Friday, February 17, 2012

lakum diinukum waliya diin.

aku minta jasa baik penganut agama lain tidak masuk campur dalam diskusi kali ini. aku seboleh2nya mahu elakkan pergaduhan antara kaum dan agama seperti dalam perbualan kami dalam sesi2 lepas.

hormatkan kami, dan kami akan hormatkan perbualan kamu.
terima kasih.

baiklah.
tadi. awal2 pagi telah aku nampakkan satu gambar di tengah2 perkongsian di news feed. gambar orang islam yang menghadiri majlis agama lain-- dan mebuat ritual agama orang-- atas dasar semangat berbilang kaum.

ok. enlighten me.
sebab aku sungguh tak berapa faham.
mari kita berbual TANPA menggunakan mulut.
mari kita berbincang atas dasar berkongsi ilmu mana yang patut.

untukku agamaku, untukmu agamamu.
lakum diinukum waliyadiin.
hari2 kita baca.
setuju?

ok. semua kita setuju itu.
kalau tak setuju, takkan kita berani kata kita beriman pada kalaamullah.
surah al-kaafiruun.

katakanlah wahai muhammad: "wahai orang2 kafir,
aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah,
dan kamu tidak mahu menyembah apa yang aku sembah
dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat
dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat--
bagi kamu agama kamu dan bagi aku agama aku"

serasa aku-- apa yang jelas aku faham adalah--
tak salah berkawan dgn lain bangsa. tapi kena ada respect. dan orang KENA respect agama kita tak kenan benda2 begini.

bayangkan apa nabi ibrahim akan cakap pada kita yang berada di kalangan berhala2 yang dulunya dia kapakkan? padahal itu agama keturunannya. tak ada pun dia duduk situ atas dasar "hormat-menghormati"

kita hormat org nak sembah berhala dia. itu terpulang dia.
kenapa orang tak mahu hormat kita tak mahu berada di kalangan berhala dia?
jemputlah makan sama2. tak apa.
tapi kalau dah duduk bersekali di depan berhala mereka--
untuk apa?

hari raya kita pun kita suka jiran2 lain agama datang merasa.
tapi solat kita takkan nak pimpin mereka satu saf kita?
ada batasnya!

tapi itulah. manusia malaysia dah terlalu toleransi. demokrasi ni pegangan yang boleh menyasarkan. tak semua benda kita patut pejam mata demi nak jaga hati org. hati kita macammana?

tak salah nak pergi lawat. tak salah juga jalau kita tolak. tapi kalau dah pergi, kenapa nak buat ritual2 mereka? calit kepala, pecah kelapa itu semua. mereka2 yang berkata "ala.. yg penting niat kita.. calit tu semua saja2. bukan ada makna"-- minta istighfar, adik2 kakak abang semua. jgn cakap benda yang kita tak tahu asal-usulnya. jemput tanya pada rakan2 lain agama. biar mereka terangkan semua.

kenapa kita mau buat?
"alaa.. niat mereka baik. minta kita selamat dari mata syaitan"
"entah.. derang kata untuk rezeki murah"
"tak buat kang derang kecik hati"

adik2,
sedangkan baca horoskop pun boleh terbazir solat2 kita. apa lagi kalau ada SEKELUMIT senyum pada fikiran "ohh.. so sweet mereka doakan begitu utk saya"

soalan. doa mereka pada tuhan mereka. apakah ia memberi makna kita memperakui kemungkinan tuhan mereka juga memberi? sudahlah perkataan karma dah jadi lebih laju luncurnya di mulut kita dari "qada' dan qadar".

haih.
aku bukan ajak dan ajar kita jadi tak berbudi bahasa.
kalau orang bersopan mahu kita meraikan--
kita dengan santun menolak dengan kebaikan.

lakum diinukum.
wa liya diin.

entahlah.
bagaimana fikiran kalian semua?
apa lain dari apa yang aku rasa?

2 comments:

chocomaniacz said...

bila ilmu di dada tak ada, tapi berlagak seolah2 tinggi ilmunya. bila ditegur melenting pula, itu mmg sah bodoh sombong namanya

hanjila said...

"doa mereka pada tuhan mereka. apakah ia memberi makna kita memperakui kemungkinan tuhan mereka juga memberi?"

minta maaf klau sy ada percanggahan pndpt. kita beriman bhw tuhan itu satu. jd sdh tentu tuhan kita adlh tuhan mereka. iaitu Allah yg maha esa. cuma amalan agama kita berbeza. ayat tersebut seolah-olah menyatakan bhw ada tuhan lain selain dr Allah SWT.

cuma satu pndpt yg ikhlas...