Sunday, July 29, 2012

busuk hati

setiap kali ada orang cakap depan aku yang setiap dugaan datang dalam hidup kita adalah bahana sifat dan perangai dalam berpuatan kita--

aku jawab:
tak baik kau busuk hati pada tuhan--
bersangka buruk pada dia.

entah.
apakah cuma aku.
agaknya mungkin memang hanya aku yang merasakan setiap yang berat dipikul badan adalah juga hadiah indah dan melazatkan?


kerana apa yang mata aku lihat adalah ini:
HANYA dari kesusahan yang diterima dengan senyum dan kesabaran--
bakal mendatangkan rezeki yang banyak berkoyan2.

bermakna--
lebih besar beban di bahu kita--
LEBIH rezekilah kita nantinya.

entah.
mungkin cuma aku.

apa pun juga,
jangan sekali2 datang pada aku--
dan kata:
ini semua balasan tuhan pada dosa kita.

balasan atau tidak--
itu bukan hak kita untuk cerita2.

tuhan aku baik.
dan aku suka apa saja yang datang dari dia.

Wednesday, July 18, 2012

kita telah mencipta sejarah

kita telah mencipta sejarah, semalam.
dan kalau pun tak semahal peristiwa2 yang layak masuk televisyen--
kita TELAH mencipta sejarah, semalam.

kita.
rakyat malaysia.

semalam, aku dan tri sudah hampir putus harap untuk bertemu dr lim. pakar jantung kanak2 di negara yang secara mengecewakannya adalah SATU2NYA pakar yang dirujuk SEMUA kes2 jantung kanak2 di malaysia.

ada lagi satu pakar di IJN kat

anya.
tapi tunggu juna kritikal baru dapat temujanji.
dan kritikal bermakna membiar jantung juna bengkak dahulu baru diberi perhatian.
sesuatu yang bagi aku-- tak ada mana2 ibu dalam dunia sanggup untuk tunggu.

dari pagi beratur menanti.
tanpa temujanji.
kami cuma ada referral dari dr nizam --pakar jantung kanak2 dari jb.
dr nizam kata dalam malaysia, semua pakar jantung kanak2 akan rujukkan kes pada dr lim di gleneagles di ampang.
juna dirujuk terus untuk masuk-dan-jumpa dr lim.
juna perlu lekas, katanya.

terus kami pulang ke kuala lumpur agar pagi esoknya dipersempat. namun, sampai ke petang tak ada rupa nak berpeluang bertemu.
mungkin kerana tak ada temujanji, tri bilang.
kita ambil nombor. datang semula besok, sambungnya.
aku setuju.

ketika hendak berangkat pergilah nama juna dipanggil. aku sedia maklum kedatangan kami adalah untuk meminta ihsan agar diberi peluang untuk pembedahan. tarikh adalah suatu komoditi yang mahal dalam plot ini.

ada yang perlu tunggu.
macam beberapa anak yang masih menanti di IJN.
ada yang nasibnya lekas.
dan kalau pun tarikh sudah ada, ada kes di mana anak tersebut demam di tarikh tersedia--
maka terbatal.
perlu mencari tarikh semula.

dr lim semak kes juna.
sihat, kata dia.
jantung masih cantik. belum bengkak habis walau kelihatan di xray sudah mula proses bengkaknya.

"bila tarikh yang ada?" aku tanya dr lim meski dalam akaun sesen pun tak ada. simpanan tak ada. apa tak ada.
aku cuma ada 'kun fayakun' dalam kocek.

dr lim buat satu dua panggilan sambil jari2nya menjalar2 di kertas.
"esok".
refleks-- aku jawab-- "boleh".
dr lim pandang aku. dia tanya: "duit ada?"

aku toleh tri.
tri pandang aku.
serentak--
kami cakap laju--
"ada".

*pause*

kami bohong.
kami tak ada duit.
tapi kami nekad.

pinjam mana2. jual apa2.
tapi mmg gila.
aku dan tri perlu cari rm 35 ribu dalam satu hari.
SIAPA sanggup bagi pinjam dalam satu hari?
SIAPA nak beli kereta, alat2 elektronik semua ini dalam satu hari?

DALAM SATU HARI.

aku cuma ada kun fayakun dalam kocek.
aku begitu yakin itu adalah harga pembedahan juna.
kun fayakun.

aku kering.
paling teruk aku akan tanggung kalau tak terbayar di esoknya adalah saman-menyaman, aku masuk penjara, atau seluruh harta disita mahkamah.
apa2 jualah.

aku tak kira.
yang penting, jantung juna.

dan keajaiban berlaku.
keajaiban yang dari dulu aku selalu juangkan.
kemanusiaan.
random kindness.
cinta sesama insan.

dalam kurang 24 jam, cukup rm 35 ribu untuk juna.
dan dana masih ada lebih-- cukup untuk follow up dan ubat2 dia nanti.
SEMUANYA adalah kerana kun fayakun.

tuhan begitu baik kerana meniupkan kasih dalam ruh kalian.
begitu mengasihan kerana menggerak hati2 kamu untuk bantu seorang bonda yang dalam kebuntuan.

*pause*

kita telah mencipta sejarah, semalam.
dan kalau pun tak semahal peristiwa2 yang layak masuk televisyen--
kita TELAH mencipta sejarah, semalam.

kita.
rakyat malaysia.

terima kasih, para strangers, siapa pun kalian semua.
pada HUJAN terutamanya,
pada kawan2 yang tak berhenti trending tentang #babyjuna,
pada saudara-mara yang kuat semangat membantu juna aku.
setiap sen, setiap ringgit, setiap solat hajat, setiap bacaan kalaamullah dan ayat2.

juna, aku dan tri berhutang nyawa pada kalian.
terima kasih memang tak cukup.
tapi wallahi, cuma terima kasih yang aku ada.
apa yang aku mampu kongsikan cuma baki2 'kun fayakun' yang tak terluak.

sungguh,
seklise mana bunyinya--
cuma tuhan mampu balas semuanya.

*pause*

kita telah mencipta sejarah, semalam.
kita--
ada SESUATU yang boleh dicerita pada anak2 kita.
tentang kemanusiaan.
tentang random kindness.
tentang cinta sesama insan.

tentang bersatunya kita--
demi seorang juna.

assalamualaikum dan moga2 setiap kebaikan kita yang terpanjangkan ini akan kembali memaniskan hidup kalian esok2--
sebagaimana kebaikan kalian memberi nyawa pada aku.

Monday, July 9, 2012

entah

surat khabar memberitakan tentang perempuan yang mendera anaknya (yang hebah videonya sekejap beberapa bulan lalu itu) kini sudah keluar dari pemulihan (atau mengira hari hendak keluar).

ok.
itu tak penting.

sekarang ini,
dia membicarakan tentang mahu mengambil semula anaknya kembali.
dari keluarga yang telah mengambil anak kecilnya demi dijaga sepenuh kasih.
atas dasar dia ibu kandungnya.


soalan aku--
apakah taqdir yang paling baik untuk anak itu.

*pause*

hidup kita ni kadang2,
penuh dengan drama yang
kan?

maksud aku,
islam ajar kita untuk membenci dosa--
bukan pendosa.
bermakna ibunya kalau benar2 sudah insaf,
selayaknya diberi pengampunan juga--
maka anak itu sememangnya hak dia.

namun anak itu sedang selesa dengan keluarga angkatnya.
dan aku sungguh2 kenal tamak manusia yang kalau sudah sayang tak mau dipulangkan sesuatu yang sudah diselesa--
atas alasan apa pun jua.

*pause*

bukankah mudah kalau kita semua kanak2--
dan dunia ini sebagaimana mudah kita hidup dahulu.

Thursday, June 28, 2012

surat untuk makcik

menemui makcik.

anak makcik lari.
BUKAN hilang.
dia gaduh dgn makcik.
maknanya dia chow.

stop living in denial, makcik.
just because she's a minor--
her having sex should not be considered rape.


makcik,
anak makcik sosial.
admit it,
and stop blaming everyone else but your child.

makcik,
saya paling menyampah baca berita anak makcik dijumpai di rumah kawan anak makcik.
saya x salahkan makcik anak makcik terejal gitu.
saya cuma nak makcik faham, makcik punya denial tu yang bikin saya panas.

makcik,
the first step to heal it to ADMIT you are sick.
ye, makcik?

Tuesday, June 12, 2012

mari jangan memandai

saya menyeru kepada penjawat jabatan kerajaan supaya menjawab perihal yang berkenaan dengan jabatan anda dan tidak memandai2 di bahagian yang anda tidak fasih.

tak ada orang marah kalau anda tidak boleh menjawab persoalan imigresen, contohnya, kalau memang anda ditempatkan di jabatan pendaftaran. (contoh). cukup menjawab "boleh rujuk jabatan itu".

TAPI.
bila kau memandai2 menjawab bagi pihak jab

atan yang TAK ADA kena mengena dengan kau, siap kata "kami meeting tempoh hari kata tak boleh langsung (utk kes diajukan)", sehingga menimbulkan kekalutan paperwork--
itu taik namanya.

department bertanggungjawab kata boleh--
kau dah kenapa nak cakap tidak.

macam ni lah,
bak kata abah;
kalau kita gembala kambing,
lembu orang jangan dikandang.

apa pun,
this has been a TERRIFIC week.
setiap urusan di pejabat kerajaan di putrajaya dan mahkamah seremban adalah tip-top.
dengan senyumnya.
dengan pantasnya.
dengan mesranya.

walau pun dgn pengalaman pahit satu abang kambing hitam itu, aku jujur hendak katakan--
sistem kita efisyen gila.

note: tolong baca dari angle seseorang yang hidup di negara komunis yang hancai sistemnya.

Sunday, June 3, 2012

sedar

tak usahlah kecah dengan pelbagai sindiran dan tuding2 sesama lelaki dan perempuan dalam situasi hantaran tinggi mengikut kertas kualifikasi.

yang pergi ngok ikut statistik siapa suruh?

korang yang nak kawen--
apa sibuk cakap orang?

nak puaskan hati orang satu hari.
sepanjang hidup bertekak hutang laki-bini.
buat apa?


orang mampu-- biar dia mampu.
jangan la marah.
dah dia ada duit nak tanggung semua itu.

yang kita orang biasa2--
jangan la dengki busuk hati.

orang sewa baju pengantin ribu2--
nak juga.
walhal baju sepasang boleh makan sebulan.
tak ke bodoh tu?

harta orang--
biar la dia.

kita ni--
sedar diri.

Wednesday, May 30, 2012

cuba

kelakar dengan situasi artis / VIP / rakyat marhaen buat laporan polis kena bantai / pukul / assault / harass atas alasan tanpa sebab / tak semena2 / tak sepatutnya.

SEBAB BAGI AKU--
kalau dah GATAL keluar pagi2 buta,
duduk pulak dekat depan kelab / port standard orang2 habis balik kelab--
kau kena terima bahana2 yang mungkin.

bak kata ted mosby's mom:
nothing's good EVER happen after 2am.
go ho

me.

aku pernah muda.
aku pun tak pernah togok air kanchingg syaiton tu.
aku pun selalu lepak2 sampai pagi.

tapi macam ni la.
aku kasi analogi mudah.

masa aku muda2, aku gila ular.
ada dua ekor aku bela.
puas orang dok bagitau jangan dok bela.
bahaya.
itu ini begitu begini.
aku degil.
nak juga.

maka.
di satu hari aku punya ibu jari kena sauk siung ular sawa aku--
AKU TAK PATUT citer kat sapa2.
sebab semua orang dah kata--
JANGAN dok bela ular. bahaya.

jadi,
secara mudahnya;
KALAU kau memang dah gatal nak lepak depan kelab malam--
pastu kena bantai ATAS TAK ADA SEBAB APA sekali pun--
tadah la.

toksah dok twitter / status /report kencang sana sini,
sambil tambah di hujungnya '#juctice' la, '#hakrakyat' la, '#keadilan' la apa la.

cuba dok rumah.