Thursday, July 29, 2010

air

kalaulah aku ini elemen;
aku air.

setenang2nya ia,
segarang2nya ia.
aku sesungguhnya seperti air.

dan sepertimana aku ini tidak pernahnya pegun dan teguh,
aku begitu mudah dipecahgoyangkan,
aku begitu murah direnyahhilangkan.

ada juga mungkin dalam fitrah ini, aku tidak mampu untuk cuma hidup di satu2 ruang.
mungkin di muara, mungkin di kuala.
mungkin di permukaan,
mungkin juga disedut ke langit sana,
demi kemungkinan untuk aku menghujan kembali rasa mendiami bumi bulat kita.

penat menjadi aku.
penat kerana tak reti setempat.

aku air.
dan keteguhan aku dalam sesuatu mampu menyompek besi waja yang tak terhancurkan.
sekali dengan amarahku ada upaya untuk menghancur dan membinasakan.

aku air.
dan aku takkan larat diempangkan.

12 comments:

  1. air, boleh jadi yang mendamaikan, juga boleh membinasakan.

    dont messed up wit fynn. kan!

    ReplyDelete
  2. waterbender nih.. macam dalam citer avatar the last airbender..

    ReplyDelete
  3. rraaww..! gotta agree with adzman. ehhee

    ReplyDelete
  4. Adam dan Hawa
    tercampak dari langit
    dalam keadaan malu dan hina
    Anak bani Adam
    asal dari titisan air
    titisan air hina
    ingin dapat tempat
    tempat ysng diatas sana
    tempat yang tiada tolok bandingnya
    seperti singgahsana
    singgahsana Adam dan Hawa
    pada awal mula
    pertama mula
    Adam dan Hawa

    ReplyDelete
  5. aku seperti angin.

    tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa kewujudan aku.

    tapi aku bukan sebarangan angin.

    ReplyDelete
  6. dalam banyak2 puisi, yang ini paling menusuk. tak tahu kenapa.

    ReplyDelete
  7. lupa dok.. aku tmbh skit..

    "sgarang-garang api, cuak gak kat aku", kata si Air.. hehehe

    ReplyDelete
  8. ...air mata -na-

    ReplyDelete
  9. teruskan mengalir

    thanks kak fynn for last night.
    masa kak fynn buat lagu biar dekat perindu tempoh hari gf gua menangis.

    semalam, dua2 banjir.

    ReplyDelete
  10. fynn..fynn...kenapa aku sudah mula berkenan dengan kamu...

    ReplyDelete

ini rumah aku. kalau tidak kau kenan, bina rumah sendiri. aku ramai tetamu. hormatkan.