Sunday, October 16, 2011

entri kerana jamban

ia bermula ketika aku berbual tentang jamban di status fesbuk.

aku cuma menyatakan yang hak-- tentang betapa di negara yang jambannya tidak berpaip ini; tak pernah walau SEKALI PUN aku temukan jamban yang busuk, berlendir atau terlekat tahi. aku pamerkan kesal aku pada tanah malaya yang mana aku rasakan secara logik akalnya kalau sudah bermewahan air untuk menjirus segala-- seharusnya kita lebih mampu untuk memiliki jamban yang lebih gah dan membanggakan. tapi tidak.

itu sahaja.

tapi mungkin ada yang tersinggung. atau saja2 mahu meng'eleh' pada penyataan aku. sama ada benar2 kerana merasakan cakap2 aku tidak patut; seperti aku tidak patriotik dengan negara sendiri (dalam hal ini, menyokong malaysia pada apa jua perkara), atau sekadar saja2 tidak mahu bersetuju dengan apa jua yang aku kata.

apa pun,
aku peduli apa.

ya. aku setuju dengan hujah kawan karib aku yang mengatakan lojik berikut:
jamban + air + lumpur kasut = jamban kotor.
i totally get it.

tapi aku bukan berbual tentang tandas. aku katakan tentang jamban.
jamban tempat dilabuhkan punggung untuk melebuskan kumuh.
yang itu.

namun yang sibuk lain2 orang bicarakan adalah rebuttal point yang sebenarnya lebih berbaur penyataan defensif dari hujah bangkangan. aduh. susah sungguh berbual sama orang melayu. penat sungguh kalau mahu berbincang2 sama orang melayu. leceh sungguh bercakap2 sama orang melayu.

dari cerita tentang jamban, boleh menyimpang tentang tak sedar diri aku sebagai anak melayu.
aduh aduh aduh.

khuatir, aku.
definasi patriotik itu bagaimana bagi kita2 agaknya?

sedang rasul telah pesankan; keluarlah memburu ilmu sejauh mana terdaya termampu. dan telah dituntut dalam agama-- andainya kita memilik sesuatu, bila berkongsi akan berganda seribu. maka, dari fahaman aku yang tidak berapa bijaksana ini, secara rasionalnya aku bagus kalau berkongsi.

tapi tidak.
bercerita tentang bagusnya negara orang itu tidak patriotik.
bercerita tentang kurangnya negara sendiri itu tidak nasionalistik.

aduh~
begitu pula?

pelik;
kerana bagi aku, kalau memang mahu bercerita,
kisahkan yang benar2 kisahnya.
orang yang paling penat dalam dunia adalah orang penipu berlidah dua.
hari2 hidupnya perlu menghafal cerita yang sama--
tersalah lepas, mampus dipecah kepala.

walhal itu sekadar cerita jamban.

oh mungkin aku perlu riuhkan pengalaman jijik aku dengan jamban di beijing yang tak berpaip dan tidak berpintu. yang jambannya berlendir siap tahi memalit siap di dinding yang seperti sudah keras membatu. mungkin cerita begitu adalah bagus. kerana ia lebih merangsang komen2 seperti "untungnya kita rakyat malaysia".

*geleng kepala*

jamal abdillah dalam lagu terbarunya sama malique ada berperihal tentang katak bawah tempurung. aku tidak pasti liriknya. kerana belum sempat aku hafalkan setiap bait, telah tercampak aku ke sini. tapi aku pasti takkan ada cerita baru tentang katak begitu.

tak mengapa, sebenarnya, menjadi katak di bawah telangkup. ada ramai lelaki2 dan perempuan2 kampung yang hidupnya serba tidak tahu. kalau tidak percaya, pergilah pada onyang kita yang lasak mengorek ubi di darat. tanyalah tentang pergolakan di libya atau siapa lelaki muslim bapa kandung steve jobs yang sebenarnya. dia peduli hapa.

tapi kalau di gelap sempit ruang tak bergerak itu sang katak sibuk melaung2 tentang tahunya akan angkasa-- itu; kebodohan yang seharusnya didiamkan agar tak diperasan sesiapa.

benar. ia terlalu enteng untuk dijadikan entri-- perihal jamban itu. tapi kalau sudah di setiap status dikata aku tidak patriotik, jiwa siapa tidak panas, tuan2.

datang ke sini tidak membawa bendera-- dikata tidak patriotik.
datang ke sini tidak membawa pamplet tentang malaysia-- dikata tidak patriotik.
datang ke sini asyik mengkagumi budaya orang-- dikata tidak patriotik.
datang ke sini asyik mengisah tentang bahasa orang-- dikata tidak patriotik.

penat aku dengan singgung orang melayu.
rimas.
entri aku tentang 'lagu bohong' tempoh hari pun sampai diselar suruh keluar dari negara sendiri.
belengas.

apakah salah kita mempertikai bohongnya lirik lagu saduran kita itu yang mengatakan kita rakyat hidup bersatu dan maju?
perlu bukti bagaimana lagi kalau terang2 Bersih dulu menyaksikan garis terbelahnya kita?
apakah salah kita menanyakan bohongnya rangkap di mana raja kita selamat bertakhta?
perlu bukti bagaimana lagi kalau teman rapat aku yang bercerita sedih sedang ketakutan di dalam hati takut2 kerabatnya diguling jelata?

orang melayu, kita bangsa mewah selindung.
banyak kias.
kalau kau sendiri yang bodoh menafsir subteks dan frasa dua makna,
berhenti lelong2 kau orang melayu.

dan orang melayu yang lekas tersinggung ini memang lekas juga lentingnya. dan bagi orang2 melayu yang lekas tersinggung ini, orang seperti aku tidak cukup melayu. namun dek kerana tidak ada garis panduan khusus untuk menjatuhkan hukum melayu, isu agama akan dimasukkan.

sebagai contoh, fakulti aku ketika di universiti dahulu telah digaduhkan untuk ditutup. universiti aku adalah pengangkat nama islam di peringkat antarabangsa. maka jurusan sastera inggeris dan bahasa adalah bercanggah dengan martabatnya. kami dipanggil pengikut syaitan kerana bahasa inggeris adalah secara ceteknya dipandang bertuhan amerika dan sekutunya. wah. begitu rupanya.

dan takkan aku lupa hujah pensyarah aku yang bijaksana. lelaki. muslim. dan dengan tenang meningkah seorang lelaki berparas ulama' di hadapannya:
bahasa apa diguna iblis ketika berbual sama tuhan yang esa?

betul jawabnya.
namun untuk sesetengah, tetap dipandang bangsat kerana berani menjawab sedemikian rupa.
bahasa tidak memberi janji jahatbaik seseorang itu.
budaya tidak memberi syarat bangsatmulia seseorang itu.

kita adalah baikjahat kita.
kita adalah muliabangsat kita.

susah hendak berbual dengan orang kita sendiri. hendak bercerita2, dikata menunjuk2. kalau tidak dicerita, kata kita kedekut. konon dikata ada cara bercerita yang takkan nampak menunjuk-- ah pigi dah!! kalau memang sudah tidak suka, cakap apa sahaja, memang takkan disokong bagusbenarnya.

susah.

*hela nafas berat*

kita suka rasa kita betul. cara kita ke jambanlah paling betul. cara kita istinjaklah paling bersih. cara kita masak paling betul. cara kita berfesyen paling betul. cara kita menguruskan perniagaan paling betul. kita sahaja betul.

kita lupa yang kita ini berkabilah. dan telah tuhan katakan dalam kitabnya; dijadikan kita dari pelbagai kaum dan puak-- li ta'aarafu-- untuk berkenal2. maka kenapa di peluang yang dibagi, kita tolakkan dan berkeras untuk tetap tidak menghormati?

aku cuma mampu gelengkan kepala pada pengkritik2 sinis yang mengkeji manusia eurasia di sini yang lebih gilakan fesyen dari teknologi. kita rakyat celik IT. semua kanak2 tahu komputer, semua budak2 mampu pakai android, blackberry, apple or whatever. aku sedih kerana orang kita masih merasakan kita sahaja hebat di mata dunia. kita sahaja besar. kita sahaja menggegar.

kita siapa.
habuk bodoh kalau diketis tuhan berterabur menjadi debu sahara.

ada layaknya mereka tidak mempeduli teknologi. rata2 semua orang masih berjalan kaki ke sana ke mari. cuaca terlalu sejuk untuk sekadar berdiri setempat bermain permainan bosan yang perlu jari menonyoh2nya untuk berfungsi. fesyen lebih sesuai dengan mereka, kerana warna lebih menarik kontranya dengan salji. entah. apa pun juga alasannya, mereka rasa mereka betul sebegini.

ya. mereka pun rasa mereka betul.

ketika mereka katakan dengan jujur pada aku pada kali pertama aku ke mari dahulu-- "malaysia jung-ley? africa?" pada mereka malaysia itu letaknya di tengah safari afrika. bukan salah mereka. dokumentari kita yang salah. asal malaysia-- orang iban. asal malaysia-- orang bidayuh. dokumentari zaman 80an sampai sekarang-- itu sahajalah videonya.

ya. semua orang rasa mereka betul.

termasuk aku. kalau aku tidak rasa aku betul, aku takkan tulis entri ini. aku akan biarkan dan mengadu pada tri betapa aku ini sungguh2 tidak pandai menjaga hati negara sendiri. walau pun 'negara' adalah satu terma rekaan demi menggantikan jahatnya hakikat sebenarnya-- yang aku sepatutnya menjaga hati 'manusia2 yang berada di dalamnya'-- aku mungkin lebih elok berserah dan menerima teguran2 orang pada ketidaksensetifan aku.

haih~
pasal jamban pun boleh melalut sampai sini.
terima kasih yang banyak pada pengkomen yang menaikkan darah aku tadi2.
maaf terpadam tulisan2 engkau.
maklumlah-- darah panas.

cuma aku harap,
kita rakyat malaysia akui--
kita ada ramai manusia bangang yang mencangkung di jamban duduk,
yang tidak flush selepas cebok,
yang tidak bungkus tuala wanita dan cuma letak tepi,
yang boleh buat tandas awam jadi tempat mandi.

kita--
adalah pengotor.

dan kita jarang cuci tangan lepas guna jamban,
kemudian buka pintu tandas dengan tangan yang tak berbilas dua basuhan.
yuck.

haih.
apalah aku rapik ni.

pendek kata--
entri hari ini--

macam jamban.

37 comments:

Rusa said...

AKU SUKA FYNN JAMAL, AKU NAK BERDIRI BELAKANG DIA DAN CAKAP NI SEMUA DGN DIA. BOLEH TAK? HAHA GO FYNN JAMAL

Wadi AR said...

nak berak

Anonymous said...

ba, tenanglah =]

kalau tiadanya entri jamban, kita tak dapat nilai tahap pemikiran kejambanan kita tu kan

see, sekurang2nya entri ni da buat aku berfikir dr sudut pandang ko & dr sudut2 manusia yg 'patriotik'

ada lojiknya, ada natijahnya, dua-dua tak salah2 dua2 tak betul-segala, tapi ada yang boleh angkat positifnya dari entri ni.

tak perlu cakap siapa menang siapa kalah, tetap ada, masing-masing.

btw, thanks. post cantik.

kiwi said...

:)

Zulkifli Zahari said...

really nice ! ;;)

NZ said...

walaupun pahit tp sy pun terpaksa angguk.

betul.

ainurafeeqa said...

saya selalu cari idea nak bangkang hujah awak.sebab saya tahu awak tak suka orang ambil hujah awak bulat-bulat dan iakan tanpa berfikir.

tapi,
kenapa saya selalu TAK JUMPA apa yang awak kata tu salah????

Myrara Hana said...

SAYA SAYANG KAK FYNN! ADA LOGIKA NYA. YA KITA , MEMANG KITA .

aku.mamalia.wanita said...

Best... And series yuck!

ღKekunangpelangiღ said...

Paling baik untuk hadaman jiwa. Teruskan kak Fynn. :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Tandas di Bahrain punya lapangan terbang rasa macam nak tidur dalamnya. Cantik.

Sekejap, kita cakap pasal jamban. Ya, jamban mereka juga cantik. Dan mereka juga guna air.

Kak, jaga diri.
Aku rindu.

|.a.r.i.e.z.a.| said...

ive been in that situation too sis. once ago bila sy bermastautin di bumi UK, bila mau puji dan cuba bg cerita spya kita sama2 ambil iktibar, terus sy dikatanya lupa bangsa.. agaknya kalau saya jual budu kat semua rakyat UK baru saya ini anak Malaysia.. haih. tipikal bukan. sabarye Kak Fyn. adat manusia. pasti ada calit dengki cemburu bilamana raga lain maju selangkah. tak mahu kalah tapi tak mahu berubah :) hv fun there sis! and be safe :)

bawangmerah said...

akak,
jamban sini pun takde paip dan bersih. saya suka. bukan takat kat uni, jamban tempat awam pun sama-sama bersih. bila duduk dalam tu (sambil uruskan hal peribadi), kerap jugak saya terpikir - kenapa jamban kat malaysia tak boleh jadik begini?

Aku said...

akhirnya mereka telah mendedahkan betapa jambannya pemikiran meraka.

nice entry.

mr who??? said...

i like ur idea...
it's good to have sumone which is has idea like u...
always speak through ur heart...

desperate ruumate said...

aku sokong.seratus peratus.

jangan lepas ni ada yang kata aku ni fanatik kipas belakang kak fynn sudah.

dulu aku fobia toilet awam. sanggup tahan kencing nak balik rumah. sekarang ada sanitizer, tak adalah batu karang dah tua karang.

Anem Arnamee said...

Suka melencong . ramai suka.
Melancong pun orang suka.

Eh!apa anem cakap ni.

deem said...

memang selalu begitu la.

Makwe Kintan said...

I Agree With U Fynn..Org Malaysia yakni melayu mmg pantang ditegur. mesti cpt melatah & melenting..sy juga penah buat entry pasal rukun negara masa sambutan bulan merdeka tempoh hari..tapi byk feedback negatif & mnghentam yg diterima..=) but sy cuma menegur bkn menghina. Melayu mmg Mudah Lupa & Alpa kan?

Tryla baca entry ni jikalau sudi^__^.

http://makwepakwekintan.blogspot.com/2011/09/munafik-rukun-negara.html

jhnrdzi said...

susahlah kita asyik dengan pemahaman bahawa kita ini dewa dan sekalian yang lain adalah syaitan.

Perlu kita sedarkan bahawa kita sama2 manusia.

pemburu.cinta.ILLAHI said...

biarlah si luncai terjun dengan labulabunya.mungkin mereka jurutera tandas melesia agaknya ;)

Hizwan Nizam said...

kotor dengan hati dan pemikiran.
jijik dengan materi dan pendirian.
keji dengan tuli dan penglihatan.
jelik dengan ideologi dan perubahan.

Firman Allah Ta'ala :
"Aku jadikan manusia ini bersuku bangsa, untuk saling kenal mengenali diantara satu sama lain untuk kau mensyukuri nikmatKu."

p/s : kan kite taksub betul dengan bangsa sendiri sampai lupa firman tuhan dalam quran?

Unknown said...

tak dinafikan, kebanyakaanya hanya suka guna perkataan tanpa faham pun isi dan maksudnya.

xdinafikan jugak, tinggi mana teknologi,otak masih mcm jamban

kelemahanya, asyik beri alasan, asyik menunding jari dan paling ketara asyik melenting tah kemana.

tapi macam mana pun. ramai jugak yang masih sayangkan negara sendiri dan cuba nak ubahkan

cuma, tu lah. sedih

Unknown said...

entry jamban ni bagus. sbb kite boleh tau, kita kadg2 sama mcm jamban

laridankejar said...

betul. tandas awam mereka lebih bersih!

Cheezy Wedges said...

Jamban pun jamban la.janji lagu kak fynn dah femes kat radio2!!wehuuuuu..keep it up kak fynn!!lebiu.

tobak said...

kat umah aku xd flush pun,pakai baldi je siram..

stardust said...

saya setuju dgn kak fynn..saya pernah pergi US dan South Africa (bukan la nak berlagak) tapi mmg sama situasi dia,tak berpaip tapi tak pernah pulak rasa geli nak pergi jamban2 tu..paling tak sangka di South Africa pon!

atikah a m said...

"kita ada ramai manusia bangang yang mencangkung di jamban duduk"
sangat la setuju!
dan sangat la tak faham kenapa mereka buat ape yg mereke buat.

anyway, pasal jamban die luar negara lebih bersih (dan takde kesan tapak kasut die atas toilet seat mind you) walaupun takde paip air tu, saya pun agree.
sangat la hairan, org2 yg "tak beragama" masih boleh be considerate towards other users.

sigh. mungkin mereka2 yg defensive tu belum lagi merasa hidup die negara org.

dan saya bukan being "un-patriotic".

i have to agree when i was in UK, i totally miss Malaysia and wanted to go home immediately. tak tahan sejuk. but i stay for the exprecience. tuk buka mata. tuk belajar & harap dpt practice benda2 yg baik that i learnt there.

Fynn Jamal, terima kasih. I get what you are trying to say. You ARE NOT being "un-patriotic".
MERDEKA!

Päk Läng said...

perangai kebanyakan org kita kadang2 buat kita rasa nak terberak!

Anonymous said...

kongsi sama2= bersikan kumuhan kita utk org seterusnya gunakan.....org seterusnya bersihkan kumuhan nya utk org seterusnya guna....org seterusnya bersihkan kumuhan nya utk org seterusnya guna...terus-terusan...blablablabla--puteh_syu

S.H.Y.R.A said...

haha i like ur entry..keep it up fynn jamal.. ;)

azri said...

TERBAIK!! sgt sinis tp berilmu..

Aisyah Amirah said...

great! idea dan pemikiran yang sangat bagus. Kadang-kadang kita sendiri lupa siapa kita, terima kasih berkongsi pemikiran bersama :D salam fynn jamal

Anonymous said...

kitorang kat egypt, orang arab panggil hungga hungga dan hakuna matata.

sebab dorang tengok gambar orang iban dengan segala sumpit dan berfikiran rakyat malaysia macam tu.

sedangkan negara dorang jauh lebih mundur dengan pengangkutan himar dan kuda.

sebab tak pernah tengok discovery channel. tengok dokumentari entah zaman bila pon nak kecoh sampai 3 abad.

so, tak perlulah terlalu patriotik kalau tak tahu kisah benar.

JayFarhana said...

FYNN! jay nak pinjam ayat ini, semata2 nak buat status FB je. yeh? takkan lupe kredit kamu!

"orang yang paling penat dalam dunia adalah orang penipu berlidah dua."

jogetkeras said...

saya xsuka berak dekat tandas awam.HAHA