Tuesday, May 6, 2008

respon entri tiada idea kedua

syfns: keperluan asas kak fynn?

andai aku ini mahu menjadi fynn jamal yang zahir, yang sinis, yang gemar sembunyi rasa pada masa2 terang, sudah pasti aku jawab: air, elektrik dan internet.

tapi di sini, di puisitepijalan, entah kenapa aku rasa macam satu dosa jika mahu berbohong.
oleh yang demikian, sini dengarkan jawab aku yang aku rasa kau mahu dengarkan.

apa keperluan asas aku?

cinta.
rasa mencintai.
rasa dicintai.

oleh abah.
ibu.
adik2.
abang.

oleh kawan2 yang rapat itu.
teman2 blogger.
adik2 dunia siber.

aku tidak mampu bertahan sehari tanpa cinta. kerana hidup aku sedari kecil begitu tandus dengan perhatian. terlalu mahukan pandangan manusia, yang dari sedar2 celik mata tidak pernah peduli adanya nur affina yanti.

aku mahu yakin yang aku ini ada harga.

khairul (teman hoppers) pernah bising pada aku. dia katakan aku tidak reti menerima pujian. tidak pandai berterima kasih. malah, aku tolak bulat2 dan katakan pemuji itu berbohong, yang mana menyinggung rasa mereka yang berkata ikhlas.

tapi itu sememangnya aku, kawan2.
bukan memancing undi populariti rendah diri. tidak. cuma aku tidak tidak mampu percaya setiap baris manis dari bibir2 anda itu.

dari anak2, aku telah hidup dengan percaya aku ini si hodoh, si busuk, si hina. perempuan yang aku pandang hari2 di cermin tetap si gedempol berpanau berkudis di badannya. kasihan aku, kawan2. duduk di meja kantin, dibaling kotak susu UHT percuma. dikekeh2 kerana pinggang sama diameter sama anak lembu, seolahnya.

aku membesar dengan tiada rasa hormat pada diri.

mungkin, kerana itu aku sangat tersinggung bila dikatakan tidak berterima kasih pada kata puji. aku benar2 tidak memahami. sungguh!

*memandang tingkap yang memainkan satu2 kisah zaman kecil*

aku rasa hidup yang diasaskan dengan cinta akan memberi bahagia. dari cinta, pasti ada kasihan, mesti terbit ehsan. rasa redha dan syukur harus lahir dari hasil ikhlas itu.

eksperimen abah pada keluargaku yang kecil telah menunjukkan betapa cinta membentuk aman di dalam hati.

ye. bohonglah kalau tidak ada gejolak dalam keluarga. dan tidaklah pula patut aku cerakinkan salasilah jahanamnya hidup kami dulu. tapi kerana cinta, setiap kami kini sudah menjadi teman peling rapat dalam dunia.

kerana cinta.

kalaulah...
aku mahu seluruh dunia merasa yang cinta itu enjin kehidupan. sebagaimana cinta membentuk aku.

tidak apalah aku ranap kerana cinta. tidak apalah aku hancur rabak kerana merasa apa aku rasa. jika tidak ada cinta di sini, pasti ada si dia yang lain di sana.

kan...?

mungkin, yang lebih cintanya pada aku. yang sanggup memberi lagu2 di dalam gelap malam aku. yang mungkin juga telah lama dipanggil ke arasy, bermakna tidak lagi wujud cinta aku dan dia di dunia yang tidak kekal ini.

*diam*

mungkin cinta abadi aku adalah malaikat yang sedang setia untuk aku ini, andai ada kerusi kosong buat aku di syurga sana.

aku selalu tanya pada cikgu2 yang rapat sama aku. "abah kahwin dua. nanti dengan siapa dia abadi di akhirat?"

aku sayang kedua2 arwah mak dan ibu. sama siapa bahagia kekal abah?
dan seperti biasa, jawapan yang aku benci lahir dari lidah mereka, "itu kerja tuhan"

bukan aku marah tuhan. langsung tidak. tapi aku terbayang salah seorangnya tertinggal dari bahagia. tuhan, kasihankan ya?

keperluan asas aku adalah cinta. ya. memang membosankan. sikit2 cinta. sikit2 rasa. tapi inilah aku.

fynn jamal adalah manusia yang terlebih cinta.

aku punya sebalang besar cinta manis.
siapa ada cawan kosong, mari aku tuangkan.
nak tak?

16 comments:

bulan. said...

cawan kosong sy besar.tp burok & berlubang.kotor.sanggupkah kamu tuang cinta ke dlm cawan sy?

fynn jamal said...

saya tuangkan. sedikit2. hati2 maka tidak tumpah, ye dik?

bulan. said...

baek *senyum mata merah.

y u z said...

saya mungkin tak sempat merasa secawan penuh, tapi seronok melihat kamu mengacau dan mengaduk cinta itu, sudi pula untuk dikongsi sama kami2 ini.

terima kasih. =)

#23 said...

mahu. cawan sy kecil.
jd sedikit saja yg mampu dituang ked lmnya. =/
tak apa, sedikit lbh baik dr tiada apa2.
cinta. sy tdk bosan mendgr perkataan itu.
krn cinta milik semua.
keluarga, rakan2, haiwan.
tq kak fynn krn memberi respon. (:

Anonymous said...

saya pon mahu fyn!!! walaupun cawan ni mungkin sampai lambat ke malaysia, harap disimpan sikit ya cinta tuk saya.

~zayna

[siti] said...

/me hulur cawan kosong. jap2... lap habuk dulu. :D

Anonymous said...

aku punya sebalang besar cinta manis.
siapa ada cawan kosong, mari aku tuangkan.

"kite bwk botol, 1.5 kokola...
sbb pjg masa nak dok kat sini, sambil tunggu masa balek sarawak, haus haus"

-icha03- said...

terbuainye perasaan
bile menghayati ini

tri said...

cawan saya takde telinga...! tu cawan ke mangkuk?

Anonymous said...

tak pernah jemu mengharap kak fynn menerima puji kerana tak pernah penat pun memuji.

*tunjuk cawan kaler merah yg tulis hepi mothers day*

Anonymous said...

eleee kak fynn,syah nak gak satu cawan!jgn lah kedekot...gah

misZ NoLaLita said...

ahhh!!mesti la mau..tapi cawan sayer.....sopek..hmmm.....
saye sentiase berterime kasih dekat kakak..kerane sentiase ade apebila adik kecik memerlukn bantuan!!!!dan sudi...melayani adik kecik ini...
tq kak fynn..

(",)

NA. said...

kak fynn
ur words made me feel better
ntah knape rase kuat bila mmbace coretan kak fynn

weirdwEEda said...

fynn...saya cawan pun takde..mcm mane..

Anonymous said...

Fynn: Hidupmu getir ya? Kau sepertikan sebuah sajak yang menggoda naluri penyairku untuk terus membaca.

Semoga kau mampu menjadi sajak yang berisi, mulus tetapi syahdu.

Dan kemudian menzahirkan sajak-sajak baru dari relung jiwamu.