece of meat to random strangers--
expecting nothing but praises;
itu kebodohan.

this goes to every girls out there.

adik2 kakak sekalian.
DO NOT be stupid by showing every part of your body to stranger.
kalau buat depan kak fynn pun--
memang aku print screen--
tunjuk kawan2 buat stok menganjing.

you cant blame others for being jerks--
when you YOURSELF gave them CHANCE to be jerks.

dan adik2 perempuanku--
kalau dah TAHU lelaki awak suka sudah ada perempuan--
BLAH.

offering sex to them DOES NOT make you his girl by default. silap besar. boys would say EVERY FRIGGIN LIES in the textbook to get into your panties. EVERY -- FAHHKING -- POSSIBLE -- THINGS.

natijahnya-- this girl was beat up in front of many students by the actual girlfriend. and you question WHY?

memanglah kasihan. BUT. you had sex with someone's boyfriend. and that boy DOESNT EVEN want to back you up. bermakna kau cuma booty call.

apakah itu salah jantan tadi seratus persen?
you should blame yourself, kid.
cause you sold yourself cheap.

i can rant about this all night long. but i just wont.
i am sick with this fake sympathetic tale about how she is a bully victim and shit.
SHE IS NOT.

mangsa buli adalah APABILA seseorang itu ditekan atas sesuatu faktor yang no one can change but god.
macam cacat fizikal.
atau mak bapak pengaut sampah.
seumpama.

kalau memang dipilih jalan hidup binasa,
jangan merengek kenapa diri sentiasa diburu pemangsa.

dengar pesan kak fynn.
jangan buka baju bertelanjang demi lelaki fantasi yang cuma ada di belakang skrin percuma2.
pelacur pun tau bubuh harga.

enough of this amanda todd videos.
stop spreading wrong ideas.
she killed herself.
not because of the bullying.
but because she does not want to ADMIT she fuct up.

yes, she said she knew what she did was wrong and all.
but JUST SAYING sorry doesnt MEAN you are sorry.
admitting your mistakes is an act of taking responsiblity.
and being reaponsible is when you man up and say "i WILL make a better me".

which she failed again and again.
moserably.

she may be young--
but so are millions of girls out there.
so are our sisters.
so are our friends.
so are we.

SO.
WE are the heroes.
NOT her.

she is not a hero.
nor is she a victim.
she made wrong choices.
over and over again.
and CHOSE to run away from it.

remember.
just because a story ends in tragic--
doesnt mean it is epic.

mistakes are made everyday.
FIX IT.
dont run away from it.

haih.....!!

maka adik2 perempuanku--
the way i see it--
you have TWO choices.

one--
do NOT make stupid things you WILL eventually regret.

or two--
if mistakes are done-- MAN UP and admit: i fuct up. and rebuild yourself.

ingat.
menjadi mangsa adalah APABILA kita xberdaya.
memberi sebab untuk menjadi mangsa--
adalah kebodohan.

Thursday, December 6, 2012

roken rolla


hidup--
inilah dia.

takkan kering uji.

tapi, kan,
kalau hidup statik--
bosan juga.

rasanya lah.
kan...?

*pause*

memang.
MEMANG masa tanggung setiap inci dugaan itu kita akan ada rasa macam nak mati.
rasa kelar tangan mungkin lebih ringan beban.
rasa rodok pil tidur dalam tembolok mungkin lebih hilang serabutan.

semua jenis kehancuran lebih mudah dari apa sahaja yang sedang dijulang akal dan badan.

TAPI.
hidup perlu terus.

perlu.
supaya kau dapat lihat semuanya setelah badai selesai--
untuk kau saksikan setiapnya--
menoleh semula dan rasa:

"wow. did i JUST pass all that?"

kita--
lebih kuat dari apa yang kita sangka.

sekarang pergi depan cermin--
dan cakap sama orang di depan mata--
"let's rock and roll"

Monday, December 3, 2012

anak


anak.

sejak ada anak,
hidup aku dah tak ada makna apa selain untuk dia aman dunia akhirat.

ada anak-lah buat aku rasa nak sembah tuhan hari2 supaya anak aku diterima tuhan.

ada anak-lah buat aku rasa nak kerja kuat2 supaya anak aku dapat seluruh dunia dan kemewahan.

ada anak buat aku hidup.
30 tahun aku hidup yang mati.
tak percaya--
baca tulisan2 aku,
tanya manusia2 keliling aku.

apa yang buat aku bertahan cuma suami.

*senyum*

kalian yang masih merasakan hari2mu kosong dan terlalu penuh dengan nanah dan daki--
bersabarlah.

moga2 sampai sebab untuk kau bernafas kembali.
sabar.
dan tunggu cahaya dipancar.

selagi ada esok--
sempat.

Saturday, December 1, 2012

jantan jambu


aku tak paham kenapa ramai orang allergic sangat dengan lelaki yang bimbitkan beg tangan perempuannya.
ok. kalau perempuannya jalan dengan dongak dagu sambil membuat konotasi "tengok! tengok! aku queen control", ye, aku mengerti.

tapi in general.
lelaki tolong pegangkan beg tangan isteri?
apa pasal begitu2 dibenci?

pada pendapat patik pacal yang hina--
perbuatan suami aku yang merendahkan egonya bertanya "larat tak sayang? nak saya tolong pegang?" adalah sesuatu yang paling manis.
tidaklah dia SETIAP kali hendak bimbitkan, tapi ada masa2nya. di timing2 yang just perfect sahaja.

macam kalau hari itu malam tadinya aku banyak kerja.
atau tadinya balik pejabat lewat, dengan semak samun di kepala--
seumpamanya.

apa masalahnya?
hilang jantan?
terkontot kemaluan?

tak, kan?

aku tak tahu apa yang ada dalam beg tangan seorang perempuan lain, sebab aku tak pernah bertanya.
tapi dalam milik aku, yang ada cuma telefon bimbit, pad uzur datang bulan sekeping, ubat penahan sakit untuk berjaga2, dompet kosong yang cuma ada kad2 pengenalan diri. aku jenis isteri yang tak reti pegang duit. semua urusan kewangan diuruskan suami. bukan kerana bodoh akaun-- tapi kerana aku seorang isteri-- dan setiap yang aku belanjakan bagi aku perlu diizinkan suami.

selainnya?
barang suami.

telefon bimbit dia, kamera kompak, dompet tebal untuk setiap transaksi, passport, segala jenis kunci.

apakah cuma aku--
tapi aku merasakan perbuatan suami meminta isteri mengizinkan teringan beban adalah manis.
hatta kalau membeli-belah sekali pun, walau aku berkeras sekali pun, takkan dibagi izin aku memegang palstik2 dan sampul2 pembungkusnya.

"kerja berat kerja lelaki.
saya lelaki"

hendak cakap macammana?

tugas aku ketika berjalan cuma satu--
dukung anak sambil pastikan jari bertaut selalu.

maka aku kembali pada penyataan tadi--
aku tak faham kenapa lelaki yang membimbit beg perempuannya dianggap tidak lelaki.

lain orang lain rasanya.
ada lelaki rasa berderai maruah bila kelihatan feminin.
ada perempuan rasa megah bila lelaki kelihatan murah.
terpulang.

tapi.
ada juga kami2 yang rasa cinta.

jadi.
jangan diunjuk2 buruknya suami kami.

kerja berat memang kerja lelaki.
tapi kerja mengagungkan dan memperdahulu suami adalah kerja kami.

cetek sangat dengan definasi jantan.
bero--
pakai baju kaler pink pun--
kalau dah jantan--
tetap jantan.

takkan terubahkan.