Sunday, May 17, 2009

edited: nota ringkas, mungkin mengujakan untuk beberapa.

oh sebelum terlupa.
siapa hendak tiket 3 venus.
tapi tidak mampu untuk mengejar wani ardy.

012 260 7359
wa bukan ah-long
tapi wa mau tolong.

saya mahu bantu anda.
saya ada cara.
tapi harus pantas.

PERLU DILANGSAIKAN SEBELUM RABU.
ULANGAN.

RABU, 9 PAGI


cara pertama)

1) datang nilai / adam western / limkokwing
2) bayar rm 15 by hand
3) ambil tiket

cara kedua)

1) bikin pembayaran ke maybank2you, di bawah nama nur affina yanti jamalludin, 1-64810-00899-2 sebanyak rm 15
2) telefon saya untuk konfermasi ON THE SPOT
3) ambil tiket ketika 31 mei

cara ketiga)

1) kirim kawan yang melakukan prosedur di atas
2) goyang kaki
3) risiko tiket habis, tanggung sendiri

cara keempat)

1) tunggu video2 yang kawan2 anda upload di youtube
2) rasa ralat

*senyum*

notakaki: untuk sesiapa yang hendak ke limkokwing untuk tiket, saya hanya ada sehingga hari selasa. hari rabu sudah surgeri.




nota di luar topik: untuk seorang sahabat anon. saya tidak akan menarik semula panggilan / istilah tuhan kita itu 'kool', atau dahulu saya katakan tuhan kita yang kacak, juga tuhan kita yang awesome.

kerana perkataan adalah bahasa.
dan bahasa adalah lafaz yang termampu untuk melampias suara hati. walau pun banyak masanya, tidak sejajar dengan apa yang hendak kita sampaikan.

kenapa tidak boleh saya kasihkan tuhan saya sebagaimana saya kasihkan tuhan saya? saya ada special bonding sama tuhan saya. sama dengan kamu ada relationship sama dia.

bagi saya, saya dan tuhan; kami ada hal kami sendiri. it's our thing, yang tidak semua faham. termasuk kamu. dia kawan baik saya. dia tuan saya. dia pembakar semangat saya. dia penyejuk hati saya.

maaf, saya tidak boleh terima kalau kamu hendak minta orang lain bersifat sama dalam berkasih sayang. cinta saya lain. bukan seperti org lain. harap faham. dan anda menyinggung saya bila anda seolah2 mengajar saya bagaimana hendak mengalamatkan kekasih saya.

dan saya tidak faham indikasi kamu tentang saya mengikut nafsu.
menganggap, op, saya betulkan, mengetahui tuhan itu maha mencintai ciptaannya, dan betapa dia begitu mengerti budaya dan jiwa kita, saya pasti tuhan tidaklah seburuk sangka mana2 manusia.

saya tak faham.
anda perlu ada rambut afro baru boleh kool, kah?
anda perlu pakai seluar baggy baru kool, kah?
abah saya pakai kopiah selalu, bela janggut, subuh maghrib pergi surau, ramai sekali yang panggil dia pak din kool.
salah, agaknya.

kalau begitu, saya yang silap, kot...
lepas ini saya akan minta pendapat org tentang apa makna kool.
ish. teruklah saya, kan?

*tsk*

awak, saya yakin tuhan faham apa saya maksudkan.
cukup.

26 comments:

  1. lebih tertarik ngan kool tu
    haha
    btol2
    semua tu bahasa
    yg penting hati pada dia

    ReplyDelete
  2. sgt suka bila bicara tentang bahasa. nak pulak kita ni budak yang belajar bahasa.

    hehe. promo sikit je.

    a word is just a word. rasanya kita perlu belajar untuk tafsir bahasa itu bila perkataan 'syurga' saya selalu letakkan untuk happiness.

    terpulanglah, kan?

    ReplyDelete
  3. dapat tanggkap wani td kt capesquare.ske2...hehehe..
    xsbr kot nk tnggu 31hb!!

    ReplyDelete
  4. i agree with u

    coz as lebih tertarik dengan term kool itu..Tuhan kita paling baik kan =)

    bahasa itu art..sayang itu juga art..gunalah art itu untuk menzahirkannya dengan cara kita sendiri, tiada salah.

    ReplyDelete
  5. kalau abah bagi keluar malam.
    sekarang jugak pegi maybank kat atas bukit tu.
    grrr~

    ReplyDelete
  6. kak fynn..
    tak sabar mahu jumpa..
    4 tiket 3 venus sudah di tangan saya...

    saya tinggalkan katil lebih awal dari biasa di pagi ahad~~

    kak fynn terus kuat ya..
    kami perlu kamu..dan kamu tahu itu~

    ReplyDelete
  7. kak fynn~
    nk call akak cmner...
    no tepon nyer tatau...
    sy nk beli 3 tiket on9 nih...

    ReplyDelete
  8. kak fynn2!
    mahu beli tix alkaedah kedua.
    ai rojer u thru facebook.
    can ka?

    ReplyDelete
  9. barangkali kool dia berbeza kut kak fynn
    setuju yang itu semua bahasa..
    dan xsemestinya kita harus ikut orang
    kita bukan lalang

    happy that u r back

    ReplyDelete
  10. kak fynn,
    saya nona,saya ada kwn baik
    sgt baik
    saya sgt sayangkan dia
    dia sgt mengilai,meminati kak fynn
    dr dulu sampai sekarang
    dia suka berpuisi
    dia mencintai puisi
    birthday dia jatuh pada hari 31mei
    saya ingin belanja dia tiket venus tu
    sbb ada kak fynn
    mesti dia syg saya sgt2 nnti

    saya cari booth wani ardy dkt capsquare
    tp xde la plak
    :(
    jd saya nk beli la ticket tu

    boleh x?
    dan kalau boleh
    nnti saya nk mintak tlg kak fynn tgkp gmba dgn dia
    mesti dia seronok
    thanks kalau kak fynn fhm

    nona.nonana@yahoo.com

    ReplyDelete
  11. apa yg penting.....kerjasama.
    haha.
    btol2. niat di hati tu penting.
    janji kita tau apa yg kita mksudkn.
    kan3?

    ReplyDelete
  12. kakfynn, kalau datang nilai, nak jumpa kakfynn kat mana? kena pergi adam western jugak ke?

    Saya dah dapat tiket.
    tapi ada kawan2 yang lambat bagi tau dan kemungkinan akan bermasam muka dengan saya.

    nangis2.
    =)

    ReplyDelete
  13. kadang2 aku tak fhm dengan kerajinan anon2 di byk blog...

    ReplyDelete
  14. moga kak fynn terus kuat menghadapi hari mendatang..

    ReplyDelete
  15. sgt teringin nak tgk fyn jamal live!
    im sure dewi dah tak dpt tiket tu:(

    ReplyDelete
  16. gembira berguling-guling bila dah dapat tiket. ;)

    ReplyDelete
  17. nampak seperti begitu cepat encik anon menilai...

    oh, saya juga tidak mahu menjadi seperti encik anon (yang begitu cepat menilai)... jadi saya tarik balik kata2 itu...

    ye, tuhan saya kool. saya tahu tuhan saya paham apa maksud saya.

    ReplyDelete
  18. kak fynn paling 'coolness'! ;)

    doa dirahmati Allah untuk surgeri kamu itu...
    patut la masa saya singgah jamu selera di adam western tak nampak kelibat anda..
    tapi abang tri juga kelihatan agak 'cool'.. hehehe..
    dapat juga saya singgah jamu selera di situ..
    komen saya??
    hidangan di kedai milik anda terbaik!!!
    *lepas ni mesti dapat diskaun!! *
    ;p

    p/s: teman lelaki sy bakal jadi pelanggan tetap kedai anda... katanya, 'nasi goreng pattaya kak fynn terbaik!!'... dia budak MIAT...

    ReplyDelete
  19. kak fynn...
    komen ini diluar topik tiket mahupun perkataan "kool" itu
    hanya..
    smoga sugeri itu berjalan lancar
    smoga akk cepat sembuh
    smoga Tuhan Yang Satu itu sentiasa mau lindungi kamu...
    jaga diri selalu

    ReplyDelete
  20. btw, saya dah beli tiket 3 venus. dua. dgn bestfriend. saja nak jeleskan yang belum dapat apatah lagi yang tak dapat langsung.

    lalala~

    ReplyDelete
  21. amin sista. masyarakat kita terlalu mementingkan rona bahasa. Tuhan itu Maha cool. Dia tak memerlukan bahasa-bahasa puitis untuk memahami hati kita. cukuplah ayat ringkas, asalkan isi hati kita sampai.

    ReplyDelete
  22. fyn jamal. aku nak satu. aku tak confirm , tapi aku nak satu. tiket.

    ReplyDelete
  23. ayah beta pon cool juga

    ReplyDelete
  24. Kak Fynn, insyaAllah jumpa nnt 31st May ya?heeeeee

    ReplyDelete
  25. slm~
    doa smoga kak fynn oke & oke2 slalu.
    yg lain2 jgn cepat melatah dgn si anon mana2 pun. mungkin niat mnegur.. jika kita berpesan pda anon itu ttg niat sbenar "kool" kita, perlu kita igt juga kemungkinan niat sbenar si anon itu oke? ( si anon2 di luar, mari borak & tegur dgn kool serta berhemah)
    Islam bermazhab krn umatnya bermacam-macam. Ttp kita ttp percaya & pulang pada yg 1, Allah. Kalau perbezaan pandangan dipertemukan utk ditelagah hingga pecah, baik xusah. Sy juga terkejut dgn istilah kool kak fynn tp dgn ada si anon yg mempersoal & ada kak fynn yg memperjelas, kita jd faham,mungkin.
    tp ikut pandangan sy (pandangan sj lah) kata sifat mcm kacak & hensem utk tuhan, itu bunyinya pelik sedikit. Kerana bunyinya pelik, xpelik lah jika ada yg pelik walaupun kdg2 pelik xbermakna slh. (salah @ tidak Allah shj yg mha tahu)
    almaklumlah bukan semua tahu berbahasa dalam. Yg gah bahasa juga xsmestinya fhm untai kata hati2 lain.

    ReplyDelete
  26. aku cinta Tuhan aku
    walaupun aku sering ber'aku-kau' denganNya..
    aku pasti, Dia pun sayang aku.

    Tuhan aku pun kool..
    aku setuju Dia memang kool.
    tuhan kita sama.. =)

    ReplyDelete

ini rumah aku. kalau tidak kau kenan, bina rumah sendiri. aku ramai tetamu. hormatkan.