Monday, January 12, 2009

aku benci maut dan yang seangkatan dengannya

maut.

bunyinya garang.
macam perkataan 'bangsat'.
atau 'laknat'.

cukup dengan sebutan, sudah terasa intonasinya.
menakutkan.

sebut maut, kita rasa serun.
rasa seram.

bagus.
sememangnya, takut pada kematian itu memang bagus.
namun pada lain orang, lain takutnya bila disebut perkataan 'maut'.

ada yang takut mati sebelum taubat.
ada yang takut mati dalam kafir.
ada yang takut mati dibunuh.
ada yang takut mati terbiar tepi jalan.
ada yang takut mati kemalangan.
ada yang takut mati dalam tidur.
ada yang takut selepas mati diheret ke jahanam.
ada yang takut selepas mati amalannya masih tidak cukup.
ada yang takut selepas mati terbongkar rahsia siapa dia.
ada yang takut selepas mati aibnya terselar.
ada yang takut selepas mati pasangannya jumpa kekasih baru.
ada yang takut selepas mati pasangannya pula mati.

macam2.

tapi hari ini aku bukan hendak berbual ttg mati, mahupun azab2 yang menanti.
belum lagi.

ilmu itu masih terlalu dalam, dan aku sesungguhnya bukan seseorang yang layak untuk mengupas perihal itu.

cuma aku hendak menegur sesuatu budaya industri hiburan kita, yang sudah semacam satu epidemik: 'konsep menginsafkan', yang secara jujurnya aku rasa lebih banyak menyasarkan berbanding membetulkan.

spesifiknya,
filem bade yang baru: Maut.

betul, lah. niat hendak menyedarkan masyarakat ttg kehanyiran ahli komuniti kita. memang bagus.
tapi tidak hendak fikir lebih jauh, kah?

perlu apa shot setengah inci jarak bibir lelaki dan perempuan itu?
untuk membuktikan professionaliti pelakon2 kita mewatakkan karektornya secara berkesan?

perlu apa shot pegang botol arak sebenar itu?
untuk menunjukkan originaliti satu scene, mengukuhkan alibi yang prop master melakukan kerjanya dengan efisyen dan hampir realistik?

aku sedih.

macam masa raya haji yang lepas, di tv berapa aku tidak ingat (yang penting siaran malaysia). ziana zain, pelakonnya. dan karektornya dikahwinkan sama lelaki bukan melayu, selalu gugur anak haram, dan anak yang ada cacat.

entah bagaimana (aku masih tidak ingat), koma. dan ketika dalam prasedar itu, dia didatangi mimpi2 disiksa kubur. disebat dipalu di neraka, dipaksa meminum besi cair, semua segala.

niat pencipta plot memang terpuji, aku harus berikan kreditasi untuk itu. tapi aku masih tidak faham kenapa orang kita masih perlukan scene2 begitu. sudut gambar di mana mereka bersosial suami isteri, melibatkan diri dengan orgy (seks beramai2), pegang botol JD, semua segala.

aduh...

seolahnya, tanpa visual itu, kita tidak mampu untuk fikir sendiri.
kita perlukan sangat sesuatu yang jelas dan nyata!

contoh, masa aku tonton jogho ('juara' dalam sebutan kelantan), arahan u-wei. aku macam orang gila teresak2 melihatkan perasaan normah damanhuri terluncur sekadar dari matanya, merasa sebal pada adlin aman ramli (yang ketika itu masih ada tanda lahir setompok di pipinya) dengan semata2 di kerlingan matanya.

yang menyakitkan hati aku adalah bila ada cik kak dan cik abang di kerusi depan aku bercakap kuat2 "citer hape ni? tak paham langsung. ee. memabazir duit betul".

mungkin orang sebegitu suka ketawa ketika hero seperti apek senario terjatuh dari motor lalu tersembam ke kaki heroin. sebab ia tak susah ditelan.

jatuh depan awek = malu besar
malu besar = ha.ha.ha.
ow-kay.

*diam*

susah hendak tulis tentang entri ini, bila mana aku ini bukan malaikat yang suci dan terpuji. tapi apa lagi yang boleh aku buat?

hendak dipukul, siapa yang patut terima?
hendak dimarah, pada siapa?
hanya menidakkan dalam hati.

dan sudah biasa, apa dalam hati, akan aku catatkan di puisitepijalan ini.
kerana itulah sahaja kemampuan aku.

aku rasa beruntung juga kerana sempat menjayakan hoppers.
walaupun ada sedikit sesal di sana sini, tapi aku rasa syukur kerana mereka bukan tradisionalis bila datang bab lakonan.

contohnya, scene aku dan bobo tidak perlu dilewehkan seperti slot2 samarenda tv3. tidak perlu terlanggar2 tangan, menyipu2 segala. cukup dengan pandangan mata, aku bilang, dan mereka okay sahaja.

kami beramai2 juga tidak lakonkan adegan2 tipikal remaja key ell yang setiap kali berjumpa akan berpeluk dan meluah rindu segala. walaupun itu sudah lumrah dipandang di tepi2 pedestrian walk di ikano, tidak perlu hoppers merealistik itu semua.

tetap, kami nampak rapat juga.

kami yang gadis2 tidak langsung diberi makeup artist, kami perlu tampil dengan muka sendiri, sebagaimana dipakai wajah ini sehari2. sekurang2nya logik.

memanglah jalan cerita sudah dirancang susun, tp aku berani katakan siapa yang kalian lihatkan di situ, di kaca tv kamu, adalah 70% diri sendiri.

tidak seperti rias muka nana dan awal ashari yang dimakeup dgn smokey eyes dan extension untuk menunjukkan ekstrim black metalnya.

yang kau bubuh tu make up goth la.
mana ada black metal pakai extension ala2 anak2 sekolahan di berjaya time square.
make up artist, tolong la research.

(by the way, sebenarnya hoppers di tv nampak pelik, kerana aktiviti 3-4 hari terpaksa dihenyak untuk slot 30 minit)

anyhow,
dear people of the industry, WE CAN DO IT.

kita boleh tidak terlalu taksub utk menunjukkan kita hebat dalam merealisasi satu ilusi. perkataan yang padat sudah cukup untuk memberi stimulasi minda penonton.

suami isteri tidak sewajibnya berlakon di dalam kamar, sebab mereka bukan suami isteri pada haknya.
anak dan ayah tidak semestinya bercium pipi di depan pintu rumah, sebab mereka bukan anak ayah pada realitinya.

ada yang mungkin setuju sama aku.
ada yang tidak.
terpulang.

sebanyak mana aku sukakan lakonan fauziah nawi, aku tetap tidak setuju tiap kali dia mengizinkan rosyam noor mencium wajahnya dengan keinsafan itu.

seasyik mana aku suka lakonan amani, aku tetap tidak faham kenapa dia asyik nak berpeluk sama piere andre dalam Cinta. watak2nya baru dua tiga hari berkenal. karektor amani bukan bohsia rempit, tapi budak perempuan mangsa cinta. logik, kau kata? ok. logik. tapi wajarkah?

sesebak mana aku gemarkan yasmin ahmad, tetap aku gelengkan kepala bila aku tonton rabun, sepet, gubra dan mukhsin bilamana keluar scene2 yang tidak relevan.

macam, pak atan berkain pelekat dan mak inom berkemban berjoget tango berdua, didehemkan kak yam, terus tercabut kain pelekat. yang tinggal seluar dalam pak atan.

apa itu?

mungkin benar ibu bapa yasmin ahmad seromantis itu. baguslah. ikut pengalaman pun, memang betul. aku dan tri ada masanya memang macam pak atan dan mak inom di scene atas katil itu, kerana aku rasa, semua suami isteri memang gunakan katil sebagai bilik mensyuarat. mudah untuk adegan pujuk rayu bila hendak sesuatu atau merajuk bila tidak disetuju.

tapi ida nerina dan harith iskandar itu siapa...?
perlukah?

daripada indah, terus jadi jijik.

filem maut ini, yang diwar2kan bade sebagai penuh dgn plot 'keislaman' dan 'ketuhanan', dia benar2 tahu tidak maknanya? tidak manislah kalau dia selarikan filem itu dengan imej filem islam.

sebab kita semua tahu, itu tidak tepat.
benar, tapi tidak cukup tepat.

aku tonton satu filem iran dulu. pasal gadis belum kahwin melakukan hubungan pra-perkahwinan, sehingga melahirkan anak. pelakonnya, bertudung labuh. adegan (yang kalau di malaysia sudah melibatkan seorang lelaki, seorang perempuan dan sebiji katil itu), cuma menyuapkan penonton dengan gadis itu dan seorang lelaki masuk ke dalam rumah, dan pintu ditutup. shot dipusing ke buah pear yang ada di tepi jalan sedang dimakan ulat.

siapa tidak faham, sini angkat tangan.
aku hendak tengok apa benar kau betul2 bodoh atau memang hendak visualnya kerana sengaja hendak merangsang fikiran sendiri.

urf!!

*terpandang iklan Maut kat tv sekarang ini*

this is wrong.

64 comments:

Anonymous said...

kak fynn, cerita yang ziana zain itu di rtm. kite tengok jugak.

Farah Rosni said...

anak zaman sekarang sebenarnya sudah faham perkara itu. cuma mungkin bagi mereka, xde scene itu, cerita seakan xmenjadi, xbest. xfeel kononnya.

alyn said...

very well said kak fynn!

saya teruja nak tengok maut pada mulanya.
tapi lepas tengok part yang kak fynn cakap,entah kenapa teruja itu hilang.

T I N A said...

u telah membuatkan i rasa nak tengok cerita maut tu.

yah. dia nak kasi filem tu nampak hebat. nampak berani. mungkin dia nak lawan yasmin ahmad.

nani said...

jujur,
ai tak tgk this kind of story

the last malay movie ai tgk ialah 'wayang' dn i mmg tabik hasil seni itu
tapi gubra, sepet, bla bla bla..tak berminat pun
ntahla. sbb ai tahu ai akan lebih mengutuk dari menerima cerita2 tu
hr tu tgk gubra pun, mcm nak taknak je
tukar g iklan je

well,
org kita, suka buat filem tunjuk kebodohan diri
and, org kita, nak senang je
takmau berfikir
takmau asah otak
tak boleh read between the lines.
kalo berkias2, tak tunjuk
mmg tak faham
kene stret to the point
tu kot masalahnya sis?
ataupun, pembikin filem yang pk org kita ni lembap. so kene tunjuk every detail.

in short, they have very shallow idea whatsoever about 'literature'.

sekali skala kene excercise otak ler

hugs :)

ainfazrin said...

dah berkali saya cakap dgn tuan punya 'duit' ; saya tak suka fikir audience saya bodoh. kalaupun betul nak mendidik, tak salah kan kita ajar diorang jadi kritis lebih sikit?

dan saya percaya, banyak cara kita boleh bantu otak-otak penonton kita untuk 'bekerja'. lambat laun, mesti ada yang dah terbiasa fikir lebih daripada plot yang tertera. kan best, sambil tengok cerita, sambil reka sendiri punya fiksyen.sambil paksa otak fikir lebih dan lebih lagi. ni tak, semua nak kena tunjuk.

penat lah kak. yang selalu disogok pada saya ; kita ni buat business, ain.

yelah. bisnes segala. lepas tu, nak cerita yang in denial semuanya.dia lupa agaknya hidup ni bukan selalunya gula. ceh.

nway nice entry kak fynn. terima kasih sbb tulis entri ni :)

Daisy Biru said...

melayu malaysia cuba untuk jadi terbuka kononnya. dan kononnnya kool.

i am missmobilicious said...

a film as much as it need an intelligent script, screenplay, art direction, subtlety or what-nots, is after all a VISUAL stimulation. that is why we call it WATCHING a film.

so, for that, i DO think sometimes 'those scenes' are needed. provided they are done in a tasteful ways (subjective).

- visual art.

but that's just me :)

Ayyman Rahim said...

Nice post. Kak Fynn, kita takut sema yang telah disebutkan tadi. Agak la pasal Amani tu, macam baru kenal terus cepat peluk laki tu. Yang Ida Nerina tu pun geli kuttt.

Shemmi said...

Sebenarnya tak minat The Hoppers tu..tapi since kenal Fynn..tergerak hati nak tengok..(ye, of cos kenal dlm blog maya aje)..

tak suka..sebab nampak...emm...emm....bebas sikit ant. nak muda mudi..haha

comment ni kena ban tak?hihi

Anonymous said...

saya setuju dengan semua yang fynn katakan..cerita melayu sekarang sudah semakin terpesong..keislaman konon..realitinya?menjijikkan..motif keislaman, tapi nilai yang diterapkan..asik hendak bercium..adegan atas katil..adegan bersalam bukan muhrim..adegan berpeluk...apa semua tu?

Anonymous said...

Salam

Aku belum tengok filem MAUT.
Ironinya filem melayu memang "normal begitu".

Berdasarkan pemerhatian aku yang daif ini pada filem-filem melayu yang lepas esp yang motif nya untuk keinsafan, at last macam tak kena gaya bila budaya "hendonisme"(betul ke kosa kata aku guna nih?) yang dipapar berlebihan. Aku rujuk filem Remp -It (Pengarah: ahmad idham kot?). Adegan keinsafan maybe ada la sikit masa scene akhir bila rider tu jatuh motor mati.

kesimpulan: masyarakat tidak bodoh untuk dihidangkan dengan scene-scene yang tidak perlu itu. semua orang pon sudah tahu.

P/s: Maut itu pasti.

Anonymous said...

bleh tgk dan beli,tapi cd pirate je la..filem malaysia dah nak jadi macam filem barat nih...macam menyokong sangat islam hadhari..ape la..tidak best dan sangat tidak patut!

Just call me ANNE said...

buah pear yang dimakan ulat.
yup.., cukup berseni.., dan kiasan yang tepat.

memualkan bila tengok pelakon yang bukan muhrim saling berpelukan dan berciuman sesama sendiri. mungkin sebab tu filem malaysia tak bergerak langsung.

statik.

mujur jarang layan drama atau filem melayu. bukan tak sokong, cuma tak berkenan. nak sokong kena bagi berkenan dulu, kan?

Rubina Yunal said...

Setuju sama kakak.

Hmm. Kalau ditanya punca, pertamanya saya blame kelonggaran pihak yang mengizinkan scene-scene yg tak relevan dan terover berani ini disiarkan.

Dulu saya igt lagi, saya skolah darjah 4-5 masa tu. Feminin nak keluar on stage pun, pakai costume nampak bahu dan lengan, terus kena sound. Artis lelaki berambut panjang, kena gam.

Iklan? Time tu pelakon iklan wanita belum lagi dieksploitasi seperti yang dah berlaku 4-5 tahun ini. Sekarang ini, iklan tuala wanita pun dah tak sengan untuk ditunjuk di kaca TV. Nak sebut 'period' depan berjuta rakyat yang menonton pun dah takde hal.

Zaman muda kita-kita ini rasanya masih ada rasa penuh hormat lagi pada adab dan agama.

Sekarang? Heh. Dah tak tahu malu agaknya. Saya tau agak kasar bunyinya, tapi hakikatnya itulah. Ironik, sebab ada TV yang menunjukkan slot agama, selang beberapa jam, ditunjuk pula movie atau drama yang pelakonnya melakonkan aksi-aksi panas.

Law enforcement dalam hal ini sudah lama longgar dan complacent, lalu membawa kpd punca kedua di mana disebabkan complacency itu pembikin content media rasa semacam ada freedom untuk mereka bagi nampak satu2 scene cerita itu real dan berkesan. Kononnya creative dan mahu setaraf filem antarabangsa, tapi soalnya, bukankah seseorang itu akan menjadi lebih creative jika dipaksa fikirkan cara untuk mengekspres sesuatu dalam mold yang sudah ditetapkan daripada terikut dengan norma filem2 mat salleh yang sangat lurus dan terbuka (tapi x kena tempat/cara)?

Ketiganya, education. Maksud saya, ada tok-tok guru yang mengajar anak-anak di college/univ tentang media/stage performance/video dan pembikinannya dimana tiap-tiap satu scene itu perlu ditonjolkan dan di-'real'kan dengan menggunakan props2 atau adegan2 tertentu. Saya sendiri pernah juga belajar tentang itu di univ dulu. Cth: kalau mau buat scene mabuk, perlukan botol arak. Kalau mau buat iklan syampu, perlu ada pelakon yang bersyampu ke mandi ke etc. Student yang serious mahu meneruskan passion dalam industry itu, nak taknak pasti terikut juga dengan pesan tok guru, sebab dulu masa buat assignment, kalau berjaya buat adegan2 sebegitu atau guna props2 tertentu, tok guru akan beri markah, maka diingatkan bila sudah buat content sendiri di luar tampuk kolej/univ nanti, penonton pula akan begikan merit dan kredit yang sebegitu juga.

Pendek kata, student2 media ini sangka yang bebenda sebegitu sepatutnya/boleh/mesti diterima oleh masyarakat. Sedangkan hakikatnya, tok guru perlu ajar anak-anak ini bagaimana untuk jadi lebih kritis dan kreatif daripada itu. Contohnya macam dlm cerita Perempuan, Isteri dan dotdotdot. Walaupun saya tak setuju dengan adegan asmara di estet kelapa sawit antar sofea jane dengan heronya, tapi saya salute part2 yang menggunakan metafora seperti dimana di saat romansa itu berlaku, di tempat lain, Nasir Bilal Khan (suami kpd Sofea dlm cerita itu) sedang menukar tayar kereta dan tumpuan diberi pada shot melonggar dan mengetatkan nat dan bol di rim tayar, diselangi pula dengan metafora melelehnya susu getah ke dalam mangkuk yang diikat pada pokok getah itu di akhir adegan untuk menunjukkan yang hamba Allah dua org itu sudah hanyut dengan nafsu lah.

Punca keempat - pembikin content media kita mudah terikut-ikut. Ini dah jadi fitrah orang kita la agaknya. Kalau orang ni jual nasik lemak, dan nasik lemak itu laku.. semuaaaa mau jual nasik lemak. Kalau orang ini namakan perniagaannya "D'Flower" contohnya, yang lain pun akan sibuk-sibuk buat "D'Bunga" lah, "D'light" lah, etc. Kalau seorang pembikin filem berani membuat satu adegan panas dan adegan itu pulak diizin tayang oleh pihak penapis, and disebabkan scene itu filem tersebut jadi laku.. maka pembikin filem yang lain pun akan turut sama mengisi shot-shot kamera dengan adegan yang sewaktu dengannya. Lalu bersepah-sepahlah drama atau filem yang sarat dengan bebenda tak releven mcm ini spt yang kakak katakan.

Anyway, ini pendapat saya je. Kalau logik dan betul, silakan cerna dalam kepala. Kalau salah dan tak tepat, teguran amatlah dialu-alukan.

Jaga diri, kakak.

farra said...

understood ape yg k.fynn nk cakap..
but for the sake of more audience,
and
more audience = higher rating
higher rating = MORE MONEY
they sort of "terpakse" buat those scene..

hurmm....

Amin Ahmad said...

fynn, kedai kau buka x malam? reply pada aku di 012-4667658..

Anonymous said...

hallo sis! smalam ade kat dlm the hoppers and the musician kn? haha, 1st time dpt tgk tol2 show tu da hbs plak... tp msti shot tu da lamekn, bleh tlis kat ctu, fynn with her poet... n get married.... tp sis da ade baby lg kn? huh~

Khad Raof said...

erm..
btul 2 k fynn..
kdg2 ble tgk cte2 mlayu nie..
cm tah pape..
kte ngara islam tp....
erm..
mgkin dorg nk bg cte terjual kot..
klu xde bnd2 2 smue xlaku..
ceit.
wtf!

Azira Anhar said...

erm.
ade betul.
mmg bende tu sume x tunjuk pun takpe.
tapi org2 sekarang fikir,
kalau tiada scene yang begitu2.
cerita tak best!

so filem tak laku.
mungkin la.

SyamelaMasnon. said...

hebat. kamu memang hebat.

y u z said...

rasanya,
filem perempuan,isteri dan dotdotdot itu..
perasan tidak adegan air mencurah2 ke daun, dan lembu yang direbahkan?

itu sudah cukup.faham kan? ;>

Anonymous said...

saya mmg berminat nk tgk maut tuh..nmpk best...ble akak da bgtau itu ini...lg la saya bminat nk tgk....anyway akak....review yg akak bg kt maut ni...even -ve,bleh wat org curious nk tgk tau....bade n da crew ptt bg akak royalty...

tp saya stuju dgn akak...pgiat industri hiburan Msia xckup kreatif...xpndi manipulate minda penonton...

yg psl pear dimasuki ulat tuh mmg idea yg pdt n general....sape pon akan fhm... =)

mentaliti mrk kt sini sbena nye...di smpg nk bg msg tp still nk laku kn filem...kna ltk scene best utk spice up kn filem...lps 2, scene2 mcm tuh yg di letak dlm thriller...

im.iedot.neve.kedekot. said...

well said.

f.a.f said...

kak fynn..setuju sgt dgn ape yg kak fynn ckp.lg2 scene harith dgn ida tu..ingt lagi mse tgk cte tu..rse mcm errr..xperlu kot??

Sheeta dari Laputa said...

Tentang Filem Iran yg fyn maksudkan tu, saya rasa saya tgk.

Dalam memupuk keinsafan selalu Malay people terlalu merealiskan benda yang "hitam dan gelap" tapi lupa nak betul-betul tonjolkan perkara yang "Putih Lagi Suci".

Yang baik, ditunjuk secara tersirat tapi yang salah ditayang terangan.

Dalam konteks ni, saya pilih Filem seperti The Kite Runner filem yang amat mendidik. Juga Five in the Afternoon. Tak perlu berpeluk, berkinja dlm menunjukkan HITAM. Jelingan dan ucap dialog dah kira On.

Penonton sekarang perlu dilatih berfikir. Lebih-lebih khalayak bangsa kita.

Pengarah harus bertindak sebagai pendidik.

annessa said...

alaa ,
tak best dahlah ,
the hoppers dah habis semalam .
maut itu memang menyeramkan .

CiK Santai said...

betul kak fynn.
scene smua tu x perlu klu nak mendidik dan menginsafkan masyarakat.
malah, ia lebih mendedahkan benda2 sebegitu kpda anak2 kecil yg menonton..

Kiubrubik said...

semuanya bukan berlandaskan agama.

iYda Juhar said...

ya.aku agak sependapat.

apa yang aku tahu, 'niat' saja tidak boleh halalkan yang haram.ya,seperti dalam kebanyakan drama di tv skarang ni.sudah terlalu biasa dengan scene sebegitu.contohnya,seperti dalam satu drama rosyam noor mencium dahi wan maimunah yang menjadi ibu.haram tetap ada disitu.

paling aku tidak suka pada adegan gadis kena raped.tak perlu rasenya ditunjuk terang-terangan.untuk apa?? tak perlu pada pandangan aku.cukop saja gunakan suatu gambaran yang simbolik.mungkin dengan menunjukkan pasu bunga jatuh pecah.ahhhhh.mereka orang pasti lebih kreatif kan??

ya,paling aku tidak suka gaya cerita Embun.patutnya dijadikan filem yang sentiase diulang tayang pada hari merdeka.tapi dek kerana ada adegan yang tak senonoh itu.terus terbantut.bagi aku,tidak elok untuk tontonan keluarga.untuk apa ditunjukkan riak muka si umi aida dlm keadaan yang malu untuk ditonton?? haihhhh. yang patutnya elok sudah jadi jijik untuk ditonton.

haihhhh.

redza said...

tu satu lagi kelemahan cerita kita. jarang cerita melayu di serah kepada penonton untuk berimaginasi atau memberi tanggapan sendiri untuk dibincangkan... macam buah pear cerita iran tu.. cerita kita terlampau di over extreme kan sampai kita tgk kalau orang tu kaya... nah.. ambek rumah 7 tingkat swimming pool bmw bagai.. tapi kalau dah miskin... cacat lak tuh, hina, make up buruk gila.. so kalau nak tunjuk seksa neraka.. nah.. air panas.. besi hantu saitan sume keluar.. cerita2 berkias cam jogho susah sket nak dpt tempat sebab diorang malas nak fikir. tu la cerita kelakar kena ada bunyi tiutt.. tiutt.. nak bagitau "hoi.. kelakar la benda ni"..tapi aku rasa tak adil la kalau kita brand sume cerita teruk sebab satu dua scene. cam "cinta" tu .. pada aku nak gambarkan betapa amani hilang tempat bertaut lepas dah terlanjur.. n dia xde tempat bergantung.. tu yg bergantung je kat pierre tu. cinematography pun kena puji. skrip pun ok walaupun ala2 'love actually'. tp cara dia bawak benda2 yg kita tgk hari2 macam setinggan, lrt, komuter tu ke arah satu grafik yg cun gila.. menunjukkan khabir bhatia is somebody in this creative industry. kalau nak kondem cerita rempit tu boleh. aku rasa cerita tu takde tujuan, nilai, pemikiran, ilmu2 baru. hanyalah aksi lumba.. aksi gaduh2.. dan aksi katil saja. xpe. one day kita kita akan maju setapak. teruskan menonton. hehe

Nana said...

salam kenalan ... wah.. sungguh mendalam apa yang you cakap! Just love the way you write! memang sedap membaca!

.::annemishi::. said...

sis, i like ur post~ its da truth.. undeniable.. :( dat why.. nk tgok cta melayu skang x sggup.. huhu~~

Anonymous said...

betul.
semua nya betul.
pernah skali ada yg comment scene2 tu.beberapa kali.
tp esk ad lg yg buat.
n still ad yg nangis n teruja tgk scene2 camtu.
so canne tu??~~~~

Neera Ramdzan said...

yepp. setuju. cerita kita tak ada identiti. barat bukak baju. kita bukak baju. mereka minum arak, kita pun berlagak same. semua jadi ikutan. ikutkan realitinya memang kurg enak melihat bukan mahram bersentuhan, yang dibuat2. tapi butakan mata pekakkan telinga. macam lagu jugak. orang lagi suka lagu indon sbb cara penyampaian mereka. x perlu kata "aku cinta kamu" untuk luah kata sayang. tapi tak dinafikan ada lagu bagus cuma x banyak, macam lagu kaer atau imran ajmain. tapi imran singaporean kan? orang kita ketandusan idea. mungkinkah?

.:pUbLiC_eNeMy:. said...

betol 2 kak fynn..xpatut n xperlu semua itu..

konon nye adegan yg xrelevan itu boleh melaris kan muvee dorg..wtf..

ape2 pun,the hoppers mmg sempoi.. :)

norsaritanaini said...

salam jengah..nice blog..i like...(",)

Anonymous said...

setuju dgn aper yg msYUZ ckp tu...

diana said...

fynn, need ur advise.....help...waaaaaaaaaa

Anonymous said...

tepattt!


d.sapphire

enar arshad said...

amat setuju dgn catatan ini.gembira dapat membaca blog ini.

cik puan daun said...

Sempat tengok Hoppers kelmarin.. :)

Anonymous said...

kak fynn,

bagi diorang, diorang rasa scene macam tu boleh jual, kak fynn. scene perempuan berpeluk2 dengan lelaki, semua tu, diorang rasa boleh jual. stuffs like that, they really do sell, u know!

tapi, brapa ramai yang fikir mcm kak fynn? brapa ramai yang fikir 'less is more'?

tapi benda2 mcm ni, it's out of our league. tak pe lah. kita tak suka, kita tak payah tengok la, kan kak fynn?

p/s: saya pun geli tengok adegan berkemban2 pakai towel dalam sepet/gubra or whatsoever. i geli okay. tak ingin nak tengok kulit orang lain. wek.

p/p/s: saya tak tengok cerita tempatan. peduli ape kerajaan suruh martabatkan karya tempatan. kalau karya tempatan tu tak berkualiti, nape susah2 saya nak tengok?

en_me said...

iklan maut minum racun kerrr.. perghhhh..

bulan. said...

kak,apa pendapat kakak tentang filem2 yasmin ahmad?
dan filem mana arahannya yang kakak paling gemar?

Rye Rusli said...

hmm.
kdg2 dieorg sbnrnye bknnye nk smpaikn msg tu, tp lbh kpd nk cari untung je!

Syigim said...

saya terjumpa blog ini berminggu lepas. selalu baca. selalu kagum. hari ni saya mesti bagitau tuan punya blog ini yg gaya bahasa & tulisannya amat-amat menarik.

tulis lah psl apa pun. mmg tak jemu membaca. :)

ayunimadarina said...

"suap aku dgn ape yg aku nk tgk"
"jgn bg aku fikir"
"aku mau smua direct"
"aku malas"

"itu aku"

"aku=??"

-some scenes tat we think 'cheap' is rewarding with big sum of money then-

Hanis Haziqah said...

yep! saya setuju dgn anda. konon hendak tunjuk professionalism sbg pelakon. konon nk membuatkan adegan itu nmpak "hidup". walaupon mereka berlakon sbg suami isteri, xsemestinya mereka harus berpelukkan tnda intim, shot2 di katil..kalaupon ade yg bertnya, msti ade yg mnjawab "saya hanya berlakon", "hanya ikot skrip". namun, sejak bila pula islam membolehkan adegan2 intim antara bukan muhrim dilakukan atas dasar berlakon?.mereka harus ingat. dlm islam,"matlamat tak menghalalkan cara"."berlakon" sbg suami isteri x membolehkan kamu berkelakuan sebg suami isteri. fikir2kanlah.

Anonymous said...

huuuu...~ tul tu.. sy pun sependapat ngan kak Fynn.. kdg² tu naik meluat tengok acting yg x sepatutnya t'jadi.. adeh.. pe nak jadi daa.. mase tngk tu.. t'pk plak.. ape perasaan dorang wat lakonan mcm tu? tak de rase malu ke? best ke? atau ape? sdgkan kite sedar.. lakonan tu smmgnya dah terkeluar dari landasan yg sbnr.. menyebabkan maksiat semakin berleluasa.. terlalu bnyk adegan² sosial kononnya nk tunjuk realiti sebenar.. makin diajar kepada penonton yang masih mentah.. huh.. apekah?

-Fizz

WNRD said...

sayang, you've said everything that i wanted to say. thank you. :)

http://kehadapanbintangjatuh.blogspot.com/2009/01/wasatiah.html

nisa' said...

kak fynn!
sgt bersetuju dengan anda.

ziharusan said...

sume org akan jumpe maut !!!!!!!

Zahiril Adzim said...

Seni itu tidak ada betul dan salah.

Anonymous said...

.betul kakak.
.paparan terlalu jelas itu kadang2 membuatkan fikiran tidak berfungsi. hati makin kotor.
.yang tersembunyi itu lebih baek.
.lebih teruja.
.bukan?.
.maka carilah yang tertutup.
.yang tertutup itu lebih baek.
.dari yang terlalu terbuka.

sayang kakak.

.jejaka dan gadis.
.yNG belom berkahwin.
.masuk ke kamar.

* bertukar scene.

.tupai sedang menebuk kelapa.

* mudah dan senang faham.
.tak perlu untuk pra-porno scene.

.suami isteri.
.masuk ke kamar.

* bertukar scene.

.suasana di tepi pantai.
.deruan ombak.
.matahari terbenam.

* bukankah itu lebih manis pendekatannya.
bukankah itu lebih beradab penyampaiannya cerita nya?.

fynn jamal said...

zahiril:

betul.
seni itu tidak ada betul dan salah.

cuma harapnya, kita kurangkan semua yang tidak sepatutnya.

cuma itu.

dan bukankah lebih indah kalau sesuatu itu digambarkan dengan lebih halus, instead of in-your-face realism (kononnya..)?

maksud aku, apalah salahnya kalau scene begitu tidak ada.

sbb kita semua lemah, dan percayalah, ada yang menganggap menonton begitu2 adalah biasa.

susah, sahabat...

Zahiril Adzim said...

benar saudari :) Kalau mahu berbual tentang ini, panjang rasanya.

Cuma saya sedikit lemas dengan sesetengah komentar yang terus menghukum. Bukan mengkritik.

Kalau tidak terlambat, selamat tahun baru. :)

fynn jamal said...

zahiril:

selagi hendak menjadi baru, 'selamat tahun baru' itu relevan.
:)

terlalu ramai di sini, dan komen mereka terlalu pendek. sukar untuk mendapat tahu apa sebenar dalam hati mereka.

tp saya pasti mereka bukanlah anti 100%. cuma seperti saya, ada sedikitnya kurang selesa.

nak2, bila cerita melayu sajalah filem yang sesuai ditonton beramai2 di rumah. tapi sekarang, hendak tgk pun jadi segan.

rasa awkward.

dan susah hendak membalas komen setiap yang di sini. sebab itu saya lebih biasa baca dan publish komentar2 mereka.

:)

Aimi Rosli said...

Mendalam kritikan tu;)

Hoppers mmg sempoi tp xhabis r.

Aimi dulu hr2 tgk Jogho,
time ada tapenya ..

budak cari hari said...

bukan filem je kot macam ni

novel cinta
drama tv
paper tabloid
gossip column kat paper
the list never end

semuanya kena ikut kata orang
sebab nak puaskan hati orang.kalau nak puaskan hati sendiri sahaja,memang susah nak diterima orang kan?

Anonymous said...

aku juga pernah terfikir seperti yang kamu fikir tatkala terasa jijik bila melihat hubungan bukan muhrim di kaca tv terlalu bebas.mungkin mereka sudah biasa begitu di luar atau sekadar mematuhi kehendak skrip.terpulang..tapi mereka perlu fikir batasnya..

jinggo said...

baru ada plan mlm esok nak p tengok cita maut tu..............

Suffian Salim said...

Aku rasa filem MAUT ni sesuai dijadikan cerita bersiri kt TV3 jelah..maybe dorg cuba nak insafkan orang lain..tapi x cukup kuat pun nak insafkan orang..penggunaan dialog pun lemah gila..contohnya Danny Xfactor lansung x study pasal skrip aku rasa..kalau mcm ni aku yg x hensem ni pun boleh berlakon..ahaha

Alya Alicia said...

rindu hoppers
:D