menemui semua jenis bank dalam dunia,
secara spesifiknya--
malaysia.
tuan,
tajuk: KEPERCAYAAN KEPADA KEBAIKAN MANUSIA.
nama saya fynn jamal, dan saya menulis secara terbuka untuk
sesiapa sahaja yang bakal menerima surat ini.
tuan,
sudah datang harinya pihak tuan memikirkan satu sistem di
mana akaun simpanan rakyat biasa boleh menerima kemasukan dana tanpa limitasi.
begini.
didatangkan dari pengalaman, saya adalah antara keluarga
bertuah kerana berpeluang menyaksikan kehebatan cinta sesama strangers di
malaysia. ketika jantung anakanda saya serius dalam keterdesakan dan memerlukan
wang yang saya tak pernah nampak pun seumur hidup saya banyaknya--
muncul berpuluh ribu rakyat malaysia yang langsung tidak
saya kenal mau membantu.
pelbagai jenis amaun, dari sekecil2 rm1 sehinggalah ke
ratus2 duit, menderu2 setiap saat ke dalam akaun.
tuan,
sudilah kiranya pihak tuan faham yang perbuatan sistem yang
automatic block akaun adalah sedikit menyusahkan. mungkin pihak tuan tidak
memahami bagi mana2 ibubapa dan keluarga si sakit, sebolehnya kami tidak mahu
ke mana2. sebolehnya kami mau setiap masa di sebelahnya. meminta kami ke bank
berkali2 demi proses block dan unblock adalah begitu merimaskan dan melecehkan.
tuan tidak boleh bayangkan betapa kami ini sentiasa dalam kebersediaan menunggi
dipanggil tuan doktor demi apa2 makluman.
kami fasih adanya sistem simpanan semasa. tapi dengan
pelbagai requirements demi membuka akaun tersebut, bersekali hakikat tidak
semua orang mampu untuknya--
pertimbangkanlah kesuntukan masa kami bila pihak tuan minta
kami datang ke cawangan tuan demi membuka pelbagai jenis yang bukan2--
bagaimana relevan pun.
tuan,
perlu tuan ingat--
kami perlu cepat.
mungkin; cuma mungkin, pihak tuan yang bijaksana boleh
melakukan sesuatu dengan cara membuat pelepasan akaun buat sementara atau
seumpamanya. entahlah tuan. saya ini bodoh sistem perbankan. apalah yang saya
tahu. cuma saya minta pihak tuan dapat pertimbangkan.
tuan,
rakyat malaysia semakin ramai yang mempercayai cinta sesama
manusia. semakin ramai menyukai berbuat kebaikan walau pada manusia2 yang tidak
mereka kenal walau nama penuhnya. percayalah, tuan, kes2 sebegini akan berlaku
lagi dan lagi dan lagi dan lagi. maka tolonglah kami dan dengarkan kami.
tambah pula apabila nombor akaun sudah disebarkan. perasaan
menderma itu sudah ada, tapi berkali2 hendak dibantu-- asyik terpotong dek
akaun yang asyik menghalang. sudah jadi kerja pula untuk asyik menelefon
ibubapa dan keluarga meminta nombor baru yang akhirnya akan ditutup juga
akhirnya.
percayalah--
perkemaskini sistem tuan.
tidak ada ruginya.
anggapkan begini,
setiap sen yang lalu bank tuan,
atas bantuan ikhlas tuan,
jariahlah ia pada tuan.
percayalah, tuan.
terima kasih kerana membaca surat saya. wallahi saya terlalu
percaya satu hari nanti ia akan sampai juga ke mata tuan. satu hari nanti,
siapa tahu, akan terdetiklah hati tuan untuk mengangguk setuju pada permintaan
saya dan rakyat jelata.
sekian,
terima kasih.
yang benar,
ibu pesakit jantung yang pernah dibantu seluruh rakyat
malaysia;
fynn jamal.
ps:
btw, tuan,
TOLONG jangan bukak tajuk insuran.
sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment