apakah wujud lagi budaya emak2 kita yang meribakan kepala anaknya sambil mengopi di depan tibi bersebelah2 dengan makcik2 kita yang juga meriba anak mereka?
dan berada dalam situasi itu--
sang anak2nya disental bagai gila mengeluarkan daki dengan minyak kelapa sambil dibebel2 selebet rupanya?
apakah masih ada semua ini?
atau sudah hilang kerana masa keluarga dewasa ini cumalah berada bersama menonton astro seluruh keluarga?
kenapa hendak dicakapbisingkan betapa kita sudah jadi individualis--
bila semakin lama--
kasih sayang sesama keluarga kita--
bukan lagi melalui sentuhan?
peluk memeluk--
ya masih ada.
tapi yang dipeluk--
bukannya keluarga.
semoga kita tidak lupa.
sesuatu yang suatu masa dulu semua.
3 comments:
Semoga :)
Rindu. Dulu pernah tengok ini , antara emak dengan wan .
Sekarang buat juga dengan emak, tapi jarang .
- " along, cakap pandanglah emak ni . ni asyik dengan laptop dia" :(
da jarangkan.
da jarangkan..=(
teruk.
Post a Comment