Tuesday, January 29, 2008

tentang pencabul hak.

jumaat malam lepas aku meneman ira dan dian berfutsal. ada perlawanan. alah, kalangan perempuan sahaja. layan juga.

lama tidak berpeluh. sayangnya malam itu aku sudah mula merasa agak tidak enak. tekak sakit dan pijar. badan rasa berbahang. aku kira futsal ini bisa mengurangkan demam aku.

perlawanan yang ada cuma dua pusingan, lima minit setiapnya. eleh. bencinya. menunggu saja lebih. baik aku ajak kecy berfutsal. lagi seronok. cara markah pula dikira dari mata. pusingan pertama menang. 1-0. kedua, seri, 0-0. maka kami satu saja. kalau begitu tidak acilah kami tidak berjumpa satu team yang lemah itu, yang mana kumpulan lagi satu telah menitik 4-0 padanya. haih.

semata kami perempuan, cara bermain pun didiskriminasikan ke. "alah, perempuan. main2 sajalah" bencilah.

teringat dahulu masa sekolah menengah, aku wakil pidato parlimen negeri. dalam bahasa inggeris. selama dua tahun. pada tahun terakhir aku di sekolah (di tingkatan 5), sekolah sains berasrama penuh dibuka. dengan begitu professional aku tidak sabar menanti pertandingan yang lebih keras.

pada hari pertandingan, yang mana secara clichenya diadakan di sekolah baru itu, pusingan final peringkat negeri adalah di antara mereka dan kami. secara terang2an aku yang bermulut pijar dan sentiasa membidas membuat mereka terdiam berkali2. itu tanda markah wajib ditolak. aku berjaya memaku bibir2 mereka setiap kali. itu juga harus ditolak.

tapi bila waktu keputusan diumum, sekolah menengah sains bandar penawar dinobat juara.
aku terasa macam babi.

jurulatih negeri yang dua tahun itu siap ke belakang pentas, mahu melihat pemarkahan. ternyata, kami yang harus menang.

kau mau tau apa dibilang? aku takkan lupa.

"cuba kamu bayangkan jika sekolah sains dikalahkan sekolah agama. kami asrama penuh. kamu asrama biasa. kementerian tidak akan suka"

secara dasarnya, kementerian tidak akan percaya melihat anak2 sekolah biasa bijakkah? kecewa. sungguh kecewa.

seperti pengalaman aku di tingkatan dua, ketika mewakili johor untuk pertandingan nasyeed anak2 yatim. pertandingan di serawak. pemenang akan diterbangkan ke singapura untuk peringkat asia.

ketika pengunguman, sewaktu hadirin menjerit2 "johor!" "johor!" sebagai juara, serawak disebut sebagai pemenang. kelakar, kerana semua terdiam. tidak ada tepuk tangan, terkesima. kamilah yang dari johor itu yang mulakan tepukan tangan. peserta serawak juga tidak mahu ke pentas.

guru musik kami terus meneman ketua kontinjen ke belakang. kami juga turut sama.

kau mau tau apa kata mereka?
"kami tersilap baca. biarlah. takkan mau diambil semula"

guru kami katakan: ini tidak adil. haa. dengarkan jawapan ini, terbaik, sampai mati aku takkan lupa.

"alah. biarlah. ini bukan betul2. pertanding anak yatim. seronok2 saja. bukan apa2"

semata kami anak yatim,
semata kami budak sekolah biasa,
semata kami perempuan.

pergi mampos kau, cibai2 pendiskriminasi.

habis futsal itu, aku dan ira bernyanyi karaoke di kedai belakang. jijiknya kerana ramai orang2 tua tidak sedar diri berdangdut di depan orang. lebih tua dari abah. kejinya. seorang dua berkaraoke di atas pentas, yang lagi sepuluh berdangdut joget dengan indon2 yang dibayar. indon2 gemuk tapi bersendat pakainya.

geli!!!

kau tak reti sedar kah!!! liuk engkau itu, apa kau tidak ingat anak isteri di rumahkah? kau mencari buktikah yang kemaluan engkau masih berfungsi? aku benci manusia persis engkau. laknat. gelilah!!!

maaf. aku memang agak anti dengan org tua ganyut tak sedar diri.

erm esoknya ada perjumpaan kecy.

tapi begitu malang sekali, pada pagi sambutan hari jadi didi itu, yang temanya putih dan pastel polos itu, nenda takky (abang besar kecy) meninggal dunia.

serabutan menelefon sana sini. risau dan saling menyampaikan pesanan kecy ke sana sini.

aku teringat ira kata malam itu: takky beri sebab padanya kenapa dia mahukan persahabatan seperti kecy, kenapa ditubuhkan keluarga kecil kami, kerana kami semua orang merantau. dia tidak mahu susah sendiri. dia mahu ada adik beradik di sini, saling menjaga. saling melihat. saling bersama.

tabah ya abang besar. kami sayang anda.

hari itu, ramai tidak hadir, kebetulan acha kerja, syed tiada, wok juga. ramailah yang sibuk tanpa perancangan. kami yang ada pun tidak ada mood sangat. benarlah, kami seharusnya sama2 duduk diam dan hormatkan keluarga takky.

al-fatihah.

7 comments:

Edna Sinn said...

yer kakak...
bias antara sekolah itu sentiasa wujud...
walaupon saya dLu sekolah sains,tp bkn premier scool spt tkc atau stf..
dlm SBP pon kementerian bias antara kami...
apetah lg dgn asrama laen...
sgt pathetic kan..

Hanafiah Ghazali said...

lakhanat sungguh orang orang itu. itulah kenyataan hidup. kurang menarik jika semuanya cantik cantik bagus belaka, tiada perbandingan. tanya diri di mana kita, maka semuanya bagus. anggap segala yang berlaku walau tidak adil adalah di atas kesilapan sendiri, perbaiki. letak salah pada orang orang itu, kita sama sepereti mereka.

Anonymous said...

kenape yee..cha x pnh jmp org2 yg bias begitu.. ??
arap tidak pernah...

haneejane said...

Sbb itu melayu susah nak ke depan. yang benar-benar mampu disisihkan. maafkan hamba. hamba melayu yang selalu disisihkan kerana tidak bersekolah berasrama penuh juge.

Farah Rosni said...

ini semua kerana kononnya sk asrama tu sgt pandai. mgkin benar. entah, saya xtau. tp perlu kah begitu? ini pertandinagan. adat lah kalah. perlu ke dia malu?

Anonymous said...

saye x-student sekolah menengah sains kota tinggi(pembetulan nme,bkn sek.men sains bndr pnwr)...kirenye akak skola sblh la dlu ye..

Anonymous said...

saye x-student sek men sains kota tinggi(pembetulan,bkn sek men sains bndr penawar)...so,akak ni x student skola sblh la ye...