ini tulisan aku hampir dua minggu lepas:
semalam hari lahir pok arm. tepat 12.01am itu telah aku taburkan susu tepung memutihkan juga melekitkan seluruh anggota beliau. tidak ketinggalan, kereta aku pon jahanam berair likat. sayangnya pok cham tak sempat join. sbb aku serang hendap. memang tidak ada plan.
janji seronok.
:P
hari ini abah dan ahli keluarga lain dtg kuala lumpur. mesti riuh. bukan turun sini untuk berjalan. tapi ada majlis.
kemas2 kemudian jiran sebelah ada. tanya2 khabar mcm biasa, tiba2 dia bertanya tentang kucing. memang aku mau bawa pulang anak2 ke kampung.
1) tidak larat mahu menjaga.
2) sudah tidak mampu membayar maintenence mereka.
lagi satu, aku fikir, kalau mahu bela sekadar mahu ada kucing, buat tambah dosa saja. untuk punya haiwan dipelihara perlu ada tanggungjawab. jika tidak datang dosa pada kita pula.
setelah difikir2, baik juga jika aku serahkan anak kesayangan aku si delco pada jiran itu. sekurang2nya jika aku rindu bole saja aku jengah ke sebelah. yang lain2 memanglah aku sayang, tapi sang delco itu memang dari zaman susah aku dia telah ada. seolah itulah teman yang paling rapat. paling memahami.
memang pun. berapa kali waktu aku menangis dia duduk dan diam di tepi. mungkin bukan kerana apa, tapi hati aku merasa dia mengerti.
aku beri delco dengan hati yang berat. sebaik saja jiran aku tutup pintu (sambil berzikir2 terima kasih tidak henti), aku terduduk di tepi pintu. ada tiga lagi anak di rumah. tapi kosongnya jiwa tuhan saja yang tahu.
terus, aku capai telefon, kabarkan pada semua teman2. bercerita tentang pilu hati. kawan2 juga terkejut, kerana delco itu buah hati aku. kenapa tergamak?
*diam*
mungkin ini rasanya para bunda yang memberi anaknya kepada orang. sayang yang ada tidak mampu memujuk hati yang memikirkan kebaikan yang mungkin dikecapi di tanah orang. rasa kasih pada anak itu tidak ada makna jika kecukupan tiada.
hai, bunda2 di luar sana, betapa kamu itu mulia.
dan masih, kamu tidak dimengertikan.
hari lusanya jiran aku mengetuk2 pintu. airmata mengalir di pipi. hati aku tidak keruan. kenapa ya?
"kakak, delco tidak mahu tidur, tidak mahu makan. dari hari pertama sampai kini, duduknya di tepi pintu mahu keluar dari rumah"
dan dihulurkan delco dari kotak tepi.
tuhan, kamu lebih tahu apa yang sepatutnya.
aku ambil delco dari sang jiran, ucap itu dan ini, terus tutup pintu. di belakang pintu yang sama kelmarin, aku terduduk. rasa begitu rindu dan cinta.
aku lepaskan delco dalam rumah. berlari2 ke tempat kesayangannya. terus ke adik2nya. begitu gembira.
apa aku ini sudah gila mahu pisah2kan mereka? malam itu dengan penuh bahagia, aku kembali tidur dengan senyum.
anak2 sudah makan.
baru2 ini:
dah lama tak rasa begini. rasa puas, rasa benar2 terpenuhkan. masturbasi juga tiak seklimaks ini.
terima kasih kawan2.tempoh hari aku punya dua performasi. di layar tanchap dan esoknya di mcpa hall. seperti biasa aku tidak bersedia. tidak pernah bersedia untuk setiap sessi. pada kebiasaan, aku dipanggil ke depan, pegang mikrofon, dengar ritma musik yang ada (gitar atau djembe, atau apa saja), kemudian aku berikan suara pada musik2 itu.
jgn ucap tahniah pada aku.
katakan pada pemusik di latarku, "terima kasih atas lagu pilu anda"
entah lah.alhamdulillah, puisi aku yang tepi jalan itu sudah mula disukai. kalau pun tak suka, sudah ada yang berminat mau berdiam diri dan fokus. cukuplah. aku tidak minta ringgit, cukup sekadar itu.untuk pertama kali, aku rasa begitu hidup.airmata aku bikin aku rasa ada nafas. bukan selalu aku rasa begitu.
ramai benar manusia yang pernah membantu aku melayar kata. dugong, otam, aizat, tongkat, ramai lagi yang tak tersebut. tidak kenal sebenarnya. kerana seperti aku kata tadi, semuanya aku kenal di atas pentas.
ada yang bertanya, benarkah mmg tiada latihan? apa betul tidak pernah ada cubaan belakang tabir?
tidak.
ingin saya selitkan di sini, terima kasih pada pemusik2 yang begitu mempempan. tanpa ritma kamu, apalah sangat puisi saya.
di lembar yang lain, pensyarah2 di universiti aku sudah mula menjadi cik tipah segera. sudah mula bergosip tentang aku yang tidak masuk campur ini. tentang aku yang dulu berlakon. tentang aku yg tidak menepati citarasa Islam.
haih..
gangguan lagi.
harrassment tidak habis2.
seperti biasa, tidak akan mudah lari dari masa silam. sukatilah.
kawan2 mcm biasa. best. sayang mendalam pada Kecy.
lama tidak update sini. banyak mau cerita. tiada masa. apa kabar kawan2 online saya? saya rindu anda.
13 comments:
masalah nya bukan pada pernah belakon
bukan pada tidak menepati ciri Islamic itu
kan itu semua peribadi.. personal..
Setiap insan punya personal sendiri.. hanya bezanya terang2an atau terhijab.
*masalahnya ialah tipah2 yang tidak pernah tidak campur hal2 yang tidak kena mengena.
cuba bincang cara nk improve academic achievements murid2 ke.. kan lebih bagus.
*sesetengah manusia gemar nobat diri malaikat dalam diam.. mengangkat diri mulia dan memandang hina pada jasad yang dirasakan tidak memenuhi kriteria tetapan sendiri. Apa labelnya itu? Macam bagus? cambes? ntah la.. tp gelaran tipah2 itu amat sesuai.. klasik. huhuhu
saudari, sy disini ingin meminta saudari selalu update blog saudari, kerna sy pembaca setia blog saudari, tanpa kisah hidup saudari, sy tak klimaks.
*terima kasih untuk coffemate
siti:
sudah jadi tabiat. manusia mengata orang untuk menutup kekurangan diai. maka fokus tidak lagi pada mereka, tapi pada orang yg dikata.
saya sudah fedap menjadi perhatian untuk dimaki. sedangkan, dari dulu, sy mmg jenisnya tidak bercampur selagi tidak rapat. kan?
rocker:
saya mahu update, tapi seolahnya terlalu banyak pemikiran yang diperlukan berbanding penceritaan. haih. lalu bagaimana?
dan bila cerita2 yg ada harus eloknya didiam, maka tidak akan saya tuliskan.
tentang kopimet: i love u, you know that, bitch.
hahaha.cik tipah-cik tipah.apalaa dosanya nama tipah yg jd mangsa.seperti juga kak joyah,kak nam dan segala.
itulah.bila tidak berlapang masa [buang masa,sebenarnya] di bilik guru,maka dikata aku ini Freak.oh jangan ajak aku belek katalog tupperware serta kain dan gelang itu,mungkin sifat2 'makcik2' itu belum tebal menumbuh dalam diri.pergi bersukan dan berjoging dengan anak2 murid dikata miang 'megHela',ohh kerana aku berjoging dengan budak lelaki alasannya...haihhh!
jadi,bengang dengan aku yg tak pernah sudi meneman ke Sogo memunggah longgok baju?
fynn,jika kamu bahagia menjadi diri sendiri - jadi lantakkan saja.mulut tempayan memang tak boleh ditutup.sekurangnya,kita tak menambah dosa kerana seronok mengadu domba dan fitnah!
just be ur self... drpad trus menjadi hipokrit...berpura-pura menjadi org lain...hahaha...
im enjoying every words that come from u..enjoying ur performance..
msyuz:
itulah. saya rasa jika kita satu bilik guru, sudah pasti dikategori guru2 getik. kerana mesra alam. bila kita kata mereka cemburukan kita, orang takkan percaya.
tidak berminat sama taste mereka yang ketipahan itu. balik2 hal sama. bonda ayah kita tidak pula begitu, kenapa ya? mmg mereka pilihkah mahu jadi sang becok penyibuk?
haih...
omar:
itulah. bila tak hipokrit dicemuh tidak sensitif. bila sekali diikutkan, akan diminta berkorban berkali2.
terima kasih kerana suka tulisan saya. sudah cukup untuk penulis picisan seperti saya. cukup.
hahaha.
ntah kenapa,saya terpaksa setuju dengan fakta itu - mama abah ku pun tak pening2 ambil pusing,dia lebih tau anaknya siapa.
tapi,ada yg pandai2 mendabik dada mau melabel - "eishh...apalah cikgu wat perangai camtu."
so what jika aku muncul di gigs dan panggung wayang?hah,paling dumb sekali - "cikgu pun main myspace ke?macam budak2."
adehhhh...letih - get a life lah!!
'saya sudah fedap menjadi perhatian untuk dimaki. sedangkan, dari dulu, sy mmg jenisnya tidak bercampur selagi tidak rapat. kan?'
ya.. masih fresh ingatan saya pada affina yang dtg ke kelas tidak bersegerombolan seperti lumrah sisters yang lain. Duduk depan, penyoal utama di setiap kelas. Mungkin sebab tu lah dulu saye tidak rapat sama fynn kot. hehehe...
yang kayu menjadi kepala
yang hebat hanya di belakang
bukan pak turut bukan pembangkang
cuma belum diberi peluang
terdetik tanya di kepala
kerana apa?
orang berkata kerana rupa.
lebih sedikit pada si kayu.
ysng hebat terlindung nampak layu.
tapi tak apa
yang asli tetap akan muncul
yang palsu tetap takkan timbul
walaupun dahi dan tersondol.
fynn, take care.
semakin saya ditarik untuk terpesona dgn kamu.
mahu sekali berkenal sama kamu.
saya hanyalah seorang cikgu.
yang ingin berkongsi ilmu.
tapi masih banyak yang tak tahu.
luasnya dunia belum diteroka.
baru selangkah bukan sedepa.
agenda tersusun banyak tak terkira.
ibarat akan mati esok lusa.
Post a Comment