Dabikan aku tentang kegagahan diri memedang sunyi harus aku tarik semula dengan wajah malu dan tewas.
aku tidak sekuat itu.
di rumah kosong, dengan didi yang hanya pulang selepas malam menjatuhkan sauh, suara2 datang kembali. bunyi2 yang menyonsang dan memaksa aku merengkot di hujung katil ketakutan. bicara yang kabur2 kedengaran seperti radio rosak cuba aku jelaskan, mahu aku tangkapkan apa mesejnya.
ternyata aku jatuh dari kewarasan.
aku perlu sesuatu untuk memenuhi fikiran yang santai. rumah ini sudah mula memberi aku mimpi2 mengerikan, menunjuk bayang2 yang menyeramkan.
akal aku sudah kembali bermain2 sama jiwa aku.
bulan feb aku mau hantar semua anak2 ke kampung. tak mampu lagi menjaga. sudah berkali2 aku katakan itu. haih. kasihan diri sendiri. kembalilah aku sepi, seperti dulu. satu ketika dulu.
pernah, selama sebulan terus, aku tidur di dalam kereta yang diparkir di stesen minyak. mandi, makan, segala di situ. universiti sudah tutup untuk cuti semester, tapi aku yang bekerja mengajar tuition tak bisa bercuti. mahu duduk terus di kolej, mesti dibayar.
akhirnya, di projet sajalah aku menumpang tidur.
rutin hari2, jam 4-6.30 kelas tuition pertama. mlm, jam 8-10 kelas ke dua. begitulah setiap hari. hari sabtu ahad adalah yang terpaling bosan. tiada sesiapa yang ada untuk meneman.
gilanya hidup aku satu masa dulu.
nasib baiklah aku sudah terbiasa tidur di stesen minyak, arakian teman baik aku dahulu (mmg tidak punya teman lain) selalu ada pasang surutnya. serasa mahu aku di bilik, aku ada. jika rasa agak tidak punya mood, dimintanya: "fynn, saya mahu ruang sendiri buat sementara"
mati.
aku yang tidak ada bilik lain terpaksa senyum dan biarkan aja.
maaf. entri hari ini tidak relevan lagi, seperti beberapa enri dahulu. entah. dunia aku semakin membosankan, bukan?
jika kau tanya apa yang aku mahukan, di saat ini: 6:11pm 30hb Januari ini, aku akan katakan;
1) aku mahu menangis sekuat2nya. kerana hidup aku selalu diguna untuk membahagia orang. kerana aku selalu dilihat sebagai yang kejam. kerana aku selalu ditegur terlalu keras.
2) aku ingin bertanya pada Tuhan kenapa terlalu banyak duga dan halang untuk aku dari dahulu, yg membikin tulangku jauh lebih padu dari org lain, suaraku lebih halilintar dari yang lain, fikiranku lebih pedang dari yang lain. kerana tiada yang mengerti aku.
3) aku mahu pergi dari semua, membina kaabah kecil untuk aku sendiri, seperti bahagia aku di waktu kecil2 dulu, tiada siapa yang tahu adanya aku.
...
kecy makin lama makin ditambah. aku makin rimas. semua orang berminat, mahu dibawa. dulu berapa kerat, sekarang satu malaysia. aku tidak biasa beramai. aku belengas!
cukuplah yang berapa belas ini. sudah. kalau mahu ditambah, seeloknya dibuatgabung seperti ran-tai art. buat membership. terus! senang!
aku belum habis kenali engkau, takky! apa makanan kegemaran kamu, lynn? fatin suka daging atau ayam? apa mimpi paling ngeri engkau, pok cham? siapa penyanyi kegemaran anda, pok arm? masihkah kau sayang aku, Ira, seperti 12 tahun dulu? lihat, ini baru separuh kecy! sudah meleret perenggannya.
argh! kualiti kualiti kualiti!
benarlah, aku harus jauhkan diri dari semua ini. kenapa aku tidak mahu biarkan saja bersahabat dengan satu antero dunia? mengapa aku bingar tentang tumbuhnya sayap2 baru? apa aku runsingkan? apa aku serabutkan?
...
*diam dan memandang langit dengan mata yang bertakungan*
aku takut dilupakan.
aku takut hilang, seperti dahulu.
kewujudan yang tidak kau tahu.
keberadaan yang dikelambu.
tuhan, padamkan cinta aku pada manusia, kerana ia menyiksa aku.
tuhan, yakinkan aku, dzat aku ini tak sepenting yang ku kononkan pada jiwaku.
8 comments:
fynn, isikan kesunyian hatimu itu dengan santapan rohani. pastu kamu kenyang. tenang. tak perlu banyak sekaligus tapi sedikit-sedikit.
cinta manusia sakit.benar. tapi itu bukan sebenarnya cinta.
cinta manusia indah.benar. tapi bukan setiap masa.
percampuran sakit dan indah itu membuatkan manusia memerlukan cinta. membuatkan manusia memerlukan antara satu sama lain.
fynn, percayalah. Tuhan tidak beri ujian, dugaan itu jika kita tak mampu menanggungnya. Kamu adalah terpilih.
jaga diri, fynn.
Tuhan Yang maha Kaya itu takkan menguji kita dgn ujian yang kita tak dpt tanggung. Jadi yakin saja bahawa ujianNya itu cuma lumrah didunia, dimana secara positifnya dgn ujian2 itulah kita belajar dan menjadi matang. Jiwa yang sering bangkit dari permasaalahan, tersenyum saja bila mendengar keluhan anak2 kita kelak.
Anda berjiwa kental fynn... yakini bahawa ada hikmah besar disebalik segala yang berlaku dlm kehidupan.
Saya pada waktu ini juga dalam pergelutan. Makin kita dewasa, kian pelbagai dugaanNya. Doa dan sokongan dr kawan2 dipohon agar kita lebih tabah dan cemerlang dlm menjalani ujian2 yang mendatang.
Saya sering doakan kejayaan untuk anda cik affina. Moga anda akan ketemu yang indah2 di masa mendatang.. insyaAllah..
Mana bisa kamu dilupakan. :)
jiwa itu perlu diisi
otak diguna bijak
landasannya harta Rasulullah
kosong jiwa kosong otak
maka yang masuk merana
dikacau hati mati
kamu terpilih
diberi ujian Maha Agung
bentuk kekuatan
namun perlu berlandasan
pohonkan pada Yang Maha Pemurah
kamu terus di beri kekuatan
terus dikurnia rahmat
amin Ya Allah
Yang Maha Penyayang
Yang Maha Mengasihani
Cik Affyna Yanti,
Benar kata pujangga, hidup ini sekadar kanvas, kita dipinjamkan kanvas itu untuk mewarnainya...andai kita bijak mewarnainya maka jadilah ia seindah-indah illustrasi.
Ingatlah tiada seorang manusia pun diciptakan tuhan untuk hidup dengan penuh ketenangan dan kebahagiaan tanpa dugaan..jika ada pun, manusia itu tidak dapat menikmati 'indahnya' hidup.
Kalau kau mengeluh pun, itu hanyalah sekadar keluhan kecil kerana kau pasti sedar kesusahan dan dugaan hidup itu hanya sekecil cuma jika dibandingkan dengan insan lain...seperti aku! walau kau mungkin tidak mengenaliku.
Harapanku...tabahkan hatimu...kuatkan nekadmu...jadilah insan yang paling tabah walaupun terlalu sukar untuk menghadapi saat-saat getir dalam hidupmu...
Aku doakan kebahagiaan yang kau cari selama ini bakal menyinari hidupmu..
kenapa manusia suka jadi anonymous? bukan setiap insan punya namakah?
anonymous...sampai sekarang saya sendiri belum tahu maknanya...bkn maksudnya ya ;)
kehilangan mmg perit.
Post a Comment