hanya kerana apa yang kau pernah fikir itu ditulis orang--
tak menjadikan kau tuan pada fikiran engkau yang ditulis orang itu;
seraya menjadikan tulisan orang tadi
hak engkau untuk kau lelong2 sebagai milik sendiri.
hanya kerana kau pernah mendengung melodi yang sekarang dilagu orang--
tak menjadikan kau empunya bunyian yang dinyanyi orang itu;
seraya menjadikan lagu orang tadi
hak engkau untuk kau lelong2 sebagai milik sendiri.
seperti kau cipta resipi terlazat dalam kepala--
selagi bukan kau yang membancuhnya pertama--
APA YANG DALAM KEPALA KAU--
TETAP CUMA ADA DALAM KEPALA.
hormatkanlah buruh2 ilham yang menggembeling peluh dan darah
menyulam rasa menghiris jiwa di pekat malam gelita.
senang2 kau ambil tanpa peduli--
dan mengganti bin dan bintinya suka2 rasa di hati.
dasar pencuri.
kalau benar mau main bangsat,
rompaklah.
tikamlah.
depan2.
bukan curi2.
aku mau tengok.
berapa lama kau hendak begini.
penulis, konon.
penyanyi, konon.
pendidik, konon.
pencurik!!!
2 comments:
Siapa yang bajingan sangat itu?
Celaka benar.
P/S : Kau dari Tangkak kak? Ah! Dekat benar dengan aku!
haa? fynn org tangkak? kg mana!! saya org tangkak jugakkkkkkk
*lama gile tak jumpe fynn :( sgt rindu gilesbabis* :(
Post a Comment