Wednesday, May 21, 2008

senyum ikhlas

merah cadar bilik gelap aku berwarna kembali.
langit hitam sudah menjingga kuning seolah dulu.
terkekeh sudah setiap tulang kecil di jemari.
setiap siul angin mula menitip sekian bicara lagu.

hendak aku tulis apa di entri kali ini? yang setiap kesabaran itu akan tuhan adilkan dengan keindahan? atau tentang kekebalan jiwa akan dirahmat rasa salut oleh Pencipta?

kau layak merasa ini, fynn jamal.
persis itu kedengaran suara langit, membisik pada aku yang di atas bukit kosong itu, ketika menyajak peri sedih sendiri.

tetapi tidak pula ingin aku ini menampal lampu suluh kecil di sebelah rumah kunang2. apalah sangat rasa ini jika dibanding kekuatan tuhan.

kun fa yakun.
jadi maka jadilah.

tahun ini melangkah ke usia 26. sudah perlu bijak bermain redha.
patut sedar setiap mauduk adalah fana.

ada, maka adalah.

dari dulu lagi, bila aku mahu menebar cinta, akan aku diamkan dan siulkan cuma di hati. kerana takut tidak menjadi. dari dahulu.

cuma andai ranap, ketika itu, aku riuhkan.
itu pun bukan kerana mahu menyerak aib.
sekadar mengongsi rasa hancur.

manalah tahu ada gunanya pada yang perlu.

aku rindu abah.
pada kacaknya yang sentiasa menenangkan jiwa.
pada gagahnya yang sentiasa membobok rasa.

duplikasikan hj jamalludin abd hamid,
untuk menjadi suami aku, wahai tuhan.
kerana dia paling sempurna.

cinta itu apa, ya?
selain suatu rasa, yang kita definasikan.
berdasarkan potret yang dilukis oleh teman2.
tentang dunia cinta mereka.

siapa sebenarnya yang milik cinta?
apa ada?

aku rindu kecy.
pada hilai tawa bodoh yang tidak ada relevan langsung.
pada setiap perasaan kami kuncikan dan pasung.

andai harga menjadi matang adalah dengan menyembelih perkara2 yang aku sayang, aku minta untuk tidak membesar.

tahun 2007 adalah tahun terbaik.
kenapa perlu diubah2 haa?

*diam*
tapi ada juga yang bagus.

dgn keranapan, kita bangkit.
dan lebih mendepang tangan.

entri ini begitu positif.
suatu yang baru.

kuat, fynn.
kuat.

*senyum ikhlas*

11 comments:

Ainul Anne said...

fynn yg kukenal dengan hanya membaca rasa hati yang diluah melalui jemari ini,memang kuat.
dan aku tahu kau kak fynn,akan terus kuat.

semoga kamu akan terus bangkit berdiri walau tersungkur biar seribu kali.

:)

MDM FARAH FAIZURA said...

*senyum ihlas*

sambil membaca

tri said...

ini penulisan di hari keramat ke? hmm.. empat tiga puluh petang. hahahaha! cuaca panas, tp tulang ni sejuk gila!

Amira Zafirah said...

perkembangan yg bagus.

tahniah :)

Hanafiah Ghazali said...

cinta utuh bila kita sediakan hati untuk disakiti namun yang terzahir adalah senyuman, bila kita sediakan jiwa untuk merana namun yang terzahir juga senyuman, bila kita sediakan nyawa demi dia namun yang terakhir masih senyuman.

bulan. said...

tumpang gembira =)

*ingin sekali sy tau apa yg terjadi.

#23 said...

kuat ya kak fynn. (;
kakak blh!

broken_nigina said...

halus.

[siti] said...

saya masih menunggu momen itu juga mau hadir dekati saya. datanglah segera, jenuh sudah berkelambu.

Hann Haidar said...

air mata jatuh tatkala membaca tulisan ini, sambil medengar 'in the making'

Syhra Sepeai said...

air mata banyak mengalir bila membaca blog kak fynn. terima kasih.