Thursday, February 12, 2009

berbual bahasa langit

aku ada soalan am untuk kalian.
pernah tidak kau benar2 beriman pada sesuatu doa,
atau cukuplah kalau aku katakan yakin dengan sesuatu perbuatan?

benar2 percaya, yang kau sanggup redha dengan apa sahaja mendatang,
kerana begitu tawakal pada tuhan yang mencipta setiap kejadian?

pernah tidak kau diberi tuhan ujian yang paling dahsyat, tapi kau rasa sangat gagah jiwa kau dek setiap bait janji2 allah, yang mana datanglah perit mana, kau masih boleh senyum ketawa semacam tidak ada apa?

tahniah.

ramai kita membaca doa kerana membaca.
ramai kita sujud ruku' bersolat kerana bersolat.
ramai kita meluah bahagia kerana meluah.
ramai kita tunjuk tawadu' kerana tunjuk.

kita semua performer.
penunjuk.
penayang.
kerana pameran itu suatu yang perlu.

hidup, seperti iman, ada turun naiknya.

bagi kamu2 yang masih bersekolah, yang merasakan perbalahan dengan teman baik itu sudah bagaikan penghujung dunia: damn, percayalah, itu langsung sekuis jari kelingking banyaknya.

bagi kamu2 yang sedang dalam alam cinta, yang merasakan pergaduhan tadi adalah yang paling kejam yang pernah kau rasa: hah, senyum sajalah. belum tentu pun itu jodoh kamu, wahai adinda.

bagi kamu2 yang sudah berumahtangga, yang merasakan gejolak alam kamu berdua sudah bagai pulau kecil dihambat katrina: aduh, gagahlah. apa yang ada di depan kamu, jauh di hadapan itu, mungkin berubah, mungkin tidak, di lain masa.

seperti bernafas, hidup kita ini berombak. ada masa perlu ditarik, ada masa perlu dilepas. yang kelakarnya, bila kita batuk terkokol2, bila semput dan payah hendak tidur, bila kahak penuh di kerongkong, mulalah kita membising.

kenapa tidak perasan bila kita sedang tidak?

pernah pegang dan urut dada sendiri bila tidak ada komplikasi di atas?
berapa orang yang buat?
nah...

sama, kan, dengan hidup?

lalu mungkin tuhan jadikan setiap kecelakaan atas kamu supaya kamu sandar sedikit, dan ambil masa. dia mahu kamu usap dan belai dengan kasih dada kamu, untuk kamu muhasabah barang sebentar, mana tahu kamu sudah terlalu tidak perasan tentang nilainya tenang.

dan di sini bahagian reaksi kita.

ada yang goyah dan hancur.
melebur.
ada yang bangkit dan perang.
menggoncang.
ada yang diam dan menangis.
mengemis.
ada yang akur dan terima.
meredha.

yang mana kita?

dan jangan takut kalau kau tidak ada dalam senarai di atas. dan jangan seram kalau kau adalah semua yang di atas. sebab kita semua bukan karektor dinamik. kita manusia, dan kita ada turun naiknya.

mana tahu mungkin kali ini, untuk musibah ini, kau hendak cuba apa yang aku hendak bilang di entri ini.

pertama sekali, mesti diingatkan yang setiap yang berlaku ada sebabnya. tapi untuk menghukum allah memberi kamu dugaan sebagai balasan perbuatan sesuatu itu adalah satu tuduhan buta2, kerana berbaik sangkalah pada tuhan, dia bukan manusia macam kita yang fitrahnya suka berbalas2.

benar, mmg setiap khilaf kita sudah dijanjikan allah akan bahananya. tapi apa perlunya kita berikan sensasi akusasi atau membubuh tuduh pada tuhan yang semamangnya adalah yang maha pengampun?

ia bagus sebagai keinsafan.
tapi perlu diingat, tuhan itu baik.
dan dia lebih tahu.

kalau ada dosanya, minta ampun.
biarlah dikecam orang, setiap celaka kita kerana perbuatan sendiri.
kalau ayahbonda sanggup memaafkan anak yang derhaka,
apalagi tuhan yang mencipta kita dari alam ruh?

jangan malu sama tuhan.
dia tidak prejudis, kalau kau ikhlas.
dia tidak kritis, kalau kau berniat jelas.

dan dugaan yang datang itu,
kau pancangkan dengan ini:

this, too, shall pass.
ini juga, akan berlalu.

sahabat,
sakit, aku tahu.
perit, aku tahu.
tapi bertahanlah sedikit lagi.
cuma sedikit lagi.

kau bayangkan tali penamat tinggal lima langkah lagi.
five more.
five.

dan jangan ranap bila kau cecah tali itu, yang kau lihatkan ada tali baru di 100 meter depan.
sayang,
ini kehidupan.

satu2nya tali penamat adalah bilamana sakaratul maut sudah di hujung kakimu,
menunggu cue dari tuhan utk samada merentap nyawa kamu,
atau berpelahan menjemput kamu.

habiskan setiap larian.
memang rasa jahanam.
jadi jangan terjunam.

kedua, yakin sama janji allah. kitab allah adalah jalan hidup muslim. segala kata2 dia ada di situ. untuk meneruskan hidup. untuk mendapat isteri dan keluarga baru. untuk melihat kebenaran. untuk meneruskan jalan.

janganlah pula sekadar menjadi tangkal, dipakai2 digantung2 buta2. baca dan fahamkan maknanya. ayat seribu dinar, seumpamanya, bukan semata untuk ditampalpamer seperti pendinding makhluk jahat.

manfaatkan.
bacakan.

jangan beli demi untuk menghias.

yakin dengan janji allah.
dan kalau kau masih ada ragu2, buat apa kau tonggang tonggeng bersolat, kalau ada sekelumit dalam hati berdolak dalik sama kuasa tuhan aku?
kalau kau masih ada was2, perlu apa kau hendak yakin sama syurga neraka yang dicipta tuhan untuk kita2?

syurga terlalu luas, kan tuhan?
dapat bertenggek atas batu pun saya sudah suka.

iman bukan semata pada yang enam itu.
tapi carilah iman yang enam itu dalam sehari2 hidup kamu.

dalam kerlip mata.
dalam sandar kepala.
dalam cuping telinga.
dalam ayunan peha.
dalam orang tua melintas.
dalam terbangnya unggas.
dalam buku dan ruas.
dalam air basuhan beras.

percayalah,
bila sudah selesai dugaan itu,
kau akan mendiam, dan menoleh belakang.

tidakkah kau mahu senyum dan berkata,
"terima kasih, tuhan saya.
sekarang saya mengerti."

sayang,
dugaan tuhan itu bahasa dia mengajar kita sesuatu.

tidakkah kamu mahu rebut peluang ini untuk menjawab perbualan itu tadi?
*senyum*

41 comments:

  1. Assalamualaikum, salam keberkatan. Bererti satu keindahan untuk memulakan satu kehidupan yang kita tidak tahu bagaimana perjalanannya. Bukannya kehidupan kita yang akan datang tercop di dahi. kalaulah kita tahu, tidak akan ada dosa dan hanya wujud akan pahala sahaja.

    merufuk sujud di atas sejadah, memohon keberkatan suatu pagi yang hening, sebening subuh yang tenang. sehingga wujudnya tengahari yang memancar kepanasan. membuatkan nafsu kita membaham kesakitan dan berdosa, akhirnya ada zuhur tuk kita menadah doa memohon kemaafan.

    akan hadir pula petang yang sedikit memenatkan dengan hadirnya asar yang begitu mengasyikkan untuk meneruskan hidup untuk malamnya pula. Magrib sebagai penyambut malam agar malam indah dengan kerdipan dan sinaran bulan bintang yang menenangkan. sehinggalah wujudnya isyak yang memohon akan satu purata kehidupan untuk kemaafan.

    hidup ini sudah cukup sempurna dengan adanya sekalian itu, namun manusia ini punyai nafsu nafsi yang begitu gelojoh kentang kehidupan. terlalu penat tuk menadah doa yang hanya buat seketika.

    renungi, hidup ini, mudah tapi kita yang membuatkan hidup ini sukar...

    ReplyDelete
  2. berdoa dengan benar2 berdoa itu bukan mudah

    khusyuk dengan benar2 khusyuk itu payah..

    kata seorang sahabat
    khusyuk itu apabila kita tidak bercakap dengan diri sendiri dalam solat

    nikmat bila dapat mencapat tahap itu.

    *semoga dipermudahkan dalm ibadah*

    ReplyDelete
  3. thank you for enlightening post.
    kadang2 kita tahu hakikat kejadian, cuma selalunya kita lupa untuk ambil masa untuk memahaminya.

    ReplyDelete
  4. rumah cantek berlangitkan syurga
    laman terang berpagar gelora
    hati kaseh tak tertahan duga
    kias berlapik bukan untuk asmara

    :)

    ReplyDelete
  5. entri y cantik.
    sangat cantik.
    ....


    this too,shall pass.
    :)

    ReplyDelete
  6. kak fynn..
    saya juga pernah di uji..
    ngan ujian sangat berat..
    kalo tak kuat iman saya, mngkin sekarang saya sudah tiada lagi di sini..dunia ini..
    saban hari saya menangis..
    sakit..kenapa saya yang di uji..
    lama kelamaan,saya sedar..
    ujian itu adalah tarbiyah dari Allah..tgk sama ada kita sabar @ sebalik nya..

    tapi saya bertahan dan pegang pada kata2 mama saya..

    "sabar,mendung tak lama,hilang hujan nampak lah awan.."

    sesuatu yang memang milik kita, akan tetap menjadi milik kita kan? lambat @ cepat, dia pasti kembali..

    ReplyDelete
  7. kadang2 kite lupe...
    dah kene baru teringat....

    ReplyDelete
  8. ma asobamin musibakum illa biiznillah, ila akhir ayat

    tiada musibah yang menimpa selain dari allah.

    terima dengan redha, bangkit dengan penuh semngat

    ReplyDelete
  9. dugaan...
    bukan namanya hidup kalau tak di duga

    ReplyDelete
  10. terima kasih sangat2 kak fynn..
    terasa setiap detik dalam hidup ini begitu indah sebenarnya..
    cuma saya sahaja yang baru menyedarinya..

    ReplyDelete
  11. tekun dan senyap...asyik membaca..tiada komen...

    ReplyDelete
  12. *tunduk*

    terima kasih.untuk entry ini.
    cukup bermakna untuk saya yang tengah kabut, hampir tersungkur ini

    ReplyDelete
  13. sedikit tercuit.

    Dan terima kasih kerana tolong ingatkan.

    ReplyDelete
  14. ada yang diam dan menangis.
    mengemis

    itu reaksi saya
    sebab hanya itu yang mampu saya buat
    sekarang saya sedang kusut
    kata kata kakak sangat membantu

    saya sedang tunggu hikmah tuhan atas ujian ini kakak :)

    ReplyDelete
  15. taniah kak fynn
    trimas utk nasihat umum ini

    **cuba bangkit dari tersungkur

    ReplyDelete
  16. thankz for entry kali nie.. ia sgat2 bermakna untuk saya yg sgt500x sedih ketika ini.. harap nye ade la lagi peluang tuk sye yg kerdil ini trus berjuang tuk mse depan n harapan kedua ibu n ayah sya..
    doakan lah kejayaan sya hendak nya...
    aminnn....

    ReplyDelete
  17. kak fyn, saya sedang diuji...
    sangat sakit.
    airmata teman kedua
    tapi apakan daya
    kudrat tak cukup
    hanya menerima dengan redha.
    semoga ada sinar
    kemudiannya

    ReplyDelete
  18. saya rasa sgt sendiri.kadang2 tak tertahan.rasa tenteram lepas baca entri ini.it's soothing hearing it from someone like you.org boleh nasihat dan beri ayat2 terapi tp sy lebih suka ini.

    ReplyDelete
  19. aku rase aku dah byk diuji secara fizikal & mental yg secara logik nyer aku boleh nampak jln tuk mendekatkan diri kepada pencipta aku..aku tahu aku perlukan Nya.. aku juga tahu aku sangat memerlukan Nya tuk menjadikan hidup aku sempurna&tenang..tp knape aku rase insaf nyer hanyer seketika???Org kata aku manusia yg paling rugi sb tak hargai pluang yg telah diberi untuk dekatkan diri kepada Nya,aku takut kalau2 ruang aku tuk Nya telah tertutup.. Aku semakin takut bila pikirkannya. aku nak...mmg aku nak dekat pada Nya..merayu pada Nya.. menangis kerna Nya..Allahuakhbar..

    ReplyDelete
  20. salam sis...
    yeah, diakui...kadangkala hati sangat berbuku menghadapi peristiwa atau kejadian yg kita tak nak...
    dan dalam masa dugaan tu datang, sangat cetek akal dan kesabaran untuk bersangka baik dan yakin akan segala musibah itu ada hikmahnya...namun, keindahan takdir itu meletakkan semuanya ditempat yang sepatutnya...
    belajar bersangka baik dgn Tuhan..dan muhasabah segala perlakuan diri...itu yang sedang di semat dlm hati ini..:)

    ReplyDelete
  21. ok fyn..thanks..

    ps:tuhan kaburkan mata aku untuk bertemu adam..aku tak tahu kenapa masih tak jumpa adam..dah!aku dah pusing satu USIM.tak jumpe.aku lozer kental...

    ReplyDelete
  22. memangnya kakak lebih tenang kan sekarang?

    depang tgn senyum lebar...
    terima dgn redha...

    indah...sgt indah...

    ReplyDelete
  23. kak fynn,,
    i sooo cn relate to wut u wrote..

    i usually cnt bring myself to simply redha with wutever comes in my way, n tawakkal dgn Allah no matter what happens..
    til recently, when i tot dat i cnt take it nemore(a 6-yr rship suddenly seems nothing to me), i thnk all i shud do is just let go.. n pasrah je.. things happens for a reason kn, they say?
    so this too, shall pass.. altho im contemplating like hell gilaa, but i thnk 1st n foremost i shud make my heart happy, rather than staying put n suck everything in n hurt myself in the end.. all for the sake of the no of yrs we've been togthr.. it feels like ive wasted half of my life but i juz had to end it..
    sakit, perit.. tp btul jgk.. i need to hold on.. just a lil bit more kan? =)
    thx kak fynn.. somehow aftr reading dis entry evrythg seems to be in d right place, again..

    hugss

    ReplyDelete
  24. huhuhuhu....best....best! dan tersentuh! T_T

    ReplyDelete
  25. nice 1...bagus untuk dijadikan renungan ..nak2 lagi pada hari jumaat yang mulia ini

    ReplyDelete
  26. priceless entry fynn.

    trima kasih.

    terima kasih banyak2.

    aku speechless.

    ReplyDelete
  27. fynn,
    entri yang cantik
    beri kekuatan pada yang hampir tersungkur

    thanks!

    ReplyDelete
  28. Fynn, nasihat ini sesuai untuk aku skrg.

    ReplyDelete
  29. terharu.
    sungguh dpt menyedapkan hati ni bila mata dah penat menangis ditimpa ujian.
    thanks kak fynn.

    ReplyDelete
  30. Indah sekali, terutama tentang gaduh dengan kawan dan yang gaduh sedang bercinta semua tu :)

    ReplyDelete
  31. semoga penulis cam kak fynn akan terus sihat + terus dikurniakan daya untuk terus berhasil dalam membuat penulisan yang sempurna sekali...

    mungkin pujian bagi entry2 dlu kak fynn dah biasa dengar,
    tp
    klaula kak fynn tau betapa ada antara entry kak fynn ni sangat memberi inspirasi...
    dan semangat.

    terima kasih.

    oh, dan syukur, sebab ade penulis cam kak fynn.

    ReplyDelete
  32. maaf,
    lama tidak mencoret kata di sini. fynn semakin terserlah manis hatinya. InsyaAllah.

    setiap entri saya tekuni setiap hari, segan untuk saya omel lagi kerana saya rasa apa yang ingin saya ulas telah ada disebut sahabat-sahabat puisitepijalan yang lain.

    untuk apa cuma berbahasa-basi bukan? yang penting, yang ditulis fynn menusuk ke hati dan tersemat di akal. Amin.

    fynn, saya sedang kebuntuan. ada situasi yang mengacau tumpuan, saya bimbang ini berlarutan. mungkin sekali ini fynn sudi mencemar duli ke blog saya dan titipkan kata.

    ={

    ReplyDelete
  33. hidup yg Tuhan berikn mmg benar indah
    jiwa kita yg mengcacat kn nya

    dahulu, saya begitu kak fynn..
    pernah berfikir buat apa hidup disini jika hanya membuat mereka yg lain sakit
    pernah terasa jauh sgt dari Dia

    alhamdulillah,Dia sudah tunjuk kn pd saya jln nya
    Dia berikan saya kekuatan
    Dia hadirkn seorg utk bimbing saya
    dan nasib saya masih muda
    insya-allah, belum terlambat
    sekarang saya sudah tahu utk apa hidup saya

    rasa tenang sgt
    hrp saya terus dpt kekuatan utk berubah menjadi baik
    doakan ye

    ^_^

    ReplyDelete
  34. inspiring..
    thnx utk ini semua..

    ReplyDelete
  35. hidup xkan sempurna tanpa ujian.
    walaupun entri ini ditulis sebagai ingatan
    tp dah ckup bermakna utk saya membuka mata dan menikmati kehidupan
    tq kak fyn, gila2 pon msh berpada=)

    ReplyDelete
  36. saya link kamu...
    besh baca citer2 u...

    ReplyDelete
  37. fynn,
    Entri tu sangat2 memberi inspirasi..memang betul kita seringkali lupa, ada hikmah di sebalik apa saja kejadian yang menimpa kita..kita lebih rela bersungut dari duduk menadah doa..lebih suka duduk meratap daripada bangkit dan berjuang semula..
    Teruskan berkarya ok!..

    ReplyDelete
  38. tq fynn sbb ingat kan...ssgt memerlukan skang....;)

    ReplyDelete
  39. may God bless~
    sweet strings of words...

    ReplyDelete

ini rumah aku. kalau tidak kau kenan, bina rumah sendiri. aku ramai tetamu. hormatkan.