aku ke rumah abang sham semalam. kali terakhir aku ke rumah dia, najla anak perempuannya baru lahir tiga empat hari sebelumnya. kali terakhir aku ke situ, abang sham dan kak hanee macam tidak boleh duduk jauh lebih dua kaki. kali terakhir dulu, aku mengalirkan airmata cemburu.
berbual dengan pandangan penuh makna, tersengih2 seperti mereka sempat berjenaka dalam tautan mata walau sesaat dua.
mengekeh2 dengan rasa yang sangat wajib didengki, seolah dunia ini milik mereka bertiga.
kali terakhir itu, adalah tahun lepas.
*diam*
semalam, abang sham duduk di pintu depan, termenung. kak hanee di kerusi sofa, merenung anaknya. najla di tengah2 bermain sorang2, baru pandai merangkak2 sendiri.
aku rasa mahu menangis.
aku bawa makanan tengahari untuk mereka bertiga. dan kami duduk semua bersama2 untuk manghadap rezeki. abang sham pilih untuk duduk paling jauh dari kak hanee. kak hanee buat muka tak peduli. kalau pun mereka buka mulut, semata untuk berbual dengan aku.
tak macam dulu.
lepas makan, berborak2. kak hanee cakap satu, abang sham pangkah. abang sham cakap satu, kak hanee betah. aku di tengah2 penat meneutralkan keadaan.
kenapa ni?
apakah institusi perkahwinan itu sesuatu yang menakutkan? yang mampu membikin morfologi pada perkataan cinta.
yang mana, membangkitkan seribu soalan dalam kepala:
apakah kita akan kehabisan cinta?
adakah tarikh luput konsep cinta itu?
mungkinkan tiada cinta yang abadi?
wujudkah rasa cinta yang takkan mati?
ada sekali, pensyarah aku kata: cinta itu seperti iman. ada pasang surutnya. ada hari-harinya. rasa cinta dan iman adalah sesuatu yang tidak dapat kekal tanpa keinginan mengekalkannya.
ah, parah.
teringat lagu ziana zain dulu, tak ingat liriknya, tapi bermakna - cinta tidak ada makna diikat andai hanya seorang yang memegang talinya.
bagaimana nanti bila aku sudah menjadi hak sampai mati seorang suami? mampukah aku setia mencinta? tulus menyayang? memegang rasa sampai bila2?
ye. sekarang bolehlah. menjadi penunggu mcm pungguk.
esok2?
masih mampu?
tiba2 aku takut mahu melangkah ke institusi perkahwinan.
*diam lagi*
apa kena dengan aku yang tiba2 berbual pasal perkahwinan ni? hmm.. mungkin sebab ocham sedang sibuk dengan pakej fotografi majlis perkahwinan, dan aku yang sedang membantunya di mana2 aku larat. haha. pengaruh rakan sebaya.
entahlah.
mlm tadi tengok film definitely maybe. kisah seorang lelaki yang tidak habis2 ranap kerana cinta. berbalik2 berpusing2 dengan 3 gadis. dipermain rasa, dihenyak2 cinta.
bahagian yang buat aku melalak2 adalah di satu scene lelaki itu (will) bersama anak kecilnya (maya) di dalam bilik tidur:
maya: sudah ranap?
will: belum. (merujuk pada barang pecah kerana kecuaian diri)
maya: bukan itu.
will: habis?
maya: hati kamu.
dan maya terus memeluk ayahnya dengan rasa mengasihan, seolah memujuk bayi kecil. ironi, kerana yang tua adalah bapanya.
kadang2, rasa mahu terus jadi kanak2. konsep2 hidup megitu mudah, tiada komplikasi.
cinta itu bila dua orang suka sesama sendiri.
marah itu merajuk yang masih boleh dipujuk.
lapar itu harus makan supaya tidak sakit.
tapi kita yang sudah dewasa ini suka menambah2 faktor luar, menjadikan A suatu yang B, dan C boleh jadi M.
cinta itu mungkin ada orang ketiga, keempat, kelapan.
marah itu tidak patut terjadi kerana kita tidak layak dilayan begitu.
lapar itu sesuatu yang mesti ditahan kerana baju baru bersaiz kecil.
kan indah kalau selamanya kita dibobok ayahbonda. persahabatan kita adalah ketika bermain di depan rumah di setiap jam 5 petang. makan adalah ketika berebut2 mahukan kepak ayam, bila keempat-empat adik beradik mahukan kepak itu.
rasa malas nak kahwin. rasa malas nak fikir masa depan. rasa dah penat.
astaghfirullah.
dah terlalu barat kalau fikir begitu.
tuhan... i wish this is a better place to live in.
11 comments:
kadang kala aku di"cap" sebagai seorang yang terlalu berfikiran negatif dan optimis,
hanya kerna aku bersuara dengan dua ayat sebegini,
"ala... tu baru kawen, dah lama nanti... huh~"
"ala... baru baru couple, semuanya indah... dah lama nanti... huhu~"
tapi, realiti kehidupan sekarang semuanya menunjukkan jalan penceritaan kehidupan yang dari indah pada mulanya, majoritinya akan pudar dek masa, layu dek waktu...
guane?
tu la dia
tp itulah cinta
itulah perkahwinan
semua ada pasang surutnya
kita sebagai nakhoda yg mengemudinya
perlu bijak menongkah arus
*ckp mcm terer, bile kene kat kpale sendirik?hahaha
tiada yang benar atau salah dalam bercinta,
dan tiada yang sempurna dalam seorang Manusia...
entahlah.
my mum pernah cakap...
"kalo everyday asyik bende eppy jee yg jadi... u takkan tau ape tue appy act bile u tatau apekah kesengsaraan..."
kalo perkahwinan diertikan sebagai everlasting eppyness... then what is eppyness actualy..??
tah tah.. member kak fynn ngah gado kott time tue... ade pasangnye... ade surutnyee...
kalau sblm kahwin pun sudah hambar cintanya.. bagaimana pula selepas kahwin ya?
mungkin kita2 ini patut nya lupakan saja. tapi bagaimana ya?
cinta itu buta
tapi kadang kala menyeksakan
perkahwinan ni macam drama la...ada tragedy...ada comedy...ada tragicomedy...u pernah ambik course drama kan fynn?
mcm tu la...lbh kurang la...
hurrmmm...aku pun slalu tertanya,bukankah sepatutnya semakin lama semakin sayang..bukan semakin lama semakin membuang...
perkahwinan didirikan oleh cinta...
ditegakkan oleh tanggunjawab...
cinta itu tdk hilang,mungkin sedikit fade,atas faktor tertentu...
kak fynn, morfologi itu apa?
:D
sendiri,
aku diam kau sama
kita terdiam.
berdua,
kita tersedu juga mereka
jadi suram.
ramai,
semua menangis kerana dia
meratap pemergian.
Post a Comment