Thursday, December 11, 2008

bukit lumpur

highland towers adalah 15 tahun dulu.
11 disember 93.
aku tak mungkin lupa tarikhnya, kerana detik itu, arwah bunda nazak di hospital besar kuala lumpur.
11.12.1993

dan 12.11.1994 adalah hari pertama tubuh aku mengkhabarkan aku sudah menjadi wanita.
tanpa seorang bunda.
di asrama.

tuala wanita pertama yang aku pakaikan,
terbalik.
pelekat di bahagian atas,
atas logik mantik "lekit = serap"

haha.
sedih, sebenarnya, bila membesar tanpa seorang bunda.

15 tahun itu teramat panjang.
seorang bayi, dalam tempoh itu, sudah mula mengenal cinta monyet.
seorang yang baru menjanda, selepas tempoh itu, sudah mampu mengimbang niaga sendiri dengan sosial anaknya.
seorang yang baru mula mengaji, selama tempoh itu, mungkin sudah mampu menyebat anak muridnya yang bermain2 ketika membaca muqaddam.

lama.
sangat lama.
pelbagai yang didapatkan.

*diam*

maka kenapa masih ada yang bodoh, bangang dan tongong, tidak mahu belajar dari setiap macam jadinya di sekitar itu?

ya. saman aku kerana memanggil kau bodoh, bangang dan tongong.
alang2, selitkan sekali perkataan 'bongkak' dalam aduan engkau itu.

aku benar2 tidak faham.

sebelum lebih jauh aku tengkingkan amarah, biar aku spesifikasikan rasa kecewa ini khusus kepada sekalian mereka yang masih tidak sedar yang mereka itu sama darjatnya dengan ahli malaysia yang lain.

*ok. akaun berjuta mereka mengangkat mereka lima puluh tangga lebih atas*

tapi engkau dan aku sama di mata tuhan, lah.

aku sejujurnya kasihan dan tidak pernah sekali pun mengabaikan berita di peti tv dan suratkhabar tentang mangsa2 tanah runtuh. bermula dengan ketap bibir tatkala aku baca kisah seorang bunda yang terpaksa berlari 3 kilometer untuk mendapatkan jiran pertama, sehingga sekarang.

sayu dan gamam.
kalaulah jadi pada aku dan ahli keluarga.
tak tertanggung, aku rasa.

dan di situlah hebatnya tuhan kita. beribu tahun dahulu, sudah dikhabarkan pada kita, jangan berumah di lereng bukit, jauh dari orang, di hujung2 pantai. sungguh, dia maha mengetahui.

tapi kita degil.

kita yakin dengan akal kita. kita terlalu pasti dengan phd dan masters kita dalam kejuruteraan, yang muncul dengan pelbagai spesifikasi; pengkhususan tanahlah, cerunlah, macam2. kita sangkal kata tuhan, yang gunung-ganang itu pasak bumi. sengaja, kita tarah2kan dan ganti dengan batu2 berongga bertiang dipanggil banglo elit.

kita ni siapa, kawan2...

aku tidak langsung kekehkan mereka yang diuji tuhan dengan bala sebegitu keras. kalaulah aku mampu, hendak juga aku bantu.

tapi aku betul2 terpana dengan segelintir mereka yang masih lagi angkuh, hendak dipertuankan dan dijunjung2, meski dalam situasi dan keadaan sebegitu.

"i nak saman u. u panggil i bodoh, ye"
"saya tgh angkat barang, sorang pun tidak mahu tolong"
"kami mau duit kami. siapa nak tanggungjawab? u have to pay"
"datang sini macam pesta. asyik makan saja. RELA ka, polis ka, semua gaji buta"

wah.
itu 'terima kasih' paling jujur, sebenarnya.
terima kasih atas pengorbanan skuad pencari yang tidak dapat berhari raya.
terima kasih atas tidak dapat tidur malam berusaha.
terima kasih atas makan percuma yang langsung tidak setimpal dengan masakan amah mereka.

akai tadak ka?
belajarlah bersyukur sedikit!

tidak mungkin semua orang mampu memberi servis tip-top. dengan keperitan dan kepenatan, mana mungkin engkau dapat layanan 6 bintang persis di hotel luar negara yang engkau lawat setiap bulan.

hahhh!!
aku sangat marah.

kamu pandang orang, harap ditanya "boleh saya tolong?", sampai bila2 pun kamu tidak akan dapat bantuan apa2. lihat saja di lrt. berapa kali aku lihatkan ibu2 mengandung terpaksa berdiri dari ampang park sehingga taman bahagia. ada orang peduli?

kerana terlalu geram, aku tanya pada seorang budak di tepi,
"dik, akak tu bawak baby dalam perut. tidak mahu beri dia duduk,kah?"
"oh. dia tidak minta pun"

itukan budaya malaysia.
minta tolong.
ask for help.
bukan offer help.

yang menghulur bantu cuma NGO, okay? they ada subsidi. we bayar tax, okay. we sudah jalan tugas jariah.

fak.
kalau hendak bising orang tidak tolong, tengking depan2. biar sang pemalas itu terasa. biar semua orang pandang dia, dan keji dia melalui jelingan tajam. "ish. biasala tu. buncit makan suap saja".

atau mungkin...

MUNGKIN saja.

mungkin dia sebenarnya baru saja habis shift, hendak berehat dari semalamnya. baru hendak sms isteri minta maaf kerana tidak dapat pulang demi kemanusiaan. kerana terlalu banyak nyawa yang hendak dipautkan.

mungkin.

haih...
*diam*

hendak saman?
untuk dapat ganti?
sama timpal, kah?

kelakar, lah.
daripada kasihan, terus jadi sebal.
apa yang kamu hendak?

teringat ketika seluruh johor ditenggelami air. ramai yang gila temporari dan ada juga yang sudah bertukar menjadi pendiam. kalau hendak disalahkan sesiapa, boleh sangat. lihat saja perparitan, sungai yang tidak cukup dalam, penggondolan estet, macam2.

tapi rata2, redha.
itu ketentuan tuhan.

dan sedikit2, dengan wang yang secalit dari kerajaan, mereka ucap "jadilah..."
kun fa yakun.
hidup atas apa yang tinggal.

maka apa bezanya situasi itu dengan sekarang?

cuma satu:
kali ini, bencana alam terjadi di berek2 elit.
di zon orang kaya (bukan sekadar kaya, tapi terlalu kaya).
di kawasan professional.
di lingkungan orang bijak pandai metropolitan.

dan mereka ini, sangat hebat dalam perundangan.
erti kata lain, zikir paling sering adalah
"see you in court"

astaghfirullah.

maaflah kalau ada yang terasa aku ini terlalu kasar bunyinya. seolah aku ini tidak punya empati dan simpati yang tinggi. doa yang lebih afdhal adalah doa yang tidak diketahui sang penerimanya.

aku tidak minat menghulur wang dalam bentuk dummy cheque di atas pentas.
aku tidak punya pun wang sebanyak itu.

aku juga, seperti rata2 kita, mengharapkan setiap yang terlibat itu selamat. tidak sanggup rasanya mendengar dan membaca cerita hidup yang kurang seorang dua dalam ahlinya.

cuma belajarlah.
panjangkan renung sebelum apa2.

1) hiduplah bermasyarakat.

kalau pun kamu rasa jiran kamu nanar dan merimaskan, usahlah ke tahap hendak hidup sendiri. kamu ada masa panjang bersendirian nanti. di antara mati dan kebangkitan. sementara itu, layankanlah sahaja manusia2 plastik sebelah rumah kamu. manalah tahu, satu hari nanti, bila kamu dalam susah, ada juga orang untuk diminta bantu tanpa segan.

tidak perlu duduk bersama mengeji kak latipah, cukup senyum dari jauh dan angguk kepala.

2) ini kuala lumpur.

TANAH LUMPUR. bukan california. tanah kita tidak kukuh. bukit kita bukan batu semata2. kalau sudah terlampau banyak wangnya, beli sahaja seluruh blok taman2 biasa. pecahkan dan bina rumah impian, mengikut suara arkitek dan pereka interior kamu.

sebanyak mana engkau malu berjiran dengan orang2 kebanyakan, sekurang2nya mereka itu penyibuk dan pasti akan mengambil tahu kalau2 engkau perlukan bantuan.

3) jangan asyik hendak memberi saman.

adat orang kaya dan berada, semua perkara yang sumbing itu mesti ada penerima balasnya. situasinya begini: ahmad cabar ali terjun dari tingkat atas rumahnya. soalannya, bolehkah ahmad dipertanggungjawabkan kalau2 ali patah kaki? ahmad mmg sial kerana mencabar. tapi ali itu tidak sekolah, kah?

kalau ada orang tolol menjual produk rosak, jangan salahkan dia. dia cuma berniaga. ada orang acukan pistol memaksa kau beli, kah?

4) media, kita sudah ada melodi. cukup satu.

aku rimas bila berita tv hendak menjadi tabloid. gemar sangat dengan info hasil dari provokasi. dan ubahlah soalan2 engkau. orang sedang bergelut dengan ranap dek kehilangan anjing kesayangannya, kau tanyakan perasaan. orang sedang panas kepenatan, kau lagakan dengan pihak2 lainnya.

benda kecil, kerana engkau, jadi besar.

*diam*
haih...

kalau difikir2kan semula. semua ini terjadi kerana rasuah.
tempat yang tidak mungkin lulus, dapat setuju.
politik wang.

malas hendak mula. nanti berderet.

wang tidak ke mana. cuba lihat video wukuf tempoh hari. semua sama. tidak ada beza. tidak perasan langsung yang ini kaya, yang itu miskin.

maka jangan angkuh.
kita sama.

al-fatihah untuk mereka yang dibeban dugaan.
pembaca sini ada lebih 400 (termasuk yang tidak melanggan puisitepijalan)
kalau ada rezeki lebih, dermakan seringgit. jadilah.

rm 400.
kalau pun sekadar sepalit, walaupun tidak seberapa, dapat juga buat dibeli tisu dan tuala.

jom?

Wednesday, December 10, 2008

dia abang aku.

semuak mana kalian bacakan ini,
terpaksa juga aku mulakan entri dengan:

aku rasa, rahmat yang paling indah tuhan pernah beri pada aku adalah tri.

op. op. op.

sebelum kau hela nafas panjang mensiginifikasikan rimas, biar aku jelaskan. rasa agung itu, selain dari apa yang aku dapatkan untuk diri aku sendiri, memberi tempias pada manusia2 di sekeliling aku. ini bukan entri ttg tri atau kegamatan hidup bersamanya.

ini mengenai manusia yang terkena tempiasnya.

iaitu, yang paling lencun,
along.

hari ini, aku hendak berbual ttg lelaki itu.

sejak kecil, aku dan along bukan lagi seperti anjing dan kucing, tapi bagai petrol sama gas metana. yang perlu ada cuma pemetik api. dan sejujurnya, untuk memerciknya tidak susah. cukup kerana berebut air minum, atau permainan yang kool yang sangat dimahukan, atau permainan yang langsung tidak best tapi tetap dimahukan semata kerana dengki.

aku benci along.
dia benci semua orang.
konon2 rebel.
aku makin benci sama dia.

begitu benci, sehingga di masa semua orang menyokong tulang belakangnya ketika dia berdikit2 hendak berubah, aku duduk memeluk tubuh sendiri dengan penuh skeptikal.

mesti keluar bunyi dari bibir aku:
"eleh. kejap je tu"
"ah, bukan dia pernah peduli"
"haram aku tidak makan helah engkau"

aku, kalau sudah benci.
dendam aku jauh lebih mahal dari harga rendah dirinya.
astaghfirullah.

*diam*

bukannya aku tidak nampak betapa keras dia berusaha untuk berusaha.
bukannya aku kejam begitu sekali sehingga sanggup menjadi angkuh sebegitu rupa.
bukannya aku sengaja pejam mata.

tapi mungkin kerana aku terlalu kenal dirinya.
atau sekurang2nya itulah yang aku rasa.

walhal sebenarnya,
yang tidak ada org tahu adalah ini:
aku terlalu kasih sama dia.

*airmata mengalir*

apalah sangat yang dihadap pada aku beberapa tahun semasa kecil itu, setiap kejamnya itu. bila aku fikirkan dengan kewarasan sekarang, sebenarnya, langsung tidak setimpal sama kesumat yang aku peram untuknya sejak dahulu.

dia masih kepala anak2 waktu dia jahanamkan jiwa aku.
adilkah untuk seorang yang sudah berakal, untuk aku teruskan amarah ini atas dia itu?

dan lebih mengharukan, tidak pernah sekali pun lewat beberapa tahun ini, semenjak dia kembali ke pangkuan keluarga, yang tidak dia mengalah pada aku. sentiasa, bagaimana keras pun aku padanya, pasti akan dilembutkan.

pernah,
dia bilang sama aku:
"lu ni macam abah. keras gila. tapi kalah dengan satu benda je: org berlembut"

betul.
sangat betul.

aku paling lemah kalau org berlembut sama aku.
orang mengalah sama aku.
orang main gentle sama aku.

dari marah paling langit, aku bisa berikan awan terus.

dem.
demyu along.

tapi aku masih sentiasa berlakon keras padanya bila di hadapan orang. aku tidak mahu ternampakkan yang aku ini sudah goyah prinsip2nya.

salah satu prinsip itu adalah:
jangan sekali2 kurang ajar sama abah aku.

silap besar,
dia pernah langgar prinsip itu suatu masa dahulu.
suatu masa dahulu.
zaman tok kaduk.

aku ingat lagi, dia bergaduh sama abah, sekali itu. nan kebetulan minggu itu aku lari dari asrama sebentar.

malam itu,
abah sudah tinggi suaranya pada along.
along pula terus tinggalkan abah yang sedang menahan sabarnya.
dasar kurang ajar.

dia naik ke atas, pada aku yang sedang menonton.
sound of music. aku takkan lupa filemnya.
dia tanya pada aku, sedang tonton apa.

aku buat muka sial.
tidak langsung sudi memandangnya.
persis layanannya pada abah sebentar tadinya.

along tinggi suara pada aku.
panggil aku kurang ajar.
persis herdikan dalam hati aku padanya.

abah naik ke ruang aku dan along berada.
abah tengking aku biadap kerana tidak menghormati org tua.
bagi dia, orang tua mesti dihormatkan.
siapa pun.
bagaimana pun.

along hentam pintu.
abah terus masuk bilik.
aku rasa mahu pecahkan peti tv.

kalaulah ada seseorang yang bernama bunda.

*mata bergenang*
*diam*

zaman gelap betul.
heh.

*senyum*

tapi sekian lama melihat along bertungkus-lumus mengambil hati abah, aku jadi sejuk juga. cuma di hadapan saudara2, aku akan bermain muka tidak peduli. penegak kebenaran dalam rumahtangga la konon. penuh prinsip. cakap berapi.

kejadah.
haha.

*senyum lebih lebar*

sejak aku hidup bersama tri, mata aku bagai dikopek2 untuk terus terbuka.

tri dan adik2nya buat aku sedar, harta paling indah adalah keluarga. kalau dulu, definasi keluarga hanyalah merangkumkan abah, mak, ibu, achik dan adik, sekarang istilah 'keluarga' bagi aku, sudah ada dia.

*diam*

paling aku suka, sekarang dia suka cium pipi aku, peluk kuat aku, gosok kepala aku, tanya makan minum aku, mengada2 sama aku. sedangkan dahulu, dia malu hendak mengaku aku ini adiknya.

hidup aku sangat lengkap sekarang.

bergaduh tetap ada. bohonglah kalau terus sempurna. sama dia, sama achik, sama nani. semua ada bahagiannya.

tapi aku ada along yang paling best, dengan dua orang adik yang paling kelakar dalam dunia. sepahit mana mereka itu, aku tak mungkin akan tukar-gantikan sama sesiapa.

hari ini, mari sms adik-beradik kita dan tanyakan khabar.

:)

Sunday, December 7, 2008

korban

anon kata:

1) KUCHING PUN TAK HINGIN DUDUK DEKAT DENGAN ENGKAU> SANGGUP DIA MATI DILANGGAR DARI HIDUP DENGAN FYNN. PAHAM2 SENDIRI

2) DAMIEN LAGI TENANG TEMPAT LAIN DARI DENGAN NGKO. DUDUK DGN NGKO SEKSA KOT

aku kata:

1) ok. kalau 'kuching' pun tak hingin duduk dekat sama aku, sanggup mati dilanggar dari hidup aku, kenapa kau hingin duduk sini sama aku? kenapa kau tak pulak pergi mati. kau hingin duduk sini, eah? kan? kan? kan?

2) kalau damien siksa duduk dengan aku, marilah sini. aku nak siksa kau pulak.

3) masuk sekolah, belajar mengeja elok2, belajar preposition, macam2 lagi yang basic. sebab ayat kau tunggang-langgang.

4) aku tak pernah cakap ni secara direct. org lain selalu nasihatkan ni. tapi aku rasa aku nak jadi bongkak dan laungkan:

SEBENARNYA KAU CEMBURU SAMA HIDUP AKU. HAHAHAHAHAHAHAHA.

5) lebih kasihan, sebab hidup aku langsung tak sempurna utk kau cemburukan. kasihan kau. mesti kau kekurangan kasih sayang, kan? mungkin kau rasa diri kau terlalu tidak menarik, atau mungkin di setiap malam kau tanyakan pada tuhan kenapa hidup kau tidak sebagaimana kau harapkan. kerana rasa kecewa itu, kau ganggu hidup org lain.

ish. kalau kau rasa nak luahkan sesuatu, email aku ya?
*senyum*

6) hidup mati sesuatu maudu' bukan atas tangan kita utk tentukan sebab dan faktornya.

7) mengucap. sebab kau dah lama sangat menghimpit jiwa aku. dan aku rasa teraniaya. kalau pun aku jahat, tuhan itu adil. mesti ada hari yang dia balaskan aku, kalau itu hendaknya. kenapa kau mahu jadi melayu yang suka mengharap kehancuran org lain?

8) selamat hari raya aidiladha. mari kita korbankan sesuatu raya ini.

korban sesuatu.
cuma satu.
mungkin perasaan hasad dengki?

Saturday, December 6, 2008

binatang.

aku tundukkan kepala dengan rasa hormat, depang tangan dengan rasa kagum, tebuk bahu kamu dengan penuh rasa adorasi, khusus untuk kamu2, para bunda dan ayahanda, juga adinda dan kekanda mereka2 yang sudah kembali ke ke rangkul tuhan.

sudah lama aku tidak merasa begini.
hilang diputus mati.

aku masih tidak mampu faham bagaimana sesetengah manusia bisa saja rasa kering di hatinya pada haiwan. aku teramat benci bilamana perkataan yang keluar dari bibir orang akan datangnya hal binatang: "rilek la" atau "alah. kau ni pun. binantang...".

seolah2 seluruh dunia sudah ma'lum binatang itu kalau mati atau hidup, tidak ada relevannya sama siapa2.

kemanusiaan sekarang sudah macam binatang.
kan?

*diam*

haih...

damien dilanggar lari. detik aku angkat dia dari jalanraya, badan dia masih panas. macam bahang dedar tiap kali aku mandikan dia. bulu halus dia masih belum kejung. tetap bersutera, seperti biasa. cuma dia keras.

darah pun belum sempat mengalir.

mungkin sebab itu aku yakinkan pada hati aku dia tengah tidur. damien tidak pernah menyusahkan. tidak reti mencakar sofa. tidak mahu berak kalau bukan di pasir. panggil sekali sudah datang. suka main lari2. suka buli aku, dan suka juga dibuli.

mungkin itulah sebabnya aku terlalu hendak yakin yang pejam mata itu kerana terdodoi mengantuk.

aku panggil dua kali. dia masih baring. bola di rantai dia silau kerana cahaya pagi jam 10. seterusnya sudah terus samar2 pada aku. aku telefon tri yang sedang bekerja. bergegas dia dapatkan aku, kuburkan damien dan mengenangnya bersama2.

haih...

langgar lari.
aku kalau terpijak ekor kucing pun, aku jadi tidak tentu arah minta ampun seperti dia manusia. bagaimana ada manusia, yang berakal, bisa rempuh dan membiarkannya?

lebih aneh, damien sedang di atas bonggol ketika dia digilis.
pemandu apa kalau di bonggol jalan pun hendak ditekan pedal minyaknya?

aduhai...
ini baru kucing.

bagaimana engkau, makcik2, pakcik2, yang hilang anaknya dirempuh-biar orang? bagaimana gagahnya kalian lupakan 9 bulan rasa indah anak kamu bersembunyi di dalam badan kamu, kenangan2 jatuh bangun anak2 itu, gugur gigi pertama, setiap satu-persatunya?

hilang atas lalainya seseorang yang lain?

sedang aku, kurang dari dua purnama sudah pelbagai ragam anak itu aku julikan, sudah tidak mampu menahan.

kental benar hati kamu2, wahai orang yang pernah merasa kehilangan.

*diam lagi*

ini sudah kali kedua kucing aku dibunuh kejam. yang pertama itu, aku beli dengan harga seribu, jatuh dari balkoni laras ke sembilan. baru beli kelmarinnya, dan ketika aku keluar bersama2 teman, seorang ahli rumah aku hendak bermain samanya. namun dek kerana taksub dengan murni gelek penghibur akademi fantasia, anak kucing yang masih mabuk dek suntikan ubat2an terjun dari tingkat tinggi rumah aku.

kau tahu dia bilang apa?
"dah tahu hendak duduk rumah tinggi2, siapa suruh beli kucing mahal2?"

wow.
esoknya, dia beri rm 50 sebagai pampasan.

fuh.
baik, kan?

aku tidaklah runsing sangat wang itu. kalau ikutkan, semua maudu' dalam kondo kuning itu adalah milik aku. dari dapurnya sehingga mesin basuhnya sampailah ke peti aisnya juga televisinya.

yang aku hendak dengar, adalah 'maaf' dari bibir indah seorang gadis secantik dia.
cuma maaf.
dgn sedikit kekesalan.

argh.
mungkin perkataan itu terlalu mewah untuk gadis jelita seperti dia.
dan aku terlalu mengemis sesuatu yang picisan, yang tidak perlupun diambil kira.

binatang mungkin tidak ada akal, sahabat. tapi perasaan, tetap mereka punya. berilah aku apa sahaja, ular, kuda, kumbang, semut waima anjing sekali pun, aku akan kasih. bajingan mana sifat binatang itu, akan terubat juga kerana jelas tidak ada mampu mereka merelevan situasi.

dan kalau diperhatikan, pada lumrahnya (bukan sahaja di malaysia, malah di serata dunia), manusia kucing (cat lover) adalah manusia yang sedikit akan dipandang serong sedikit. kucing adalah haiwan yang sangat misterius dan bijak. jauh sekali dengan manusia anjing (dog lover) yang terlalu dungu dan hanya mengikut perintah sahaja.

arakian, manusia kucing adalah sedikit-sebanyak, saiko.
(untuk lanjutan, sila bikin research.)

dan damien berjaya menambat hati dedi yang tidak reti mencintai binatang.
kerana itu kamu terindah, nak.

kenapa, ya, aku terlalu suka sama binatang?
sebab binatang itu bisa tahu kalau kau sedang sayu.
sebab binatang itu bisa kenal kalau kau sedang sebal.

sebab manusia itu bagai binatang, sebagaimana binatang sudah mula memanusia sifatnya.

lalu kenapa kau tidak peduli sama binatang?
jijik?
kerana kotor, kan?
kotor?
boleh dibasuh, kan?

tidak suka, tidak apa.
tidak semua orang selesa.

tapi kalau kau sanggup luahkan "rilek la... binatang..", maknanya ada sesuatu yang tidak betul dalam kepala engkau.

Friday, December 5, 2008

tunggu mami, damien...

tuhan,
aku redha.

walaupun pahit dan menghimpit kerongkong, aku terima.

minta aku, kalau kau sudi perkenankan, jagakan dia. bersama benih aku yang kau simpankan sejak beberapa purnama.

terima kasih, walau sekejapan merasa cinta dia.

damien, jagakan anak mami di sana.
mami dan dedi akan sentiasa kasih sama kamu.

merindu nakal kamu.
mengharap bising kamu.
mengingat keletah kamu.

aduhai tuhan.
pasti ada cerita untuk aku nanti.
yang lebih molek.
akan aku tunggu.
hikmah apa yang jadi ini.



tri: sayang jangan sedih lagi please.

aku: (menangis sehingga hilang nafas)

tri: cuba lihatkan begini. tuhan tanya sama damien, "kalau engkau ditukarkan untuk baby mami dan dedi engkau, mahukah kau berkorban?". damien kata: "aku sanggup!". baik, kan, damien kita, sayang?

aku: tapi... mana ada baby... (sebak hanya tuhan yang tahu)

tri: satu hari nanti, sayang... satu hari nanti... (terus memeluk aku dengan yang paling menyesakkan, tapi sangat menenangkan)

damien,
kalaulah mami keluar lebih cepat...
i'm sorry.

mami, dedi, atuk dan wan sudah pedih mata menangis berkisah ttg kamu yang dulu2 tadi.
jgn lupa kami, nak.

tuhan,
kau lebih tahu.
kuatkan kami.

Wednesday, December 3, 2008

ini tidak relevan. jujur ni.

ini memang entri tidak relevan. banyak dialog. menjengkelkan.
tapi aku hendak juga tuliskan semua ini, untuk aku ingatkan diri betapa susahnya menjadi tri. untuk memberitahu diri aku di masa akan datang, betapa gagahnya tri melayan kerenah aku.

hari ini entri tak panjang.
sebabnya paling mudah:
aku merembeskan telur2 yang tidak mahu bersenyawa.
erti kata lain, datang bulan.

(maaf kalau ini terlalu terang dan tidak berapa sopan dari segi lughah nya)

mungkin aku tidak seperti kalian yang sangat kool dan hebat mengawal emosi ketika kekejaman itu terjadi, tapi dengan senggugut tahap membunuh dan keterpaksaan dicucuk punggung setiap kali, menjadikan aku homo sapien yang super sensitif.

seperti biasa,
mangsanya adalah tri.

subjek: perkataan 'cantik' dari bibir suami.
latar belakang: kedai makan jabina, putra nilai.

situasi: 20 minit kesenyapan tahap langsung tidak ada cengkerik.

perhatian,
situasi mungkin / pasti / agaknya akan ada kaitan dengan kamu. maka sila gantikan perkataan 'tri' dengan nama kekasih / suami / pasangan kamu.

plot bermula dengan gelak-ketawa seperti tidak ada apa2.
sang isteri terpandang seorang wanita yang agak cantik dan menggiurkan meski pun dia sedang mengelek anaknya, yang juga cantik dan pasti menggiurkan satu hari nanti.

aku: kalau saya dah tua, saya serabai tak?
tri: tak.
aku: saya takut. kalau saya mellow down, saya dah tak cantik.
tri: jadi?
aku: (terus serabut) awak pernah dengar isteri kedua lagi buruk? biasanya lagi cantik. lagi hot. lagi meriah.
tri: awak tak faham la.
aku: tak faham apa?
tri: cantik bagi awak dan cantik bagi saya lain.

*tidak fasal2 suasana terus tegang*

aku: dulu setiap lima belas minit, awak mesti tengok muka saya, senyum, lepas tu awak cakap saya paling cantik dalam dunia.
tri: awak kira? (dia dah mula sarkastik. amaran: bahaya)
aku: lepas kahwin, awak suka saya tidak bersiap2. saya ikut. sbb sy nak awak suka. sbb sy nak awak sayang. tapi... (sudah mula hendak menangis)
tri: (dah makin diam. dah mula pandang tv) aduh...

*mata aku dah bergenang, otak fikir yang merapu2, nak pindah pergi kl, nak tukar nama, nak cari kerja lain, nak menghilangkan diri*

(alasan: sebab suami tak sayang)

aku: saya dah tak cantik, ye wak...
tri: (suara dah mula ketat) kalau yang hari2 saya panggil awak si comel tiap2 pagi tu? comel tu bukan cantik ke?

*diam. fikir balik. dem*

tri: yang saya selalu cubit2 sambil ketap bibir saya tu, tanda saya geram. sebab awak cantiklah. kalau awak pandang, yang saya senyum seorang, katakan "takde pape". sebab awak cantiklah. argh!
aku: (senyum) ha ah ek. (toleh pada tri) haaaa.... saya dah ok.

*tri senyap. layan tv*

aku: lain kali cakap la... (menyondol kepala di bahu)
tri: kalau cakap hari2, nanti awak penat dengarkan.
aku: tapi saya suka... (masih tersengih2 hendak perhatian)
tri: awak kena dengar dengan badan. bukan dengan telinga. awak ni teruk betul.

selebihnya adalah sessi aku memujuk tri pulak.
haha.

satu penyataan universal.
MEN ARE BORN WITH HUMONGOUS EGO.
atau: lelaki dilahirkan dengan ego sebesar langit.

betul. semua orang maklum.
aku dapat dengar hampir semua perempuan bersorak.

tapi berapa ramai kaum hawa sudi mengaku:
WOMEN ARE SWORN SELF-CENTERED BITCHES.
iaitu: wanita sememangnya sentiasa 'saya' 'saya' 'saya'.

info penambahan:
selepas hampir 10 minit tidak berjaya memujuk tri, aku pulak merajuk.
dan tak perlu disoalkan lagi, aku dapat aiskrim.
huahuahuahuahuahuahuahuahuahaaaa.

mengada2 itu memang saya.
oyeh.

indahnya ada suami.

Monday, December 1, 2008

grrrr!!!!


bantai aku sepuas hati kau.
selagi tuhan masih sudi sayang aku,
aku kebal.

hahahahahahahaha.