Thursday, February 23, 2012

surat cinta paling indah dalam dunia

simpan, fynn.
dalam kepala kau.
simpan.
dan ingat.

jauh mana kau merantau;
kau masih orang kampung.
jangan lupa itu.


----------------------------------

salam na ante berdua....

mama ngan ayah sedeh sangat baca na ante punye cerita...
sungguh terharu, mama suruh ayh baca...
pastu ayh masuk bilik nangis macam budak kecik, jenuh mama pujuk....

dia kata dia rindu dak ante fin, yg sorang tu rindu juga tapi lebih byk fin...
dia kata nanti beli banyak - banyak daging tetel bila fin balik untuk buat asam pedas.....
dengar tu mama pulak yang nangis...
akhirnya dua-dua nangis macam budak kecil......

pastu cerita lempeng pulak...
mama cerita ngan ayah, kalau makan lempeng fin mama ngan ayel berebut rebut kekadang cicah sambal, kekadang cicah kuah durian...
sedapnya.
mama rindu kan suasana tu....
nanti balik kita buat kuah durian ya....

salam rindu buat na ante berdua dari ayah dan mama...
muaaaahhhhhhhhhh




aku tak pernah dapat surat cinta dari lebih manis dari surat cinta mama dah ayah mertua aku.
sampai mati-- aku akan simpankan ia dalam kepala.

Wednesday, February 22, 2012

tentang mama dan ayah saya

tri lamar aku kahwin pada pertemuan kami yang pertama.
rasanya ramai dah dengar ceritanya.

aku masih belum sempat cam mukanya dia sudah kata--
kalau betul kau sudi, kita jumpa lagi,
kalau tak mahu, buat habis kau punya masa,
buat habis duit aku saja.

:)
to cut the story short--
obviously aku kata ya.

dating pertama yang paling lama.
dari restoran baru buka sampai nak tutup,
sampai dah berangkat kusyen2 di pationya.

lama bukan apa.
utk dia briefing tentang keluarganya.
dan aku paling takkan lupa bila kita kata--
"kau paling kena jumpa mama aku."

kenapa? aku tanya.
"mama aku paling comel dalam dunia"

aku skeptik. mana sesuai perkataan "comel" untuk orang berusia?
dan akhirnya bila aku jumpa bundanya--
garang nauzubillah allahu rabbi.
singa.

comel kemende?

sarjan bahagian jenayah, kot.
antara yang terlibat dalam kes mona fendi, kot.

jangankan senyum,
pandang pun sekali imbas saja dia bagi.

takut.
nak nangis pun ada.

*senyum*

aku tak tahu nak cerita macammana.
ini bukan tipikal cerita yang ada transition.
yang nampak perubahan karektor ke macammana.

sebab sepandai macammana aku dalam bercerita,
aku paling tak pandai nak bercerita tentang orang yang aku sebutkan nama.
aku seram, risau, bungkam, seriau-- takut tak adil dalam penerangan.
sebab bagi aku, tak ada perkataan paling sesuai untuk aku perincikan keindahan.

apa yang aku mampu cakap--
mama saya macam buah durian segamat.
luarnya tajam, kopeknya liat.
dah bukak dalam-- komfem melekat.

*senyum*

mama,
memang sesungguhnya paling comel dalam dunia.
kalau aku manja-- dia darab seribu gandanya.
manja gila!

*pause*

aku sebenarnya rindu mama dgn ayah.
mertua yang paling aku rasa paling baik dalam dunia.
dengan menantu macam hantu ni pun-- tak pernah tak sayang sama aku.
menantu mengada-- akulah itu.

*kesat airmata*

tadi masa tulis pasal perempuan kena rajin masak,
mama komen dia rindu sama lempeng aku.
memang kalau kat rumah, akulah kawan borak dia.
terlalu manja, sampai kalau bercakap--
entah apa bahasa budak kecik yang kami guna.

aduh... berderai airmata ni tak tahu nak cerita macammana.
rasa macam nak balik searang ni juga--
bikinkan satu-persatu lempeng untuk dia.

tak cukup rindu yang satu itu--
tuhan tambah lagi dugaan pada aku:
masa skype tadi boleh ayah cakap dengan bersahaja:
"e eh, kenapa menantu ayah dah cantik macam tuan puteri raja?"

pergh....!!!
tak rindu pulakkk nak balik rumah nak bermanja lama2.

*kesat lagi airmata*

mama... ayah...
pin dgn ayel rindu...
:(

kitorg balik julai ni nak asam pedas tetel 4 hari straight.
tak kira.

Sunday, February 19, 2012

diam

chef ramsey said something about:
a knowledgable person will be confident.
a less one will be arrogant.

yang mana aku rasa ada betulnya.

bila kita tahu, kita akan lebih tidak menggelabah.
dan sebaliknya di bila tidak, kita lekas goyah.

bila mana kita tahu sesuatu dengan pasti,
kita lebih selalu untuk memilih menjadi diam dan melakukan observasi.
for the fun of it.
sebab manusia sangat unik setiap hari.
memerhati-- lebih menarik dari apa jua aktiviti.

macam 2 + 2.
jawabnya 4 pastinya.
sampai mati.

lalu kalau datang seseorang menimbulkan bahas yang jawab 2 + 2 itu adalah warna hijau muda;
kita lebih senang untuk tengok dan perhati sahaja.

kerana--
apakah berbaloi bergaduh sama orang yang merasa perlu untuk membuktikan yang "hey, jawapan aku ada logiknya".

logik adalah intangible.
bermakna "definasi sesuatu itu bergantung pada deria".
bermakna ia tak tetap.
bermakna-- semua boleh betul.

2 + 2 boleh jadi hijau muda kalau 2 dan 2 tadi adalah spektrum warna yang menjadikan hijau muda.
ya.
tapi..
asasnya, asalnya, akarnya--
tetap 2 + 2 menjadi 4.

benar.
bagi banyak orang, teori kemenangan adalah kekuasaan majoriti.
bermakna -- lebih besar pengikutnya, lebih benar penerimaannya.

tapi.
ada satu konsep dalam sosiologi yang dinamakan fallacy.
iaitu--
kebenaran yang sebenarnya satu kesalahan yang diterima majoriti.

dan majoriti akan menerima hujah fallacy tadi.
kerana secara keseluruhannya ia adalah kebenaran.
tak kiralah asal-usul kebenaran itu,
yang penting sama2 majoriti.

kerana manusia adalah penakut.
kalau hendak buat sesuatu--
kita MESTI ada kawan di tepi.

maka pada yang tahu 2 + 2 itu empat;
diam--
adalah satu pilihan.

diam--
adalah kebijaksanaan.

Friday, February 17, 2012

lakum diinukum waliya diin.

aku minta jasa baik penganut agama lain tidak masuk campur dalam diskusi kali ini. aku seboleh2nya mahu elakkan pergaduhan antara kaum dan agama seperti dalam perbualan kami dalam sesi2 lepas.

hormatkan kami, dan kami akan hormatkan perbualan kamu.
terima kasih.

baiklah.
tadi. awal2 pagi telah aku nampakkan satu gambar di tengah2 perkongsian di news feed. gambar orang islam yang menghadiri majlis agama lain-- dan mebuat ritual agama orang-- atas dasar semangat berbilang kaum.

ok. enlighten me.
sebab aku sungguh tak berapa faham.
mari kita berbual TANPA menggunakan mulut.
mari kita berbincang atas dasar berkongsi ilmu mana yang patut.

untukku agamaku, untukmu agamamu.
lakum diinukum waliyadiin.
hari2 kita baca.
setuju?

ok. semua kita setuju itu.
kalau tak setuju, takkan kita berani kata kita beriman pada kalaamullah.
surah al-kaafiruun.

katakanlah wahai muhammad: "wahai orang2 kafir,
aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah,
dan kamu tidak mahu menyembah apa yang aku sembah
dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat
dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat--
bagi kamu agama kamu dan bagi aku agama aku"

serasa aku-- apa yang jelas aku faham adalah--
tak salah berkawan dgn lain bangsa. tapi kena ada respect. dan orang KENA respect agama kita tak kenan benda2 begini.

bayangkan apa nabi ibrahim akan cakap pada kita yang berada di kalangan berhala2 yang dulunya dia kapakkan? padahal itu agama keturunannya. tak ada pun dia duduk situ atas dasar "hormat-menghormati"

kita hormat org nak sembah berhala dia. itu terpulang dia.
kenapa orang tak mahu hormat kita tak mahu berada di kalangan berhala dia?
jemputlah makan sama2. tak apa.
tapi kalau dah duduk bersekali di depan berhala mereka--
untuk apa?

hari raya kita pun kita suka jiran2 lain agama datang merasa.
tapi solat kita takkan nak pimpin mereka satu saf kita?
ada batasnya!

tapi itulah. manusia malaysia dah terlalu toleransi. demokrasi ni pegangan yang boleh menyasarkan. tak semua benda kita patut pejam mata demi nak jaga hati org. hati kita macammana?

tak salah nak pergi lawat. tak salah juga jalau kita tolak. tapi kalau dah pergi, kenapa nak buat ritual2 mereka? calit kepala, pecah kelapa itu semua. mereka2 yang berkata "ala.. yg penting niat kita.. calit tu semua saja2. bukan ada makna"-- minta istighfar, adik2 kakak abang semua. jgn cakap benda yang kita tak tahu asal-usulnya. jemput tanya pada rakan2 lain agama. biar mereka terangkan semua.

kenapa kita mau buat?
"alaa.. niat mereka baik. minta kita selamat dari mata syaitan"
"entah.. derang kata untuk rezeki murah"
"tak buat kang derang kecik hati"

adik2,
sedangkan baca horoskop pun boleh terbazir solat2 kita. apa lagi kalau ada SEKELUMIT senyum pada fikiran "ohh.. so sweet mereka doakan begitu utk saya"

soalan. doa mereka pada tuhan mereka. apakah ia memberi makna kita memperakui kemungkinan tuhan mereka juga memberi? sudahlah perkataan karma dah jadi lebih laju luncurnya di mulut kita dari "qada' dan qadar".

haih.
aku bukan ajak dan ajar kita jadi tak berbudi bahasa.
kalau orang bersopan mahu kita meraikan--
kita dengan santun menolak dengan kebaikan.

lakum diinukum.
wa liya diin.

entahlah.
bagaimana fikiran kalian semua?
apa lain dari apa yang aku rasa?

Saturday, February 11, 2012

valentino yang menghuru-harakan cinta sesama muslim

weird.

tak nak sambut valentine.
bagus.

tapi.
kalau sampai sepuluh kali nak letak di status tentang aktiviti akan dibuat pada hari valentine sambil memberitahu aktiviti itu dibuat kerana geli / benci / terrer sebab tak mahu sambut valentine--

itu symptom defensive.

bermakna sebenarnya dalam kepala memang hendak.
cuma tak boleh.
atau dalam kepala PERNAH ada hendak.
atau just out of curiosity-- macam ada secalit hendak.

mcm perempuan yang fak gadis2 shopaholic bershopping sakan di coach.
atau zara europe.
kalau bopren dia nak belanja.
menghegeh juga.

kan?

maksud aku.
kalau betul kita nak berhentikan budaya valentine ini--
BERHENTI bercakap tentangnya.

menyebarkan ilmu adalah berbeza dengan menunjuk2 kita lebih tahu.

kan?
:)

Friday, February 10, 2012

ngomenan normal kalangan kita

mari kita semak normaliti pemberi komen di malaysia.

kita mulakan dengan satu penyataan:
seorang gadis melayu ditangkap sedang menghisap rokok di surau taman perumahannya.

komen2 biasa:
------------------

1) racist.
ah!! melayu!! memang @%$^£%^*$!!! aku memang tau dah semua ni @()*&^&(^&(*&%%$.

-- soalan:
habis?
tak pernah jumpa bangsa lain yang jahat?
tak pernah jumpa bangsa melayu yang elok?

2) politikus ekstrimis.
ahhhh!! kawasan parti sosyelll!! biasa la!! parti A mmg tak peduli!! ahli neraka semua tu!! blablablabla.

-- soalan:
habis?
semua ahli parti sekian2 itu maksum?
semua ahli parti sekian2 itu jahanam?

3) sexist.
ahh!!! zaman sekarang pompuan semua tak boleh pakai. bosia. pelacur. rabak semua. brokbrekbrokbrek.

-- soalan:
habis?
yang pasangannya yang tukang upload gambar2nya?
yang pasangannya yang sama2 ada di tempat dibuat jahatnya?

4) hati busuk.
ahhh!! aku tau tu sapa!!! budak sekolah aku!! nama dia Raziah Binti Mutalib. nah!! nah!! ni fesbuk dia. SEMUA gi cari gi.

-- soalan:
habis?
kau punya sifat tu apa?
kau punya busuk hati tu macammana?

5) penghabis.
ah. kau tak pakai tudung. diamlah.

-- soalan:
bro. mana boleh soal.
benda betul, bro.
hehe.
takpe. tu aku senyum je. sebab tu mmg aku salah.
:)

*senyum*

adik2 dan kakak2 abang semua.
TOLONGLAH. berhenti.
rentikanlah sifat kita yang begini.

sebab selagi 4 jenis pengomen di atas ini wujud, kita TAKKAN mampu memberhentikan pengaiban.

aku gemar membebel. benar. aku selalu meleter. benar. ampunkan kerana kelantangan. tapi aku ini seorang pendidik. aku gemarkan perbincangan. dan perbincangan yang terbaik adalah berdasarkan kasus2 yang sebenar. dengan memegang yang baik jadi tauladan, yang buruk jadi sempadan.

menulis tentang sesuatu konsep adalah lebih mudah kerana ia general dan tidak memberi had. menulis tentang sesebuah perkara tanpa memberi nama pelakunya bagi aku lebih tidak jahat.

buat apa bising tentang siapa mencuri?
bukankah lebih bagus kita berbual tentang bagaimana terjadinya curi?

maka tolong.
bila mana kalian melontar2 nama, perbincangan yang mulanya kemas jadi bernanah. ia akan terberhenti dan akhirnya berterusan dengan pergaduhan yang tak ada erti.

sampai bila.

menegur biar ada cara. berkali2 telah aku pesan.
page ini BUKAN tempat mencari peminat yang menghegeh2 aku atau kawasan kalian mencari kawan2 demi cinta muka buku. aku bukan penyanyi. aku bukan penghibur. aku pencerita yang suka berhibur.

noktah.

tak ada hadiah pun utk pemilik pemilik page dgn nombor berjuta. dan kalau pun ada, untuk apa-- kalau ramainya semua semata2 berbual benda2 yang tak mensensual akal dan minda? percayalah. aku tak cari wang dengan duit hiburan.

makan pakai aku cukup.
aku menulis kerana jiwa aku laparkannya.
itu sahaja.

sekali lagi.
jangan berhentikan tulisan aku,
SEMATA2 kerana keseronokan dua saat kamu.

tidak adil.

Thursday, February 9, 2012

pelanggan sentiasa betul abah kau

isu customer nak kena hambat dgn pekerja kfc itu dgn tiba2 jadi popular. bukan hangat kerana perbincangan sosiologi, ia lebih berbau perkauman, defensive dan bias.

yang benci kfc buka mulut.
yang anti cina tuding2.
yang pantang melayu tunjuk2.
yang cina backing melayu.
yang melayu backing cina.
yang peniaga kata customer.
yang customer kate peniaga.

macam2 hal.

kesimpulan yg paling muktamad, bagi aku adalah ini:
duit bukan lesen kau nak jadi raja.

tak kiralah bangsa apa, jenis apa. asal pergi ke kedai dgn duit, kita selalu rasa kita maharaja. meja tak sempat lap-- sambil terjingkit2 kau juih2kan geli. tunjuk sgt kau pembersih mcm kau makan tak bersisa langsung. Kalau order tak sampai2, dia punya bengis-- ya rasulullah...! mcm hak kerakyatan di revoke tanpa alasan.

kawan2 kiri kanan pun naik segan. kalau tegur, jawapan pasti dia "eh, kita bayar dia. kita ada hak".

*tujal kepala sendiri*
ni. otak ni. cuba pakai.

setakat sepinggan 6 ringgit, tak usah bisinglah kau punya duit. apa punya manusia la sampai ini macam cara kita layan sama2 manusia.

pelik.

bila tengok pakcik buta main muzik tepi jalan masa jalan2 dgn bopren reti pulak dia cakap "alaaa.. kesiannyewww..."

pulak. ada kasta? sebab dia buta?
habis? orang yg kerja cari makan mcm mana?
tak layak dikesiankan ke mereka?

ye. aku tak nafikan ada pekerja yg mmg mcm celaka. tapi di banyak masa, pekerja2 tu mengumpullllll je panas hati. mungkin nasib yang terkena la jadi ten cent too many.

pernah fikir kerja sejam dua STRAIGHT dpn panas api? kita yg kerja dpn pc ni boleh la berlagak. dalam aircond. setakat buat kerja serius 20 minit, ganti main fesbuk 10 min selang2. cuba rasa kerja amanah-- straight. boleh?

aku sungguh LAH bersyukur datang dari keluarga orang susah. macammana mana senang aku, sebaik2 saja aku nak lupa-- abah mmg jerkah-- ingat! awak tu anak pemandu bas sekolah.

sebab aku rasa, manusia2 yang sungguh2 bongkak dalam dunia ni BUKANLAH org yg betul2 kaya. yang ria' semuanya yg dlm proses nak jadi kaya. sebab dia nak org tau yg dia kaya.

something about " i have to prove to the world that i exist in this world "

aku tak bercakap pasal video kfc bodoh tu.
jadi tak perlu bahas pasal itu.
tak berminat pun.

aku cakap pasal customer yg rasa dia maharaja semata2 dia bayar kita buat kerja.

kami, miskin mana pun, kami bukan hamba.
kami ada anak isteri.
kami perlu jaga maruah yang ada.

dan yg paling pasti--
bukan utk saudara2 pijak2 utk setakat seringgit dua.

allah--
hua akbar!
dia.
bukan duit kau.