Wednesday, February 8, 2012

anak kecil main api

tadi aku tertonton lagu lama aku ketika membesar.
"anak kecil main api"

sedari kecil, aku pantang mendengar lagu patriotik. menjadi anak kepada seorang tentera -- walau tidaklah tingga mana pangkatnya -- aku dididik untuk menjunjung bumi lahir aku ini. benderanya. lagu2nya. jati dirinya.

maka ketika aku dengarkan pangkal lagu yang dikongsikan oleh kawan di fesbuk itu tadi, aku tergamam. melodinya sama. kenapa liriknya tidak sama seperti apa yang biasa?

aku patuhkan pendengaran dengan mematikan bunyi2 selainnya.
parodi.
ah sudah.

bangsat.
ada orang sudah menukar kata2 dalam lagu indah ini-- demi jenaka politik sialnya.
lagu yang asalnya tentang sayu hati melihat bangsa sendiri mati dek ketamakan kuasa kini diganti2 kosanya dengan perkataan seperti melancap dan air mani. dibubuh elemen2 menghina ke taraf anjing dan babi. pelbagai lagi.

menitik air mata aki.

namun tidak seperti dulu yang aku sebakkan liriknya yang halus dan sayu.
tapi kerana amarah yang aku tak termampu luahkan setiapnya.

*diam*

apalah hendak jadi.

*istighfar*

tak apalah.
ada hari aku akan melenting2. hari ini bukan antara harinya. dulikanlah manusia2 yang benci2 itu-- semoga tak lagi aku jumpa apa seumpamanya. atau kalian akan menjadi mangsa membaca setiap satu-persatunya.

haih.

kasihan, sebenarnya. kerana apa yang aku pelajari, lebih terbuka mata dan hati seseorang itu, lebih rendah tinggi dongaknya. mungkin mereka2 yang sebegitu terbatas ilmu akalnya. atau terkemas kunci jiwanya.

maka biarlah.

nah. tanpa ada unsur politik, tanpa ada elemen perkauman, sudilah anak2 rantau seperti aku merendah diri mendengarkannya. semoga terpujuk rindu pada tanah sendiri.

anak kecil main api.
klik saja tajuk ini utk merasakan getar yang aku rasa.

haih...

*pause*

ya. lagu ini tentang melayu. tapi. bukanlah kita bermegah bangsa apa yang superior. jadi usahlah ditimbul-pertikaikan. aku cuma anak melayu terpisah negeri, maka hormatkan. aku sering menyebut melayu kerana itu mmg aku. aku tak perlu jadi plastik dgn mengatakan aku berdarah campur indonesia pakistan eropah semua-- waima sungguh memang aku berdarah bugis dan apa adanya.

aku tak faham apa pentingnya membangga diri terlalu melayu, atau terlalu berdarah kacuk-- kalau sekadar kacuk dgn rantau dekat-- lainlah kalau mmg berkacuk afrika-- layaklah kau hendak war2 ke setiap insan.

ini malaysia.
asalnya suvarna bumi.
tanah org berdagang.
tanah mewah dgn hasil bumi.
maka sudah pastilah pelbagai kaum berkenan hidup sini.

berhentilah terlalu taksub dgn asabiah.
bangsa arab dikutuk tuhan kerana bongkak perkaumannya.

kita semua manusia.
sama.
kerat jari semua bangsa sama darahnya.

lalu sekali lagi. jgn timbulkan isu aku sering menyebut perkataan melayu dalam perasaan aku hari2.
sebab kalau mmg tak dibagi merasa bangga dgn jati diri;
jangan diajar perasaan menyokong pasukan sukan sendiri.

bukankah dari kecil kita selalu diajar menyorak kecemerlangan pasukan diberi?
kalau budak kecik pun reti bersudah2 bila selesai hari sukan sekolah mereka--
kenapa tidak kita?

takkan sampai mati kau sibuk nak sorak rumah hijau semata2?

6 comments:

jhnrdzi said...

sudah lama saya tak tengok kak fynn update blog.

yes saya setuju, sesungguhnya memang Allah ciptakan semua manusia itu sama rata, sama darahnya, dari bapa yang sama dan punya ibu bernama hawa.

sebab itu agama memberi explaination yang lebih baik berbanding mereka yang mulhid. kita diajar bahwa semua daripada kita adalah bersaudara waima si mulhid pula katakan manusia adalah 'produk' setelah competition dan perlawanan survival.

Anonymous said...

Terima kasih sebab perkenalkan lagu
' Anak Kecil Main Api'
Sebak bila dengar bait2 kata,
benar. So true.
Dan saya bangga jadi anak Melayu dan tidak pernah ada niat memperlekehkan bangsa lain.
I'm proud for who i am.

Semoga Allah memperbanyakkan perkongsian ilmu di puisitepijalan.

Obat Tradisional Gondok said...

wahhh puisi_nya sangat menyentuh banget,,,

Deana Amane said...

lagu anak kecil main api - lagu yg abah slalu nyanyikan waktu pagi brsama-sama dgn peneroka lain sblum mula membanting tulang 4 kerat di tanah felda. lagu semangat buat perantau muda.

deksnamai said...

itu lagu ciptaan Nordin Kardi. bekas pengarah biro tatanegara (BTN) juga bekas TNC UUM. rasanya

SolahuddinRafi said...

wahh... dah lame xrase jiwe lagu ni... thanks fynn jamal..