Monday, January 21, 2013

susu ii


banyak persoalan ttg mahram di ruang komen2.

bagus,
benda yang kita tak tau--
kita tanya.

:)

sebelum itu,
aku mau perjelaskan empat terma ini:

1) anak susuan -
anak orang yang disusukan seorang perempuan yang BUKAN ibu kandungnya.

2) ibu susuan -
perempuan yang menyusukan anak yang TIDAK dilahirkannya.

3) bapa susuan -
lelaki yang mengahwini ibu susuan (seolahnya bapa tiri dgn anak tiri)

4) mahram -
orang yang haram kita nikahi. (note: MINTA ubah kalau2 ada di antara kita yang masih merujuk mahram kepada muhrim. muhrim bermaksud orang2 yang mengerjakan ihram)

ok. so far, faham, ya?

right. soalannya:
SIAPA yang akan menjadi MAHRAM kepada anak susuan?

aku permudahkan soalan:
SIAPA yang halal dipegang anak susuan walau dgn air sembahyang?

atau secara soalan biasanya:
SIAPA yang tidak boleh kita kahwini andai sah sudah menjadi anak susuan?

jawapan:

1) ibu susuan
2) bapa susuan
3) ibu-bapa ibu susuan
4) ibu-bapa bapa susuan
5) adik-beradik ibu susuan
6) adik-beradik bapa susuan
7) anak2 ibu dan bapa susuan
8) anak2 ibu susuan
9) anak2 bapa susuan

mudah, bukan?
tidak ada apa yang menyusahkan dalam islam.
kalau betul mau dibela dan dibela anak tadi--
SEMUANYA dipermudahkan.

:)

dan oh ya.
andai ditakdirkan mmg gagal menyusukan anak angkat tadi, mintalah jasa baik adik-beradik kita. kaau masyarakat risaukan hubungan anak angkat (susuan) perempuan dengan suami kita-- bilang saja: "cubalah husnuzzon"

:)

tuhan paling kasihkan anak2 kecil.
dia takkan biar anak2 kita terabai begitu sahaja.

*senyum*

untuk lebih bacaan, boleh rujuk link ini.
atau paling mudah: google sahaja permasalahan kita.
semua jawapan ada.

ps: terkini dari majlis fatwa. tidak perlu kenyang 5 kali. cukup diberi susu 5 kali. alhamdulillah. semakin mudah. :) tapi.. kalau dapat disetiapharikan-- lagi baguih, ya dak...?

Sunday, January 20, 2013

susu


salam, adik2 dan kakak2 sekalian.

lewat beberapa menjak ini, sepertinya fenomena mengambil anak angkat ini menjadi biasa.

alhamdulillah. sedikit2, berkuranglah kerja malaikat maut di longkang2 dan jamban2 juga sungai2 tempat2 lokasi dikutip ruh anak2 tak dihendakkan. pada mereka2 yang mencari keselamatan anak mereka juga, dengan adanya ibu2 dan bapa2 angkat yang redha menjaganya sepenuh hati-- legalah sedikit risaunya.

namun sedikit teguran.
:)

tidak seperti ibu2 dan bapa2 sebenar, kita tidak memiliki 9 bulan persediaan. telah allah jadikan lumrahnya dan fitrahnya, tempoh itu memberi ruang untuk para ibu dan bapa memberi teraoi pada mental dan fizikal.

kita--
tidak ada.

jarang untuk ibu bapa angkat memiliki masa yang layak dan setimpal. segalanya adalah tergesa2, berserabut dan menyemakkan.

benar, setiap anak datang dengan rezekinya. NAMUN, kejilah kita andai terlalu landai dalam proses ini. maka izinkan aku membuat senarai kecil, apa yang PALING asas untuk kita tahu-- andai benar memang hati berkeras sudah untuk mengambil amanah orang untuk kita tumpangjagakan.

1) rezeki susu badan.

tidak seperti ibu2 kandung, kita tidak ada pilihan untuk memilih susu badan atau formula. perlu diingatkan-- adalah BATAL wudhu' antara mereka dan kita. tak kiralah dari umur sehari kita bela. bila mana dia telah bukan lagi mumaiz, bersentuh kulit dengan mereka akan membatalkan air sembahyang kita.

maka, BILA MANA kamu ketahui seorang bayi menanti kamu untuk menjadi bundanya, aku SERU, usahakan susu dari tubuhmu.

fakta: tahukah anda, seorang wanita, tak kiralah pernah atau tidak mengandung, monopos atau tidak, sakit atau tidak-- MAMPU mengeluarkan susu?

itulah indahnya tubuh wanita. tuhan adalah sehebat2 jurutera biologi. hakikatnya, semua orang perempuan mampu mengeluarkan susu. bezanya cuma sedikit atau tidak. disiplin dan perlu hendak.

cukup lima kali kenyangnya. kemudian hendak berhenti, terpulanglah. wallahi aku dahulu pun setiap kali dalam usaha cuma setitik dua. tapi di setiap hari itulah aku simpan dengan azam, arjuna perlu haknya. alhamdulillah. memang makan berbulan utk cukup 5 kali kenyang (mazhab shafie), tapi betapa mudahnya ketika di antara maghrib dan isya' dapat memberi perhatian pada dia yang ada di sebelah setiap masa.

jangan ragu2. seorang kenalan yang survived leukemia MAMPU menyusukan anak angkatnya. seorang lagi lahir dengan ketumbuhan di buah dadanya MAMPU menyusukan anaknya. tak ayah jauh2. ziela jalil yang sudah berusia itu pun MAMPU menyusukan anaknya.

doktor ada. AKU ada. sini. tanya.
titik tolaknya--
hendak tak hendak.
dan disiplin tidak.
itu saja.

2) keluarga besar

mengambil anak angkat BUKAN cuma keputusan kamu, wahai ibu2 dan bapa2 angkat sekalian. tapi keputusan seluruh ahli keluarga besar kita.

mertua kita, ipar-duai kita, bapa kita, mak kita, adik-beradik kita. mereka ada hak untuk diberitahu DULU. seperti iita, mereka juga PERLU dipersiapkan mentalnya.

bukan sekali anak angkat dipulangkan kerana keluarga tidak mampu menerima hakikat siapa anak kita. kawan2, kaau kita hendak ubah mata masyarakat, kita perlu pandang keluarga kita. apakah mereka juga seperti masyarakat di luar sana?

maka aku rayu, pujuklah keluarga kita, hulurkan kata2 pesanan dari allah-- berkoyan kalaamullah dan ayat2 dia dan rasulullah buat kita guna di masa2 begini.

kata kita mungkin tak ada harga.
tapi kata tuhan?
moga2 terbuka hati mereka.

TAPI.
andai dengan kata tuhan JUGA gagal terpujukkan,
aku minta ibu2 dan bapa2 angkat redha.
anggapkan ini adalah cara tuhan mengajar sabar.

jangan pentingkan diri sendiri.
jangan sedihkan kita sahaja.
runsingkan nanti2 anak2 kita dipulau keluarga.
sayukan dia dilayan macam celaka.

astaghfirullah.
tolonglah.
fikirkan anak2 kita--
baru hati kita.

ibrahim alaihissalam berpuluh tahun x berzuriat.
apalah kita--
apalah sangat.

3) kemudahan

tidaklah perlu dibagi katil emas. tapi cukuplah andai elok dan terjaga. fitrahnya, pasangan yang tak dikurniakan anak, tuhan permudahkan rezeki lain. harta, mungkin. atau kerjaya. atau perniagaan. apa saja.

anak angkat BUKAN aksesori. BUKAN sesuatu yang beli dari almari gucci untuk dipakai2 depan orang kemudian terbiar bila berseorang.

siapa pun kita sebelum datangnya dia--
tidak lagi relevan.
anak kita--
adalah segalanya;
datang DULU baru apa2.

tidak lagi kariermu,
bukan lagi hobimu,
jauh sekali nafsu harianmu.

anak--
datang dulu.

duit simpanan dia perlu ada. xbanyak sistem yang terbuka untuk anak angkat. selagi belum sah atas kertas anak angkat kita itu anak kita, banyak yang susah untuk diuruskan. insuran, contohnya.

selain itu, fikirkan juga pembesaran anak kita. sekolah di mana? bagaimana ibu bapa komuniti? cikgu2nya jenis apa? renungkanlah situasi tatkala ada rakan sekelas bertanya "kenapa bin kau lain dari nama ayah kau sekarang ini?". apa kala mereka berlari kita dengan airmata-- APAKAH jawapan yang mampu kau bagi pada dia?

4) kandung dan angkat

aku percaya pada jodoh. dan aku berpegang pada kun fayakuun. kaau tertulis sehingga mati anak kita bersama kita-- datanglah petir taufan, tetap dia tak ke mana2.

kepada ibu2 dan bapa2 angkat di luar sana,
anak2 yang kita ada ini--
kita pinjam dari orang yang meminjam dari allah.
maka redha.
dan kuatlah.

kalau kita sendiri tak mapu berpisah dari anak kita--
bayangkan ibunya yang mengusung dia berbulan lamanya.

bila datang bab ini, memang ramai yang tidak setuju. pengalaman keluarga angkat yang berhabis beribu ringgit, berperah kasih sayang dan nyawa-- kemudian diambil semula begitu2 sahaja.

aku mengerti.
maka atas itulah aku berpesan yang ini:
cintakan manusia KERANA allah.

dia lebih tahu.

andai diambil semula hadiah yang sekejapan ini--
belajar untuk redha.
belajar untuk cukup.
belajar untuk bilang--
engkau jua yang tahu apa adanya.

*senyum*

tuhan itu paling tahu setiap zarah di celah langit dan di bumi.
TAKKANLAH dia tak nampak cinta yang terpancar terus ke semesta dari dalam hati kita ini.

kan...?

Friday, January 18, 2013

bila


bila ditepis manusia--
dijerkah tak layak
diludah disergah.

bila disinis manusia--
dibagi tempelak
ditolak dicegah.

tetaplah di jalan ini.
tak kiralah perlahan mana.
tak kiralah sesompek mana.
tetaplah melangkah.

biar manusia menepis menyinis.
biar manusia menjerkah meludah menyergah.
biar manusia membagi menolak mencegah.

innallah--
sesungguhnya allah itu

ghafuur--
paling memaafkan

ar-rahiim--
dan paling penuh kasih-sayang.

bertatihlah.
bagaimana susah.
tuhan nampak--
walau sebesar zarah.

Thursday, January 17, 2013

tuhan tahu


milik allah lah--
apa yang ada di semesta langit
dan apa yang ada di bumi.

dan jika kalian menampakkan apa yang ada di dalam hati kalian
atau menyembunyikannya--
allah akan menghitungnya pada kalian.

maka dia ampuni kepada siapa yang dia kehendakkan--
dan dia menyiksa siapa yang dia kehendakkan.

dan allah--
atas segala sesuatu--
adalah maha kuasa.

baqarah. 284.

interpretasi yang bermacam2.
tuduhan yang berjenis2.

kalau sudah namanya penulis--
tetap juga aku tulis.

qulil haqq walau kaana murra.
itu pegang aku.

interpretasi dan tuduhan datang dari orang.
apa yang perlu--
niat aku--
tuhan tahu.

rabbi,
anta maulaana fansurnaa 'alal qaumil kaafiriin.

Tuesday, January 15, 2013

mak


hari ini, 19 tahun lepas, waktu ini.
aku nak terjun masuk dalam kubur mak.

aku risau mak sunyi sorang2, kata aku yang naif itu dulu.
:)

cute.

terima kasih untuk sekejapan bersama kita, mak.
walau angah xberpeluang kenal mak.
hilang mak menjadikan angah siapa angah hari ini.

mak...
angah dah jadi mak.