Tuesday, October 12, 2010

"ranap"


salam sejahtera penuh cinta.

syukur aku yang paling utama, aku sembahkan pada tuhan, atas semua ini.
setiap keupayaan aku dalam menulis.
setiap keberdayaan aku dalam mencerita.
setiap kekuatan aku dalam setiap hancur sadis.

terima kasih aku pada kamu2 yang sudah terlalu lama di sini.
yang entah bagaimana sudah seperti keluarga, walau tak pernah bersua muka.
menjadi raksa aku.
menjadi kekentalan aku.

buku aku yang ini adalah satu formaliti.
kerana setiap apa yang aku ada dari dulu ini,
kini aku secara bertulisnya adalah penulis rasmi.

*air mata laju*

tadi,
jayzuan dan yap (antara mereka yang bertanggungjawab dalam publishing ini) khabarkan aku:
penempah pertama buku ini adalah antara penulis besar malaysia.
antara manusia yang aku segankan.
yang aku hormatkan.

*ketap bibir*

tuhan sahaja faham hati aku.

*diam*

isinya sama lebih kurang sedikit sama kombinasi buku 1, 2 dan 3.
rm 20 untuk 80 muka.

siapa2 yang sudah ada buku air tangan aku, harap simpan lama.
:)
buku yang ini, adalah untuk mereka2 yang baru.
atau orang lama yang setia mahu setiap apa yang pernah lahir dari aku.

untuk tempahan, terus ke sini.
atau yang berikut ini;
http://dealbion.blogspot.com/2010/10/ranap-oleh-fynn-jamal.html?spref=fb

*senyum*

terima kasih, wahai kekuatan.
dari dulu.
meneman aku.
kalian tahu siapa kalian pada aku.

semoga ada sempat kita dijumpa.
satu hari nanti, sekurang2nya.

assalamualaikum.
salam cinta;

fynn jamal.

17 comments:

  1. terbaikla. teruskan oke. wlaupun tak pernah jmpa. sokongan tetap disalurkan. gud luck!

    ReplyDelete
  2. waahh, nak! dulu punya x sempat. mau ranap jugak! :))

    ReplyDelete
  3. sudah book! kena cepat sebab dulu punya x dapat. :))

    ReplyDelete
  4. hai :)
    selalu dngr nama kamu fynn jamal..hehe

    ReplyDelete
  5. woha !!
    kakak tolong sign sekali ek buku tu nanti.. *kelip-kelip mata*

    ReplyDelete
  6. buku ni mmg tak boleh beli terus dari kakak eh?

    ReplyDelete
  7. sis fynn.
    camna na makesure kan yg kita akan dpat buku tue?
    kotkot procedure yg kita wat slah ka? :)

    ReplyDelete
  8. dah book!alhamdulillah

    ReplyDelete
  9. walaupun dah ada 1.2.3 tapi yg ini harus didapatkan juga :)

    ReplyDelete
  10. i'm definitely getting this one. but i'm still waiting for your cd, kak fynn. =]

    ReplyDelete
  11. kakak, ada autograf tak? tulis nama fie pun okay gak. hahahaa~

    dalam proses book, tgah pk alamat mana nak bagi sebab duduk rumah sewa sekarang ni.

    nanti fie pergi gravy baby serang akak kalau xde autograf. hahahaha~

    ReplyDelete
  12. harapnya tak awal dan tak lewat.
    untuk ucapan kecil macam ni.
    tahniah!

    ReplyDelete
  13. kak fynn, buku masih dalam pasaran tak? saya dah lama cari buku ni. saya nak beli....

    ReplyDelete

ini rumah aku. kalau tidak kau kenan, bina rumah sendiri. aku ramai tetamu. hormatkan.