Friday, March 7, 2008

mahu apa ha?

semua orang balik ngundi.
aku nak balik, tp kerja yang begitu hebat memaksa kedatangan,
terpaksa aku tinggalkan tanggungjawab kifayah kerana aku ada hak persendirian untuk diurus di sini.

tambahan pula, kos yang boleh membunuh jika hanya mahu balik hari.
semoga apa sahaja keputusannya, terpelihara ahli keluarga aku di kota tinggi, johor.
itu yang penting.

negativiti sedang mula cair dari diri.
semoga terus begitu.

esok pilihanraya. esok juga hari terakhir aku menulis secara berbayar. esok jugalah aku mula kembali tidak sibuk. esok mesti aku bosan.

mahu main layang-layang di kepong. kalau seorang-seorang mesti terasa macam haram. sebab layang-layang mesti dimain bersama kawan-kawan.

mahu karaoke. tapi kalau seorang-seorang menyanyi dalam kotak bercermin kaca tu, mesti orang kata aku saiko. haha.

mahu main bowling. masalahnya satu lane, satu orang, mesti habis cepat. buat rugi duit.

mahu masak. siapa mahu makan? rindu dapur. sudah lama kering. lama tidak pergi tesco. bakar kerang, bakar ikan cencaru. cicah cili kicap.

haish. mahu buat apa ye?

boleh tahan bosan juga kuala lumpur ni. balik2 itu saja. itu sebab hidup di metropolitan mesti ada kawan-kawan. kalau tidak, kamu jadi kera.

uk uk uk uk ak ak ak ak uk uk.
*sudah jadi binatang*

baik aku sambung tulisan malam ini.
sekarang sgt merapik.

7 comments:

weirdwEEda said...

ya...semua org balik mengundi,saya di office sorang diri heheh

Anonymous said...

kalau saya masih di kuala lumpur, pasti saya boleh teman kak fynn =))

nadja said...

hi, sy boleh teman. jom2 kite pergi berkelah.


(keadaan awk dan sy sama, tp saya rasa awk lebih bertuah)

Eamy said...

yep!sgt setuju..seme org balik mengundi.tinggalkan kita-kita yg menjadi kera-pasca-antipolitik, mungkin..apa pun, hidup mst terus. gembira kamu sudah baik-baik ['_']v

kambeng7 said...

ngee..
sayep kan ade..ngee
jom koke mlm nia ajak aca nak tak?
yanti n mike
yg lain takde aca bilang
ayuh...

y u z said...

saya mengundi di KL saja,mari!

=)

p/s : saya baru pulang dari kota melaka,3 hari sudah rindukan coretan kamu.nahh...hari ini,sebak sungguh.kerana kisah kamu menghadap sang matahari telah saya lalui.lama saya terpinga mengapa dia pergi?

tapi,mungkin jangan diungkit lagi.dia telah sah jadi suami org.biar bahagia saja.hmmm.

Hanna Rabittah said...

fynn, aku pon kat kl.. kalau agak2 nak belanje aku shopping dan makan.. kontek je lah aku..
gagagagagagga..
uk uk uk uk ak ak ak ak
aku pon dah mcm monyet jugak sbb byk merepek. hehe