bila dalam sehari kau lafaz sekurang2nya 5 kali kesaksian kau,
yang tiada tuhan yang disembah melainkan allah itu--
aku keliru;
tidakkah kau percaya yang hanya dan cuma pada dia
akan kau serahkan jiwa dan raga dalam apa juga?
atau apakah ada mungkin kau sungguh percayakan itu,
cuma seperti agama2 lain yang memerlukan pengantara berbentuk manusia holi dan suci atau berhala,
kau perlu sesuatu untuk memberi konfermasi atas setiapnya?
aduh.
bagaimana bisa jadi mungkin semua ini...?
*diam*
pelik. andai manusia kau hambat2kan kerana kepelikan tidak menepati normaliti majoriti, kenapa kelainan yang-bukan-manusia kau pilih untuk puja? atau kepelikan manusia adalah semata2 kecacatan dalam sistem sosial, apakala kelainan yang-bukan-manusia adalah keunikan yang perlu disambutsorak?
kambing kepala dua.
lembu berkaki lima.
timun berbentuk alur keris.
pokok petai menangis.
ape ke bangang la engkau ni agaknya?
*geleng kepala menggetap gigi*
marah.
itu yang sebenarnya.
menyampah dan marah.
berbakul aku carutsumpah.
hari pertama aku baca, aku ketawa.
aku gelakkan kebodohan kepala tajuk itu sendiri. aku cecehkan murahnya cerita tabloid yang ada di suratkhabar aku pinjam baca dari seorang kawan sekerja.
hari kedua aku tengok, aku geleng kepala.
aku bebelkan pada kawan tadi yang mengikut biasa rakyat kita, pasti akan tersusul cerita mereka2 yang terbodoh dek bisik2 iblis untuk pergi mencuba2 minta ikhtiar-- atas apa pun alasannya.
hari seterus2nya, aku mengaruk pada mereka2 yang tak ada kena-mengena.
nasiblah siapa2 yang ada di kiri-kanan aku tadi2nya. nak ke sana, duit tak ada. kalau mampu, memang aku tebang depan2 semua, dan aku pasti bukan aku seorang yang seperti mahu mengapaknya.
*hela nafas berat; lama*
aduhai~
itu semua, kalau pun bukan kebetulan atau dalam bahasa inggerisnya a freak of nature, pasti ada sainsnya.
dan bukannya tidak dibagi penjelasan, wahai tuan2 puan2.
sudah.
yang paling besar kemungkinan jawabnya adalah air itu, yang kononnya air mata sang pokok petai itu, adalah air kencing sejenis serangga yang nama kampungnya riang2. air kencing riang2 jantan akan mengalir setiap 5 saat ketika proses mengawan. air mata pokok petai hanyalah air kencing, secara sainsnya.
tapi tak!!!!
siap dipangkahnya keras2. "kalau betul air kencing, kenapa bila saya minum, payau saja?"
PANGGG!!!!
kalau aku ada situ, memang aku lempang mulutnya gaya kak limah membagi tangan pada bomoh indonesia bongkak menggebang dia telah lawan mumia dan yeti dalam filem parodi yang aku tonton kelmarin.
kalau orang lain sibuk marahkan orang2 yang mengunjung, aku panas hati sama tuan pokoknya. sudah tahu orang bodoh tentunya akan bersepah berkampung penuh di terwujudnya kisah2 bangang sebegini; maka kenapa perlu kau mulakan perciknya? kemaruk publisiti? haruk keriuhan yang sekali2? apa?
sungguh. aku sedari dahulu mempersoal tujuan manusia2 menelefon suratkhabar untuk liputan2 tabloid begini. lainlah kalau benar perlu, seperti sesuatu yang tidak boleh tidak untuk sesebuah komuniti seperti masalah perparitan atau bencana sosial yang berlarutan. ini tidak.
"mak lijah cari anak hilang 15 hari"
padahal kau tahu anak kau lari dan sembunyi rumah teman lelaki.
"rogayah jumpa zamrud misteri di dalam ikan tenggiri"
padahal ikan itu kebetulannya menelan batu cincin entah siapa2 di suatu hari.
jangan dimarah sama pensensasi berita --itu memang kerja ahli media menyuap kebodohan pada kita2. tuhan sudah bagi akal, tak mahu guna. telan SEMUA saja2, tanpa usul-periksa. sebab itu terlalu banyak kekangan dalam industri kreatif malaysia --sebab orang kita TAK SUKA berfikir. tengok filem drift, rasa kool, TERUS nak ikut. tengok comolot dan bunga pada valentine, rasa romantik, TERUS nak rasa. tengok tatu pada penyanyi hispanik, rasa gempak, TERUS nak lukis2 ilustrasi pistol dan duri berserabut. tengok merana gantung diri, rasa epik, TERUS nak jadi pecinta agung dikenang sejarah seribu tahun lamanya.
walau yang buat cuma sekerat dan tak seramai mana, yang tertempias panggilan bodoh ini--
kita2 juga.
ah!
panas.
sungguh panas.
yang datang untuk menadah air mata itu, WALAU apa juga alasannya; terutama beralaskan ikhtiar dan berlandas ayat2 al-quran segala, malulah. malu dengan hijabmu dan kopiahmu. malu dengan solatmu, dengan alamanmu. betapa engkau2 memalukan dirimu.
haih~~
*diam sekejap*
memang.
memang pokok petai itu menangis.
sebab nanti DIA yang perlu menjawab pada tuhan
kerana engkau2 menuhankan dia.
nak sangat ikhtiar.
sini.
minum air kencing aku.
payau juga.
32 comments:
nak sangat ikhtiar.
sini.
minum air kencing aku.
payau juga.
*yang ini buat saya tergelak kak.
akhbar tabloid pilihan rakyat malaysia no 1.hahahahahha
tahyul! suka sangat percaya. yg wajib percaya, percaya ala kadar aje.
pengaruh cerita hantu yg macam cendawan tumbuh lepas hujan tambah pemangkin.
setan ketawa guling2 golek2...aku berjaya, aku berjaya menghasut. bodoh punya olang.
seperti biasa,terbaik kak!
kasihan itu pokok
yg last tu mmg xboleh blah!! hahaha. setuju dgn semua yg tertulis di atas!! terbaik!
saya sama dengan syamsulfitri -- tergelak gila kat part last. hahahahah
yah malaysian people.
aku rasa tunggu pokok durian terberak pun dia telan jugaaa.
fikir juga. kenapa yg pelik itu dipuja. fikir juga. kenapa yg jahat menjadi pilihan hati. selami juga. bila mahu meletakkan diri memilih kebaikan dalam semua hal.
komen untuk secebis kata dari entri ini :)
mereka patu bangga dengan agama,bukan dengan budaya.
diminta perkataan Allah ditulis dgan hruf besar kerna kita amat menyayangiNya, kerna kita adalah hambaNya dan kerna kudrat kita adalah pinjaman dariNya.. bingkisan ini pasti lebih baik sekiranya ditambah dengan dalil dari Al Quran dan Hadis. Sekadar berkongsi perasaan yang dikurnia dariNya. Perasaan kasih dan syg sesama kita boleh mlahirkan kebahagian di dunia dan akhirat yg mna kita memilih dan merancang, Allah jua menentukan. Assalamualaikum.
HAHAHAHAHAHA aku pun gelak besar baca cerita pokok tu fynn. sebab tu perkara pertama dalam Islam yang perlu kau pegang erat ialah TAUHID.
p/s : cuma pandangan hamba yang jahil juga.
anon:
maafkan saya.
tapi sefaham saya, tak ada huruf besar kecil dalam huruf arab, kan..?
dan apakah kerana tidak saya ejakan sebegitu, saya seperti terkurangkan di mata dia?
kerana sefaham saya, tuhan sesungguhnya lebih tahu.
perenggan last memang bikin semua sentap. hahaha...
Allah itu satu.. Minta padaNya, dia akan beri.. :)
"tidakkah kau percaya yang hanya dan cuma pada dia
akan kau serahkan jiwa dan raga dalam apa juga?"
sepatutnya inilah hakikat setiap ibadah yang kita lakukan tp sebaliknya berlaku kerana muslim telah merutinkan ibadah tanpa sedar.
tak didatangkan hati ketika melakukannya sehingga tak tercapai hakikat ibadah itu sendiri yang tuhan mahu kita peroleh.
manusia berbaur sial konon urbanisasi.
memang hamba syaitan
Kalau betul pokok petai tu menangis, mesti la ada penjelasan saintifik... Bukan semua benda adalah mistik...
Bukan semua air yang kewujudannya misteri boleh menjadi ubat...
akbar tu my teacher pernah said dengan suarenye yang memang nyaring yang aku tak suke dengar 'that was rubbish'
sukanya entri2 akak fynn! terbaek la
terbaik.
TERBAIK LAH KAK. AKU SUKA PADA SEMUA ISI TERSIRAT ITU :)
TERBAIK KAK ! AKU SUKA LEBIH SEMUA ISI TERSIRAT ITU :)
"tengok merana gantung diri, rasa epik, TERUS nak jadi pecinta agung dikenang sejarah seribu tahun lamanya."
aku suka yang ats ini ...
tapi aku ingin tahu apa cerita sbenar yg ingin disampaikan ...
Typical Melayu memang lebih suka bersikap taklid,buat sesuatu tanpa fikir mengapa,dr kecil diajar disuruh patuh,tp tak tahu kenapa,tak berani nak bertanya kenapa adanya..samalah dengan pokok petai,org lain minum ko pun nak minum jugak,tanpa berfikir kenapa,apa dan bagaimana ianya terhasil...
Bebal sangatkah kaum ku ini??kecewa,tp aku salah sorg dr mereka..hoh!kecewaaaa
Inspirationalefeks:
"tengok merana gantung diri,
rasa epik,
TERUS nak jadi pecinta agung dikenang sejarah seribu tahun lamanya."
mana2 cerita hebat, MESTI jenis yang tragedi. mesti ada self sacrifice. mesti ada pengorbanan maha hancur.
kita punya cerita cinta hambar. kita SAJA cari komplikasi. sbb nak jugak jadi cinta agung.
itu point nya.
:)
thumbs up sis
:D
aku suka ayat last ko fynn.
to anon yg persoalkan huruf kecil & besar,itu semua bukan menjadi punca utk persoal tahap kita mengagungkan Allah,-keringanan dlm penulisan itu dibolehkan.
aku suka kalo baca ni http://keretamayat.blogspot.com/2011/02/salam-atau-akum-solat-atau-sembahyang.html
"Allah LeBiH TaHu"
harian metro tajuk mesti gempak tiap2 hari. betul tak?
aku lagi batak tengok perempuan seksi dari tgk mende2 macam ni
warung kopi klang
lawak dowh. aku suka. air kencing ko payau ek. pernah rasa ker? haha really nice. aku rasa tak hancing tak manis kata2 kau ni. secukup rasa. bagus untuk mereka yang jarang berfikir, telan semata.
aku paling suka bila aku dapat jawapan kenapa tajuk kau 'pokok menangis'. dalam tu...
ok la
zaassss. aku mmg suka kata2 kau.
kawan aku promote kau tahon 2009 time aku tengah tension buat final year projek. dan aku paling dan nak ucap terimakasih lah kat kau sebab buat sajak dan ko perform dengan sangat baik iaitu sajak KAWAN kot. aku tak ingat tajuk nya. tapi ayat paling aku suka, 'hai fynn kau da glamer sekarang' haha suatu ketika dulu aku pernah kena dan sangat2 tak best la kn. bila ak ingat diorang ikhlas nak kawan ngan aku . Rupanya nak dok menumpang kot. cis. sakit2. nak kawan ngan aku sebab nama. sebab dah glamer.haha tapi tu dulu la. sekarang aku nk secret2 je.huhu ok la assalamualaikum
Dem! Apasal best sgt baca entry ni. Nak tergelak lagi-lagi bila baca part last tu. Sgt tak senonoh mak cik-mak cik di kg itu minum air mata pokok petai katanya. Hahaha. Btw anonymous, tak kisah-lah tulis besar ke kecik ke, yg penting niat kita. Tak semestinya kita tulis huruf besar kita betul-betul membesarkan Allah. Tak semestinya kita tulis huruf kecil kita memperkecilkannya. Itu hanya peraturan manusia tentang bahasa. Go Kak Fynn! Buat entry macam ni byk2. Hehehe.
bez2..klaka2.. tak pnah dgr tabloid tu-frog-under-de-coconut-shell ;p
sbenanye air 2 UREA yg sme dgn bhn buangan kita setiap hari (phm2 la).kalo diorg minum air 2,sme je mcm diorg mkn TAIK ke,hirup PELUH sendri or minum air KENCING.
Post a Comment