Saturday, March 1, 2008

sedang melawan sepi.

aku ke rumah fatin semalam. arm mula2 janji mahu teman aku memandangkan aku tidak boleh sendiri, kata doktor. tapi tiba2 dia ada hal. lepak dulu di rumah fatin, sekurang2nya boleh tonton dvd across the universe.

tapikan, sejak dua tiga menjak ini, aku tak pernah boleh faham cerita apa2 yang aku tonton.
jadi aku macam patung yang dihadap ke televisyen. haha.

cerita tamat jam 6 petang. aku makan ubat yang diberi. aku sedar betul2 pun pagi tadi. malam tadi aku ingat ada satu dua sms dari pok arm, suruh aku tidur terus di rumah fatin. bahaya memandu bawah pengaruh dadah.

yelah.

pagi tadi, jam 7 pagi itu, ketika memandu pulang dari rumah fatin, aku susur jalan aku pernah redah dulu. ulang alik ke shah alam dari damansara, naik skuter yang cuma boleh cecah 40km sejam. bersejuk2 berdua melawan air hujan, memaksa enjin motor yang asyik mati.

gurau2 sesama berdua di atas motor cabuk.

sudah, sudah. mungkin dia sudah lama lupakan. apa lagi yang aku tangguk2 di harapan ini.

dia mahu kau bahagia, berilah fynn. kalau itu satu2nya yang bisa membuat dia kembali ke langit tersenyum. kasi saja.

baik, saya akan cuba ya...

terasa mahu kembali ke zaman itu, yang kita hidup dalam kosong, tiada mewah apa lagi bersenang. terasa mahu bekukan masa itu, yang kita bergelak tanpa mengingat apa, tiada masalah juga sengsara.

kerana itu adalah waktu yang paling saya bahagia.

haih. bagaimana mahu mencari rasa yang sama ya?
*senyum pahit*

hari ini ada performasi. mahu dipuisikan tentang apa? tidak biasa bermadah tanpa pandangan dia.

dia sudah pergi, fynn.
mesti dia ada sbb sendiri, kan...

5 comments:

Anonymous said...

jgn pernah membenci apatah berdendam..maafkan apa jua yg terjadi..percaya aku.kamu akan tenang fynn..

Fynn Jamal said...

siapa kamu, anonymous?
kamu tidak kasihankah pada aku?
jgn diserabutkan lagi fikiran aku ini...

SarahSevier said...

hidup mesti diteruskan.kan?
hidup ini sebenarnya indah.
jangan musnahkannya.

saya suka lihat persembahan kamu di puncak perdana.
i look up to u!

marhaen vintaj said...

cik fynn...

kamu harus tabah kerna di kala kamu sebegitu masih ada teman teman yang sebetulnya boleh dipanggil teman teman kepada kamu.

aku cemburu sama kamu,
kerna di kala aku perlukan teman yang mampu aku gelar teman, tiada, kosong dan hampa.

atau aku kah yang telalu bergantung harap...

rockafellaswrote said...

hidup itu pahit.hadapilah.