Sunday, May 9, 2010

nota kecil


di tengah2 lagu Serah,
di baris "dan kerna hanya cinta yang ini"
dia tolehkan pada aku dengan ekor matanya yang biasa dibikin bila dia mahu bilang dia cintakan aku;

yang mana
di baris "aku berserah tinggi pada Mu"
membuatkan aku rontok dan tercairkan seperti di setiap biasa dibikinkan ekor matanya setiap bila dia bilang dia cintakan aku.

ah, cinta.
*senyum*

nota hari ini adalah untuk suami yang terpaling indah dalam dunia.
kerana sudah penuh ceruk2 rumah kita diselit2 nota yang2 kita tulis untuk dijumpa tanpa sengaja, maka yang tinggal cuma di sini.

...


kekasih,
tahniah atas performasi tadi malam.
dan terima kasih kerana tidak pernah berhenti bikin saya layu untuk kamu.
terima kasih kerana membikin saya hari2 jatuh cinta pada kamu.

saya tak punya suara seindah asmidar,
saya tak ada wajah semanis bangsawan zaiton,
saya tak mampu berwang berjuta.
saya tak mungkin semua itu walau satu pun.

tapi saya ada hati.
walau sudah sompek berjahit,
apa yang tertinggal,
saya kasikan seluruhnya, setiap manis dan pahit.

setiap hari,
saya bersyukur pada tuhan,
kerana saya dikasihankan untuk dibagi pada kamu.

isteri kamu,
sampai tua.




kamu kamu kamu kamu.
*senyum*

bahasa saya sudah kosong,
kerana kosa kata yang berbaki dalam sastera saya,
cuma--
kamu kamu kamu kamu.

23 comments:

  1. sedih amat semalam tak dapat ke Maskara~

    =(

    doa2 moga kak fynn sentiasa gembira & bahagia~

    ReplyDelete
  2. saya dan bestfriend saya menjadi saksi bila abg tri nak ke stage, dia berhenti dan mematah balik, mengajak kak fynn sama.

    waktu tu di depan meja. =)

    dem. so romantic.
    suwwwwittt sangatlah!

    miawwww~

    ReplyDelete
  3. Sweet love never fades, and with true and undivided loyalty those three words "I love you" never go out of style.

    cheers.

    ReplyDelete
  4. Sudah lama tak rasa manis cinta .

    ReplyDelete
  5. tri beruntung dpt isteri spt kamu kak fynn. dan kamu juga beruntung dpt suami spt tri.doakan kamu berdua bahagia selamanya. =)

    ~nd85~

    ReplyDelete
  6. entah bile mahu dengar live

    jrg ada pemuisi yg dendangkan puisnya sendiri

    ReplyDelete
  7. YA ALLAH, satukan hati mereka sampai akhir hayat.. amin.

    aku RESTU!

    ReplyDelete
  8. kamu ketahuan ke, kamu jangan nakal?

    ReplyDelete
  9. terima kasih untuk doa2 kamu semua.
    terima kasih.

    :)
    tapi kami sungguh orang biasa2,
    yang banyak juga buruknya.

    terima kasih.

    ReplyDelete
  10. slalu baca blog kamu semenjak university lagi. slalu bermimpi yg sama juga seperti kamu. kini aku juga sudah bernikah.cinta yg kamu laung2 di sini benar2 wujud. kerna aku juga sudah mendapatnya. benar skali. moga berbahagia ya!

    -Siti-

    ReplyDelete
  11. Kak fynn dan abg tri, moga berkasih bersama ke syurga. Saya doakan.

    ReplyDelete
  12. saya suka lagu serah tu..suka sangat2. dan....saya suka tengok kak fynn dgn abang tri. suwiit. jeles. hahaha

    semoga berbahagia selalu. ;)

    ReplyDelete
  13. fyn kau tak boring ke menulis?

    ReplyDelete
  14. jealous nya.... sgt envy k.fynn mcm hari hari in love.

    ReplyDelete
  15. anon:

    aku belum lagi kot. cuma aku dah mula slow sikit.

    ReplyDelete
  16. bila kau sudah bosan, berhenti sahaja, menulis tidak membahagiakan, kerana menulis hanya melepaskan apa yang ditahan.

    kau memang penulis tegar. kau meracau tak kalau kau tidak menulis?

    ReplyDelete
  17. rendra:

    aku memang tulis ikut suka jiwa. tak ada konotasi yang memaksa seminggu lima entri. haha.

    dan ya. aku selalu bikin dinding bilamana aku menulis. aku cakap sorang2, aku borak sama skrin. aku hentak meja kalau aku marah. aku nangis kalau aku parah.

    :)

    ReplyDelete
  18. aku sudah agak, jiwa kau terlalu abstrak untuk orang sekeling i mean, sekeliling untuk ramalkan.

    aku masih suka show kau, anak naga dan dermaga. penuh keihkhlasan. semacam kau naga itu.


    bukanlah meminta, tapi request kau perform sekali lagi boleh?

    ReplyDelete
  19. masalahnya aku tak tahu siapa yang main muziknya. aku pun mahu.

    ReplyDelete
  20. indah nya kak fynn luahan ini.. harap semua tu jadi doa. dan bahagia hingga ke akhir cerita hidup kamu berdua ya!

    aah.. rase mahu ciom seseorang lps membaca. haha cepat2 sapa mau? :)

    ReplyDelete

ini rumah aku. kalau tidak kau kenan, bina rumah sendiri. aku ramai tetamu. hormatkan.