Friday, January 21, 2011

aku mau cari siapa yang mau bantu aku.

aku cuma mahu tanya,
dan tak perlu beri jawapan yang menyedapkan hati.

aku ada projek sedikit besar atas bahu aku:
aku hendak sungguh2 tembuskan bunyi puisi aku dalam mata tanahair,
sebab aku sudah penat menjawab betapa puisi itu suatu yang bagus dalam hidup hari2.

tapi aku perlu ada rm5 ribu.
ye.
banyak, nilainya.

maka aku hendak tanya,
ada tidak siapa2 yang sudi berikan aku cuma rm15?
cukup rm15, dan nantinya bila siap, akan kalian jadi 350 orang pertama untuk memilikinya.
siap sahaja, aku bersumpah untuk bagi terus.

insyaAllah, kalau ada 350 kalian,
siapnya dalam sebulan.
dan sementara 4 - 5 minggu itu, kalau ada satu persatu yang tersiap, akan aku kasikan lewat email dahulu, sebagai cagaran: dengan syarat TIDAK dibagi pada siapa2 yang lain (dimuatnaik atau dibagi2 sebagai iklan).

aku jarang bersumpah;
kalian tahu itu.
dan sebagai bukti, peganglah janji aku di sini, dan balingkan semula ke muka aku setiap kata yang aku bagi ini kalau tidak aku kotakannya.

aku perlu rm5ribu ini,
untuk permulaan.

maka aku tanya secara jujur;
ada sesiapa yang berani beli sesuatu ini--
dengan sekadar memegang apa yang aku mampu janji?





*diam*
sungguh,
aku rasa begitu malu dan tersegan;
seperti airmata aku mahu berlinang bercucur--
aku paling benci meminta ihsan.

tapi,
kalau sungguh ada yang mahu bantu,
terima kasih yang paling ikhlas dari aku.

ps:

kalau ada benar, komen aku di mukasurat facebook yang aku bagi di link ini.

atau copy paste alamat ini:
http://www.facebook.com/note.php?created&&note_id=160623460652321&id=108427339128#!/note.php?note_id=160623460652321

nanti aku letakkan senarai, seperti dulu2. jadi kalian tahu aku bukan penipu.

pss: kaedah sama macam jualan buku dan cd tri dulu: bayar, dan tunjuk resit pada aku. nanti aku bubuh nama kamu2 di bawah ini.



-----------------------------------------------------

MAKLUMAT PENTING:

akaun:
maybank
NUR AFFINA YANTI JAMALLUDIN
1-64810-00899-2

1) buat bayaran rm15 seorang
2) kalau secara manual / atm: simpan resitnya, scan / ambil gambar
3) kalau secara e-banking: print screen bayaran online dan save sebagai JPEG
3) emailkan pada fynnjamal82@gmail.com dengan tajuk "PROJEK KESIAN". hahahahaah.
4) nama kalian akan berada di senarai menunggu.

39 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Saya nak. dan percaya pada Kak Fynn.:)

    ReplyDelete
  3. nak nak nak nak. dua fb dan blog sy komen. nak jd yg 350 yg pertama ;)

    ReplyDelete
  4. kakak, saya mahu.
    saya serious.
    tapi saya dah deactiave acc FB.
    macam mana?

    ReplyDelete
  5. jadi betullah kamu nur afina yanti yg pernah duduk sebelah bilik masa kt matrik dulu..

    ReplyDelete
  6. salam fynn..

    lama xsinggah ke sini..hari ni tergerak utk singgah..dan rupanya ada yg sedang memerlukan..insya Allah..nanti kelapangan aku emel..mungkin ptg, mungkin esok pagi..

    usahakan fynn.apa saja yang kau rasa boleh berjaya..dan apa saja yang mampu buat kau bahagia..

    ReplyDelete
  7. NAK!!!
    tp M2U nga wat hal..

    down!!! huhu

    ReplyDelete
  8. saya mahu. sila simpan satu tempat untuk saya.

    ReplyDelete
  9. tak ada hal..insya'allah...tunggu saja..

    ReplyDelete
  10. saya mahu. sila simpan satu tempat untuk saya.

    ReplyDelete
  11. saya mahu sumbang untuk projek kesian.
    i do believe in ur talent.
    n i cant wait to be ur 1st 350.
    yayy!!

    ReplyDelete
  12. akak, saya sapot kamu. saya tau akak boleh pegi lagi jauh. tapi sekarang di ofis xleh fesbuk & email, tunggu malam nanti ye kak.

    ReplyDelete
  13. Ok fynn..
    Aku sedia bantu ko sebab aku tahu nilai puisi itu bila ia lahir dari hati.. Memang tinggi derr! *Sebab aku juga pencinta puisi
    Tapi aku tak sehebat dan tak segah ko!
    Nanti aku nak cedok gak ilmu dari ko..
    Pape hal, aku inbox fb ko ek
    Nama fb aku Tieah Madian
    Itu aku! Ngee.. :)

    ReplyDelete
  14. eh..RM 16! aku bagi lebih singgit!jadi tak payah la aku nak scan ke hape..

    yg masuk rm16 aku la tu..

    ReplyDelete
  15. pada yang tidak mahu gunakan / tidak ada facebook;
    email saya nama penuh anda ke fynnjamal82@gmail.com

    akaun maybank
    nur affina yanti
    1 64810 00899 2

    ReplyDelete
  16. nak jugak kak fynn. nanti esok saye bank in.

    ReplyDelete
  17. mahu join, sungguh. tapi sayang loan sangkut, nak isi minyak moto pun tak cukup. main futsal pun bayar pakai syiling. ha ha. tapi takpe, saye tetap support kak fynn dari belakang.

    ReplyDelete
  18. sayang.saya cuma mampu mendirikan bola roma.macam wahhh....rupanya ada ramai dibelakang awak:)
    insyaAllah,saya baru pertama kali mahu memberi.
    semoga berjaya:)

    ReplyDelete
  19. kak fynn.nak kene letak nama sekali sekali ke time email tuh? or letak name sperti di FB?

    ReplyDelete
  20. aku masih mengira-ngira untuk keperluan diri atau hati..
    harap harap sempat..

    ReplyDelete
  21. berminat. saya komen sini jelah ye. saya bank-in dan emel resit sekarang.

    ReplyDelete
  22. akak!

    saya sekali. masukkan saya sekali!

    esok saya bayar, insyaallah!

    masukkan nama saya tau.

    sastraboy!

    ReplyDelete
  23. aku pasti akan bantu kamu...

    kerana aku mahu kamu terus ke depan..

    ReplyDelete
  24. :) :) :)
    macam menarik bunyinya ni
    terbaeekkk!!!!

    singgah dari mknace unlimited

    ReplyDelete
  25. saya mahu. akan bank in ptg ini. insyaAllah.

    ReplyDelete
  26. kak fynn,
    sudah di deposited kan, dan sudah diemel kn.tq.

    ReplyDelete
  27. kak fynnn :) Tq sebab tegor ye. hehe. sebenarnye saye copy dr blog kak wany. hehe/ sempat lagi tak nak beli lg? sye b.in jap lagi ye. nt sy bgtau :)

    ReplyDelete
  28. kak fynn, what if salah seorg dr kami yg melanggar syarat? yg lain pun xkan dapat cd tu ke? :(

    ReplyDelete
  29. salam...

    akak, sy kenal akak agak lambat. Sekarang ini, lagu akak, suatu pernah, saya tak boleh berhenti dengar. Offer ini ada lagi ke tak ye kak? Kalau ada, tolong beritahu. Insyaallah, saya naik cuti sem, saya bank in duit.

    :)

    ReplyDelete
  30. tLdc baihaki:

    sentiasa boleh.
    :)

    beautiful.disgrace:

    kita buat dia. syarat-marat itu semua aturan yang boleh ditoleransi. :)

    ReplyDelete
  31. xprlu malu tuk mminta bntuan tuk mlakukn pkra yg baik sis..
    sy akn bntu gak..^_^
    lam msa trdkt sy bank-in kn kt akaun sis k..=)
    gud luck tuk project ni..;)

    ReplyDelete
  32. xprlu malu tuk mminta bntuan tuk mlakukn pkra yg baik sis..
    sy akn bntu gak..^_^
    lam msa trdkt sy bank-in kn kt akaun sis k..=)
    gud luck tuk project ni..;)

    ReplyDelete
  33. kak, saya bayar pada hari nya boleh?..

    ReplyDelete

ini rumah aku. kalau tidak kau kenan, bina rumah sendiri. aku ramai tetamu. hormatkan.