menemui pembaca.
aku FASIH hakikat kita semua datang dari PELBAGAI rencah
lapis masyarakat. kita semua berbeza asalnya. bervariasi.
maka mungkin ada yang tidak faham.
yang PERLU diperingatkan.
niat yang PADA KITA biasa2 dan tak ada masalah--
mungkin CUMA pada kita biasa2 dan tak ada masalah.
maka timbullah pesanan rasulullah 'niat tidak menghalalkan
cara".
marilah memilih untuk jadi pandai.
pandai pilih masa.
pandai pilih siapa.
pandai pilih tempat.
pandai2 di masa2, siapa2 dan tempat2 yang SESUAI.
kepada semua yang ada di sini,
marilah kita sama2 belajar menjaga hati kita strangers yang
datang dari kepelbagaian ini.
macam aku pernah cakap dulu--
CUBA baca dulu komen kita dalam dua atau tiga kali,
selawat,
tanya "patut tidak aku tekan enter ini?",
KEMUDIAN baru tekan enter tadi.
cuba bayangkan.
kau tengah pandu kereta di highway,
tiba2 drive shaft patah.
dengan kereta bermasalah besar,
termangu kau kat bahu jalan--
mengharap bantuan.
datang satu manusia,
berhenti, parking tepi,
datang dan kata:
"itulah, siapa suruh tak beli insuran kereta".
apa perasaan kau?
MEMANG la betul soalan orang itu.
tapi aku aku tanya.
SESUAI ke soalan itu?
di masa itu?
di tempat itu?
beradablah.
bila aku minta elok2 kalian sumbang bantuan; tak kiralah
sekadar doa atau wang sepuluh dua--
BERADABLAH sedikit.
jangan dipersoal kenapa tak ada insuran, jangan dibebel
inilah rakyat melayu tak reti beli insuran, jangan dibising tipikal manusia tak
reti beringat masa senang.
ini bukan kali pertama.
naik penat aku delete komen2 manusia2 begini.
risau aku kalau2 terbaca ibubapa dan keluarga mangsa2 yang
kita sedang janakan dananya.
CUBALAH BUBUH HATI DALAM RUANG BOLONG ANTARA RUSUK KALIAN.
pilihlah untuk jadi manusia yang memilih untuk pandai
mencari sesuai.
sebab itulah tuhan tak beri manusia2 begini dugaan besar2.
orang begini--
ujian mereka--
adalah kesenangan.
semuoga satu hati--
hilang butanya.
16 comments:
mereka tak sedar kesenangan juga suatu ujian...-amy
fynn,
aku pernah juga mengalami keadaan sedemikian rupa.. kata-kata yang diterima itu sangat pedih dan mengambil masa untuk dihadamkan..
benar kata kamu, mereka diuji dengan kesenagan..
thumbs up!
=)
Allah bagi ujian kepada hamba-Nya yang mampu untuk hadapi..utk orang2 itu..pity them..xdapat rasa
bestnyee
salam kak fynn, manusia memang macam tu. sentiasa mencari salah orang, bukan nak bantu orang
kak fyn..Allah bagi kak fynn anugerah untuk menulis dan menyedarkan insan lain dgn tulisan kak fynn..keep it up ok!!
Allah bagi anugerah kak fynn utk menulis dan menyedarkan insan lain dengan tulisan kak fynn..keep it up ok!!!
kesenangan mereka akan berlalu pergi tanpa ada apa2 yg bole dibanggakan dan mereka sebenarnye papa akan adab manusia timur
Ujian itu dari Tuhan.
Dari Allah.
Bersyukurlah.
setuju sangat kakpin. kita yang membaca pun kadang kadang macam
-- weh apahal la ko ni doh lagi bikin parah.
sokong.
Assalamualaikuk kak fynn!
Kita jumpa tadi di PKNS. (170713)
Allah! terujanya dapat jumpa. Kak fynn, check email ye:)
hidup memang penuh perjuangan,
memang bnyak halang rintang
Berkata2 itu percuma kat dunia TAPI tidak diakhirat nnt. sbb itu sesetengah mereka2 ni walau dikurniakan otak dan akal tapi masih tak dapat berfikir dengan baik utk memilih kata2 yang baik.
Manusia ini dijadikan sebagai semulia2 kejadian apabila pandai menggunakan AKAL TAPI boleh menjadi sekeji2 kejadian jika silap menggunakan LIDAH.
Berkata2 itu percuma kat dunia TAPI tidak diakhirat nnt. sbb itu sesetengah mereka2 ni walau dikurniakan otak dan akal tapi masih tak dapat berfikir dengan baik utk memilih kata2 yang baik.
Manusia ini dijadikan sebagai semulia2 kejadian apabila pandai menggunakan AKAL TAPI boleh menjadi sekeji2 kejadian jika silap menggunakan LIDAH.
yupz.. inilah masalah manusia.. tahu na lepas je tanpa traffic light kat mulut tu haa.. btw singgah sini sambil follow awok.. :) nice sharing.. jmput dtg ke blog sy.. :) http://thatmyblognotyours.blogspot.com/
Saya juga pernah merasa begini..ketika memohon pendapat untuk bayaran MRI anak saya di Hospital swasta jawapan yang keluar dari setiap mulut meraka ialah.." kenapa tak ambil insuran.." Ya Allah ketika kami bergelemung dalam dugaan kamu sekalian menambahkan kesalahan yang memberatkan hati kami..duduklah ditempat kami dan kamu akan tahu bagaimana rasanya hati kami...saya sangat sedih
Post a Comment