Friday, November 26, 2010

mereka ujar: "ajarkan aku menulis" dan mereka jeling bila aku bilang dengan sering: "aku tak tahu"

percayalah. aku sungguh tidak tahu.

bukan sekali, mungkin sudah beribu, datang manusia secara satu-persatu dalam hidup aku bertanya bagaimana mahu menulis. sudah lebih sekali, malah mungkin sudah beribu, aku jawabkan yang aku benar2 sekali tidak tahu.

ya. aku mendalami sastera inggeris ketika belajar dahulu. ya. ada macam2 yang didapatkan dari buku2 yang aku baca itu. tapi percaya atau tidak, semua itu tidak memberi janji apa. analoginya seperti mempelajari sifir. bagaimana taukeh kedai runcit yang tidak pernah sekolah itu boleh mengerti konsep ganda, begitu juga kita.

satu peket jajan adalah 20 sen. kalau beli 3, maka 60 sen.
kali pertama barang 20 sen dibeli 3 perlu dibayar 60 sen, pasti perlu dihitung jari.
kalau hari2 ada kiraan sama, tak mungkin tak terhafal, bukan?

begitu juga dengan tulisan. atau apa sekali pun pekerjaan. latihan dan kesilapan menjadikan kita matang dan lebih memahami. tak ada perempuan yang tidak pernah hangit nasinya. tak ada lelaki yang tidak pernah terluka di cukuran muka yang mula2. tak ada bapa yang tidak pernah tercuai menjaga anaknya. tak ada bunda yang tidak pernah terhangus baju sekolah yang digosoknya.

kalau tabiat hari2 pun masih kita tersilap kira, apa lagi dalam sesuatu yang baru2 kita buatkan, bukan?

maka mengertilah aku bila aku sungguh menjawab yang aku sungguh tidak tahu apa jawapan yang paling sungguh. jangan disinis aku ini; seolah2 mahu sengaja menyimpan apa2 saja yang aku ada ini dalam peti besi, untuk aku usung sampai ke mati. gila, apa? bukankah rugi?

kata2 orang tua ini sentiasa aku pegang;
"ilmu di dada akan hilang --
kalau cuma dimakan sorang".

andai kau kenal aku, akan tahu kau betapa aku lebih hendak disebar2kan ilmu sesama kita. kau berjariah sama aku, dan aku berbuat perihal sama. segala apa yang dikongsi, bukankah lebih manis rasanya nanti?

kerana itu tidak pernah walau sekali aku haramkan tulisan2 aku untuk digunapakai di mana2. aku cuma minta ihsan tidak dicuri tidak diambil sesuka hati. dengan jahat yang aku ada, cuma inilah jasa2 yang mampu aku harap jadi pencuci. dan bukankah lebih seronok kalau beramai2 kita bangkit bersama2, berbanding bersemayam di singgahsana, berseorang tanpa sesiapa?

*diam*

ajarkan kau menulis. aduh.
dari mana hendak aku mula?

sedang aku sendiri tidak punya mana2 penulis kegemaran, kerana aku tidak gemar membaca.
sedang aku sendiri tidak punya siapa2 yang aku hendak layakkan sebagai seseorang yang terulung dalam karyanya.
semua orang ada burukbagusnya.

kalau perlu juga dinamakan satu, aku kira sesiapa yang sudah kenali aku akan tahu, puisi terindah yang aku terlalu cinta adalah "ar-rahmaan";
elemen2 literasinya, ruh dan ceritanya--
sempurna.

ya. ar-rahmaan kalam tuhan itu.

dengan repitasi secantik itu,
dengan metafora sedalam itu,
dengan simbolisme sejelas itu,
dengan rhythm penuh assonance dan alliteration selancar itu,
dengan simile setepat itu,
dengan personifikasi selogik itu;

-- aku boleh habiskan seluruh malam memuji wajah dan jiwa ar-rahmaan,
tapi tetap takkan tercukup untuk mengadili jelitanya.

maaf. tapi dengan kosa kata terbatas aku ini, aku tak mampu.

*haih*

bagaimana untuk menulis?
jawapan aku ini:
tulis.

mudah? betul.
tapi susah.

sebab ramai yang terlalu sibuk mencari pujian.
mencari penghargaan.
mencari pengikut.
mencari pak turut.
mencari persetujuan.
mencari anggukan.

berhentilah.
berhenti takut untuk dimakicaci.
berhenti takut untuk dibenci.
berhenti risau diperbanding.
berhenti risau dipertanding.

kerana ilmu tidak pernah tentang siapa terbagus terhebat tersohor terpingat.
ilmu adalah bila untungnya setara didapat.

*diam*

cuma yang terpaling asasnya, kalau sungguh2 mahu menulis, cuba didikkan diri untuk memperhalusi tiang paling asasnya. anggapkan beberapa yang di bawah ini sebagai tulang-temulang yang perlu kukuh untuk membadani tulisan kita. contohkan badan sesasa beruang tapi pasaknya cuma bendalir yang ada pada organisme invertebrata. *senyum* tidak masuk akal, bukan?

perkara2 yang akan aku sebutkan ini mungkin nampak bodoh dan tongong, tapi percayalah, tidak boleh sekali2 ia dibiar rapuh, tidak boleh langsung ia tak terpedulikan. berikut adalah perbuatan2 kurang bijak dalam tulisan; distraksi yang sungguh besar impaknya tapi entah kenapa terlalu sering digunapakai.

ingat selalu. menulis adalah medium untuk menyampaikan maksud.
kalau benar mahu menulis, berhenti ganggu lancar bacaan, berhenti halang luncur mesej yang hendak dikhabarkan.


pertama: tandabaca
------------------------

silap biasa satu:
huruf2 yang sebentar besar, sebentar kecil.

contoh:
aKu BeNci KaU sEbAb KaU kEjI.

nota:
-- kurang serius, maka kematangan tulisan jadi hilang.
-- imej yang berlapis2 akan membikin sel otak berkecamuk ketika mengsintesis mesej.
-- kekalutan yang tertimbul dari bahagian subjektif akal (biasanya berkait rapat sama neuron2 yang merengsa perasaan) akan mencipta prejudgment waima sebelum dibaca habis.


silap biasa dua:
penyalahgunaan / menidakgunakan tandabaca.

contoh:
aku ingin hidup...
mengapa...
kerana aku mahu hidup...
sialan...

nota:
-- perlu belajar indikasi titik bersusun tiga, titik bertindih, titik bersusun tiga disudah tanda soal atau tanda seru, dan lain2.
-- setiap penggunaan ada makna. dan kalau tidak digunakan JUGA perlu ada justifikasinya.


kedua: tatabahasa
----------------------

silap biasa satu:
ejaan.

dalam perpektif teknikal tulisan, ejaan begitu penting. tidak boleh tidak, ia mesti dititikberatkan. sebab ia boleh jadi distraksi besar pada pembaca. melainkan memang disengajakan dan bersebab, ejaan paling perlu dijaga.

contoh:
"ak x sukew dyer kachaw ak"
"ngan tark appr kiter kayh"

nota:
-- *tepuk kepala* apekebende kau cakap tu!?
-- kalau hendak diambil serius, selogiknya penulis perlu serius. obviously!
-- secara personal, aku paling pantang tulisan main2 sebegini. aduh~ kalau di kotak komen tidak apalah, tapi kalau dalam prosa dan stanza, memang sengaja bikin orang seperti aku panas hati.


silap biasa dua:
elemen literasi.

ada yang merasakan seni itu perlu pelik dan cacat. seperti sesuatu yang wajib untuk menjadi bukti kesenian sesebuah tulisan, mereka2 ini terlalu taksub dengan kemestian menjadi abstrak. malangnya, terpaksa aku marahkan juga.

contoh:
((kalian tahu / pernah nampak / sudah jumpa / selalu serempak sama jenis2 tulisan ah-aku-begitu-puitis ini. aku tidak perlu bagi contoh pun, bukan?))

tolonglah.

aku tidak akan bising kalau ketergantungan itu relevan (atau sekurang2nya menjadi). yang aku agak kecewa, terlalu ramai dewasa ini yang menulis dengan niat serong, dengan kehendak, dengan kemahuan spesifik: mahu digelar artistik.

majoriti dari si mahu-digelar-artistik ini sebenarnya tidak pun tahu apa yang dikatakannnya. ketahuilah; bilamana tukang karut itu sendiri tidak jelas dengan apa yang dikarutkannya, pasti mereka2 yang menadah telinga dan mata untuk dikarut ini akan merasakan kebangangan karutan itu.

tidak ada manusia yang lahir terus memandu. belajar dahulu berjalan. kemudian berlari. satu-persatu. perlu sabar. perlu sekurang2nya reti membeza elemen2 yang ada dalam ayat sempurna sebelum dipandai2 reka ayat2 pelik tergantung itu. kenalpasti apa itu noun, apa itu verb, yang mana satu subject, yang mana satu object, seumpamanya.

di bawah ini, aku beri contoh mudah; kaedah biasa aku guna untuk terangkan konsep grammar pada anak2 murid aku. aku pilih untuk sentuh sedikit sahaja dan aku akan cuba sebaiknya untuk jadi sejelas mungkin.

--------------------------------

"aku nan bercangkerang salji sedang menempuh sahara"

--------------------------------

mula2--
i) subject:
siapa / apa fokus cerita ini?
aku.

setakat ini, apa kita tahu?
ini adalah cerita tentang aku.

--------------------------------

seterusnya--
ii) verb:
apa yang terjadi pada 'aku' itu? seorang 'aku' itu sedang / telah / akan bikin apa? apa ceritanya?
sedang menempuh.

setakat ini, apa kita tahu?
1) masa: cerita ini sedang berlaku. bukan di masa lepas, bukan akan datang.
2) seorang 'aku' itu tadi dapat dibayangkan sedang mengharungi sesuatu.

--------------------------------

kemudian--
iii) object:
perkara yang dipengaruhi dua elemen tadi. signifikasi kepada karektor utama tadi dengan perbuatannya. object adalah penerangan yang menjawab pelbagai kemungkinan, terpulang pada sambungan subject dan verb tadi.

begini; kita sudah ada satu subject dan satu verb. sudah ada cerita.
"aku sedang menempuh"
object adalah segala apa yang dibubuh untuk memperinci cerita pendek tentang 'aku sedang merempuh' tadi.

sebagai pemahaman di luar konteks, object yang biasa dibuat sambungan adalah didasarkan:

a) kenapa:
kenapa 'aku' itu sedang menempuh?
-- aku nan bercangkerang salji sedang menempuh kerana dipekik kau menyuruhku datang.

b) bila:
bilakah 'aku' itu sedang menempuh?
-- semalam pagi, aku nan bercangkerang salji sedang menempuh.

c) bagaimana:
bagaimanakan 'aku' itu sedang menempuh?
-- aku nan bercangkerang salji sedang menempuh dengan kaki terpaku di laut, dengan hati terikat di langit.

macam2 jenis lagi.

baiklah. kembali pada contoh asal di atas, objectnya adalah:
apa.
aku sedang menempuh apa / siapa?
sahara.

setakat ini, apa kita tahu?
seorang 'aku' itu dalam keadaan melanggar sahara.

--------------------------------

selesai itu, kenalpasti apa perlunya ada penggunaan perkataan--
i) bercangkerang
adjective (menerangkan perihal noun --dalam contoh ini, noun adalah 'aku')
'bercangkerang' itu adalah penerangan tentang 'aku'.

ber = ada.
bercangkerang = ada cangkerang.

setakat ini, apa kita tahu?
1) aku bercangkerang = seorang 'aku' itu ada cangkerang.
2) mungkin cangkerang itu dipakai, mungkin juga ia dipegang seperti barang.

--------------------------------

apa pula tentang--
ii) salji
adjective (menerangkan perihal noun --dalam contoh ini, noun adalah "cangkerang")
'salji' adalah jenis cangkerarang yang ada pada 'aku'.

setakat ini, apa kita tahu?
'aku' ada cangkerang yang diperbuat dari salji / kelihatan seperti salji / sifatnya seperti salji ketika 'aku' menempuh sahara.

--------------------------------

siap.
mudah, bukan?

maka secara asasnya, kita perlu tahu 3 perkara:
1) subject: tentang apa / siapa
2) verb: apa yang dibikin apa / siapa tadi
3) object: maklumat2 tambahan

itu baru literal. puisi, terutamanya, adalah penulisan yang lebih banyak bermain dengan apa yang TIDAK literal.

apa simbolisme yang ada pada cangkerang dalam cerita ini?
apakah warna putih salji ada relevan dengan cerita tadi?
apakah sifat salji yang dirujukkan? apakah bunyinya yang rangup atau rapuhnya ia dihampir api?
kenapa dipilih perkataan 'sahara'?
bagaimana salji mampu memerisai matahari di sahara?

banyak lagi.
siapa kata menulis itu leweh?
sebab itu aku selalu bilang, jangan buat main sama bahasa.
salah guna, salah makna yang dipikulnya.

benar, semua boleh menulis. tapi tidak semua peduli untuk mempeduli hakikat jisim dan ruh tulisan2 mereka.
kasihanlah sama ia.
bagilah haknya.

tanpa kemahiran ini, tulisan akan terlencong jauh. mesej, cerita dan kisah akan berkecaiderai sebelum sampai pada pembaca. kau akan rugi kerana bilamana pembaca merasa rugi, peluang untuk mereka habiskan satu puisi kau itu akan menipis. silap2, puisi seterusnya (bagaimana bagus sekali pun) akan terbiar tak dipandang kerana prejudis dan overgeneralization yang mereka taakul buta2 dari puisi pertama.

"ah. apa punya tulisan. busuk. malas baca lain. terbazir masa, nanti"
*geleng kepala*
sudah rugi besar.

kesalahan yang paling biasa dilakukan dalam penulisan puisi adalah mengganggapnya mudah kerana tidak seperti prosa2 panjang yang menghurai, penulisan puisi adalah pendek2. kadang2 tidak tersudah, ada masa terbiar tidak ditamatkan, sekali-sekala tergantung untuk disambung di lain tulisan.

benar. puisi tidak jelas pada masa kasar. jarang puisi itu disempurnakan dengan lengkap. namun penulisan puisi sebenarnya adalah proses yang jauh lebih rumit kerana ia abstrak. tersalah bikin, hancur sampai ke kerak.


silap biasa ketiga:
pemilihan kosa kata.

benar, penulis puisi ada sesuatu yang magikal: poetic license, iaitu lesen yang penulis pegang bila datang masa dia mahu menolak undang2 tatabahasa yang sedia ada, atau kalau2 dia hendak mencipta gaya bahasa yang baru. tapi apa yang mengecewakan, ramai yang cuma mementingkan diri sendiri dan menggunakannya sebagai perisai untuk dijadikan alasan bila2 kesilapan terbikin tanpa sedar.

"kenapa kau kata 'asahkan senjita', bukan 'senjata'?"
"oh, itu poetic license. apa kau tahu"

*geleng kepala*

jangan jadi bodoh sombong. kalau sungguh memang sengaja dicipta khusus perkataan 'senjita' untuk memberi maksud 'senjata yang menggempita' ketika menulis puisi itu, tidak apa. kalau ketika ditegur salah baru disedarkan, itu defensif namanya.

setiap perkataan membawa jasad yang tersendiri.
pemilihan perkataan yang tepat bukan sesuatu yang boleh dibuat main.

contoh:
"saya lapar" / "saya kebulur"
"aku rindu" / "saya rindu"
"aku minum beras dan aku kunyah embun"

ada beza konotasi "saya lapar" dan "saya kebulur", mesti ada faktor kenapa kita guna "aku" dan tidak "saya". perlu ada jawapan kenapa beras itu diminum, embun itu dikunyah. semua pilihan kena ada sebab. wajib ada.

kalau tidak wujud justifikasi--
bermakna penulis sekadar menulis mengikut2 dan tidak bertujuhala;
bermakna penulis itu bukan penulis.
apatah lagi orang puisi.

tulisan (yang pelbagai jenis itu) adalah medium / kaedah / cara yang dipakai untuk memberitahu atau menyampai sesuatu / mesej / cerita.
puisi pula adalah cabang tulisan yang secara terangnya memberitahu tanpa memberitahu. ia jelas tapi kabur. ia terang tapi tersorok.

serabut, bukan?

*senyum*

kerana itu orang puisi tidak malu mengaku gila. puisi tidak semudah yang disangka semua.
main puisi memang boleh gila.
dan mungkin juga kerana kegilaan itu juga,
orang puisi begitu karib dengan jiwanya.

tidak sukar untuk mendapatkan jiwa dalam menulis. cuma perlu jujur dan benar2 yakin yang sudah sehabis jujur perasaan dicurah ke dalam tulisannya. lain orang ada lain cara hidupnya, maka kenapa perlu kita tiru2 gaya marah orang, gaya cinta orang, gaya kosong orang? melainkan kita benar2 tahu apa kita rasa dan kebetulan pula sama dengan sesiapa, jangan sekali2 dipaksa jiwa untuk memperakui sesuatu yang tidak dia rasai.

jangan hanya bawa pembaca nampak cerita kita. bawa mereka hidup dalam cerita kita, berada di kalangan karektor2 yang sedang kita kisahkan tentangnya. didik diri untuk jujur dalam bercerita, ajar diri untuk ikhlas dalam memberi hasilkarya, paksa diri untuk tidak mahu menunggu kata puji semata2.

bila sesebuah tulisan itu terlahir kerana ia sendiri mahu dilahirkan,
kau akan tahu.

dan percayalah, manisnya jujur tulisan itu terlalu lazat,
takkan kau peduli siapa yang peduli tulisan itu,
kerana kau sudah tahu,
itu bukan tipu2;
itu jujur hati kamu.

*hela nafas panjang2*

sekarang menyesal tidak suruh aku jawab tentang tulisan?
haha.

55 comments:

sHe~ said...

omg this was awesome. tips2 tersebut akan dipraktiskan slowly. thanx kak fynn. like!

fikrahuddin said...

menyesal tak pernah minta ajarkan. tapi lega ada jawapan. haha

MOMMY CGG said...

shuke baca karya kamu:)
teruskan menulis untuk kami..
seni makanan jiwa:)

shahirahkhairudin said...

macam sepinggan nasi kandar.. thumbs up !

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

bila aku menegur tanda baca kawan2, dikatanya aku jumud. mereka kata aku tak hormati mereka, cara mereka menulis.

Kan ada beza jika tulis :

"Awak tahu tak???" dengan
"Awak tahu tak?"

Sampai dikatanya aku merogol mereka dengan teguran itu.

P/S : Sekadar berkongsi cerita ini Kak.
http://shafaza-zara.blogspot.com/2010/11/bila-aku-dikatakan-mencabul-seseorang.html

Anonymous said...

awesome!

Rafidah B. said...

tips yg sangat berguna. i like it!!

juneHalim said...

tq..

menulis = jujur ;)

Anonymous said...

waktu di bengkel hari itu rasanya sudah lengkap. :)

jari | jemari said...

oh. memang rupanya pantang tengok ejaan tanda baca ni ada pada ramai orang. terima kasih untuk fakta ni :)

along nordin said...

terima kasih untuk tulisan yg panjang lebar ini fynn :)

Jerung Tempang said...

fuhh. thnx kak. byk tnjuk ajr dlm ni. akan dipraktikkan. insyaAllah.

ainfazrin said...

kak fynn suka buat kite senyum serentak dengan munculnya 'goosebumps'. :)

KuDuX said...

trimas kerna sudi berkongsi
sayang kak fynn

tepianmuara said...

'bila sesebuah tulisan itu terlahir kerana ia sendiri mahu dilahirkan,
kau akan tahu.'

paling suka yang ini.ketika tertekan memikirkan jawapan soalan peperiksaan, jawapan lain pula yang datang. lalu senyum..dalam serabut.


terima kasih.

Anonymous said...

ok sangat suka ini :)

mosyuki borhan said...

haha nah kau kne skolah semua.

Fynn sib bek bengkel yg ni xberbayar.
haha

huda said...

assalamualaikum. terima kasih kak fynn untuk guide ni. err, mintak izin nak print out buat simpanan? dan mintak izin nak taruk link akak kat blog saya? thank you so much.
lagi satu; may Allah bless your life.

Rina Najib said...

penerangan yang amat jelas, terima kasih untuk artikel ini. Senang dan mudah untuk difahami :)

Sofiya said...

thanks, kak fynn. ada masa, nak cuba menulis guna tips ni. thank you so much :)

nazrinzaidi said...

dah lama tunggu entri ni.ahh! dan akhirnya!

lepas ini yang dah ditelunjuk,dan masih eja macam retarded.

*tiup ubun rambut* ajak aku kalau mahu pancung kepala mereka satu-satu.

Unknown said...

...seumpama tulisan itu sendiri memilih sang penulisnya...

...bahasa penulisan anda mampu mengindahkan seni permainan bahasa... percayalah...

..."bisikkan pada angin yang menghembus...laungkan pada langit yang tidak bisa digapai...sebuah ceritera dari alam maya... antara aku,dia,kamu, kalian dan mereka..."

(^_^)...bukan mahu merosakkan tanda baca...kerana pendekar bukanlah penulis karya sastera...hehe...

salam perkenalan dari pendekar berkuda...(^_^)

aiex sepet said...

menarik dan berguna :-)

Anonymous said...

ok kakak...serabut...hahahaha =)

zaemafifi said...

aku bca dgn penuh minat . dan aku suka .
=D

Jef Hadi said...

dan kak, saya rasa apa yang kakak ajarkan ni tak terpakai untuk penulisan puisi je.

yang tulisan biasa-biasa pun boleh guna.

cuma tidaklah sampai terlalu tersirat.

*nasib baik dah baca ni, baru buku ranap sampai rumah. kalau tidak.. hee (:

Anem Arnamee said...

erkkk..kekenyangan dengan entri kamu ini, kakak!

sebut-alhamdulillah! :)

senangbeb said...

Kan I dah bilang senang je.. hehehe

Korang ni nak menulis pun nak susahkan Fynn.

Sekarang orng tak tulis lagi. orng pakai keyboad.

Yang canggih lagi pakai speech recognition..cakap je.. terus jadi buku...hahaha

Anonymous said...

(:

sopiah said...

kak fynn, saya suka saya suka saya suka!
walaupun pening sikit, tapi sekarang dah faham lah jugak :)

Anonymous said...

penulisan yang sangat sederhana. aku suka. terima kasih kakfynn kerana berkongsi kasih syg

-unknown-

Anonymous said...

terima kasih fynn. atas ilmu yang dikongsi. moga Tuhan berkati.

phoenix said...

ramai yang kenyang.aku pulak terkedu seperti diperli.ada kesilapan disana-sini dalam kaedah penulisanku.terima kasih kamu.

*aku yang selalu aja syiok sendiri tatkala menulis..=)

the artist and i said...

boleh jadi cikgu BM nih. hehe..

her royal highness said...

lengkap.

like! :)

Zafira said...

Kak Fynn, terima kasih.

Pohon keizinan Kak Fynn untuk saya mempraktikkan ilmu tersebut. :)

Unknown said...

ak hanya menulis tentg perihal dunia

ak juga tau grammar dan nahu yang ak gunapakai dlm tulisan ada kesilpn krna ak bkn sorg pemuisi

kiranya sesiapa diluar sana yg murah hatinya sudi mnghulr tongkt padaku agr bisa brtatih sndri

kpd fynn trims bg tips. ak kn cuba praktis... gambate!!!

Azira Anhar said...

x menyesal pon kak ;)
terima kasih untuk ajarannya...
;)
buku merah berbentuk hati,
RANAP ;
apa - apa lagi dari kakak, pasti sy dapatkan ;)

nur azimah harun said...

suka idea fynn jamal

Aiman Nazirmuddin said...

kak fynn izinkan sy gune ayat2 kak fynn di wall sy bole??
sy suke ayat2 kak fynn,amat mendalan sumenye..

Anonymous said...

superb sis....

cahayaHappiness said...

minta keizinan untuk dikongsikan. sangat suka entry anda. sangat jelas buat aku yang masih baru dalam bidang penulisan. *senyum*

fynn jamal said...

utk siapa2 yang mahu apa2 perca adri sini, ambillah. :) cuma jangan dibiar org fikir tulisan kakak adalah milik kalian.

cukup itu.
:)

shandye. said...

wau.
kelas morfologi!

Cik Ketam said...

terima kasih banyak kerana kongsikan tip2 ini .

Atyn Roslan said...

sangat suka post kali ni kak fynn!

teruskan menulis! :D

Irwan said...

Salam Cik Fynn,

Aku baru tau pasal Fynn Jamal. Itupun setelah terperasan komen Al kat blog aku yang satu lagi. Dan aku macam suka dengan Fynn Jamal Cakap dek candunya yang berkesan memeningkan kepalaku kerana ia bagaikan membaca Zar mind art, KulupSakah dan Sorrow Yang Terindah dalam senafas.

baca sampai habis:

http://aderberani.blogspot.com/2010/12/komen-kepada-mereka-ujar-ajarkan-aku.html

Nad said...

tips terbaik!

thanks!

:D

Cempaka R.Minta said...

cempaka add awak.. add cempaka jua ya

Anonymous said...

Ya benar, tidak semua apa yang manusia lakukan itu, mereka tahu datangnya. Kadangkala, kita tidak sedar bila indera kita mula berstimulasi untuk bermain apa yang kita suka, kerana itu anugerah bukan?ia lahir tanpa kita duga.

Aku bangga dengan kamu, kerna kamu tidak pernah lokek mencurah kurnia dari MAHA ESA itu.

i'msosupernotcool said...

so macam mana nak menulis?
lol.

Anonymous said...

hahahaha. ok. aku terasa.
terima kasih, kak fynn !!!

unknown,

Melor said...

aku suka ayat kau bila kau tulis,"tulisan itu ada rohnya,bagi haknya".;atas sebab itu blog aku blog bersawang.monolog aku selalu sepi.

ajai said...

praktikan dalam diri bias dalam cerminan mata..adaptasi pada tingkah kata,jujur pada perilaku indah atau buruk dalam berkarya...bagaikan sebuah lukisan akan indah pada sesebuah pandangan mata sahaja tapi peniliyannya adalah berbeza dari segi intelektualnya dalam berkarya dan berpuisi...

kak ros said...

*peluk* ,
thanks fynn ...
terlalu banyak yg diperoleh daripada apa yang telah fynn perkatakan. sangat-sangat berguna.