Sunday, May 17, 2009

nota kecil di hari ahad.

saya sedang sakit.
teruk.
saya sedang minta tuhan gagahkan.

saya minta tuhan bantu saya berlakon gagah.
cukuplah.

tidak senang hendak menampal kekeh ketawa riuh gempita,
bila tubuh tidak ada mampu.
bila terlalu ramai yang sudi memapahmu.
bila sebilangan hendak memaut tanganmu.

menjadi lemah dan tewas itu tidak patut aku gantikan pada setiap kobar semangat yang dicurah pada seorang saya.

sahabat2,
doakan saya.

saya akan hilang agak lama.
saya tidak minta duit belanja,
cukuplah doa dan kasih sayang ikhlas.
tidak perlu dikhabarkan.
cukup pada saat kamu2 bersendirian.
mintakan pada tuhan agar dikasihankan saya.

sesungguhnya doa yang tidak diketahui penerima adalah doa yang lebih mujarab khasiatnya.
dan saya tahu, saya ada ramai sahabat sunyi begitu di antara kita.

rabu ini penentunya.
semoga ada sinar di hari2 selepasnya.

amin.

buat anak2 di luar sana, sementara tidak ada suara saya,
ambil tulisan2 kecil ini dan semat dalam dada:

hiduplah dengan cinta.
berhentilah menjadi sampah.
kurangkan menyenang semua.
hentikan sifat mengalah berserah.

redha cuma untuk tuhan kita yang kool itu.
bukan pada manusia pemijak manusia.
okay?

salam atas kalian, dengan sejahtera.
semoga dipelihara tuhan.

42 comments:

  1. tuhan yg 'kool'?
    tp api neraka die hot.

    jgn tulis ikot nafsu puan.
    wamakaru wakarallah.

    ReplyDelete
  2. kakak fynn.
    kenape?

    "Ya Allah,
    Bantu kak fynn.
    pinjamkan kekuatanMu kepadaNya.
    Dia seorang yang tabah,
    Jangan biarkan dia kecundang.
    Amin"

    bakal merindumu.
    tahu tak,
    ini kali pertama adik tinggal komen.

    jangan lama lama hilang,
    nanti adik kurang kata kata penguat hati daripada kakak lagi.

    Jaga Diri..
    love,
    aimi.

    ReplyDelete
  3. doakan kesejahteraan kak fyn.aminn

    ReplyDelete
  4. harap kakak terus kuat..dan semoga Tuhan sentiasa lindungi kakak..
    sentiasa sayang kakak..
    C:

    ReplyDelete
  5. apa jadi ni? moga sihat2 dan tetap semangat!

    aku jadi sampah tak apa - sampahseni.

    ReplyDelete
  6. get well soon :)
    semoga Allah beri kegagahan kepada kamu untuk melawan penyakit itu.

    ReplyDelete
  7. sakit?
    smoge cepat smbuh
    tri kan adew
    mase ni la "gune" die sebaiknye
    hope cepat smbuh

    ReplyDelete
  8. お大事にodaiijini akak fynn~
    Semoga cepatsembuh.. InsyaAllah..

    sakit tu dugaan tuhan sekali sekala ^-^"

    ReplyDelete
  9. terima kasih kak fynn untuk tulisan2 kecil tu
    kasi semangat pada saya sikit sebanyak

    doa moga kakak baik2 sahaja

    =)

    ReplyDelete
  10. Salam,
    Apa2 pun moga dipermudahkan tuhan jalan yang terbaik, insyaAllah.

    ReplyDelete
  11. insyaAllah..semuanya pasti selamat.
    sy akan doakan..kuatkan smgt ya!!
    kesakitan akan pergi dan satu cahaya akan muncul...:)ameennnn.

    ReplyDelete
  12. fynn,

    membaca ini seperti memercik air ke wajah sendiri. berkali saya cuba membalas nota pendek kamu di myspace tapi akhirnya saya tersedu sendiri.

    terasa yang kata-kata tidak mampu lagi mengubat remuk hati.

    saya terimpi untuk bertemu kamu dan merasa dipeluk dengan perasaan yang saya tidak berseorangan dalam dunia ini. tidak perlu bicara panjang kerana kata-kata kamu di sini terlalu dekat di hati.

    your writing echoes me.

    akhirnya seperti selalu, doa ini terus untuk kamu. saya perlu nyatakannya, kerana tidak ada teman lagi yang akan jadi suara harapan saya.

    yang terbaik untuk kamu, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  13. moga kamu juga dipelihara tuhan
    cinta kamu!

    ReplyDelete
  14. nape puisi kak fynn mcm ni..? Ya Allah berilah kesejahteraan keselamatan kesihatan kepada fynn jamal..

    ReplyDelete
  15. semoga Allah membantu kak fynn menghadapi apa jua bentuk hari2 mendatang. amin.

    ReplyDelete
  16. Be Strong.. Jiwa Kamu mampu bertaha...

    ReplyDelete
  17. terpanggil pertama kali setelah stahun saya ikut baca blog nie...
    semoga dmudah kan segalanya.InsyaAllah. DIA sebenarnye selalu ada dan bantu kita tanpa kita sedar...PERCAYALAH.

    ReplyDelete
  18. fynn, tak tahu apa yg tjadi pada fynn. tapi doakan fynn sihat dan tabah ahdapi ujian Allh. Allah takkan uji jika fynn tak mampu harungi. insyaAllah, everything will be fine.

    ReplyDelete
  19. kenape?
    sabarlah.
    ramai syg kmu.
    senyum.

    ReplyDelete
  20. kak.. kemana kau akan pergi.. hopefully u'll be fine...

    :)

    ReplyDelete
  21. doakan yang baek2 saja buat kamu.

    ReplyDelete
  22. setiap rasa sakit
    takkan siapa yang faham
    datang dari Dia
    kembali jua kepadaNya
    moga bertabah hati tak berbelah bagi
    kekuatan itu hanyalah dengan keimanan dan keyakinan padaNya

    May Allah cure you, syafakillah. Ameen

    ReplyDelete
  23. fynn.. insyaAllah suma akan ok.
    kuat k..
    nice to meet you last night.

    ReplyDelete
  24. kamu teman sunyi saya
    terima kasih

    fynn
    saya doakan kamu walau agak blur atau tepat lagi tak tahu menahu apa yg terjadi.

    Semua kan baik2 saja
    INSYAALLAH

    ReplyDelete
  25. semoga kakak cepat sembuh ya
    doa saya akan selalu mengiringi

    ReplyDelete
  26. kak fynn
    be strong
    doakan yg terbaik buat kamu.

    ReplyDelete
  27. haluw, jgn sedey k..smg cpt smbuh!!

    ReplyDelete
  28. kak...

    terima kasih untuk cinta kamu..

    saya yakin tuhan amat kasih pada wanita yang penuh cinta...

    kamu mampu hidup atas cinta tuhan dan manusia..

    dan saya tahu hubungan rahsia kita sama tuhan sukar diungkap dengan kata..jadi kamu terus saja mencinta ya...seperti apa yang kamu rasa...

    kerana kamu yakin cinta dia...

    sayang kamu kakak..

    ReplyDelete
  29. saya tak paham.
    banyak cara kite boleh guna untuk mengalamatkan tuhan kita.
    bukan ker ada hadis,atau ayat quran (saya tak pasti,maafkan saya) yang ckp, Allah ada tangan.
    dalam maknanya. bukan sebarang tgn biasa.
    begitu juga istilah kool di sini. TOk guru penah cakap, allah itu samseng, lain samseng yg ingin di sampaikannya. saya bukan nk berpolitik. tapi ini konteks yg sama. baca dgn hati. jgn mudah mau hentam.

    kak fynn, moga cepat semboh. saya suka kamu.

    ReplyDelete
  30. ramai yang akan doa utk kakak.
    evrythngs will be fine. insyaAllah.

    :)

    ReplyDelete
  31. kak fynn,

    cepat sembuh ya!

    amin..

    ReplyDelete
  32. haluu sis..
    get well soon =)

    ada hikmahnyer.....

    ReplyDelete
  33. dah lama tak bertamu ke sini,rinduu. tsk.



    moga cepat sihat kak fynn. jangan lama menghilang okay. (:

    ReplyDelete
  34. salam,
    dear fynn,
    syafakillah ya ukhti.
    semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik dan semoga cepat sembuh. Insya Allah.

    ReplyDelete
  35. semoga cepat sembuh...saya baru shj kenal kak fynn menerusi puisi yang indah itu..
    tapi tibe2 hati ini turut juga rase sedih...
    sekali lagi..semoga cepat sembuh...

    ReplyDelete
  36. amin.ramai org kt malaysia doakan kau.rileks aje.biar Tuhan buat kerja

    ReplyDelete

ini rumah aku. kalau tidak kau kenan, bina rumah sendiri. aku ramai tetamu. hormatkan.