Monday, March 12, 2012

tentang anjing dan debat yang datang di antaranya.

pada suatu hari,
seorang islam pulang ke arah kediamannya.
dan pada hari yang sama, di waktu yang tepat itu,
seekor anjing berada di hadapannya.

lapar--
anjing itu.
ia tidak memberitahu secara vokal.
tapi seorang islam itu seolah terdengarkan bisiknya tebal.

seorang islam tadi tanpa sempat mendolak-dalik,
lekas2 memberi cebis2 yang entah bagaimana dikebetulankan wujud pada hari yang sama dalam waktu yang tepat itu tadi.

lahap--
anjing itu makan.

seorang islam tadi kembali pada perjalanannya.
namun dia perhatikan anjing tadi mengekor dan membuntutinya.
seorang islam itu membiarkan.

nanti2 akan pergi juga;
pesannya dalam hati.

namun di hari esoknya selepas pada suatu hari itu,
anjing itu tetap ada.
tidak berbuat apa2.
cuma mengekor dan membuntut sahaja.
cuma di sekitar perjalanan sahaja.

setiap hari.
setiap masa.

di sekali-sekala,
anjing yang pendiam itu merapati seorang islam tersebut.
ada hari2nya,
seorang islam itu merasakan kasih anjing itu mahu disambut.

*pause*

kisah ini cantik bila di baca.
betul?
akan ada berjela pujian kepada seorang islam tadi yang begitu baik hati memberi makan pada anjing lapar di suatu hari.
akan ada berpuluh2 pautan hadith menjulangnya sampai ke mati.

sekarang.
kalau aku kata kisah ini adalah kisah benar.
terjadi pada seorang melayu.
pada aku.
dan untuk menambah garam pada lukanya,
aku sertakan wajah anjing itu.

dalam berapa saat sahaja akan penuh hujah terbelah tiga mengenainya:
yang maki.
yang memahami.
yang tak ada kendiri.

*pause*

BEGITU--
adalah prejudisnya kita.

*menung sedikit*

kita memberi hukum dengan tidak adil, kan?
it's always personal.
always.

religion is JUST another universal politic.

truth is:
you hate the doer.
not the action itself.

selamat malam.

5 comments:

sophea keisha said...

betul kak fynn. sangat betul. sedihh.

JOHN BEAR said...

Nice...well said..penghukum? tak pernah jemu mencuba =)

ctpayong said...

kakCT juga pernah bertindak sedemikian. tambah bila melihat keadaan yang sepertinya baru melahirkan. cuaca selepas hujan pasti membuatkan dia kelaparan.

dipendekkan cerita, kakCT lalu mencedokkan dua mangkok besar whiskas dan kakCT longgokkan di luar pagar.

dia makan dengan lahapnya dengan sesekali berhenti melihat kakCT. mungkin mahu menyatakan terima kasihnya.

lihat itu kakCT menangis.

dasar gembeng.

Zuemiey Khairuddin said...

orang yang bijak pandai berkata-kata yang suka menjatuhkan hukum juga melihat orang untuk dia debatkan sisu-isu tertentu..

tu lah manusia..
demm~!

heliza suhaimi said...

saya pun kerja klinik haiwan..hari2 perlu bhadapan dgn anjing..tapi byk yg melayu dan islamnya akan menegur secara baik malah jugak kasar..

atas satu sebab.. saya pegang anjing yg haram bagi umat kita..

walhal kita ada cara mensucikan diri

haram pegang anjing mereka paham..haram yg lainnya???