Tuesday, September 8, 2009

budak kampong



lambatnya raya.

walaupun tidak ada perlunya menunggu tarikh untuk balik ke kampung,
namun sudah jadi satu perlu untuk balik ke kampung bila datang tarikhnya.

hari raya, umpamanya.

dan tidak dapat aku nikmatkan satu perayaan bila tidak ada air mandi yang ditadah dalam kolah, bila tidak ada tubuh2 bergelimpangan berserak2 di setiap inci rumah. tidak ada erti untuk aku, bila tidak ada makan2 bersila atas kain saprah, bila tidak ada rebut2 telur ikan sampai menangis airmata darah.

hari raya mesti riuh.
hari raya mesti kecoh.
kena gocoh2.
kena kepoh2.

tri orang tak ada kampung.
rugi besar.

kalau mahu tahu, tri itu penggeli orangnya. tidak cukup itu, dia penakut juga. hidup sepanjang nyawa di bandar. hendak balik kampung, tidak ada. kasihan. memang kasihan.

tidak perlu ditanya;
memang komfem la kena majal.
hahahahaa.

kadang2 kesian juga, sampai merah2 tahan geli, tahan cuak.
tapi kan...

siapa suruh kahwin org johor?
kita orang kuat menyakat, oo.

tapi untung. dia tidak pernah geli dan takut untuk mencuba.
segeli mana.
setakut mana.
pasti, tetap dia cuba.

:)

jangan duduk kat pintu bas. nanti jatoh.
anak drebar takpe.


ada suatu kebanggaan yang aku rasa
jadi budak kampung.

entah.
sesuatu.

satu dabik dalam jiwa, bila dapat senyum sendiri mengenang senapang kayu berpeluru pipit berpicu getah yang digergaji abah, mengimbas telanjang berseorang di belakang reban disiram hujan, mengingat pokok2 yang gagah membiarkan aku menumpang ketika lari bersembunyi.

ah. mampukah lagi aku ke situ?
sempatkah untuk anak2 aku?

budak kampong.

*senyum*
ada suatu kebanggaan.

sesuatu.

38 comments:

  1. "senapang kayu berpeluru pipit berpicu getah"



    Part paling best!...best woo main perang-perang.Pernah kumpul dekat 20 orang...2 team.Lawan tepi sungai.


    macam perang betul.haha..

    ReplyDelete
  2. nanti balik raya , kem salam kat adik ya kak fynn ? haha

    ReplyDelete
  3. aku juga bangga menjadi anak kampung..

    ReplyDelete
  4. setuju!
    saya budak kampung..
    ada bangga yang tak di ketahui di situ..

    ReplyDelete
  5. jeles aa kak. jeju tade kg. cis.

    ReplyDelete
  6. wah kamu sudah balik kampung..mesti keseronokan dan keriangan menyelubungi jiwa raga. aku rindu sama mak ayah aku...huhuhuhu...aku mahu pulang!!! tak sabar rasanya pulang ke desa jumpa mak ayah meraikan syawal dan hari raya.
    gembira tgk kamu gembira..

    ReplyDelete
  7. Budak kampung? Okay la tu kak. Btw gambar abg Tri pegang ayam macam lawak hahahaaha

    ReplyDelete
  8. adik punya kampung!~

    :))

    dan cinta sama kampung itu

    ReplyDelete
  9. sy takde kampung kak fynn.
    agak pathetic di situ.
    sepanjang hayat inginkan kampung.
    nanti nak cari suami yg ada kampung.
    tunggu lah.hee~

    ReplyDelete
  10. oh rasa nak balik kampung saat ketika detik sekarang!!!

    ReplyDelete
  11. pak din is very very good guy :) cute too haha kak fynn balik ah raya. jumpa ulii. my grandparents live just beside your parents. kenal cikgu rahman and kak lily kan? thats them :)

    ReplyDelete
  12. Salam ... mau jemput you ke blog saya. Ada n3 fasal you yg akan kuar dlm pukul 8.45 pagi esok. Hope you luangkan masa n baca. Bye ..

    ReplyDelete
  13. salam,
    huhu..
    mmg shiok ada kg.
    tp ien knl erti hidup di bandar,
    xpenah hilang rase nk blja ttg hidup di kg.

    Semoga Ramadhan kali ini diberkati dan Syawal yg bakal menjelang memberikan kebahagiaan.

    Btw,do visit http://dizzydewy.blogspot.com
    entry 'merepek meraban'..
    huhu,jgn mara.

    ReplyDelete
  14. jap... gambar no 2 tu... serious aku tatau ko yg mana satu... ko ada clone ke?? or dua2 tu bukan kau?

    ReplyDelete
  15. huhu... akk2...
    kehidupan akk tampak ceria slalu..
    aku pn sme... cume tidak pndai mengolah cerita....hihi
    happy famili....
    one thing, aku tgk akk ngn tri tangan kidal ea...hihi
    sekian

    ReplyDelete
  16. Memang seronok.Ta sempat menjadi anak kampung yang berlari ke sana mengejar ikan di sawah.Bergaduh dengan lumpur di bendang.Bangkit pagi mentari silau dengan jeritan ayam.Tapi biar lah,kurang-kurang pun asap kotor di kota ni,buat kan PETAK masih hidup.

    ReplyDelete
  17. suka kampung di johor.
    org johor juge :)

    ReplyDelete
  18. macho bukan jadi orang kampung
    kau keras
    teruskan...

    ReplyDelete
  19. "ah. mampukah lagi aku ke situ?"

    haish

    ReplyDelete
  20. "ah. mampukah lagi aku ke situ?"

    haishh

    ReplyDelete
  21. aku bangga dilahirkan dan dibesarkan di kampung..banyak aja cerita lucu utk ku khabarkan pada anak cucu ttg aku sewaktu dulu..

    paling tak boleh lupa bermandi dalam lombong sambil mengutip ikan yg di bom..

    pernah cuba??best tau..;)

    ReplyDelete
  22. johor kat mana kakak?

    ReplyDelete
  23. saya pun duk kampung ala-ala pekan kat gopeng :)
    seronok
    bila dah pindah bandar sikit...
    membesar pulak dengan kartun lat
    'kampung boy'.
    that is sooo us.

    best.
    bangga.
    seronok.
    kena gigit kerengga.
    men konda kondi kaki ayam.
    singgah kedai apek beli ais kepal.
    gelongsor bukit duduk atas kotak.
    pi mengaji malam2 balik lari cepat takut hantu.
    men bedminton time angin kencang.
    tarik upih.
    men layang-layang sangkut kat pokok.
    aci nyorok pakai beskal.
    kenduri kawen sume pakai lipstik tebal.
    heran tengok maksu giling inai.


    kesian adik saya.
    dia membesar dengan playstation.
    dengan ragnarok online.
    dengan chatting.

    kesian kan?

    ReplyDelete
  24. kampong best. sunyi, tenang je. :( thn ni raya xbalik kampung. abah keje.

    ps: gambar kat bas tu cantik. :)

    ReplyDelete
  25. kita org johor,
    mmg kuat menyakat kn.


    :)

    ReplyDelete
  26. ok..skang rase semangat nak balik raya muar thn ni(br pas kawin).dh lama sgt raya kt KL bosan gile !

    ReplyDelete
  27. hye, saje menjengah dan melihat bila seseorang calonkan u webblog popular 1 malaysia..

    and i think u deserve it! i enjoy reading ur blog.. sangat puitis & sastera.. sampaikan kengkadang x paham maksud yg disampaikan

    good luck dear!!

    p/s: i pollow u..

    ReplyDelete
  28. saya pon bangga jadik anak kampong.

    kita jadi kreatif untuk berfikir,bermain atau mencipta apa-apa saja kerana kebiasaannya kita tidak disediakan dengan kemewahan wang,barang mainan atau apa saja.

    jadi,kita mencipta keseronokan hidup sendiri.

    ReplyDelete
  29. saya pon bangga jadik anak kampong.

    kita jadi kreatif untuk berfikir,bermain atau mencipta apa-apa saja kerana kebiasaannya kita tidak disediakan dengan kemewahan wang,barang mainan atau apa saja.

    jadi,kita mencipta keseronokan hidup sendiri.

    ReplyDelete
  30. saya johor juga.
    bila ramadhan,kalau ke bazar pasti mencari nasi ambang(actually pronounce nye 'ambeng')..
    bila raya,marhaban ttp ada.
    rindu nak makan kerepek2 bila raya...
    itulah kampung..
    terutama johor.
    mmg sempoiiii..

    ReplyDelete
  31. slmt hari raya kak fynn! *hug*

    sy bukan budak kampong tapi saya suka bila dapat balik kampong! *grin*

    ReplyDelete
  32. "siapa suruh kahwin org johor?
    kita orang kuat menyakat, oo."

    :D

    ReplyDelete

ini rumah aku. kalau tidak kau kenan, bina rumah sendiri. aku ramai tetamu. hormatkan.