Saturday, January 10, 2009

ini untuk siapa yang hendak tahu saja tau.

untuk makluman sesiapa yang hampir, nama kedai makan saya adalah Adam Western & Tom Yam, sama namanya dengan kedai makan mama.

yang ini kira francais la. haha.

asalnya tri hendak namakan kedai itu 'pari-pari' sempena nama timangan aku darinya, tambah pula, tri kata kedai ini adalah hidup baru kami, tapi selepas difikir2, (lagi pula kedai yang pertama itu sudah ramai yang kenal, utk pekerja KLIA terutamanya), seeloknya kami gunakan taktik pemasaran branding sebegitu.

(gosh. jauh benar dari aku yang berniaga kuih di pasar ramadhan di uni dulu. haha)

aku rasa, sekarang aku ini sudah macam jijah gobek. hehe.
tapi seronok.
jauh lebih seronok dari kerja pejabat.
(tapi berada dalam kelas kuliah dengan anak2 murid memangnya tidak ada tandingan).

tidak seperti kerja pejabat;
tidak ada kertas kerja.
tidak ada ketakutan utk tiba lewat.
tidak ada gigil ketika nama dipanggil.

cuma ada apron, kertas order dan pen.

*senyum*

anak2 USIM yang datang pun memang baik2. tiap2 kali aku termenung di meja kaunter, bila tidak ada siaran di astro yang menarik hati aku, akan aku wayangkan memori ketika belajar dulu.

beli nasi dengan lauk campur, atau beli bubur ayam, bawa naik bilik, makan sambil tonton cd dengan headphones di kepala. ketika itu dvd mahal nak mati. dapat cd yang dvd copy itu sudah terlalu best, sebab kalau salah beli, dapat salinan panggung.

yang ada kepala orang, tak pun ditutup dengan kain di tengah2 cerita.
memang hampas.

op. tersasar dari niat asal. entri ini adalah untuk memberi pandu pada mereka yang mencari adam western.

kalau naik kereta, exit nilai. dan ikut sahaja papan tanda ke USIM.
sebelum sampai ke pintu gerbang universiti itu, ada deretan kedai berwarna kuning di atas bukit, di belah kanan kamu.

ye, berdekatan dengan majlis perbandaran nilai.
ye, belakang matrik uia.
ye, hampir dengan giant.

jangan risaulah!
senang.

kalau susah sangat, sms ok?
ngee.

dan ini alamatnya kalau ada sesiapa nak hantar kad raya:

A-7-G,
acacia avenue,
jalan jati 9,
bandar nilai utama,
71800 nilai

jangan lupa sekali pantun ini:

pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca harap balas.

hahaha.

47 comments:

iYda Juhar said...

aku penah ke nogori sembilan.tapi memang aku nih tak tau nak drive sendiri ke sana.uhukkkkk.jadi,harus nuggu 'drebar'.

teringin ke sana.pasti ade diskaun ya?

ngeeeehh.

(;

i am missmobilicious said...

hi there. a passerby from other links who actually ended up sitting long and read some of your entries and wanting more... which i find interesting in many senses :)

perhaps it being in bahasa malaysia added it in being more refreshing for me, who had been mostly focused on reading the english ones. and of course, i'm attracted to the bahasa yang tak lintang-pukang. at least i understand la :)

well regardless of language, i can actually relate to some of the 'inti', that's all that matters. even though it seems we are from the opposite ends of the lifestyle spectrum.

i appreciate your honesty, what more when beautifully crafted.

fynn jamal said...

y(a)ppie:

well, havent u wonder y could u relate to my words?

:)

we are not that far apart, this life spectrum we shine from.

i lived my share, and gosh, was i blinded from the truth.

hello, friend. nice to know u.
and this place is not for saints. this place is for me, together with those who want, walking for the better.

||alis|| said...

lsalam kenal fynn;
kenapa commentku kelmarin tiada? silap teknik barangkali :)
baru pulang nilai 3, lain kali senang2 pasti alis akan ke adam.
teruskan menulis ya~

Elmi said...

oh kak fynn tertinggal satu.

ye, berdekatan dengan majlis perbandaran nilai.
ye, belakang matrik uia.
ye, hampir dengan giant.
ye, belakang rumah elmi.

wakakakakaka.

CAHAYA said...

makanan rasa sama x?

Amak said...

ya allah.
baru minggu lepas saya ke nilai.

hoh, kerja apa pun tak mengapa. asal halal dan mendapat hasil.

abah kawan saya kerja kutip besi buruk, jual surat kabar, tapi anak, 5-5 masuk universiti.

=)

menu ada menu?

ML; Mohd Loqman said...

Kak Fynn!
Tunggu kedatangan saya ke kedai akak!
Ahha!
Akan saya bantai semua makanan yg ada.
Akak buat saya lapar la.
Hehehe.
See you nanti.
Insya'Allah!

oshie||aus mahmud said...

wah !maw try lah =)
bru je lalu situ ari tu..xpasan lak..
myb lmbt bce posting ni..
haish~
*kesal*

Hanys Jehari said...

selalu ke uia nilai, hantar my lil sis (oh, kami adik beradik keluaran uia, hehehe). insyaAllah akn di jengah Adam.. erm,, teringin makan soto, mkn western food. yum2... kalau saya tegur fyn, jgn terkejut ek. tapi segan la plak.. hehehe..

helmibaha said...

ok fyn..
nti aku datang makan..
kene carik dulu kat mane adam tu..
takyah diskaun pon takpe..janji sedap.heee...

*masih tak dapat gambarkn dalam hotak aku ni kat mane adam tu..heh...

im.iedot.neve.kedekot. said...

mau dtg. dr cyber jauh tak? dtg dr jauh kene ade diskaun. weeee... ;p

Anonymous said...

ada wi-fi tak? menu suggestion? boleh letak EP tak sana? heheh

Anonymous said...

tapi sana mesti ramai budak usim yg makan. pernah makan dekat bangunan yg before masuk usim tu, yg atas kedai tu ada hostel. makan kat c2 dia pandang semaciaammm. hehe. naik segan silu.


bleh ajak kak fynn jamm tak dekat cempaka?

raya cina datanglah desa indah. oh dan tomyam di phuket restaurant sedap. pasar malam cempaka best.

haih sjak kak fynn kahwin dah lama tak nampak.

fizzahyahiya said...

Insyaallah kalau kuda saya sudah elok, akan saya pandu terus ke sana. Ada kata laluan tak untuk pembaca blog ni? Mana tahu boleh dapat diskaun 5%. Teheheheee... ok gurau! :)

Anonymous said...

salam
kak fynn, beef steak black pepper satu!
soto satu untuk kawan saya, kak.. poskan ke sini, pleaseeee....hehehe.
kalau saya di sana, pasti saya akan jadi yang pengunjung yang ke10 terawal. hehe. sebab apa bukan nombor satu? sebab saya memang last minute orangnya. kata pukul 8, tapi pukul 8.05 minit baru sampai...

HipHopLess said...

Macam dekat-dekat office mak aku tu - Murni Nursing College. Okay, nanti cuti raya cina nak try pergi.

Haidar said...

nasi kosong,
tomyam campur,
telur dadar,

uu sedap!!!

ada diskaun kan?
hehe

gulagula said...

ok, ni saya balas ya. dengar ya.

terima kasih si laksamana
nanti saya ke sana.

:)

insha Allah.

Anonymous said...

kakak.
.terima kasih atas bantuan kamu.
.Insya Allah.
.akan sayer jejakkan kaki.
.ke kedai kamu ye kakak??.
.miss you.
.take care.

.muah!!.

Anonymous said...

klu dr bangi??canne eh?? :D
sy tergolong dlm mereka yg jarang kuar ronda2..

nway.suka ngn tulisan k.fynn.
waiting for nu post!! :) :) :)

Anonymous said...

hye
klu dr bangi canne eh??
sy tergolong dlm mereka2 yg jarang kuar ronda2. :D~~

nway.sy ske tulisan k.fynn :) :) :)

ayunimadarina said...

hehehehhe
:)
cane nk sms tu akak?
duh duh..
best la nk kedai pari-pari.
menarik...

Anonymous said...

isk..jelesnye sama kamu. Sy juge idamkan "kerjaya" macam tu. Seronok kan..bestnye.

cikseed said...

dah jumpaaaa
:DDD

zali said...

mak cik...

awek cun ada tak?

bulanbintang said...

doakan adikku dpt melanjutkan pelajarannya di USIM.. agar adalah alasan utkku menemui warga puisitepijalan dia restaurant mu kak fynn..

p/s jgn risau pasti ku angkut kaum kerabatku ke sna nnti. pastikan makanannya sedap ok :P

mirot. said...

jauh nun..
mai la buat branch di KL.
boleh tolong promote.
hehe

gadishebat. said...

nnti akan anta kad raya :P

kfynn.
nnti insyaALLAH singgah kedai ya.
love3 :)

aNieS said...

ada discount x klu g ke kedai awk ni....huhu...

ainfazrin said...

heeeeeeee.

nak soto!
nak soto!

heheh.insyallah, akan cuba gak luang masa ke gerai kak fynn dan tri nnt.

DK. Roslan said...

kak fyn sy da pinda seremban.dekat dgn nilai.bole laa mkn kedai kakak fynn nnti.mesti makanan pon lazat cam kak fynn kan.hehe

kecik said...

yes!!!!!!!!!!!!!!!!

dah tau!

bulanbintang said...

my comment not related to ur post.

just finished watching the hoppers and ahli muzik. feeling a little bit sad and i feel like i have lost my cool friends like bobo,fatul,gambit, alia and of course fynn jamal..

all of u are cool guys and i wish i had a friends like all of u.. travel all over malaysia.. doing some crazy stuff.. meet a lot of people.. i really2 wish i can do dat.. kak fynn send my regards to all the hoppers and ahli muzik. do they have a blog like u? i really2 want to know bout them.. ermm..

really2 love watching that show..

p/s kak fynn i just wonder.. nape ek u tinggalkan bdk2 tu tyme kt cherating? is it bcoz bobo :P just wanna the confirmation from. what do the script asked u to do.. hehehe.. k lah see u soon.. really hope can see u n others

cujern said...

waaa...macam tau je tempatnye
nani sy singgah...sebab selalu jugak ke nilai..
jangan lupe bagi diskaun.hahaha..
(makan pun mau diskuan ka)

the loco's said...

best
gayanya..
roti jala ada x..?

:-)

Zaini said...

kalau western ada chicken cheese macam as-salam tak? hihi.

=)

Sara Musfira said...

Tunggu sana kakFynn ya. InsyaAllah saya dtg nnt.heee.Sediakan skali buku merahnya.mau beli.

kenapa ya kakFynn, rasa mcm kenal sangat dengan kakak?hmmm

Shemmi said...

kalo syik diskaun..mana mau untung beb..tp kalo syik pk untung..mcm mana mau dapat itu berkat kn?...untung dunia dapat..utk akhirat?..


haha...saya merepek dlm umah Fyn..

Fyn, Kim salam Yuna..i like her!

uni.uni said...

hi kak fynn..
tahniah kdai baru ye..
ade harga promosi x?
hehehehe..

.:pUbLiC_eNeMy:. said...

hehe..pasti saye dtg.. :)

Anonymous said...

dah jumpa! signboard warna merah. atas bukit. romantiknya lighting kedai.

WNRD said...

orang malaysia, pantang dengar kawan berniaga, perkara pertama yang keluar dari mulut adalah:

"ada diskaun tak?"

macam mana nak maju.

Cik Fathiyah said...

ade soto tak??? mesti kena order! saye nak dtg! tungguuu. 15min jer nak pi sane

MZ said...

kak fynn, nnt nk g kedai akak.

ameq said...

ala kak fynn, dekat giler....okeh2, nnti ktorg smpai.....igtkn kedai akak jauh nun disanun......

Anonymous said...

restoran kat acacia avenue tu yg mana satu.........apa nama restoran ?.... yg ada western food tu ker......... saya baru 1 month pindah kat Freesia Home, Desa Jati ... boleh nanti try makan kat situ......bawak wife & anak2.....