Thursday, December 27, 2007

tentang society aku yang semakin pincang.

aku penat.
secara literal. memang kepancitan.

mau tau kenapa?

tempoh hari, aku beli dance pad ps2. ye, kain pvc yang digunakan cina2 jinjang untuk menari pada permainan tarian. persis di kompleks membeli belah. memang sahih sudah menjadi kera terkinja2.

ini, secara rasminya menjadi pusat senamrobik peribadi aku.
yeay. aku suka berpeluh. engkau suka tidak? cubalah baru tahu.

pok arm datang sejak semalam. dia baru sampai kuala lumpur kelmarin. tumpang sue. dia siap bawakan sos pencicah dari kelantan. alhamdulillah. tidaklah menjejes aku kempunankan sos dari panai timur itu.

aku bawa dia dan pok cham makan malam di kawasan sentul. kedai baba nyonya yang menyajikan makanan thailand asli. sangat lazat. nak2 daging goreng bawang putih. memang lazat. harganya cukup berbaloi dan saksama.

kerja di universiti memang aman. habis kelas sudah boleh pulang. ada masa kelas tamat jam 10 pagi. ada masa lain jam 12. paling lewat pun hari isnin sahaja. jam 6. itu pun kerana paginya tiada kelas.

untung kerja gomen. mengular sesuka hati mak abah sendiri. kamikan makan harta rakyat. alah berapalah sangat nak dibanding mereka yang di atas sana.

berkata tentang ini, baru2 ini aku baca di surat khabar radikal (sekadar muka depan), kes tun mahathir mahu disoalselidik tentang korupsi. seperti biasa, aku akan pangkah terus.

dasar babi dan bodoh.
cerita seperti bangkai ko besar2kan.

sila gambarkan di fikiran: aku ini punya banyak koneksi. jika aku punya job fotografi dari kawan2, aku kira, aku akan salur terus kepada pok arm kerana aku mahu tolong kawan sendiri. atau jika aku dapat projek membikin musik latar sesebuah filem, aku tau aku bisa gantung harap pada zac komplot. seakaan begitu secara hipotesisnya.

bermakna, kalaulah aku punya peluang, aku akan bantu teman2 sekeliling. kenapa tidak? mereka akan lakukan perkara yang sama untuk aku. aku yakin.

sama juga kisahnya ayahanda terhormat Tun itu. cuma bezanya dia berada di mata negara. bodohlah anda jika termakan hasut sang iblis dari luar yang takutkan kekuatan tun. dinamakan kuku besi. dijolokkan pengkelabu wang rakyat.

kalian buta.

orang di luar bertepuk berjoget dengan mahunya tun menurun langkah. kenapa kamu2 tidak lihat? orang kita sudah pincang sejak pengunduran beliau.

benarkah kekuatan seorang pemimpin itu hanya dilihat dari aspek ibadahnya? itu urusan dia sama tuhan. jika ayah kamu tidak solat, mahukah kamu persoalkan setiap kejayaan sempurna anak2nya? andai dia kuat bersistem ketuhanan, patutkah kamu bangkitkan anak2nya yang durjana?

aku tahu kerana abah adalah sebaik2 manusia. lihat kami adik beradik. bukan sekadar layak dilabel syaitan, malah silap2 menarik kaki beliau turun dari syurga. nauzubillah.

apa juga fikiran kamu tentang tun, aku cuma mau kata, tanpa kegarangan beliau itu, di mana anak melayu kita? aku gelakkan manusia2 melayu yang grednya tidak tinggi mana tapi berjaya ke uItm khasnya, ke universiti tempatan2 lain. kamu tidak sedar diri, ya?

wang ptptn kamu, hasil gaduh siapa?
hak kelebihan kamu, hasil perjuangan siapa?
projek2 yang tidak layak kita dapat, hasil kedegilan siapa?

dasar bingai.

kita perlu pemimpin yang keras. tidak tidur. tidak lewa. tidak sentiasa beralah. tidak sentiasa mahu menang hati orang. tidak sangat pemurah.

supaya digerun.
seperti ayah2 kita. yang keras dan kental.

abah selalu kata pada aku: "bencilah abah. satu hari awak semua akan tahu, ini semua adalah sayang. bila kamu ada anak, masa itu kamu rasa."

pimpin anak isteri dulu baru pandang kemampuan menjaga negara.
itu semua subjektif.

tidak semua sehebat perdana menteri iran yang terbilang itu.

haih. aku tak peduli sebenarnya pada sesiapa yang mentadbir. yang penting nanti di masa depan, anak2 aku mampu hidup senang. tidak hilang hak. tidak terpaksa bergolok bergadai.

apa yang mampu aku lakukan di sini? sekadar membebel di tepi jalan.

apa sumbangan aku?
apa amal jariah aku?
apa yang bisa anak2 aku banggakan: "hey. itu air tangan arwah bunda aku"

satu hari nanti. kalau bukan aku, anak2 aku akan teruskan jiwa kasihkan-masyarakat aku ini.
apa yang buat hari ini?

berdansa di kain pvc bodoh.

semoga makbul cita aku. Allahuakbar.

10 comments:

[siti] said...

politik masakini
yang jelas dikaburkan
yang kabur dijelaskan
yang buruk diindahkan
yang indah diburukkan
yang wangi dibusukkan
yang busuk diwangikan
*senyum sinis*

btw, kedai makan apa nama? lokasi? mcm menarik utk dicuba.

emme~ said...

aah..

untung kje gomen nh..
bole ngulor..
ha-ha

idup pendidik!!

fynn jamal said...

EMME:
teaching is in!!!!

apatah lagi di gomen. kekeke

fynn jamal said...

siti:

itulah dia politikus.
tanpa politik jahanam.
dengan politik pun menjunam.

mana2lah labu...

[siti] said...

politikus rakus

Hanafiah Ghazali said...

assalamualaikum,

aku suka dengar kamu celoteh tentang politik. alhamdulillah ada juga orang muda yang ambil tahu hal politik bangsa.

apa sumbangan kamu? jika tidak mampu yang berat sekadar mengajak rakan taulan ambil tahu politik bangsa juga sumbangan besar. dapat dijemput semua daftar undi lebih baik. politik melayu semakin lemah di tanah tumpah darah sendiri. kuasa politik ditentukan oleh rakyat dan undi merupakan kuasa terbesar rakyat. jangan sehingga Melayu hilang kuasa politik akibat kealpaan anak bangsanya.

kini kita cuma tinggal kuasa
yang akan menentukan bangsa
bersatulah hati
bersama berbakti
pulih kembali harga diri

bangsa kamu sangat perlukan khidmat kamu.

fynn jamal said...

haih..
tapi apa sangat hanafiah..

ini sekadar tepijalan.

siapa yg mendengar?
kadang2 jadi masalah pada orang.
hancur saya dibaling ke ISA.

undi? sudah penat. ajak kawan2, mereka tidak berminat.

sedih benar, kan?

Hanafiah Ghazali said...

kamu punya suara didengar peminat, gunakan sebaik mungkin. puitiskan bait bait indah peri pentingnya daya hidup politik bangsa. hamburkan kekecewaan kamu kepada anak bangsa yang lupakan amanat panglima tuah. bilangnya tidak Melayu hilang di dunia, namun kini tanah sang singa sudah jadi milik orang, Melayunya tidak hilang di sana tapi merempat di tanah tok moyang mereka sendiri. Sadis bukan? pasti kamu tidak mahu tanah pusaka ini dijajah si sepet mahupun si lidah pusing. tidak akan aku benarkan sama sekali. aku merayu belas kasihan kamu, bantulah.

Munzir CK said...

apa sumbangan aku?
apa amal jariah aku?


jawapannya: kamu adalah seorg penulis puisi yang menjadi inspirasi sesetengah pihak...
mane tau.... hehehe... go go kak fynn!!
aku sokong kamu... yeeeeeeehaaa!

[siti] said...

saya terbangkit berbicara tentang hubungan baik kita dgn kerajaan arab saudi sewaktu kepimpinan Tun. Hubungan amat baik, kerna kita punya kepentingan... untuk mendapatkan urusan2 haji yang lancar. Tidak pernah ada masalah quota.

Musim haji kali ini menyaksikan pelbagai kesukaran bg pihak jemaah. Tiada kuota tambahan, juga pelbagai masala visa. Hubungan yang dijaga dulu dengarnya sudah tidak begitu indah rentetan beberapa perisitiwa.

Ini satu antara pelbagai isu yang timbul. Apalah nasib bangsa kita masa hadapan nnt.