nama kawan blog aku Zakiah.
dia bukan di Malaysia.
pelajar bijaksana yang ditempatkan tuhan di negeri orang.
dia menjumpai seorang lelaki yang mengaku mencipta puisi di bawah:
Cinta kita di atas bulan
Depang tangan kita
Mengambil mentari di waktu malam
Cinta kita bersemi
Danku nampak wajahmu di baawah mentari malam itu
Wajahmu yang sungguh cantik
Wajah kita yang sungguh kita
Hanya kita yang tahu
Di atas bulan itu kita berdua
Berzapin dengan bintang
Berzapin dengan malam
Bercinta
Berkasih
Bersayang
Dan cinta itu milik kita berdua
Kita berdua
Cinta kita diatas bulan
Tanganmu merangkul wajah mu
Erotisku semata melihat wajahmu
Cinta~cinta
Cinta kita berdua
Di atas bulan
Hanya berdua
Dan cinta kita cinta yang gila
Kita merasa
Hanya kita
Cinta
Ku cinta dia!
Dia cinta aku!
Aku cinta dia!
Dia cinta aku saja!
Kita berdua di bulan sana
Di bulan sana!
Kerana kita hanya berdua
Di atas itu
Tiada siapa yang tahu
Hatiku cinta
Tapi siapa yang tahu
Aku milik dia
Dia milik aku
Aku cinta, aku mau
Aku ingin, aku hendak
Ku mau
Ku ingin
Dia ~
Mengapa
Mahu bicara tentang apa ya?
Tentang hati yang sudah hancur
Mungkin tentang kejauhan yang ku rasa dalam diri ini
Mahu ku bilang tentang apa ya?
Mungkin tentang cinta yang tak kesampaian
Semalam ketika aku berjalan untuk pergi ke tempat itu
Tempat kita pertama berpegang tangan pada malam itu
Dengan penuh rasa sentimental hatiku berkata
“Hey jiwa, kau nampak pandangan itu?”
Di tempat itu kau pegang tangan ku
Di tempat itu kau belaikan cintaku
Tapi hari itu kau berada di tempat itu
Bersama teman baru
Aku mulanya tak mau tunjukkan diriku di depan kamu
Tapi kerna kehancuran jiwa ini
Melihat tangan mu di tangannya
Matamu yang memandang dia
Pandangan itu sebenarnya milik siapa?
Dulu kau katakan senyum itu milik aku
Dulu kau katakan tangan itu milik aku
Dulu kau katakan setiap langkahmu milik aku
Dulu kau katakan cinta itu milik aku
Tapi
Di tempat itu kau pegang tangannya
Kau lafazkan cinta
Di tempat itu kau petik bintang
Dan kau hulurkan pada jarinya
Dan jari itu bukan milik saya
Bukan milik saya
Sayang
Dulu kau pernah janji bulan itu kau akan beri pada ku
Dan pernah juga aku gantungkan bulan itu di dalam bilik
Setiap malam ku pandang
Setiap malam ku lihatkan
Setiap malam ku katakan
Setiap malam ku jeritkan
Setiap malam aku raungkan
“Hey bulan, cintaku hanya kepada nya!”
Dan tapi sekarang tangan mu pada siapa?
Hancur hatiku sayang melihat kau di situ
Hancur hatiku sayang melihat janji kamu
Hancur hatiku sayang
Hancur hatiku
Hancur hatiku
Hancur hatiku melihat dia bersama kamu
Di tempat itu
Di tempat kita itu
Mengapa sayang?
Mengapa rindu?
Mengapa kasih
Mengapa segala
Cinta kita kau rosakkan
Hancur binasa
Mengapa
Mengapa
Mengapa~
-------------------------
mari bandingkan dengan tulisan ini:
Cinta Atas Atap
Kisah Cinta Di Tempat Itu
*rujuk di www.fynnjamal.blogspot.com
-------------------------
nama lelaki brengsek itu adalah Pokyan.
juga pelajar bijaksana diletakkan tuhan di negara orang.
chat di bawah adalah pemberian zakiah pada aku.
untuk itu, terima kasih sekali.
futnot: 'malaysia day' itu mungkin event di tempat belajar mereka. mungkin satu pertandingan. mungkin persembahan sekadar cuma. apa2 saja.
chat di bawah adalah selepas Pokyan mengirim Cinta Kita Di Atas Bulan.
siri pengantoian kecil-kecilan (time ni dia hantar yg 'mengapa' tu):
BUZZ!
Ain: pehal dude
Ain: gi tido ar
pokyan hebat: aku tido lame doo td
pokyan hebat: 5 jam
pokyan hebat: pergh
Ain: bapak lame
pokyan hebat: tau takpe
pokyan hebat: jap
pokyan hebat: aku td terkarang satu lg puisi
pokyan hebat: sekadar coretan jiwa
Ain: hahaha
Ain: okeh
pokyan hebat: tolong nilaikan
Ain: haha
Ain: mane
Ain: yg baru
Ain: ko tgh menaip ye
Ain: okok
pokyan hebat: da siap da
pokyan hebat: jap2
BUZZ!
pokyan hebat: awat
Ain: takde pe
pokyan hebat: oit
Ain: pe
Ain: eh
Ain: ni sape punya
Ain: hehe
Ain: aku cam kenal
Ain: ini tulisan fynn
pokyan hebat: eyh silap2
pokyan hebat: tu aku copy
pokyan hebat: jap2
pokyan hebat: aku hantar ape td?
Ain: huha!
Ain: ko jgn la..aku follower fynn tahu
pokyan hebat: ok2
pokyan hebat: aku salin sume fynn tulis
pokyan hebat: sedap sial
pokyan hebat: jap2
Ain: haha
Ain: ko dpt dr blog aku ke
pokyan hebat: takde laa
pokyan hebat: aku amik dr youtube
Ain: aha
pokyan hebat: arghh dammit
pokyan hebat: file tu ilang
pokyan hebat: sial la
pokyan hebat: aku tulis td
Ain: ...
pokyan hebat: tak jumpe
pokyan hebat: sial la
Ain: urmm
Ain: takpe2
Ain: cari dalam hati
Ain: hehe
Ain: tak bek amek kerja org
Ain: n edit2
pokyan hebat: yang tu aku edit bukan nak kasik ko
pokyan hebat: aku amik tulisan die
pokyan hebat: ces
pokyan hebat: ko igt aku copycat ape
Ain: aku ingat juga
Ain: hehe
pokyan hebat: ces
pokyan hebat: aku serius tulis
pokyan hebat: mane ilang
Ain: laa
Ain: chill dude
Ain: cari la pelan2
pokyan hebat: aku tgh install game waktu tu
Ain: lol
Ain: pokyan
Ain: shhh..
Ain: semalam punye kan
Ain: ko hantar
Ain: aku tau
Ain: fynn yg punya
Ain: haha
Ain: tapi aku diamkan je la
pokyan hebat: aah
pokyan hebat: aku igt ko nak tegor aku
pokyan hebat: ces
pokyan hebat: bkn nak tgor
Ain: seriously u shouldnt take credits of someone's effort
Ain: fynn buat sume tu
Ain: hahaha
Ain: kau senang2 je amek
Ain: tak bek lah
pokyan hebat: aku tulis ko sorg bace
Ain: aku boleh hapal satu2 tulisan fynn
Ain: ko cube la orang lain pulak
Ain: maybe bley la kot beli
pokyan hebat: haha
pokyan hebat: aku cube2 masukkan intro yg lain2
pokyan hebat: aku tgk fynn masuk
pokyan hebat: aku amik
Ain: mane bley
Ain: ko try la
Ain: buat satu sendiri
Ain: pelan2
Ain: jgn patah semangat plak
Ain: kalau fynn tu rujukan..mmg sgt baek
Ain: tapi jgn ar copy n edit
pokyan hebat: tu laa aku kasik kat ko
Ain: aku tak ske la
pokyan hebat: aku nak try ape jd kalau aku copycat
Ain: ecey..
Ain: aku pun tulis gak..bahahaha
pokyan hebat: ish
Ain: so kalau org amek aku nye bahan n edit2 bole naek baran
Ain: tak baran sgt la sebenarnya
Ain: tapi kecik ati
pokyan hebat: aku byk try sblum mmbuat sesuatu
pokyan hebat: aku tak penah berkecimpung dlm bidang ni
pokyan hebat: so aku copy
pokyan hebat: aku edit
pokyan hebat: aku kasik
pokyan hebat: aku tanye respon
pokyan hebat: da tau copy
pokyan hebat: aku tukar
pokyan hebat: aku buat ori
Ain: ok
pokyan hebat: haha
pokyan hebat: tp yg aku hantar ko td tu serius aku terhantar
Ain: ntah..aku cam tak pecaya
pokyan hebat: da jelas terang dan nyata laa klau aku ckp aku nye
Ain: rilek ar dokter..
pokyan hebat: aku tau
pokyan hebat: klau aku jd ko pon aku tak caye
pokyan hebat: tp mmg aku terhantar
Ain: ha..bagus2..skrg ko da meletakkan diri ko pada tempat org lain'
Ain: tu salah satu langkah menjadi seorang penulis
pokyan hebat: aku phm macaman bahan ko kene copy
pokyan hebat: byk je bahan aku kene copy
Ain: kau suka?
Ain: org copy bahan?
pokyan hebat: mane suke beb
Ain: abes jgnla buat kat org len
pokyan hebat: bile mase aku buat kt org laen
Ain: ko copy fynn
pokyan hebat: copy aku letak dlm laptop aku
pokyan hebat: aku sorg bace
pokyan hebat: td tu takde niat aku hantar kat ko
pokyan hebat: serius
Ain: eh
Ain: nak baca aku punya?
Ain: haha
Ain: jangan copy2 plak ye
Ain: oit
pokyan hebat: btw
pokyan hebat: aku solat td
-------------------------
dan selama ini aku rasa betapa hebatnya belajar di negara orang.
betapa gahnya dia, sungguh bodohnya kita.
*gelak geleng kepala*
zakiah ada beri aku friendster jejaka ini. terang2, dia tidak terima aku. reject terus.
hebatnya kau.
apa nak jadi pelajar pencuri begini.
dan sebagai seorang pensyarah profesional, aku mau beri amaran: plagiarisme itu menjijikkan.
terima kasih zakiah, atas perkara lucu ini.
you're the greatest.
sesiapa ada lagi kantulkan orang?
seronok juga.
boost maruah diri.
bukan aku kedekut, ambillah. berilah pada teman lelaki kamu. pada ibu bapa kamu. pada gadis pujaan kamu.
cuma aku juga punya rasa. setiap perkataan, bait2 susun cerita itu air jiwa aku.
sebutlah sedikit nama aku.
tidak tahu malu!
22 comments:
haha bodoh.dah copy ngaku jelah.
aku pun tak pandai mcm fynn.tp aku tak pernh lak nk tiru puisi die.
buat sndiri.alami sndiri.itu aku respek kalo orang hasilkan sndiri.
puisi luahan orang wei.
aduh.
bengang aku.
*marah sebab ambik tulisan jiwa kawan aku.khaik ptuih!!
"CREATIVITY; the merit of originality is not novelty but it is sincerity"
by Thomas Carlyle
mesti besh jadi pokyan hebat.. di highlight di blog fynn plak... hahahha
to pokyan yg amat hebat...
dude.. have sum crativity la.. gah gah gah
tengs korang¬
muahmuah
cilaker
** geleng geleng kepala.
manusia itu kemahuannya banyak dan tinggi...
demi kemahuan...
mahu memenuhi kemahuan...
cume mampu gelak sakan..kah kah kah.siol btul mamat nie..terkantoi plak..mcm terkucil dlm suar kaler putih.da laa berbau..bley nampak terang-terangan.
haha.
such a great LOSER la dat guy.
nama dia taknak tukar pulak...copy jer la nama fynn skali kan senang ekekekeke
tak guna itu orang..suka2 hati saja! kak fynn, video kisah cinta di tempat itu di youtube saya convert..letak dlm phone..beri kwn2 dgr..saya katakan ini suara fynn jamal..itu tak mengapakan? =))
truly:
kalau kamu dah convert, ada suara kakak. so tadek masalah. puisi tu pon, kalu nak dipakai, silakan. cuma teringin mahu org tahu, itu saya, fynn jamal.
kawan2 lain:
kelakar, kan?
hahahaha
haha.. 'pokyan hebat'.nick x bla.
argh tiru jawapan sejarah yang ada dlm buku teks pun marah inikan yg tersirat dlm hati.
angguk angguk, geleng geleng.
agak malu ye pokyan tuh.
kantul jgk akhirnya.
sy pun ada guna puisi kak fynn,
but dun wori, nama penulis asal
telah disertakan. ;)
ahahahahahhahahhahahahhahahahahaha. kak fynn, lawak gileeeeeeeeeee. tk tahan tk tahan.
-athirah
Seriously lame answers. Ilang la, setup benda la, silap la, hahaha.
Tetiba plak last2 citer pasal p solat. Ayoo. Apa punya manusia deyh.
And wow, orang dah recognize your poems babe. Keep it up.
super truly bangang la mamat tuh sis.
super truly bangang. tak reti terms "copyrights" ape?
buduh!
kwang3x
banyak gile alasan.. last2 kantul betul2 hahahahah klakar gile.
padan muka dia kak fynn.
p/s: teruskan menulis kak fynn!
kakak..spt kakak, dia telah menidakkan request saya. hahaha
dasar lelaki pengecut.
lebih hodoh, benar.
saya juga berasa marah,kak. itu hati kita dicurah dlm puisi, lalu enteng2 saja diplagiat org.
kurang ajar dia.
terima kasih zakiah :)
hahaha..kantul..!!!
xrespect langsung..saman jer fynn
biar kecut perut sket pokyan hebat tu
klu terang2 copy..state la nama pengarang..
aku pun da copy tp state nama asal pengarang..
"mari kita cari copycat!!"
bodoh betul mamat ni!!
da amik x nk ngaku pulak.
kak fynn,bile sy ambil dan guna kata2 kamu,sy musti bg kredit.
kerana sy mahu org knl kamu.
kerana kamu hebat.
:)
pokyan2
kamu itu lanun..walaupun berkarya adalah bebas tapi kamu tidak bebas untuk merompak karya mereka yang lain..lagi2 karya itu ditulis dari kak fynn..
kecewa dgn sikap kamu wahi pokyan..kamu pandai tapi bodoh dalam menilai erti kebebasan..
disebabkan kemahuan kamu yang melonjak2 hingga kamu betah merompak karya mereka ini..lagi2 karya kak fynn..lihat kak fynn tidak berkata banyak namun followers yang banyak melindunginya
jadi pokyan sia sahaja keinginan kamu itu..
haha.nmpk sangat gelabah mamat tu.
ilang la,salah anta la,blabalalaa
best best.
boo sama pokyan.boooooooohooooo :P
Haha. Adoi, ade gak orang macam ni. :)
Post a Comment