Tuesday, June 12, 2012

mari jangan memandai

saya menyeru kepada penjawat jabatan kerajaan supaya menjawab perihal yang berkenaan dengan jabatan anda dan tidak memandai2 di bahagian yang anda tidak fasih.

tak ada orang marah kalau anda tidak boleh menjawab persoalan imigresen, contohnya, kalau memang anda ditempatkan di jabatan pendaftaran. (contoh). cukup menjawab "boleh rujuk jabatan itu".

TAPI.
bila kau memandai2 menjawab bagi pihak jab

atan yang TAK ADA kena mengena dengan kau, siap kata "kami meeting tempoh hari kata tak boleh langsung (utk kes diajukan)", sehingga menimbulkan kekalutan paperwork--
itu taik namanya.

department bertanggungjawab kata boleh--
kau dah kenapa nak cakap tidak.

macam ni lah,
bak kata abah;
kalau kita gembala kambing,
lembu orang jangan dikandang.

apa pun,
this has been a TERRIFIC week.
setiap urusan di pejabat kerajaan di putrajaya dan mahkamah seremban adalah tip-top.
dengan senyumnya.
dengan pantasnya.
dengan mesranya.

walau pun dgn pengalaman pahit satu abang kambing hitam itu, aku jujur hendak katakan--
sistem kita efisyen gila.

note: tolong baca dari angle seseorang yang hidup di negara komunis yang hancai sistemnya.

No comments: