Thursday, September 10, 2009

perhatian penduduk negeri nafi.

terimalah.

dia tak pernah nakkan kau.
dia sekarang dah ada org lain.
dia dah lama tak nak kau.
dia cuma nak main2.

tapi tidak.

kau tolak untuk percaya.
kau rasa kau lebih kenal dia.
kau tahu dia siapa.
kau benci orang semua.

berhentilah.

siapa yang kau bohong selain engkau sendiri.
dia tidak cari engkau
dia tidak peduli engkau
dia sudah lama pergi

cuma kau degil untuk memancang nisan.
sampai bila.

pecah suria pagi adalah selepas segelap2 malam.
maka harung sahaja runcing beku gelita.
mana ada kesepian yang tidak lama?
sesaat dalam siksa tak pernah setimpal dengan seribu hari bahagia.

kerana masa itu ilusi.
sepintas untuk yang menunggu.
seabad untuk yang tak mahu.

benar. hidup ini kejam. benar. tidak aku diadilkan. benar.
tapi yang ini benar juga:

betapa mudah kita membiar jiwa hancur.
sedangkan dari kecil ditatang mak ayah.
betapa mudah kita membiar diri ranap.
sedangkan dari kecil dijulang tak sudah.

betapa murah.

kalaulah tahu mak ayah.
kalaulah tahu betapa kita tak sudah2
membiar jiwa dan diri jadi murah dan mudah.

kalaulah.
pasti hancur dan ranap
seorang mak
seorang ayah.

entri ini adalah untuk mereka2 yang hidup dengan penafian.
ditulis dengan jujur, semoga didengarkan.



yang benar:

fynn jamal

bekas menteri besar,
negeri perempuan2 bodoh,
daerah denial,
zon sampah berkeruh.

30 comments:

  1. uih terkejut,
    nafi tu temanhidupku.
    igt ke dia, rupanya penafian..
    hahahaha.

    btw, bez2. thumb up!

    ReplyDelete
  2. benar dunia kejam
    benar manusia macam-macam
    kononnya keberanian hati adalah sebenarnya penafian keji..

    tidak mahu mengaku..
    tidak mahu menepi..

    buat ayahbonda, maafkan kami.

    ReplyDelete
  3. God!!

    ur words are perfect sis!!

    *clap3*

    ReplyDelete
  4. aduhh..!! betul2 kena atas kepala..

    thanks.. (-,-)

    ReplyDelete
  5. hanya kerana kecewa cinta
    sume jd bodohkn..huu~~~

    maaf ibu ayah...

    ReplyDelete
  6. Denial akan tetap berada dalam diri. Itu lah gunanya kawan - untuk menyedarkan diri di kala hilang pertimbangan ...

    ReplyDelete
  7. x leh nk komen pape la akk...
    mmg makan dalm entry ni..huhu
    nk je aku rungkaikan entry ni, tp x pe kot,..
    sbb org ade pndpt die masing2....
    dan sbb akk pnye penulisan lebih hebat dan mantap, jadi terasa diri ni kecik je....
    huhu...

    ReplyDelete
  8. Selamat mencari Lailatulqadar pada sepuluh malam akhir ramadhan!

    ReplyDelete
  9. ouch

    tulis entri ni 3-4 tahun lepas, mungkin tak sampai hancur saya ranap :)

    ReplyDelete
  10. nafi tu janji yang mungkir..
    pedih...
    betul2 pedih..

    ReplyDelete
  11. nafi..
    teman paling akrab insani
    di bibir sentiasa meniti
    namun di hati...
    nafi..

    2 thumbs up for u sis! sayang kamu.
    hargai setiap nafas yang dihela.
    momen yang takkan sama dan berulang untuk disia-sia.ini cuma kata wanita sengal,tapi disini lahirnya.di hati.
    (^_^)

    ReplyDelete
  12. yang ini saya tuju buat kawan saya yang masih menafi diri sendiri, yang masih berbohong pada diri, yang masih mengejar dia...sampai saya yang dulunya kawan sekarang dibuang hanya kerana cemburu yang tak sudah...

    *dkjfaljueljldsjo*

    ReplyDelete
  13. hahahahahha...

    ko tau laa kan.. kerja aku kalo orang sedih2 ni gelakkan je.. =D

    nah.. soundtrack untuk post ni..

    http://www.youtube.com/watch?v=EZfSQCt4ZII

    ReplyDelete
  14. bekas menteri besar, u're the best!!

    ReplyDelete
  15. tepat kena hidung saya
    ayat macam pelempang terasa
    biar jiwa otak terjaga
    dari buai mimpi teruna

    ReplyDelete
  16. adehh!! sis fynn menusuk ke kalbu trus rsenye..tapi kadang tak mampu, maka terus menafikan apa yang nyata.. =(

    ReplyDelete
  17. bekas menteri besar tuh. bagus bagus..

    ReplyDelete
  18. sbb tu omputih kata we cannot live in denial

    ReplyDelete
  19. dah terima realiti kak.
    semuanya terkena dgn zana.

    diri kita sangat hebat untuk dimusnahkan org2 yg tak reti menghargai.sayangkan diri sendiri sebelum sayangkan org lain.

    ReplyDelete
  20. makan dalam kak.
    makasih2.
    cuba berdiri dalam nyata yang tidak dicipta. :)

    ReplyDelete
  21. sgt bestnyer puisi ni kak fynn. mmg terus masuk dlm hati ;)

    kata-kata yg beri semangat pada aku!

    ReplyDelete
  22. saya setuju setiap bait kata-kata itu..:)

    ReplyDelete
  23. nafi..haih..
    berkali cuba tapi tak menjadi

    ReplyDelete
  24. thanx fynn 4 ur words..
    4 atleast,i know..
    im not d only 1 who r feelng dis..
    sayang kamu

    ReplyDelete
  25. saya melayang . . . (O.o)'

    ReplyDelete

ini rumah aku. kalau tidak kau kenan, bina rumah sendiri. aku ramai tetamu. hormatkan.