Thursday, August 30, 2012

budi dan bagi

budi dan tolong adalah dua konsep berbeza.

budi adalah rezeki pada mereka yang tidak perlu.
tolong adalah kurnia pada mereka yang mengkehendak sesuatu.

sentiasa--
sebelum engkau berbudi,
tanya2kan dulu:

"apakah yang aku hulur ini sesuatu yang aku akan mahu,

atau telah aku benar2 tak kalih kalau tidak lagi ia dalam milikku"

secara mudahnya--
berlebih seringlah kau lafaz "ini, aku tolong. di hari datang, giliran kau"

kerana beringatlah.
berbudi adalah memberi rezeki pada yang tidak perlu.
cuma kau sua2 atas nama budi demi kesenangan hatimu.

dan perasankan juga--
mereka yang menerima budi engkau itu juga memberi budi dengan mengizinkan kau berbudi.
mereka--
bukan pengemis yang menangguk2 di kau punya kaki.

No comments: