aku sebenarnya sedang terpana.
di entri lepas yang mana aku sumpahkan seorang sahabat jatuh dan terduduk, untuk sedar hidupnya yang baru adalah lebih elastik dari plastik tesco, doa itu makbul.
dan dia, seperti dulu, meminta aku ada.
tak perlu disoalkan, aku terus jadi remuk kerana kasihkan dia.
kasihan, mungkin.
tapi sebenarnya, rasa teraduk2.
tidak mahu berkata banyak. cuma aku mahu kata,
"memang aku dari dulu di sini".
aku sudah stereotupikal. aku tahu selepas ini aku akan dibuang lagi, tatkala dia terjumpa dunia baru yang lebih gah, lebih kool.
sukahati.
yang penting,
aku manusia yang pegang pada janji.
dengar cakap aku ini, sahabat:
kalau mahu menyentuh langit,
pastikan tangan kau kebal.
dan aku rasa, kau manusia biasa.
sini, sebelah aku ada kerusi kosong.
duduk sajalah.
11 comments:
tak perlu kasihan itu
diri sendiri yang alpa
maka simpanlah tempat kosong itu untuk yang berhak
terima kasih.
bila susah, baru cari.
bila senang, dia lupa.
tak usah sediakan kerusi
kosong utk dia.
dia tidak berhak utk menerimanya.
karma,kak fynn.
ya,dia tak berhak.
tp apakan daya...
bila kita sudah panggil dia kawan,akan tetap selamanya jadi kawan.
dia itu tidak layak sama sekali dipaggil sebagai sahabat...
tapi..masing2 ade pendirian masing2..
saya hormat keputusan kak fynn...
kita manusia mmg selalu terlupa. termasuk aku. termasuk fynn. termasuk manusia yg hari2 mimpikan tuhan.
entri ini mengingatkan aku. terima kasih bonda.
lupa aku, slalu kepada Tuhan. tp aku sedar. tp aku buat dek je. tp aku takut.. tp... mmm... tu je lahh!
arm:
saya bukan org begitu.
sini. tempat kamu ttp di sebelah ini.
contoh lupa diri:
setelah aku baca comment aku di atas, aku sedar yg aku lupa diri. wah! Maha Besar KuasaMu Tuhan. gilak ak! seram!
maka akan terus-terusan berubah. mengikut gerak usia mahupun paradigma. mana mungkin jumpa insan setia yang kukuh tidak ampuh mahupun rapuh. lebih lagi kalau bergelar melayu. *ampunnnya sekiranya ada bunyi provokasi.
singgah di blog saya jika mahu
yuhuu..fynn..tumpang lalu yer..lalalalal
itu lah kehidupan kak fynn.
kehidupan.
fynn..kamu tolong doakan saya hidup bahagia..mesti termakbul juga hehe
Post a Comment