truth be told,
aku tidak gemar statistik2 merapik yang dikongsi di news
feed aku.
"kajian menunjukkan lelaki buncit lebih menyayangi
isteri"
"statistik memberitahu lelaki hitam lebih setia"
"research membuktikan lelaki pendek lebih romantik"
siapa yang share?
para isteri majoritinya--
para lelaki yang termasuk dalam statistik merapik tadi
minoritinya.
ye.
merapik.
sebab aku tak percaya pada statistik.
sebab frasa "statistik menunjukkan" adalah sama
dengan "katanya..."
which annoys me.
just because many people says the same thing--
doesnt make it the ultimate truth.
kalau perasan, banyak statistik yang dikongsikan di newsfeed
adalah berkenaan kekurangan lelaki. pernah nampak jenis macam yang bawah ni?
"kajian menunjukkan perempuan gemuk lebih mencintai
suaminya"
"statistik memberitahu perempuan peha besar lebih
kelakar"
"research membuktikan perempuan hitam lebih manja"
merapik, kan?
manusia adalah individual yang unik dan tersendiri.
budaya gemar mengelompoklah yang menjadikan kita bangsa yang
suka membanding2kan.
sudah jadi resam bila anak2 kecil diukur dari pembaris
"statistik". umur 9 bulan belum ada gigi? sudah setahun setengah
belum reti babai? anak 12 bulan belum reti bertatih?
dan seterusnya melarat ke persekolahan. abang long tak mau
ambil jurusan sains? kak ngah mau sekolah vokay? uda mau berhenti belajar dan
jadi jururawat?
bersambungan ke alam dewasa. 29 dan masih bujang? kahwin 4
tahun masih kosong? anak dua masih belum ada kereta?
ye.
ia bermula dari sekecil2 "statikstik merapik".
kita semua unik.
berhentilah menjadi terlalu defensif sehingga kita terlalu
memerlukan mini poster / printscreen seumpama itu untuk menyedapkan hati.
kita ada pelbagai jenis kawan yang kita luluskan friend requestnya.
tak semua buncit, hitam dan pendek.
ahaha.
ok lawak tak jadi.
but you get my point.
kan?
baiklah.
aku tutup entri pagi jumaat ini dengan "statistik
menunjukkan lelaki kacak, berjambang kasar, pandai bermain gitar, berjoget
comel sambil bernyanyi 'meeeendaaayu-daaayu' itu lelaki PALING ohsem dalam
dunia". hahahaahah.
see?
i can just write any bull i want starting with
"statistic shows".
kan?
No comments:
Post a Comment